Anda di halaman 1dari 4

BERITA FESTIVAL

24 JUN 2014 BILANGAN 2 ISU 2


FESTIVAL PANTUN DAN GURINDAM 2014
Bengkel Pantun & Gurindam
Prof. Dato Rahman Shaari
Jabatan Pengajian Media, Fakult Sastera dan Sains Sosial
Universit Malaya (UM)
BENGKEL 1: Penciptaan Pantun dan Gurindam

Gurindam barisan hadapan menggunakan teori anjakan makna.
Pantun menuntut kebersahajaan dan tdak memerlukan format
untuk disampaikan.
BENGKEL 2: Tunjuk Cara Melagukan Gurindam

Penulisan gurindam adalah bebas dan setap baris mempunyai
suku kata yang berbeza. Ada baris yang mempunyai banyak suku
kata dan ada juga yang sedikit, peserta perlu berhat-hat dalam
mengujarkan gurindam dan perlu pandai mencuri suku kata.
Gurindam adalah nasihat, oleh itu apabila mendendangkan gurindam
hat kita mest ikhlas kerana pendengar dapat rasa keihlasan itu
melalui penyampaian.
BENGKEL 2: Cara Berpantun Yang Berkesan


Cara penyampaian pantun yang berkesan ialah suara yang jelas
semasa menyampaikan pantun, yakin semasa melafazkan pantun,
pantun diselitkan unsur-unsur kecindan dan peserta perlu bijak
mengolahkan bahagian maksud pantun dengn baik. Tetapi yang lebih
pentng semasa bertanding ialah peserta haruslah menonjolkan
keyakinan dan kecekapan berpantun.
Zafrah Bahiah Bint Hassan
Penggiat Seni Gurindam
Graduan IPG Kampus Bahasa Melayu
Nur Azelin Bint Abd Aziz
Graduan IPG Kampus Bahasa Melayu
Johan Temasya Pantun dan Dondang Sayang
Peringkat IPG 2013
MENARIK DI DALAM:
Mari Berguri ndam 2
Respons Bengkel 1 2
Respons Bengkel 2
3
Harapan Mereka 3
Galeri Sepintas
Lalu...
4
Orang Menj ual ,
Ki ta Membel i
4

Pantun Adat dan Resam:

Lebat daun bunga tanjung,
Berbau harum bunga cempaka:
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pusaka.

Pantun Melayu Sastera Rakyat
Mutara Kata

Kudratnya ditunjang oleh bakat,
ditopang oleh ilmu,
ditatang keterampilan

Sukma Angin, Arena Wat

Topang:bantu
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman facebook Festval Pantun dan Gurindam.
htps://www.facebook.com/pages/Temasya-Pantun-Dondang-Sayang-IPGM/611046762253211?fref=ts

Muka surat 2
BERITA FESTIVAL
RESPONS BENGKEL 1
Melalui bengkel ini saya dapat mengetahui teknik penciptaan pantun dan gurindam. Teknik ini
dapat menyerlahkan lagi nilai estetika dalam berkarya. Dengan adanya bengkel ini, saya dapat
mengatasi cabaran dalam menghasilkan pantun yang baik dan mempunyai pengertian yang
bermakna.
Nor Atekah Hidayah Bt Hussain (Pemantun IPG Kampus Dato Razali Ismail)
Harapan saya apabila mengikuti Festival Pantun dan Gurindam ini adalah untuk mempelajari
cara berpantun dengan baik dan menimba pengalaman sepanjang pertandingan.
Genieve anak Bennet (Pemantun IPG Kampus Sultan Abdul Halim)
Gurindam Dua Belas

Fasal kedua:

Apabila terpelihara mata,
sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tdaklah damping.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
daripada segala berat dan ringan

Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fil yang tada senonoh.

Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan membawa rugi


Fasal ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.

Apabila kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan akan sesat.

Apabila anak tasa dilath,
jika besar bapanya leth.

Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Mari Bergurindam
Raja Ali Haji
Gurindam Barisan Hadapan

Tidak berbuat walaupun tahu,
diambil pengayuh dibuang perahu.



Tidak tahu tapi berbuat,
kayuh perahu di atas darat.



Banyak bercakap tak baca buku,
macam membawa duit tak laku.



Kurang berfkir rajin membangkang,
bila-bila pun di baris belakang.



Jika ilmu dikaji telit,
di sungai cabaran tersedia tt.


Ilmu dituntut dengan tabah,
yakin diri bertambah-tambah.


Membaca buku karangan tokoh,
bagai berpaut di dahan kukuh.



