Ict Dan Kelestarian Penggunaannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah Joseph - Wan - Usm PDF
Ict Dan Kelestarian Penggunaannya Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi Di Sekolah Joseph - Wan - Usm PDF
BAHAGIAN GEOGRAFI
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
ABSTRAK
ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan penggunaannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran geografi kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pendidik bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran realistik maya yang interaktif dan menyeronokkan. Ini
disebabkan ICT boleh membantu pelajar dalam pembinaan daya kreativiti dan inovasi di samping
dapat memupuk kecekapan penggunaan teknologi dalam mengakses maklumat daripada pelbagai
sumber yang sejajar dengan perkembangan global berasaskan e-pembelajaran dan k-ekonomi.
Antara penggunaan pendekatan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran geografi terdiri
daripada pembelajaran tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran pembelajaran berlaku bukan hanya setakat di dalam bilik darjah semata-mata,
tetapi juga merentasi di luar bilik darjah sehingga ke peringkat global. Transformasi maklumat
boleh dilakukan dari satu hala menjadi dua hala atau lebih. Dengan ini suasana pengajaran
pembelajaran menjadi lebih menarik melalui penggunaan interaktiviti elemen ICT seperti teks,
audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan sensori manusia. Sehingga kini pelajar tidak
digalakkan menghafal fakta geografi tetapi amat digalakkan untuk meningkatkan tahap
kemahiran befikir dan berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat
keputusan. Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan
geografi masa kini, kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah
adalah amat diperlukan untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran
pembelajaran geografi di sekolah. Untuk ini guru dan pengamal geografi perlu memainkan
peranan masing-masing dalam melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
termasuk pedagogi dan kemahiran memilih perisian ICT demi meningkatkan kualiti pengajaran
pembelajaran geografi di sekolah.
55
PENDAHULUAN
Terdapat beberapa istilah dan konsep penting yang mempunyai hubungan yang rapat
dengan pengertian ICT (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) yang diberikan tumpuan
di dalam perbincangan ini. Antara yang menjadi fokus utama termasuk istilah dan konsep
teknologi dan teknologi pendidikan. Mengikut 'Technology-Report of the project 2061,
Phase I Technology Panel". American Association for Advancement of Science (1989)
mengatakan bahawa "Technology is the application of knowledge, tool and skills to solve
practical problems and extend human capabilities". Ternyata pendapat ini adalah selari
dengan kehendak semasa yang menganggapkan bahawa teknologi itu merupakan alat
yang boleh digunakan melalui kemahiran dan kepakaran pengetahuan yang ada bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi di samping dapat memberikan kemudahan dan
keselesaan melalui penciptaan pelbagai jenis peralatan untuk memenuhi keperluan
pengguna. Daripada kepentingan peranan teknologi yang amat luas ini bukan sahaja
mampu memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian, tetapi juga dapat
56
melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta keberkesanan
sesuatu tugasan termasuk proses pengajaran dan pembelajaran geografi.
Sehubungan ini terdapat satu lagi istilah penting yang mempunyai kaitan dengan ICT
iaitu teknologi pendidikan. Teknologi Pendidikan merupakan bidang pangajian yang
melibatkan perkembangan, penggunaan peralatan teknologi pendidikan, penilaian sistem,
teknik dan bantuan teknikal dalam proses pembelajaran manusia. Teknologi Pendidikan
juga secara khususnya merupakan aplikasi penggunaan peralatan teknologi pendidikan
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mencapai tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan sistem
teknologi pendidikan biasanya melibatkan lima komponen utama yang dikenali dengan
`Lima M’ (5M). Antaranya termasuk:-
1. Machine (mesin )
2. Materials (bahan-bahan )
3. Media (media )
4. Men (orang )
5. Method ( kaedah )
Kelima-lima komponen utama di atas adalah saling berkaitan dan saling bantu membantu
di antara satu sama lain bagi memenuhi objektif di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Machine (Mesin) merupakan peralatan teknologi pendidikan yang
membantu dalam menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengguna. Materials
(bahan-bahan) pula merupakan maklumat dan sumber ilmu yang ingin disampaikan oleh
pengajar melalui mesin yakni peralatan teknologi pendidikan. Media pula berperanan
sebagai perantara dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Begitu juga men
(orang) yakni manusia yang terdiri daripada tenaga pengajar dan pelajar yang
melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya method (kaedah)
merupakan cara pengajaran yang digunakan oleh pengajar untuk menyampaikan
maklumat dan pengajaran kepada pelajar melalui interaksi perubahan konsep dan teknik-
teknik pengajaran yang bersesuaian.
