Anda di halaman 1dari 25

1.

0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

1.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks
untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir
secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan

1.2 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza
dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

1.3 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

1.4 Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara
aktif dalam kumpulan.

1.5 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial

1.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU (BIG)

Adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih :

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran
yang berbeza.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif
terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan
penampilan diri yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara
berkumpulan.

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta
mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

1
2. CARTA ALIR
WAJ 3114

(PELAKSANAAN BINA INSAN GURU IPGKSAH)


Mula

Surat pelantikan untuk Penyelaras dikeluarkan sebagai punca kuasa bagi


menjalankan tugas secara resmi 1

Penyelaras menyediakan draf perancangan selepas menerima arahan daripada


Pengarah/Timbalan Pengarah/KUK 2

Penyelaras membentang draf perancangan dalam Mesyuarat Unit Kokurikulum


3

KUK membentang draf perancangan dalam Mesyuarat Perancangan ABM/M3P


4

Surat pelantikan untuk AJK Kerja/Pelaksanaan dikeluarkan setelah mendapat


kelulusan dari pihak Pengurusan Tertinggi sebagai punca kuasa bagi
menjalankan tugas secara resmi 5

Penyelaras menerima dan menyemak Cadangan Kertas Kerja Program Bina


Insan Guru dari Tutor/Mentor/Guru Pelatih mengikut siri-siri dan semester 6

Penyelaras menghantar Cadangan Kertas Kerja Program Bina Insan Guru


kepada KUK untuk dipanjangkan kepada Tuan Pengarah bagi mendapat
kelulusan 7

KUK menyerahkan Cadangan Kertas Kerja Program Bina Insan Guru yang telah
diluuskan kepada Penyelaras untuk di serahkan kembali kepada Tutor/Guru
Pelatih 8

Guru Pelatih mengadakan mesyuarat AJKnya bagi tindakan lujnah-lujnah


contohnya menempah bas 2minggu awal dari tarikh program 9

2
Surat panggilan mesyuarat untuk AJK Kerja/Pelaksanaan dikeluarkan bagi
menjalankan tugas mengikut siri-siri program Bina Insan Guru sepanjang
semester 10

Surat pelantikan Ketua Jurulatih/Jurulatih /QM Alatan/QM Makanan/QM


Keselamatan&Kebajikan/Fasilitator/Tutor/Urusetia/AJK lain yang dikeluarkan
mengikut program yang dirancang sepanjang semester 11

Penyelaras/Tutor memberi taklimat awal &akhir kepada Guru Pelatih mengenai


program Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12

Perjumpaan diantara Guru Pelatih dengan AJK Kerja/Tutor 1hari sebelum untuk
semak alatan dan bekalan yang akan dibawa untuk program BIG 13

Bas akan bertolak pada jam 0800hrs dan Tutor hendaklah bersama-sama
menaikki bas dengan guru pelatih sehingga ke lokasi program 14

Kem Kom/Ketua Jurulatih/Jurulatih/QM/Fasilitator /Tutor dan guru pelatih


hendaklah sentiasa berada di lokasi program kecuali dengan kebenaran 15

Kem Kom pastikan semua yang terlibat mengambil bahagian dalam semua
aktiviti yang dirancang dan dijalankan mengikut jadual /tentatif program 16

Ketua Jurulatih pastikan semua jurulatih /fasilitator /tutor berada di lokasi


aktiviti mengikut masa yang ditetapkan supaya mudah pengagihan tugas dibuat
17

Mesyuarat SWOT perlulah dilakukan oleh Kem Kom /Ketua jurulatih apabila
selesai melakukan aktiviti-aktiviti di hari pertama,kedua dan seterusnya 18…

Tutor hendaklah sentiasa bersama guru pelatih semasa aktiviti supaya penilaian
dan pemberian markah adalah lebih sinonim dan realistik 19

3
Guru pelatih yang sakit dan cedera hendaklah diambil tindakan segera oleh
sesiapa yang berdekatan dan laporkan pada Kem Kom segera untuk tindakan
lanjut 20

