Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA, JOHOR


PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN
PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN 4
Masa: 1 jam
_________________________________________________________
Arahan:

1. Pilih SATU sahaja daripada tajuk-tajuk yang diberi:

A. Lukis POSTER yang bertemakan ’ SAYANGI MALAYSIAKU’. Anda boleh


mewarnakan poster dengan menggunakan pensel warna atau crayon atau oil pastel
atau gabungan media.

B. Reka CORAK TIDAK TERANCANG dengan teknik IKATAN DAN CELUPAN. Anda
hendaklah menyediakan kelengkapan set media basah, kain putih saiz sapu tangan
atau tisu dapur, serta gelang getah, batu atau guli atau tutup botol.

C. Hasilkan PENANDA BUKU yang kreatif dengan teknik KALIGRAFI. Anda boleh
menyediakan alatan dan bahan seperti; marker pen, reben, dan gunting.

D. Reka CORAK BATIK untuk hiasan dinding yang bermotif flora dengan teknik
RESIS. Anda hendaklah menyediakan lilin putih, krayon, span dan set warna air.

2. Hanya kertas lukisan sahaja yang disediakan oleh pihak sekolah. Setiap murid
hendaklah membawa dan menyediakan peralatan dan bahan masing-masing
dengan lengkap.

3. Sila tulis nama penuh, nama kelas dan nombor soalan di bahagian belakang
kertas lukisan atau hasil karya.

*nota:
Teknik Ikatan dan Celupan – kain putih disumbat dgn guli dsb,
kemudian diikat dengan getah dan dicelup dengan warna air.
Teknik Kaligrafi – tulisan cantik guna pen kaligrafi atau marker.
Teknik Resis – lakar guna lilin atau krayon kemudian sapu warna air.
Poster – tulisan dan gambar yg bersesuaian dgn tema

“ Seni itu indah ”

Anda mungkin juga menyukai