57
Definisi dan Konsep ICT
Daripada kedua-dua konsep utama di atas dapat disesuaikan dengan pengertian ICT
(Information and Comunication Technology) terjemahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi yang merupakan suatu sistem komunikasi dan perolehan data dan maklumat
melalui peralatan teknologi secara interaktif daripada skala yang sekecil-kecilnya kepada
skala yang sebesar-besarnya di peringkat global. Secara ringkasnya pemahaman maksud
ICT dapat ditunjukkan di dalam Rajah 1 di bawah.
Pada keseluruhannya, ICT dapat dirumuskan sebagai suatu sistem yang kompleks dan
menyeluruh dengan melibatkan pelbagai rangkaian di peringkat global dan mengalami
proses perkembangan yang dinamik selaras dengan penciptaan teknologi terkini.
Kepantasan dan penjimatan waktu dapat dibezakan berdasarkan penciptaan teknologi
sezaman yang dipertingkatkan kemajuan teknologinya dari semasa ke semasa.
Proses perkembangan ICT ternyata telah sekian lama mendapat perhatian sejak tahun
1950-an lagi dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehinggalah dapat digunakan di
dalam dunia pendidikan seperti yang dapat kita nikmati pada hari ini. Proses
pembangunan ICT ini secara ringkasnya dapat digariskan sebagaimana berikut.
58
1950 - Penggunaan pertama pengajaran berkomputer "Computerized Flight Simulator"
digunakan untuk melatih juruterbang di MIT.
Era Mikrokomputer
1990-an - Penggunaan Integrated Learning System (ILS) dan sistem rangkaian lain yang
turut meningkatkan penggunaan multimedia.
Era Internet
2000 - Sistem 'Virtual Reality' dan persekitaran 'virtual' lain diberi penekanan.
Pelbagai sistem ciptaan baru dibangunkan seterusnya sehingga ke saat ini.
59
disediakan pelbagai kelengkapan e-pembelajaran di samping peningkatan prasarana
kemudahan rangkaian untuk mencapai matlamat prestasi pembelajaran seperti yang telah
ditetapkan.
ICT adalah lebih daripada alat pengajaran. Potensi kelestariannya adalah menonjol di
dalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Potensinya juga adalah menonjol di dalam membantu guru menjalankan tugas seharian
sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah termasuk hal-hal berkaitan
pengurusan, latihan berterusan dan pembangunan sahsiah Di samping itu, ICT juga
berpotensi untuk mengembangkan keupayaan dan kreativiti pelajar semasa melalui
proses pembelajaran mereka. Malahan ICT secara keseluruhannya memberi fokus
terhadap kreativiti dan kognitif pelajar dalam memupuk keupayaan dan kebolehan
perolehan maklumat, handling, pengawalan dan pengukuran.
Dengan ini untuk kelestarian penggunaan ICT, ia perlu dilakukan secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ternyata terdapat banyak
perbezaan dalam perolehan hasil jika dibandingkan dengan cara pembelajaran tradisional
seperti yang digambarkan di dalam Jadual 1 berikut.
60
Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik
Sumber : Diubahsuai daripada Means, Barbara (ed) 1994. International Society For Technology
Education. Jossey Bass Publishers, San Fransisco.
Daripada Jadual 1 di atas, didapati penggunaan ICT di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran banyak membawa manfaat berbanding dengan cara pembelajaran
tradisional yang dapat dirumuskan seperti berikut.
Kemanfaatan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirumuskan
di atas dapat memainkan peranan yang penting dalam mengubah cara penerimaan
pengguna khususnya pelajar dan guru terhadap peralihan paradigma daripada
perkaedahan secara tradisional kepada penggunaan ICT sepenuhnya.
