Anda di halaman 1dari 6

FACULTY OF ADMINISTRATIVE AND

POLICY STUDIES

DIPLOMA IN PUBLIC ADMINISTRATION


(AM110)
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
(CTU 10I)
ANALISIS SURAH YASIN AYAT 1-20

NAMA PELAJAR: SINORIZA BINTI ROSLI

NO PELAJAR: 2017951631

NAMA PENSYARAH: USTAZAH NOOR AIN BINTI MOHD


NOOR

KAMPUS: Q-UITM KAMPUS SAMARAHAN

SEMESTER : 20182-Session2 2017/2018


PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN

POTONGAN AYAT DAN


TERJEMAHAN

FAKTA DAN HURAIAN

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI
PENDAHULUAAN

Surah Yasin adalah merupakan salah satu surah yang banyak sekali dibaca oleh umat Islam di
Malaysia. Ia dibaca di masjid-masjid dan surau-surau pada malam Jumaat atau sempena hari-hari
tertentu. Tidak ketinggalan juga ia dibaca di rumah-rumah untuk kenduri arwah atau lainnya. Kepada
mereka yang membaca al-Quran secara keseluruhan dari awal hingga akhir maka mereka juga akan
membaca surah ini. Surah Yaasin juga mengisahkan kisah-kisah menarik didalamnya untuk
muhasabah diri bersama.

Surah Yasiin merupakan surah yang ke 36 dalam al Quran, mengandungi 83 ayat dan merupakan
surah Makkiyyah. Tiga perkara asasi dalam surah ini ialah keimanan tentang hari kita dibangkit dan
dihimpunkan, sejarah penduduk negara Antakiyyah, serta bukti-bukti keesaan Allah (wahdaniyyah)
pentadbir alam ini.
Surah ini bermula dengan sumpahan pada al Quran bahawa wahyu itu benar dan risalah Muhammad
itu benar. Kemudian membicarakan tentang kuffar Quraisy yang menolak kebenaran dan kekal dalam
kesesatan.
Kemudian dibicarakan tentang Antakiyyah yang mendustakan Rasul-rasul dan Islam yang dibawa
dalam bentuk penceritaan. Di sini kita melihat pendirian pendakwah Habib al Najjar, pejuang mukmin
yang menasihati kaumnya lalu mereka membunuhnya. Habib dimasukkan ke dalam syurga dan
kaumnya diserang dengan satu pekikan yang menghancurkan mereka.

Surah ini juga membicarakan kepada kita tentang keesaan Allah Ta’ala (wahdaniyyah) bermula
dengan penciptaan bumi, malam dan siang, bulan dan matahari serta kapal yang membawa manusia.
Berkaitan juga dengan Hari Qiyamat dan segala kengeriannya, tiupan sangkakala yang
membangkitkan semua yang mati, dari kubur masing-masing, serta membicarakan tentang penghuni
syurga dan neraka. Surah Yasiin berakhir dengan membicarakan tentang kebangkitan semula dan
pembalasan.

Surah ini amat perlu dihafaz oleh umat Islam dan difahami. Bersabda Nabi SAW, “Setiap sesuatu
mempunyai jantung, jantung al Quran adalah Yasiin. Aku ingin surah ini berada di hati setiap umatku (yakni
dihafaz oleh setiap umatku).” (Al Hafiz abu Bakr al Bazzar)…
Kadangkala terlintas di hati, mengapa saya menulis tafsir ini? Adakah akan mendapat sambutan dan
memberi manfaat kepada masyarakat pembaca? Memang saya amat berminat dengan dunia tafsir
terutama tafsir al Quran. Tanpa menulis tafsir bermakna saya tidak menyumbangkan sebarang
pengorbanan untuk masyarakat saya.
Apakah membiarkan mereka terkapai-kapai dan meraba-raba dalam memahami al Quran itu suatu
kebaikan, sedangkan al Quran diturunkan untuk difahami dan diamalkan serta dilaksanakan isi
kandungannya. Jadi, inilah tugas orang yang berilmu. Sekiranya tidak menyambung siang malamku
dengan mengajar dan menulis bermakna suatu pengkhianatan terhadap ilmu yang dikurniakan Allah.
POTONGAN AYAT SURAH YASIN 1-20
Potongan ayat dan terjemahan

Anda mungkin juga menyukai