Anda di halaman 1dari 1

PERTANDINGAN PIDATO PIALA APB

15-16 MAC 2021

Pertandingan Pidato Piala APB ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh
Exco Akademik dan Kerjaya melalui Sekretariat Mahasiswa Fakulti Akademi Pengajian
Bahasa bagi membuka ruang dan peluang buat para pelajar kampus UiTM Shah Alam untuk
menunjukkan bakat mereka dalam acara berpidato. Memandangkan Akademi Pengajian
Bahasa adalah fakulti yang berteraskan bahasa secara amnya, pertandingan pidato ini
sesuai diketengahkan untuk menyemarakkan lagi nama fakulti Akademi Pengajian Bahasa.
Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para pelajar kampus
UiTM Shah Alam sewaktu cuti semester. Pertandingan pidato ini telah dijalankan pada 15
dan 16 Mac 2021 secara atas talian ekoran daripada wabak Covid-19 yang melanda negara
kita. Seramai 13 orang peserta telah mempersembahkan pidato mereka pada hari
pertandingan yang berlangsung pada 15 Mac pada jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah
hari. Setiap peserta diberikan masa selama 5 minit untuk berpidato dan setelah mereka
selesai berpidato, mereka ditanyakan satu soalan spontan oleh para juri. Selain itu, terdapat
tiga orang panel juri telah terlibat dalam pertandingan ini. Antara juri-juri tersebut ialah
Profesor Madya Haji Mohd Hassan Awang Boon, Puan Nurrissammimayantie binti Ismail
dan Encik Rasydan Mohd Hassan. Pada keesokan harinya iaitu pada 16 Mac, majlis
penutupan yang juga merupakan hari pengumuman pemenang Pertandingan Pidato Piala
APB telah berlangsung. Upacara tersubut bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.15
pagi. Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Dr. Muhamad Zaidi Zakaria,
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar. Tidak dilupakan juga, Profesor Madya Haji Mohd
Hassan Awang Boon, Encik Rasydan dan Pengarah Program juga turut memberikan
sepatah dua kata. Selanjutnya, terdapat empat tempat pemenang bagi Pertandingan Pidato
Piala APB iaitu johan, naib johan, tempat ketiga dan Anugerah Bakat Harapan. Johan telah
diungguli oleh peserta ke-9 iaitu Norainaa Najihah binti Mohd Nordin. Naib johan pula
dirangkul oleh peserta ke-13 iaitu Eless binti Francis. Tempat ketiga dimenangi oleh
Muhammad Amirul Abrar bin Abdullah manakala Norfadhlan Adli bin Norkhairi yang
merupakan peserta ke-12 telah memperoleh Anugerah Bakat Harapan. Akhir sekali,
diharapkan agar program ini dapat menjadi platform atau batu loncatan bagi para pelajar
melakar nama dan menunjukkan bakat mereka dalam acara berpidato ini ke persada dunia.

Anda mungkin juga menyukai