Kembang ilmu tegab wibawa,
seluruh rakyat tdak kecewa.
Rahman Shaari
Muka surat 3 BILANGAN 2 ISU 2

RESPONS BENGKEL 2
Ini merupakan kali kedua saya menyertai festival ini. Prestasi dan kelebihan peserta yang pernah mengikuti festival
ini dan peserta yang baharu menjadi cabaran bagi saya. Sebagai persediaan mengikuti pertandingan, saya telah
melayari satu laman sosial (facebook) untuk berbalas pantun dengan mereka yang menyertai laman sosial tersebut.
Saya juga membuat latihan berbalas pantun mengikut tema dengan pasangan pantun saya. Saya berpendapat
bahawa pantun dan gurindam boleh dimartabatkan dengan cara menyebarluaskannya kepada generasi muda
supaya puisi ini tidak hilang ditelan zaman.
Ahmad Fikri bin AB Rahman (Pemantun IPG Kampus Pendidikan Islam)
Saya dapat menyaksikan sendiri cara gurindam dilagukan dengan betul. Saya juga memperolehi beberapa petua
menyampaikan gurindam iaitu pemilihan melodi, kesesuaian nada, dan kedinamikan idea. Selain itu, melalui
bengkel ini, saya dapat mengalami sendiri perbezaan belajar daripada rakaman di youtube dan belajar secara
langsung daripada individu yang terlibat dengan gurindam. Saya tersentuh dengan pesanan tersirat yang cuba
disampaikan melalui gurindam.
Jackson Nicholas (Peserta Gurindam IPG Kampus Ilmu Khas)
Ini merupakan penyertaan pertama saya dalam festival ini. Saya dan rakan merupakan pendatang baru dalam dunia
gurindam. Sebelum ini, saya tiada ilmu yang konkrit tentang gurindam dan kami tidak mendapat bimbingan secara
terus daripada pensyarah. Namun kekurangan itu dapat saya atasi melalui bengkel ini. Dengan adanya bengkel ini,
saya dapat membezakan jenis-jenis gurindam, dan cara melagukan gurindam serta cara menyampaikan gurindam
iaitu perlu adanya keikhlasan dan bersahaja (sebutan tidak perlu baku dan santai).
Nursafawat bint Saupi ( IPG Kampus Rajang)
Melalui bengkel, saya dapat membezakan gurindam versi bangsawan dan versi Melaka. Selain itu, saya juga
berpeluang untuk melagukan gurindam di hadapan rakan peserta yang lain. Bengkel ini dapat meningkatkan
keyakinan diri dan rasa cinta saya kepada warisan bangsa. Pendedahan seperti ini perlu dalam usaha melestari dan
memartabatkan puisi tradisi.
Ester Subin ( IPG Kampus Kent)
Pengalaman: Pertama kali menyertai pertandingan gurindam.
Harapan: Masuk Pusingan Akhir dan menang
Misi: Penyertaan pertama untuk menimba ilmu
Tajuk: Jika Ilmu Tidak Sempurna
Pereira Sabin ( Peserta Gurindam IPG Kampus Sultan Abdul Halim)
Pengalaman: Menyertai Temasya Pantun dan Dondang Sayang 2013
Harapan: Masuk Pusingan Akhir.
Misi: Pengalaman yang diperolehi dapat digunakan di sekolah kelak
Tajuk: Jika Ilmu Tidak Sempurna

Mohd. Sharif Taip ( IPG Kampus Batu Lintang)
Harapan Mereka
Muka surat 4

Jurukamera:
Julia Lian
Noor Ashikin bint Abdul Rahman
Mohamad Farid bin Mohd Nandari
Nurul Fathin bint Ibrahim

Wartawan:
Jessica Michael
Cassandra Inggam Estrop
Jumaima bint Seharing

Penulis dan Reka Grafk:
Encik Yusof bin Shamsudin
Cik Sit Salamah bt. Yusuf
Qurratu Aini bint Jumaan
Muhammmad Amin bin Abu
Nurshafeyah Ardinie lingutan Abdullah

Edaran:
Muhammad Fahmi bin Zakari
Sit Haridah bint Aji Jaapar
Nurfarahani bint Mohd Yusof
Junifa Duminik

Sidang Redaksi:
Galeri Sepintas Lalu..
Cantik bulan bersinar terang,
Pantulan dari cahaya mentari;
Hidup jangan suka berperang,
Nanti akan merana sendiri.
Lima buah pantun balas terawal yang dikemukakan
akan menghiasi buletn edisi ketga. Hanya perlu
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor
019-8829015 (Bilik Kuliah 2.11)
Orang menjual, kita membeli

Anda mungkin juga menyukai