QM Kebajikan &Keselamatan bawa guru pelatih pesakit ke klinik@hospital


dengan segera dan hubungi keluarga (jika perlu) 21

Jika ada kematian semasa program Kem Kom hubungi pihak Pengurusan
Tertingi IPGKSAH yang akan menghubungi keluarga si mati 22

Tutor hendaklah menyerah markah penilaian guru pelatih dengan segera


setelah selesai program dan laporan program seminggu dari tarikh
programkepada Penyelaras BIG 23

Penyelaras /Penolong Penyelaras mengisi markah yang diterima dari Tutor


dalam BKKP dan seterusnya menyerahkannya kepada KUK untuk di bawa ke
mesyuarat peperiksaan 24

KUK / Penyelaras / Ketua Pensyarah Penasihat memantau pelaksanaan


Kokurikulum dari semasa ke semasa 25

Penyelaras membuat laporan tentang keberkesanan pelaksanaan programBina


Insan Guru dan membentangkannya dalam mesyuarat AJK Pelaksanaan / Unit
KoKurikulum IPGKSAH 26

KUK membuat laporan tentang keberkesanan pelaksanaan programBina Insan


Guru dan membentangkannya dalam mesyuarat MPPP/ JK Kurikulum /
PraMKSP 27

TAMAT

4
3. JAWATANKUASA PENGURUSAN BINA INSAN GURU (BIG) 2014
Penasihat : Pengarah

Pengerusi : Timbalan Pengarah

Setiausaha : KU Kokurikulum

Bendahari : Pegawai Eksekutif Kanan

Aktiviti : Ketua Jurulatih

Kerohanian : KJ Pendidikan Islam dan Moral

Peralatan : KU Kokurikulum

Penilaian : KU Peperiksaan dan Penilaian

LDK : KU Kaunseling

Makanan : KU Kokurikulum

Senarai Tugas :

1. Pengerusi : Mempengerusikan mesyuarat perancangan

: Mengawal selia perancangan program dan pemantauan

2. Setiausaha : Menyediakan laporan, surat menyurat , minit mesyuarat dan pemantauan keseluruhan
program.

3. Bendahari : Menyediakan belanjawan dan laporan kewangan

4. Kerohanian : Mengendalikan aktiviti kerohanian/ moral dan mengenalpasti fasilitator

5. Peralatan : Menyediakan peralatan perkhemahan, peralatan masak, siaraya, dan bahan alat tulis

6. Makanan : Mengurus bekalan makanan, mengawal kuantitit bekalan makanan,


kebersihan makanan.

7.Aktiviti : Merancang , mengendali dan memantau aktiviti, memilih dan menentukan


jurulatih/fasilitator

8. Kebajikan dan Keselamatan : Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-ubatan,


menguruskan pengangkutan dan insuran peserta

9. Penilaian : Menyediakan borang penilaian dan fail, memantau penilaian.

5
4. JAWATANKUASA PELAKSANAAN BINA INSAN GURU 2014
Pengerusi : Ketua Unit Kokurikulum

Timb.Pengerusi : Penolong Ketua Unit Kokurikulum

Setiausaha/Penyelaras : En.Shuid bin Abdul Kadir

Penolong Penyelaras 1 : En.Azhar bin Mansor

Penolong Penyelaras 2 : En.Mohd Zainuri bin Embi

Ahli Jawatankuasa:

1. Kem Komandan : Ketua Unit Kokurikulum

2. Ketua Jurulatih : En. Nazri bin Bedin

3. Jurulatih Air : En.Nurizan bin Abdul Rashid

4. Jurulatih Darat : En. Sajahan bin Abdul Majid

5. QM Makanan : Pn.Salmiah binti Said

6. QM Alatan : En.Mohd Zainuri bin Embi

7. QM Logistik/Bekalan : Tn. Hj. Hassan bin Jaafar

8. Kebajikan : Cik Noor Hayati bin Ariffin

9. Malaysia Cergas/Kawad : En.Ruslan bin Hussein

10. Kerohanian dan Moral : KJ Pendidikan Islam dan Moral

11. Latihan Dalam Kumpulan : KU Kaunseling

12. Keselamatan dan Kecemasan : En. Ng Kheng Loon

13. Pengangkutan dan Penginapan : En. Khairul Azli bin Mat Zen

14. Penilaian dan Pentaksiran : KU Peperiksaan dan Penilaian

15. Seranta : Tn. Hj. Ruslan bin Saad

6
5. SPESIFIKASI DAN DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB
5.1. TUTOR

i Setiap pelajar mengisi borang BOR-PPK-PT-07-03


ii Setiap pelajar mengambil insurance
iii Merancang dan mengurus fasa-fasa BIG
iv Mengiringi pelajar ke tapak perkhemahan
v Menyertai setiap aktiviti bersama pelajar
vi Membantu jurulatih dan fasilitator
vii Mengisi markah bagi semua fasa BIG dan serah pada Penyelaras BIG

5.2. PENYELARAS
i Taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih,tutor dan semua AJK
ii Taklimat perlaksanaan BIG peserta/pelajar
iii Memilih&memastikan tapak perkhemahan
iv Memastikan peralatan dalam keadaan baik&selamat digunakan
v Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti
polis,bomba&hospital terdekat
vi Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas
vii Memastikan peserta memulakan perjalanan di institute dan tamat di
institut
viii Memastikan ubat-ubatan dan peralatan di bawa bersama
ix Memastikan semua peserta /pelajar dalam keadaan sihat
sebelum,semasa dan selepas aktiviti BIG
x Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik
xi Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk
digunakan

7
SPESIFIKASI DAN DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB
5.3. KEM KOMANDAN

i Tiba lebih awal di tapak perkhemahan

ii Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan


eletrik

iii Memastikan semua jurulatih ,fasilitator dan tutor /mentor yang dillantik
sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti

iv Taklimat kepada jurulatih ,fasilitator dan tutor /mentor tentang


spesifikasi tugas dan keselamatam pelajar

v Taklimat kepada peserta/pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan

vi Memastikan semua peserta/pelajar menduduki kawasan yang telah


disediakan

vii Menentukan kawasan /tempat yang selamat untuk berkumpul


sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini/waktu kecemasan

viii Menerima laporan ketua jurulatih

ix Menerima laporan QM Kebajikan &Keselamatan

x Menerima laporan QM Peralatan

xi Menerima laporan QM Makanan

xii Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya


1 hari selepas perkhemahan

xiii Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik serta
buat laporan pada yang hilang /rosak

xiv Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu


program BIG contohnya polis,polis marin,jabatan hutan dll

xv Memastikan laporan penilaian dihantar kepada KetuaUnit


Penilaian&Pentaksiran IPGKampus

(selewat-lewatnya satu minggu selepas perkhemahan)

8
SPESIFIKASI DAN DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB
5.4. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

i Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

ii “Head count” untuk memastikan semuanya selamat

iii Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat


digunakan

iv Membuat laporan sekiranya kehilangan/kerosakan


peralatankepada QM Peralatan

v Melapor keadaan /perubahan struktur mukabumi di lokasi


aktiviti kepada Kem Komandan

vi Menunjukkan cara menggunakan peralatan dengan betul dan


selamat

vii Memberi penerangan tentang keselamatan diri

viii Mengenalpasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan


pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

ix Menyediakan satu plan tindakan sekiranya berlaku kemalangan


semasa aktiviti

9
6. SENARAI SEMAK : STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN
GURU(BIG)PISMP

BIL PROGRAM/AKTIVITI TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 JUMLAH


JAM
S1 S2 S3 S4 S5 S6
1 Perkhemahan 1 (4H+3M)
(Untuk Pengisian : Rujuk Proforma X 45
Semester Berkenaan) (45j)

2 Aktiviti Kemasyarakatan X X X 19
(Untuk Pengisian : Rujuk Proforma (7j) (7j) (5j)
Semester Berkenaan)

3 Lawatan”bench- marking” X X 14
(Untuk Pengisian : Rujuk Proforma (7j) (7j)
Semester Berkenaan)

4 Kursus/Bengkel/Seminar X X X X 12
(Untuk Pengisian : Rujuk Proforma (3j) (3j) (3j) (3j)
Semester Berkenaan)

5 Perkhemahan ll (3H+2M) X 30
(Untuk Pengisian : Rujuk Proforma (30j)
Semester Berkenaan)

JUMLAH JAM 120

10
7.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU
(BIG)PISMP
SEMESTER PROGRAM/AKTIVITI
TAJUK KANDUNGAN JAM
1 1.perkhemahan 1 Perlu mengambil kira domain
kandungan kurikulum kursus di bawah Perkhemahan 4hari 3malam
(45Jam) Aktiviti : sepanjang perlaksanaan (45jam)
1.mendirikan dan menguruskan
perkhemahan: Berjiwa merdeka dan perkasa:
-perancangan,pemilihan +membina kemahiran pengurusan diri
tapak,pembahagian tugas dan kumpulan
-pembinaan khemah,penyediaan dan +membina kemahiran membuat
penyajian makanan keputusan dan menyelesaikan masalah
-pembubaran khemah +membina kemahiran mengurus
2.malaysia cergas dan patriotrtik; perubahan
-Nyanyian patriotic
-menaikkan bendera Kerohanian dan akhlak keguruan:
Kawad kaki +mengenali dan menilai potensi diri
-senamrobik/aktiviti kalistenik insane guru
3.latihan dalam kumpulan (LDK): -potensi kendiri
-icebreaking -personaliti kerjaya
-personaliti guru dan konflik pesonalti -citra diri insan guru
-realiti persekitaran +membina pemikiran positif dan
-realiti diri dan motivasi guru motivasi kendiri terhadap kerjaya
-perubahansikap keguruan
-pembinaan self-esteem +menghayati nilai,etika dan akhlak
4.kembara dan orienteering: keguruan
-berjalan merntas rimba
-berjalan lasak Berilmu ,beramal dan berbakti:
-aktiviti penghayatan alam +mengamalkan semangat
-penggunaan kompas dan lakaran berpasukan,kerjasama dan
-penyelesaian masalah tanggungjawab
5.aktiviti di air : +menghayati konsep kerja sebagai
-keselamatan di air ibadah
-apungan
-kemahiran asa renang Berakauntabiliti dan amanah:
-kemahiran asa menyelamat +berakauntabiliti kepada profession
-kemahiran berkayak keguruan
6.tazkirah/aktiviti moral +memahami realiti persekitaran dan
7.persembahan kumpulan responsive secara positif kepada
8.refleksi: keadaan dan keperluan persekitaran
-refleksi aktiviti berkenaan
-refleksi umum
-penulisan refleksi Berdaya tahan yang tinggi:
+meningkatkan daya ketahanan dan
kekuatan jasmani,emosi rohani dan
social

Kreatif dan inovatif:


+membina kemahiran berfikir aras
tinggidan berupaya menjana pemikiran
baru
+membuat refleksi secara kritikal ke
atas pengalaman . kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil
tindakan penambahbaikan

11
7.1.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU
(BIG)PISMP
SEMESTER PROGRAM/AKTIVITI
AKTIVITI LAWATAN BENCH KURSUS/BENGKEL/SEMINAR=3jam
KEMASYARAKATAN=7jam MARKING
2 1.jenis khidmat kemasyarakatan: 1.Ceramah/ Bengkel
-khidmat sosial &kebajikan(rumah Tema ceramah/bengkel/seminar:
(10j) kebajikan,anak yatim,hospital dll)
1.Pembinaan Insan Guru Yang
-bantuan bencana(banjir,kebakaran ,dll)
-gotong royong(bersih tanah kubur,rumah Seimbang:
ibadat,dll) -guru sbg insan mulia
-kualiti peribadi&profesinalisma seorang guru
-pembelajaran berterusan&seluas hayat
2.khidmat pendidikan kepada
komuniti: 2.Guru Dan Hubungan Komuniti:
-kelas tambahan -cabaran guru merealisasikan pendemokrasian
-klinik subjek/bimbingan pembelajaran pendidikan
-kem motivasi/kerjaya -guru sbg ejen perubahan masyarakat
-kempen kesedaran pendidikan -hubungan sekolah dan komuniti kea rah
pembangunan pendidikan

3.Guru Dan Akauntabiliti


Profesionalisma:
-pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan
pendidikan bertaraf dunia
-etika &moral professional
-dasar &wawasan pendidikan dan implikasinya
kepada peranan dan t/jawab guru
3 1.Jenis Khidmat 1.Bengkel:3j
Kemasyarakatan:7j -Merancang ,Mengendali dan Menghadiri
(10j)
-khidmat sosial &kebajikan(rumah Bengkel
kebajikan,anak yatim,hospital dll)
-bantuan bencana(banjir,kebakaran ,dll) 2.Tajuk Bengkel:
-gotong royong(bersih tanah kubur,rumah
ibadat,dll) +Etiket Sosial Dan Protokol:

2.Khidmat Pendidikan Kepada -Pengucapan Awam


Komuniti:
-Kesantunan Berbahasa
-kelas tambahan
-Kemahiran Mendengar Secara Efektif
-klinik subjek/bimbingan pembelajaran
-Tertib Di Meja Makan
-kem motivasi/kerjaya
-Pengendalian Majlis Resmi(Susunataur Tempat
-kempen kesedaran pendidikan Kedudukan,Pengacara,Sambutan Tetamu

-Etika Berpakaian

12
7.2.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU
(BIG)PISMP
SEMESTER PROGRAM/AKTIVITI
AKTIVITI LAWATAN BENCH KURSUS/BENGKEL/SEMIN PERKHEMAHAN II
KEMASYARAKAT MARKING AR
AN
4 1.jenis khidmat (Perkhemahan 3hari
2malam=30j)
(35j) kemasyarakatan:(5 1.penyedlaan tapak dan
j) mendirikan khemah
-khidmat sosial 2.interaksi dengan
&kebajikan(rumah komuniti setempat
kebajikan,anak - - 3.aktiviti
yatim,hospital dll) kerohanian/moral
-bantuan 4.malaysia cergas dan
bencana(banjir,kebakara menaikan bendera
n ,dll) 5.latihan dalam
-gotong royong(bersih kumpulan(LDK)
tanah kubur,rumah 6.kembara social
ibadat,dll) 7.refleksi
2.khidmat
pendidikan kepada
komuniti:
-kelas tambahan
-klinik subjek/bimbingan
pembelajaran
-kem motivasi/kerjaya
-kempen kesedaran
pendidikan

Lawatan Bench Marking:7j 1.Bengkel :3j


5 (merancang dan mengadakan Tema bengkel;
(10j) lawatan benchmarking dan Pengurusan Pendidikan
sediakan satu lapotran -guru dan perundangan
reflektif mengenainya) -mandat
Lawatan Ke Sekolah -akta 550(1996)
- Cemerlang/Sekolah Harapan -pekeliling perkhidmatan -
Negara/Sekolah Inovasi: -fungsi JPN dan Sektor-sektor
+ciri-ciri kepimpinan -fungsi dan peranan
-jenis kepimpinan PPD/zon/Bahagian dan PKG
+Pengurusan
-sistematik
-misi sekolah
-visi sekolah
+iklim sekolah/budaya
sekolah
+infrustruktur/infostruktur
-
makmal:bahasa,sains,biologi,fi
zik
-pusat sumber
-pembelajaran kendiri
-bilik-bilik khas m/pelajaran
-kios pembelajaran

13
7.3.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU
(BIG)PISMP
SEMESTER PROGRAM/AKTIVITI
AKTIVITI LAWATAN KURSUS/BENGKEL/SEMINAR PERKHEMAHAN
KEMASYARAKATAN BENCH II
MARKING
6
2.Lawatan 1.Bengkel=3j
(10j) Benchmarking=7j
- Interaksi Menghadiri bengkel -
Professional
Dengan Guru Tema bengkel
Cemerlang
+Guru Inovatif
+Innovasi Pedagogi -ciri-ciri guru yang inovatif
Dengan Guru
Cemerlang +Bengkel-Refleksi BIG(Wajib)Dari Sem.1
hingga 6
+Amalan P&P Guru
Cemerlang +Mentadbir Ujian Postinventori Self
Direct Search(SDS) Dan Inventori Konflik
+Ciri-Ciri
Profesionalisme +Interpritasi Dapatan Ujian
Dan Komitmen
Guru Cemerlang +Refleksi BIG

+Laporan Dan
Penilaian Reflektif

NOTA : Dalam setiap aktiviti/program yang dijalankan dalam semua semester mestilah dimasukan elemen-elemen enam
domain penting iaitu berjiwa merdeka dan perkasa: kerohanian dan akhlak keguruan: berilmu ,beramal dan berbakti:
berakauntabiliti dan amanah: berdaya tahan yang tinggi:kreatif dan inovatif:

Disediakan oleh: Disemak oleh :

_______________________________ ________________________________
(Nama: ) (Nama: )

14
Nama :……………………………… ……….. Tarikh : …………………………………….
Kump:………………………………………… Siri : …………………………………….
Nama Tutor : ………………………………… Tempat : ……………………………………

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan
supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai
objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap
aktiviti BIG.
2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara
satu sama lain.
3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang
perkhemahan .
4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila
masuk waktu solat.
5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.
6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.
(Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.


8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan
kawasan.
9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam
sekitar.
10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.
11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang
perkhemahan adalah ditegah.
12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang
memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.
13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.
14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.
16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.
17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

15
18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.
19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.
20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih /
fasilitator.
22. Komunikasi dengan pihak luar adalah DILARANG kecuali dengan pihak pengurusan tapak perkhemahan.
23. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
24. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang
dilaksanakan.
25. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa
Keselamatan / Urusetia. Selepas diadili dan peserta di dapati bersalah maka peserta boleh dipertimbangkan
samada LULUS atau GAGAL.
26. Sekiranya berlaku keadaan kecemasan, pengawal/Jurulatih yang bertugas sila ambil tindakan dengan serta
merta dan dimaklumkan kepada Ketua Jurulatih / Penolong Ketua Jurulatih/Jurulatih
27. Jika ada sebarang masalah sila hubungi Ketua Jurulatih/Penolong Ketua Jurulatih/Jurulatih yang bertugas.
PERINGATAN

 Semua petugas yang dilantik / tutor diminta berada di tapak perkhemahan dari mula sehingga
tamat aktiviti perkhemahan.
 Mentor / tutur diminta bersama pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.
 Kem Komandan perlu memastikan kenderaan kecemasan disediakan dan berada 24 jam di kawasan
perkhemahan.

16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

BINA INSAN GURU


SIRI :………………………………………..

TARIKH :…………………………………

INVENTORI PERSONALITI SIDEK


Nama : Tarikh Ujian :

Jantina : No.KP. :

Etnik : Agama :

Umur : Jab./Unit :

Kaunselor :

IPS
Arahan:

A Inventori Personaliti Sidek ini mengandungi 160 pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan
jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan (Y) dan jika tidak menerangkan diri anda, hitamkan (T)
pada borang jawapan yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda
ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa.JAWAB SEMUA SOALAN.

17
Bil. Item Ya Tidak

1. Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja


yang ada dalam fikiran saya
2. Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data
dan benda
3. Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari
mengikut struktur yang telah ditetapkan
4. Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada
di samping saya
5. Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan

6. Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja


bahan yang saya baca
7. Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai
jiran tetangga
8. Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.

9. Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-


masalah yang rumit
10. Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah

11. Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya


sebagai pemimpin
12. Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi
masalah
13. Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan
diri dari rasa tertekan
14. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas

15. Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai


seorang yang amat berjaya
16. Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan
sesiapa
17. Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli
profesional bila menghadapi masalah
18. Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat
dan lihat
19. Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah
yang saya hadapi
20. Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh
menyebabkan orang lain marah
21. Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan besar

22. Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar


Page 2

18
23. Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui
oleh orang lain
24. Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti
masa lapang
25. Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah
dimulakan
26. Merasa keciwa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal
keadaan
27. Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian
tanpa mengharapkan bantuan orang lain
28. Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya
telah diadili
29. Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang
saya alami
30. Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur

31. Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana


orang lain tidak berupaya melakukannya
32. Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang

33. Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh


kawan
34. Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan
psikologi
35. Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat
demikian
36. Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara
majority
37. Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan
mudah mesra
38. Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek
berbanding orang yang praktikal
39. Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau
perbincangan
40. Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara

41. Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-


kerja yang lain
42. Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik
daripada saya
43. Lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut

44. Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira


pertolongan itu dihargai atau tidak
45. Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada
orang lain
Page 3

19
46. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan
tumpuan yang terperinci
47. Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja
kerja
48. Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya

49. Mudah berang apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi

50. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang


berhubung dengan manusia
51. Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-
kerja saya
52. Suka menerima pimpinan orang lain

53. Mudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum


saya kenali
54. Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui
kajian dan penyelidikan
55. Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika
ditegur terlebih dahulu
56. Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat

57. Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang


untuk berjaya adalah tipis
58. Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan
perolehi sehingga ini
59. Suka membuat keputusan untuk kumpulan

60. Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada


kawan-kawan yang memerlukan
61. Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari
orang lain
62. Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari

63. Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi


setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi

64. Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya

65. Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah


menyakitkan hati saya
66. Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui

67. Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti

68. Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan


walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu
Page 4

20
69. Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di
dalam sesuatu kumpulan
70. Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea
yang abstraks
71. Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan
bermain dengan kawan-kawan
72. Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya
rancangkan
73. Boleh bekerja dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa
mudah merasa letih dan jemu
74. Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah
saya lakukan pada masa lalu.
75. Akan mengambilalih tugas kepimpinan apabila suasana berada
dalam keadaan tertekan
76. Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu
menyelesaikan masalah-masalah sosial
77. Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya
kepada kawan-kawan
78. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum
memulakan perbualan
79. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan
dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan
80. Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh
kawan-kawan
81. Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua
kurang jelas
82. Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan
falsafah hidup masyarakat yang ideal
83. Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan,
persetujuan dan pendapat orang lain

84. Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum


memulakan sesuatu pekerjaan
85. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai

86. Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca


buku-buku yang bercorak akademik
87. Suka menyendiri melayan fikiran

88. Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru

89. Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya


walau pun saya tidak suka
90. Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik
daripada saya
91. Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi
Page 5

21
92. Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab
membantu individu yang kurang bernasib baik
93. Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya
buat dan katakan adalah betul
94. Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan
bersih dan kemas
95. Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi

96. Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa

97. Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan
yang diberi
98. Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-
macam masalah sosial, politik dan ekonomi
99. Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan
apa orang lain akan kata
100. Lebih banyak bertolakansur mengenai sesuatu perkara
berbanding dengan orang lain
101. Selesa bercakap dengan sesaorang walaupun bertemu buat kali
pertama
102. Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan
artikel-artikel bercorak akademik yang saya baca
103. Merasa gugup bercakap di hadapan khayalak ramai

104. Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa


yang lama
105. Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan,
walaupun orang lain telah menarik diri
106. Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak
Mengembirakan
107. Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima
pendapat saya
108. Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting
dengan menolong diri saya sendiri
109. Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian
tanpa sokongan dari kawan-kawan
110. Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa
akan datang
111. Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya
untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh
112. Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan
mengembirakan
113. Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari
membuat kerja yang disuruh oleh orang lain
114. Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkahlaku dan
permasalahan manusia
Page 6

