Anda di halaman 1dari 12

Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

PERASMIAN PEMBUKAAN
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berusaha,
Encik Andrew Kana Anak Rima ,
Pegawai Pendidikan Daerah Julau

Diiringi Encik Danneil Anak Unot


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku

Majlis mengalu-alukan

Yang Berusaha,
Encik Andrew Kana Anak Rima,
Pegawai Pendidikan Daerah Julau

Yang Berusaha,
Encik Danneil Anak Unot,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku,
Merangkap Pengerusi Sukan Zon Pakan 2015

Barisan guru besar zon pakan, para jurulatih, pegawai-pegawai teknikal,


guru-guru, seterusnya para atlit sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN


BALAPAN DAN PADANG MSSR ZON PAKAN KALI KE-13 BAGI TAHUN
2015

Assalamua’laikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan


untuk kita sama-sama berhimpun pada pagi yang berbahagia ini untuk
menyempurnakan satu lagi lembaran sejarah di Kompleks Sukan Pakan
iaitu Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13.

Majlis seumpama ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim


di samping memeriahkan kejohanan pada kali ini.

Diharapkan kepada semua atlit yang mengambil bahagian dapat


menjayakan kejohanan kali ini dengan penuh semangat kesukanan.

Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini dimulakan dengan acara


pembukaan iaitu perarakan lintas hormat daripada kontinjen yang
mengambil bahagian.

Dengan itu dijemput Encik Andrew Kana anak Rima, Pegawai Pendidikan
Daerah Julau untuk menerima tabik hormat daripada kontinjen-kontinjen
perarakan.

Untuk makluman hadirin sekalian, perarakan lintas hormat pada


kejohanan kali ini diketuai oleh adik _______________________, diikuti
pembawa bendera kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13 dan
seterusnya diikuti oleh kontijen sekolah-sekolah zon pakan.

Kuning berdaulat payung Negara. Perarakan lintas hormat oleh kontinjen


Sekolah Kebangsaan _____________________________ yang dipimpin
oleh Encik ______________________________________.
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Seterusnya, merah membara semangat dinyala. Menyusul pula perarakan


masuk kontinjen Sekolah Kebangsaan
_______________________________ yang dipimpin oleh Encik
______________________________.

Perbarisan seterusnya, dengan langkah persis perwira, kontinjen dari


Sekolah Kebangsaan Nanga Buku. Kontinjen ini dipimpin oleh Encik
John Michael Andy Kling.

Kontinjen seterusnya dengan simbolik warna hijau, kontinjen penuh


semangat, Sekolah Kebangsaan___________________________.
Kontinjen tepu semangat menjulang ke lapis awan ini, dipimpin oleh
Encik _________________________________________.

Kontinjen yang berarak masuk ketika ini adalah kontinjen Sekolah


Kebangsaan ______________________ yang dipimpin oleh
______________________________. Penuh dedikasi kontinjen ini
memacu kegemilangan dengan semangat anak kenyalang.

Berbaju biru, kemas bergaya, itulah kontinjen Sekolah Kebangsaan


_____________________________. Kontinjen ini dipimpin oleh
_____________________________.
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Berpakaian putih bersih, seterusnya, kontinjen yang sedang menuju ke


pentas utama adalah kontinjen Sekolah Kebangsaan
_____________________ yang dipimpin oleh Encik
___________________.

Terkenal dengan sopan dan santun, merah jambu warna pilihan.


Kontinjen Sekolah Kebangsaan __________________________ ini
dipimpin oleh Encik __________________________________.

Gagah berani di bumi pertiwi, kontinjen seterusnya adalah Sekolah


Kebangsaan ______________________________. Kontinjen ini dipimpin
oleh Encik ___________________________________.

Kontinjen ini merupakan kontinjen terakhir dalam perbarisan lintas


hormat ini

Terima kasih diucapkan kepada Encik Andrew Kana anak Rima atas
kesudian menerima tabik hormat

Nyanyian Seterusnya, hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku


Lagu dan Ibu Pertiwiku
Seterusnya,
Majlis mempersilakan Encik Danneil Anak Unot, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Nanga Buku selaku Pengerusi Sukan MSSR Zon Pakan 2015
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Danneil Anak Unot atas ucapan
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

sebentar tadi.

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Andrew Kana Anak Rima,
Pegawai Pendidikan Daerah Julau, untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Zon Pakan
kali ke-13. Majlis mempersilakan.

(ucapan perasmian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Andrew Kana Anak
Rima kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

Dengan ini rasmilah sudah Kejohanan Balapan dan Padang mssr Zon
Pakan Kali ke-13. Majlis diteruskan dengan upacara menyalakan obor
Kejohanan Balapan dan Padang yang akan dikendalikan oleh wakil-wakil
atlet daripada sekolah Zon Pakan.

Seterusnya diikuti upacara menaikkan Bendera Kejohanan yang akan


dikendalikan oleh __________________________________________.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar Kejohanan Balapan dan Padang.


Bacaan ikrar ini akan disempurnakan oleh
_________________________.

