Anda di halaman 1dari 7

BREAD AND BUN

Bahan-bahan
500gm tepung high protein
15gm gula kaster
20gm shortening
1/2 tsp garam halus
8gm yis segera
280ml air sejuk

Tambahkan
50gm whole meal untuk whole meal pita

Tambahkan
100gm parutan keju parmesan untuk cheese pita

Tambahkan
4 ulas bawang putih di parut halus untuk garlic pita

Cara-cara
1. Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi
sedikit. Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik. Masukkan whole meal (atau bahan2
tambahan lain) dan adun hingga sebati.
2. Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit. Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur
dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.
3. Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.
4. Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke
dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.
5. Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah. Jika roti mengelembung, angkat
dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.

MENU : Bread and Buns

Print PDF

Jun/ 10

28

Roti Arab
Post on Wall..

Bahan-bahan
500gm tepung high protein
10gm bread improver
60gm gula kaster
1 tsp garam halus
11gm yis segera (1 pkt)
40gm susu tepung
50gm shortening/minyak sayur
250ml air sejuk

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kecuali air, gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
menggunakan hook sehingga elastik.
2. Keluarkan doh dan biarkan selama 5 minit. Timbang doh seberat 120gm dan canai bulat
setebal 2cm. Masukkan ke dalam loyang 8" yang di leser dengan mentega dan biarkan
mengembang 2 x ganda.
3. Bakar selama 20 minit pada suhu 200C.
4. Boleh di sapu dengan mentega atau di hidang bersama kuah kari atau sardin.

MENU : Bread and Buns

Print PDF

Jun/ 10

25

Curry Chicken Pau


Post on Wall..

Bahan Doh
330gm tepung pau
40gm gula kaster
1/2 tsp garam halus
1 tsp yis segera
30ml minyak jagung
1/2 tsp double action baking powder
145ml air

Bahan Inti
1 biji sedang kentang (130gm) - potong kiub
1/2 biji bawang besar - potong kiub
2 Tbsp serbuk kari ayam/daging
100gm daging ayam di rebus dan di siat2
2 Tbsp sos cili
garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Hiasan : serbuk rempah kari

Cara-cara :
Tumis bawang besar dan rempah hingga naik baunya. Masukkan ubi kentang dan sedikit air,
rebus hingga ubi empuk. Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa, gaul rata dan
masukkan cebisan ayam. Masak hingga agak kering. Sejukkan sebelum di gunakan.

1. Satukan doh pau kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli menjadi
doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Tutup dengan bekas besar dan biarkan
selama 30 minit,
2. Timbang doh seberat 40gm, bulat-bulatkan dan rehat selama 5 minit lagi.
3. Ambil doh dan isikan dengan inti dan bentukkan bujur atau bulat. Letak pau di atas kertas
atau daun pisang dan tabur dengan sedikit serbuk rempah kari jika suka.
4. Masukkan ke dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu. Kukus selama 10 minit
dengan api yang sederhana.

MENU : Bread and Buns

Print PDF

Jun/ 10

14

Mexican Flower Bun - Step by step


Post on Wall..
Ambil 200gm doh asas bun manis
(menghasilkan 4 biji bun)

Filling Custard
100gm custard segera (instant)
250ml air masak suam
1 tsp coklat emulco
1 tsp coffee emulco
(whisk hingga rata dan masukkan ke dalam piping bag)

Doh Kulit Luar


40gm tepung high protein
35gm tepung gandum
20gm gula kaster
25gm mentega
1 tsp coffee emulco/coklat emulco
1 biji telur B
(Uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut)

Lain-lain
Tart mould - 4 pcs (griskan luarnya dengan mentega/shortening)
Piping bag

Cara-cara :
1. Ikut step doh asas bun. Baru di ikuti langkah di bawah :-
2.Ambil 200gm doh asas bun, bahagikan kepada 4 bahagian seberat 50gm setiap satu. Bulatkan
dan biarkan selama 5 minit.
3. Ambil doh kulit luar dan bahagikan kepada 4 bahagian seberat 40gm setiap satu. Bulatkan.

4. Leperkan satu bahagian doh kulit luar dan letak satu bahagian doh asas bun. Tutup kembali
dan bulatkan, buat sehingga habis

5. Letak doh di dalam dulang pembakar yang telah di gris. Tekan dengan tart mould di
tengahnya. Buat kesemuanya hingga habis. Biarkan selama 5 minit lagi.
6. Bakar pada suhu 190C selama 5 minit di rak tengah. Keluarkan dari oven dan tekan kembali
tart mould dengan pemegang sudu padat2 supaya mould tidak terkeluar. Masukkan kembali ke
dalam oven dan bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan.

7. Keluarkan dari oven, picit filing kastard di tengahnya, buat sehingga habis dan bakar sekejap
di dalam oven selama 5 minit.

8. Hias mengikut suka.

Anda mungkin juga menyukai