Anda di halaman 1dari 3

Bismillahir-rahmanir-rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Selamat Sejahtera
Terima kasih, saudari Pengerusi Majlis

Pn. Norliza Bt. Nordin,


PK Pentadbiran, Merangkap Pengerusi Urus Setia Hari Guru SKLB 2018
Tn. Hj Md Noor Bin Md Isa,
PK HEM
En Mohd Khoiri Bin Jaya
PK Kokurikulum

Yang Berusaha
Yang diPertua PIBG SKLB
En. Ahmad Jailani Bin Makhtar

AJK PIBG dan Ibu Bapa yang turut hadir pada pagi ini….

Barisan guru yang dedikasi

dan tidak dilupakan

Hujung tanjung banyak berlian


Yang dikasihi anak murid sekalian.

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran


ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru bagi Tahun 2018, dalam
suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU PEMACU
TRANSFORMASI PENDIDIKAN”
itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

menjadi contoh, mencurah ilmu,


tak kenal lelah, tak tahu jemu;
itulah cikgu, itulah guru,
besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan


sambutan hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan disambut di Putrajaya International Convention Centre
PICC Putrajaya. Justeru itu, saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ”Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.
Cikgu-cikgu yang dikasihi,

Pada bahu kita ini…..


yang digelarkan cikgu
diletakkan seribu harap
oleh ibu bapa yang datang
dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa
dengan harapan menggunung disandar jua.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya


banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah
diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa
memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga
terhadap tugas dan peranan guru.
Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang
sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam
menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar.
Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan
setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang
bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang
untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Anak-anak murid yang dikasihi,

Kerana anda jadi pelajar, Jika berusaha sambil lewa,


Jangan malas hendak belajar, Tidak hairan kalau kecewa.

Hendak pandai menghargai Masa itu emas dan wang,


masa, Walau sedikit jangan dibuang.
Jangan dinanti esok lusa.
Masa berlalu terlalu pantas,
Jangan asyik berangan-angan, Orang yang lalai akan dicantas.
Tekun gigih jadi pegangan.

Pesan saya,

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin


mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas
dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?.
Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan
ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi
luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?.
Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta
amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan
mereka.
Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama
daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru
sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan
tenaga, malah dengan wang ringgit.

Gurindam Guru Sejati

Guru sejati muhasabah diri, Membina, membentuk insan


Bijak bertindak dan berdikari. berakhlak

Guru sejati senyum mesra, Gigih membimbing tak pernah


Sentiasa menggunakan budi bicara. jelak.

Senyuman dipapar menawan hati, Marahnya sayang bencinya kasih,


Tutur katanya penuh bererti. Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati guru berkualiti, Guru sejati sentiasa proaktif,


Gigih mengajar sepenuh hati. Tenang tenteram berfikiran positif.

Rela berkorban apa sahaja, Guru sejati guru bestari,


Kurang cakap banyak bekerja. Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati umpama lebah, Guru sejati berbudi bahasa,


Menebar ilmu sabar tabah. Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan
pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah
ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.

Hidup tidak selalu indah,


tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

JAUH DI SUDUT HATI, BIAR PUN JASAD DI PICC

ISTEMEWA BUAT GURU-GURU SKLB

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.


“GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”

TERIMA KASIH CIKGU.

Anda mungkin juga menyukai