Hadirin sekalian, memperkenalkan barisan jurulatih bagi kontinjen sukan


MSSR Zon Pakan bagi tahun 2015 :
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Seterusnya, majlis menjemput Encik Danneil Anak Unot selaku Pengerusi


Sukan MSSR Zon Pakan 2015 untuk menyampaikan tanda penghargaan
kepada tetamu kehormat. Oleh itu dijemput Encik Andrew Kana Anak
Rima untuk menerima cenderahati daripada tuan rumah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian menyempurnakan


upacara penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini akan diserikan dengan
persembahan “Tarian 1 Malaysia” oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan
Nanga Buku di bawah pimpinan Puan Jackline Lupang.

Sama-sama kita saksikan.


Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi.

Seterusnya dijemput Encik Danniel Anak Unot, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Nanga Buku selaku tuan rumah untuk mengiringi Encik
Andrew Kana Anak Rima bagi upacara pemeriksaan setiap barisan
kontinjen.
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Encik Andrew
Kana anak Rima untuk menyempurnakan upacara sebentar tadi.
Mengumumkan perarakan keluar kotinjen-kontinjen yang mengambil
bahagian.
Pohon sireh pohon selasih
Tumbuh merimbun dihujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman

Hadirin sekalian, dengan ini, Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-13
akan bermula dengan rasminya. Kepada para atlit yang akan bertanding,
selamat maju jaya diucapkan.

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarokatuh.

PERASMIAN PENUTUPAN
Pengumuman:
Para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat kerana Upacara
Perasmian Penutupan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Hadirin sekalian,
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berusaha,
Encik Andrew Kana Anak Rima ,
Pegawai Pendidikan Daerah Julau
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Diiringi Encik Danneil Anak Unot


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku

Majlis mengalu-alukan
Yang Berusaha,
Encik Andrew Kana Anak Rima,
Pegawai Pendidikan Daerah Julau

Yang Berusaha,
Encik Danneil Anak Unot,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nanga Buku,
Merangkap Pengerusi Sukan Zon Pakan 2015

Barisan guru besar zon pakan, para jurulatih, pegawai-pegawai teknikal,


guru-guru, seterusnya para atlit sekalian.

Salam Sejahtera dan salam satu Malaysia.


Untuk makluman hadirin sekalian, sepanjang berlangsungnya Kejohanan
Balapan dan Padang MSSR Zon Pakan kali ke-13 ini, sebanyak 9 buah
sekolah yang berentap untuk merebut gelaran juara bagi setiap acara yang
dipertandingkan.

Kontinjen-kontinjen tersebut adalah kontinjen dari :


 SK Nanga Pakan
 SK Ulu Manding
 SK Nanga Buku
 SK Nanga Wak
 SK Nanga Babai
 SK Nanga Kedup
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

 SK Ulu Pedanum
 SK Sungai Sugai
 SK Nanga Pedanum

Tepukan buat semua kontinjen yang menyertai Kejohanan Olahraga dan


Balapan Tahunan pada kali ini.

Siapakah yang bakal menjadi juara pada kali ini?


Adakah juara tahun lepas, SK Sungai Sugai? Atau Tuan Rumah, SK Nanga
Buku? Atau Sekolah yang lain?
Keputusannya akan diketahui sebentar sahaja lagi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan
Encik Danneil Anak Unot, Guru Besar SK Nanga Buku
Bagi menjemput dan mengiringi

Yang Berusaha,
Encik Andrew Kana Anak Rima
Pegawai Pendidikan Daerah Julau

Untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para


pemenang. Dipersilakan.

JOHAN PERBARISAN LINTAS HORMAT


JOHAN KESELURUHAN RUMAH SUKAN
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

OLAHRAGAWATI TAHUNAN
OLAHRAGAWAN TAHUNAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Andrew Kana Anak
RIma atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan sekolah yang berjaya.


Kepada yang kurang bernasib baik, usah berputus asa, kita cuba lagi pada
tahun hadapan!

Seterusnya,
Majlis mempersilakan Encik Danneil Anak Unot, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Nanga Buku selaku Pengerusi Sukan MSSR Zon Pakan 2015
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Danneil Anak Unot atas ucapan
sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha,
Encik Andrew Kana Anak Rima
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Pegawai Pendidikan Daerah Julau

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Perasmian


Penutup Kejohanan Balapan dan Padang MSSR Zon Pakan kali ke-13.
Dipersilakan.

Seterusnya,
Mengumumkan senarai atlet yang terpilih untuk mewakili zon pakan bagi
tahun 2015 :

(rujuk senarai atlet)

Seterusnya, majlis menjemput Encik Danneil Anak Unot selaku Pengerusi


Sukan MSSR Zon Pakan 2015 untuk menyampaikan tanda penghargaan
kepada tetamu kehormat. Oleh itu dijemput Encik Andrew Kana Anak Rima
untuk menerima cenderahati daripada tuan rumah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian menyempurnakan


upacara penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Mengumumkan upacara penurunan dan penyerahan bendera kejohanan


Balapan dan Padang MSSR Zon Pakan kali ke-13.

Dipersilakan Yang Berusaha, Pn Safiah binti Yaman selaku tuan rumah bagi
Sukan MSSR Zon Pakan bagi tahun 2016 untuk menerima penyerahan
bendera kejohanan.
Teks pengacara majlis KBP MSSR Zon Pakan kali ke-13

Hadirin sekalian, dengan ini berakhirlah sudah majlis penutup Kejohanan


Balapan dan Padang MSSR Zon Pakan Kali ke-13 yang berlangsung di
Kompleks Sukan Zon Pakan.

Berikan tepukan kepada semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Sekian saja dari kami.


Majlis Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai