Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Penyakit denggi adalah disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil virus denggi.Virus
ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae.Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah
dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang
pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi.Ia akan hanya melindungi
individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia
melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5
hari pada tahap awal penyakit.

Demam denggi terbahagi kepada dua jenis iaitu demam denggi klasikal dan
demam denggi berdarah. Pesakit demam denggi klasikal akan menunjukkan gejala demam,
ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang
menyebabkan kematian.Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'breakbone fever'.Demam
denggi berdarah biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13
tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi
klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam
dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, najis berdarah (najis berwarna hitam) disertai
dengan sawan dan tidak sedarkan diri. Ia akan menyebabkan kematian jika rawatan tidak
diberikan dengan segera.

Virus denggi akan terpendam (incubate) di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari
(purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami
demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Demam denggi
klasikal dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile) dijumpai di kawasan
tropika dengan taburan geografi serupa dengan malaria.Disebabkan oleh satu daripada empat
virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup
berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang
disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku.Denggi disebarkan kepada
manusia oleh nyamukAedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Sehingga hari ini,wabak demam denggi bawaan sejenis nyamuk yang dikenali sebagai
aedes menjadi penyakit yang digeruni, meningkat mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi
juga di negara-negara yang lain..

Setakat ini, wabak ini masih belum menemui jalan penyelesaian malah dibimbangi virus
denggi yang bermutasi memiliki strain baharu iaitu boleh berjangkit dengan kesan yang lebih
teruk terutama terhadap bekas penghidapnya.
2.0 DATA & STATISTIK

2.1 Kes Denggi Mengikut Bulan Pada Tahun 2018

kes Denggi Mengikut


bulan Bulan Pada Tahun 2018
JAN 6
FEB 15
MAC 17
APR 1
MEI 9
JUN 17
JULAI 10
OGOS 6

kes Denggi Mengikut Bulan Pada


Tahun 2018
17 17
18
15
16
14
12 10
9
10
8 6 6 kes Denggi Mengikut
Bulan Pada Tahun
6
2018
4
1
2
0

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan data dan statistik kes demam denggi di Daerah Tanah
Merah pada tahun 2018 dari awal bulan Januari dan berakhir pada bulan Ogos. Jumlah
keseluruhan kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun 2018 adalah sebanyak 81 kes.

Daripada jumlah tersebut, didapati data yang diperolehi bulan Mac dan Jun adalah
menunjukkan statistik kes demam denggi yang dilaporkan adalah paling tinggi iaitu 17 kes,
diikuti kes yang dilaporkan pada bulan Mac iaitu sebanyak 15 kes. Seterusnya, pada bulan Julai
mencatatkan sebanyak 10 kes iaitu tinggi sedikit berbanding bulan Mei yang hanya mencatatkan
9 kes. Namun begitu, jumlah kes dilaporkan pada bulan Jan dan Ogos 6 kes manakala kes yang
dicatatkan bulan Apr adalah lebih rendah iaitu sebanyak 1 kes.

2.2 Kes Denggi Mengikut Peringkat Umur

Umur Kes Denggi Mengikut Peringkat Umur


1-10 TAHUN 3
11-20 TAHUN 23
21-30 TAHUN 8
31-40 TAHUN 7
41-50 TAHUN 9
51-60 TAHUN 14
61-70 TAHUN 4
71-80 TAHUN 9
81-90 TAHUN 4

Kes Denggi Mengikut Peringkat Umur


25

20

15

10
Kes Denggi Mengikut
5 Peringkat Umur

RAJAH 2

Rajah 2 menunjukkan kejadian kes denggi mengikut peringkat umur sepanjang tahun
2018 di daerah Tanah Merah. Walaupun penyakit denggi boleh menyerang sesiapa sahaja dan
tidak mengira peringkat umur seseorang itu.Dapat dilihat dengan jelas pada graf tentang
peringkat umur yang menghidap denggi.Peringkat umur yang paling tinggi mengalami denggi
adalah umur 11-20 tahun iaitu sebanyak 23 kes.Pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan kejadian
denggi yang dialami oleh individu yang berumur peringkat ini.

Peringkat umur kedua tertinggi pula ialah umur 51-60 tahun, dimana kes yang
direkodkan adalah sama iaitu sebanyak 14 kes dan diikuti ketiga tertinggi iaitu peringkat umur
41-50 tahun dan 71-80 tahun sebanyak 9 kes.Bagi peringkat umur 21-30 tahun mencatat 8 kes.
Selain itu, 7 kes dicatat dalam umur 31-40 tahun, 4 kes dicatat dalam umur 61-70 tahun dan 81-
90 tahun. Akhir sekali, kes terendah adalah 1-10 tahun iaitu 3 kes.

2.3 Kes Denggi Mengikut Jantina

KES DENGGI MENGIKUT


JANTINA JANTINA
PEREMPUAN 29
LELAKI 52

KES DENGGI MENGIKUT JANTINA


60

50

40

30 KES DENGGI
MENGIKUT JANTINA
20

10

0
PEREMPUAN LELAKI

RAJAH 3

Rajah 3 menunjukkan kejadian kes denggi mengikut jantina sepanjang tahun 2018 di
daerah Tanah Merah.Ini menunjukkan peratusan lelaki lebih tinggi berbanding perempuan iaitu
52 kes dan perempuan hanya 29 kes.
2.4 Kes Denggi Mengikut Bangsa Di Daerah Tanah Merah

KES DENGGI MENGIKUT BANGSA DI DAERAH


BANGSA TANAH MERAH
MELAYU 45
CINA 12
INDIA 24

Commented [AS1]:
KES DENGGI MENGIKUT BANGSA DI
DAERAH TANAH MERAH
50

40

30

20

10

0
MELAYU CINA INDIA

RAJAH 4

Rajah 4 pula menunjukkan bilangan kes mengikut bangsa penduduk daerah Tanah
Merah pada tahun 2018.Pada rajah diatas jelas menunjukkan bangsa yang tertinggi menghidap
denggi adalah bangsa Melayu.Ini mungkin disebabkan majoriti penduduk di daerah Tanah Merah
adalah berbangsa Melayu iaitu 45 kes. Bangsa kedua tertinggi yang menghidap denggi selepas
bangsa Melayu pula ialah bangsa India iaitu sebanyak 24 kes. Perbezaan yang agak banyak
dengan yang berbangsa Melayu dapat dilihat.Bagi bangsa India pula, mencatat hanya 12 kes.

Kesimpulannya, majoriti daripada jumlah penduduk di daerah Tanah Merah adalah terdiri
daripada bangsa Melayu dan kebanyakan kes demam denggi juga berlaku ke atas
mereka.Keadaan ini mungkin disebabkan mereka kurang pengetahuan mengenai bahaya demam
denggi lalumenyebabkan mereka tidak mengamalkan langkah-langkah pencegahan demam
denggi.
3. PERBINCANGAN

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus
denggi dan dibawa oleh nyamuk Aedes. Dewasa ini, tiada ubat khusus atau vaksin siap untuk
merawat penyakit demam denggi yang disebabkan flavivirus kecuali aktiviti kawalan dan
pencegahan penyakit. Setelah pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi
tanggung jawab doktor atau penolong pegawai perubatan yang merawat untuk memaklumkan
kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang
perlu dilaporkan. Menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun
kebelakangan ini. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari
ini.

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara


rantau tropika.Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi
menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam
selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang
membawa virus denggi.Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa
8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).Nyamuk betina yang dijangkiti virus
denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan
transovarial (melalui ovari).Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus
denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet
boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.Virus denggi dari
perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18
jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala
penyakit.

Ciri-ciri klinikal demam denggi:

 Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta
dengan kemunculan ruam.
 Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom
demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk,
ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
 Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
 Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti
gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam
denggi yang tidak spesifik.
 Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan
sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
 Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi
40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
 Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang
selepas demam sembuh.
 Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit
(ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah pembiakannyamuk aedes


ini. Contohnya

 Memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai tentang bahayanya demam denggi ini
dan risiko yang bakal berlaku pada pesakit dan keluarga.

 Elakkan ke kawasan yang berisiko seperti kawasan sesak dengan orang ramai dan
kawasan takungan air yang kotor.

 Musnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti takungan air dalam pasu bunga.

Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk:

 Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.

 Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk elakkan nyamuk dari
bertelur.
 Masukkan garam sebanyak 2 atau lebih sudu teh ke dalam tiap-tiap perangkap semut
untuk mencegah pembiakan nyamuk.

 Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik kedalam bekas menyimpan air tiga bulan sekali.

 Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun-daun kering
yang menyekat pengaliran air.

 Pelihara ikan-ikan seperti ikan gapi dan puyu. Ikan-ikan ini memakan jentik-jentik.

 Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga dan kolam mandi tiap-tiap minggu dan
basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

HAPUS KOLAM JANGKITAN

PENCEGAHAN
DENGGI

PUTUS TRANSMISI LINDUNGI HOS


jangkitan

RAJAH 5

Rajah 5 diatas menunjukkan tiga perkara yang perlu diambil perhatian yang sangat
penting bagi mencegah, mengawal dan merawat kes-kes denggi.Ketiga-tiga perkara diatas iaitu
kolam jangkitan, putus transmisi jangkitan, dan lindungi hos adalah tiga perkara yang sangat
berkait rapat.
Kolam jangkitan merujuk kepada manusia, dan agen penyebab/vektor.Untuk
mengelakkan agen penyebab menjangkiti hos rentan, agen penyebab perlu dikawal.Agen
penyebab bagi denggi adalah nyamuk betina genus aedes.Langkah-langkah untuk mengelakkan
agen penyebab menjangkiti hos adalah dengan mengurangkan pembiakkannya melalui menutup
lubang-lubang yang terbuka, melupuskan bekas-bekas yang berisi air dan membina sistem
limpahan yang selamat. Selain itu, langkah kedua adalah dengan membunuh larva dengan cara
memelihara ikan gapi dan menggunakan bahan pembunuh seperti abate. Langkah ketiga ialah
membunuh nyamuk dewasa.Semburan DDT atau Malation ke lokasi-lokasi yang kerap
dilaporkan kes jangkitan. Langkah keempat ialah memusnahkan parasit. Kes-kes yang disyaki
perlulah dirawat dengan sempurna.Bagi ibu yang mengandung, pencegahan (prophyllaxis)
perlulah diberikan.

