Anda di halaman 1dari 2

Ruj : QCT/SRS/2010/013

Tarikh : 26 JULAI 2010M / 14 SYAABAN 1431H

Kepada:

Ustaz Azmil Bin Zainal Abidin


Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur

‫السلما عليكم ورحمة ا وبركاته‬

Tuan

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kami di pihak Quranic Centre and Training (QCT) akan
menganjurkan Program Motivasi Remaja yang bertajuk “Kaedah Pelajar Menghadapi Ramadhan 2010”.
Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

Nama : Program Motivasi Remaja Kaedah Menghadapi Ramadhan 2010


Tarikh : 01 Ogos 2010H / 20 Syaaban 1431H (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Masjid Al-Ikhlas, Taman Seri Melati, Selayang

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput Tuan sebagai penceramah dalam
program tersebut. Tajuk yang dicadangkan oleh pihak kami ialah “Cabaran dan Rahsia yang tersirat di
sebalik Ramadhan”. Pihak Tuan boleh membuat sebarang pindaan terhadap tajuk tersebut bersesuaian
dengan objektif yang ingin dicapai oleh pihak kami.
4. Untuk makluman pihak Tuan, objektif utama pihak kami mengadakan program ini adalah
seperti berikut:

1. Memberikan kaedah persiapan bagi remaja dan belia dalam menghadapi Ramadhan.
2. Meningkatkan tahap kefahaman remaja dan belia dalam membina syaksiah muslim.
3. Memberikan gambaran serta cabaran remaja dan belia Islam dalam menghadapi Ramadhan.

5. Di sini juga kami lampirkan bersama tentatif program sebagai rujukan pihak Tuan. Semoga
Allah SWT memberikan kita kekuatan dalam menjalankan amal Islami dan memberkati kita dalam
membangunkan ummah yang berkualiti dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih. ‫والسلما‬

“Amal Islami, Tunggak Kekuatan”

Yang menjalankan amanah,

____________________
Puan Atfina Hajiyusoh
Pengurus Eksekutif
KN 52 8483 Kg Nakhoda
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Anda mungkin juga menyukai