22
115. Selalu bertindak mengikut keyakinan diri

116. Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai


bagi membentuk nilai-nilai hidup saya
117. Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali
dari duduk seorang diri
118. Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini
serta cara penyelesaiannya
119. Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum
saya kenali
120. Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza
dari yang lain
121. Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada
saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa
122. Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan
sesuatu yang salah
123. Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak
sebagai ketua
124. Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan
orang lain
125. Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya

126. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan


dengan lancar
127. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada
orang lain
128. Walaupun rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti,
saya tidak pernah marah
129. Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan
saya yang lain
130. Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan
masalah-masalah rumit yang perlu diselesaikan
131. Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri
apa yang ingin saya lakukan
132. Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba
menyelesaikan masalah saya sendiri
133. Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk
didampingi
134. Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu
kerja berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain
135. Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya

136. Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali

137. Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan
mengubahnya
Page 7

23
138. Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah
peribadi dari orang lain
139. Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang
mempunyai autoriti
140. Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh
menjadi kawan kepada saya
141. Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain

142. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang


terlebih dahulu
143. Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan
kerja-kerja yang mencabar
144. Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang
berulang-ulang
145. Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada
saya menang atau kalah
146. Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya
mengenali diri dengan lebih baik
147. Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah
adalah ditentukan oleh diri saya sendiri
148. Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain
tidak berminat untuk melakukannya
149. Mempunyai ramai sahabat dan kenalan

150. Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea

151. Akan mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung


dan berinteraksi dengan orang ramai
152. Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang
masa tanpa perubahan
153. Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa
mencari jalan penyelesaiannya segera
154. Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup

155. Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai


tanggungjawab penuh untuk menyelia
156. Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit

157. Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila


menghadapi kebuntuan
158. Rasa kecewa bila ada sesuatu yang menganggu perjalanan
rangangan saya
159. Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh

160. Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang
saya sayangi bermesra dengan orang lain
Page 8

24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

PERSEDIAAN GURU PELATIH (PERALATAN PERIBADI) – PROGRAM BIG.

1. Fizikal, mental, dan emosi yang sihat

2. Pakaian untuk perkhemahan 4 hari 3 malam;


- Aktiviti lasak di darat
- Aktiviti lasak di air (termasuk kasut untuk turun ke air)
- Tidur malam (selimut / track top/wind breaker)
- Aktiviti rasmi (pakaian GERKO dan topi IPG KSAH)
- Kasut dan stoking (selipar hanya untuk ke tandas)
- Sarung tangan (jika perlu)
-
3. Keperluan beribadat mengikut agama masing-masing. Bacaan bercorak keagamaan
dibenarkan.

4. Makanan dan minuman tambahan khas untuk peserta yang sakit ‘gastric’ sahaja
dibenarkan.

5. Ubat-ubatan peribadi untuk penyakit peribadi adalah PENTING.

6. Perkara 4 dan 5 di atas , sila maklum kepada Ketua Jurulatih dengan mengemukakan
surat akuan doktor atau surat sokongan.

7. Ubat nyamuk dibenarkan hanya jenis ‘insect repellent’ berbentuk cecair sahaja.

8. Botol kosong untuk bekalan air semasa aktiviti kembara atau ekspidisi.

9. Peserta yang ‘vegeterian’ sila maklumkan kepada QM makanan , Fasilitator dan Ketua
Kumpulan masing-masing.

10. Alat dan keperluan untuk bersuci seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, sabun basuh
dan berus membasuh – sila bawa sendiri.

11. Lampu picit – mentol dan bateri tambahan dibenarkan, tetapi digalakkan berkongsi.

12. Alat muzik ringan dibenarkan (boleh digunakan semasa persembahan)

13. Alat tulis (buku kecil, pensil atau pen – bawa sendiri)

14. Makanan, minuman, hisapan dan hiduan yang diharamkan oleh Agama dan Negara
adalah DILARANG SAMA SEKALI.

25

Anda mungkin juga menyukai