Lindungi hos yang rentan bermaksud melindungi manusia daripada mendapat


jangkitan.Seseorang yang belum terkena penyakit ini mestilah mengelakkan diri daripada digigit
nyamuk yang infektif. Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui
tabiat hidup nyamuk iaitu waktu-waktu nyamuk selalu aktif dan menggunakan bahan
penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi
bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk.Selain itu, pasangkan jaring
nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Untuk memutuskan transmisi jangkitan, adalah dengan mengurangkan pembiakannya


melalui menutup lubang-lubang yang terbuka, menghapuskan bekas-bekas yang berisi air dan
membina limpahan yang selamat. Selain itu, langkah kedua adalah dengan membunuh larva
dengan cara memelihara ikan gapi dan menggunakan bahan pembunuh seperti abate. Langkah
ketiga ialah membunuh nyamuk dewasa.Semburan DDT atau Malation ke lokasi-lokasi yang
kerap dilaporkan kes jangkitan. Langkah keempat ialah memusnahkan parasit. Kes-kes yang
disyaki perlulah dirawat dengan sempurna.Selain itu, seseorang yang telah dijangkiti dengan
virus denggi perlulah diisolasikan untuk elakkan digigit nyamuk yang belum
terinfeksi.Pemindahan darah juga perlu diteliti.Pemindahan darah juga boleh menjangkitkan
manusia. Apabila darah dipindahkan dari pesakit denggi kepada orang lain, secara langsung
penyakit ini juga turut dipindahkan. Oleh itu, elakkan seseorang yang disyaki dari menderma
darah.
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.Dalam kes demam denggi dengan atau
tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan
cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.Ubat antipiretik mungkin boleh
digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang
mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan
menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia
diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan
tanda-tanda awal renjatan.

Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang
dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan
yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi, iaitu pesakit perlulah meningkatkan pengambilan cecair.Pesakit


demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh.Tiada ubat
khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.
4. RUMUSAN

Rumusannya penyakit denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya yang mana
boleh mengakibatkan kematian kepada penghidapnya. Langkah-langkah kawalan dan
pencegahan perlulah dititikberatkan agar penyakit denggi ini dapat dibendung pada masa akan
datang. Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam langkah kawalan dan
pencegahan.Sebagai contoh ahli rumah perlulah sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah
agar pembiakan nyamuk tidak berlaku.Segala aktiviti pencegahan seperti semburan fogging
perlu dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Media massa juga perlu memainkan
peranan yang penting dalam langkah pencegahan iaitu mempromosikan tentang bahaya denggi
kepada orang ramai.

Segala aktiviti kawalan dan pencegahan tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari
semua pihak sama ada anggota kesihatan mahupun orang awam. Strategi kawalan dan
pencegahan juga perlulah ditingkatkan kualiti kesannya oleh pihak kerajaan.Rehabilitasi juga
amat penting dalam langkah kawalan dan pencegahan kepada individu yang telah menghidap
penyakit denggi.Dengan ini, semua langkah dan pencegahan yang telah dibincangkan diatas
amat penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kesihatan yang optimum.
Masyarakat yang sihat akan menjadikan sesebuah negara lebih maju dan kehadapan. Pihak
berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasan berterusan yang lebih berkesan agar dapat
menghapuskan kawasan pembiakkan nyamuk. Sekiranya pekara ini dilaksanakan dengan lebih
berkesan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan
dikurangkan. Ingatlah “Denggi Membunuh”.
5. LAMPIRAN

GAMBARAJAH 1 : NYAMUK AEDES

GAMBARAJAH 2 : TEMPAT PEMBIAKAN AEDES


GAMBARAJAH 3 : MENCEGAH DAN MENGAWAL KES DENGGI

GAMBARAJAH 4 : KEMPEN PENCEGAHAN


6. RUJUKAN

Chawla H.B. (1981), Essential Dengue,

Edinburg London.

Deva J.P. (1991), Penjagaan kesihatan persekitaran;

Kong Hwa Press, Selangor.

Kanski J. And Daily B. (1989), Dengue by polutions; What shall I do?,

Butterworth & Co. Ltd. London.

Memmler R.L. & Cohen B.J. & Wood D.L. (1996), The human body in healthdisease,

8 Ed. Lippincott-Kaven Publisher Philadelphia USA.

Anda mungkin juga menyukai