61
Dalam konteks penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran geografi di
sekolah secara khususnya tidak mempunyai satu kaedah atau cara yang terbaik dan
mesti digunakan. Ini disebabkan kepelbagaian perkaedahan pengajaran adalah lebih baik
daripada hanya tertumpu kepada satu-satu kaedah pengajaran semata-mata. Dalam
hubungan ini pendekatan terbaik ialah cara pemilihan bahan-bahan dan perisian ICT
yang sesuai dengan keperluan pelajar dengan mengharapkan perolehan hasil dalam
jangka masa yang munasabah.
a. Alat persembahan
b. Alat demonstrasi
c. Jaringan pendidikan
Peralatan ICT yang biasa digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan
perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras atau laman
62
Web. Kandungan pembelajarannya terlebih dahulu disusun berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan. Antara isi kandungan pembelajaran tutorial yang sering digunakan meliputi:
2. Demostrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan. Ini amat
bersesuaian dengan Geografi yang menghendaki kesinambungan bagi
menunjukkan proses kejadian sesuatu fenomena yang sukar diimaginasikan oleh
pelajar
3. Latihan dan latih tubi yang dipersembahkan dan dikawal oleh sistem. Latihan
seumpama ini telahpun dilaksanakan di dalam pembelajaran Geografi Tingkatan
Satu yang menggunakan program excel untuk merekodkan data dan maklumat
serta seterusnya mempersembahkan dalam bentuk jadual dan graf.
a. Mempersembahkan maklumat
63
b. Membimbing
c. Menyediakan/memberi latihan
d. Menilai pencapaian
Kebanyakan perisian pembelajaran tutorial yang terdapat pada hari ini lebih tertumpu
kepada penggunaan model tradisional pengajaran dan pembelajaran. Antaranya model
transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat manakala pelajar pula
sebagai penerima. Perisian pendidikan seumpama ini lebih mudah diubahsuai dan
diadaptasi oleh guru ( Clack & Sun,1996).
64
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk :
Sebagai contoh yang baik dalam kalangan pelajar kelas Geografi boleh merujuk kepada
maklumat dan bahan daripada World Facts Book di laman web Central Intelligence
Agency (http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/index.html) atau boleh merujuk
kepada ensiklopedia dalam talian seperti Encarta (http://www.encarta.msn.com).
Dalam penggunaan ICT, memang tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya masalah
kelambatan capaian. Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh meminta bantuan guru pakar
dan mahir komputer dalam membuat penduan (mirror) kandungan laman ke dalam cakera
65
keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack
(http://www.httrack.com).
Selain mengakses maklumat dan bahan-bahan pembelajaran daripada internet, guru boleh
menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensiklopedia,
pangkalan data dan maklumat lain yang dapat diperoleh di pasaran dan jabatan atau
agensi tertentu. Misalnya maklumat pembentangan dalam bentuk MS power point
seperti ekosistem hutan bakau, terumbu karang, laut ke lautan dan pencemaran marin
boleh dilayari dari Pejabat Perikanan Negeri Pahang yang dilengkapi dangan gambar dan
grafik yang amat menarik dan berfaedah kepada pengguna.
Memang nyata ICT amat sesuai digunakan untuk kaedah pembelajaran penerokaan dalam
pengajaran dan pembelajaran Geografi. Dalam pembelajaran berbentuk inkuiri
penemuan dan pembelajaran berbentuk penyelesaian masalah terhadap kehidupan
sebenar, penggunaan cakera padat (CD) "The Times Education Series-A Level Geography
" adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan. Antara maklumat dan bahan-bahan
pembelajarannya mengandungi sistem atmosfera, proses pergerakan plat tektonik,
kejadian proses sungai, populasi manusia, ekosistem, persekitaran fizikal, petempatan
dan aktiviti industri serta penggunaan tanah dan petempatan manusia yang amat sesuai
dan berguna kepada pelajar.
Dengan ini, kaedah pembelajaran penerokaan melalui penggunaan ICT dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kamajuan pembelajaran masing-
masing. Melalui kaedah ini para pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara
lebih aktif di dalam pembelajaran masing-masing dan secara langsungnya dapat
menghilangkan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui
lebih banyak maklumat selanjutnya. Susulan daripada ini pihak guru boleh menerapkan
pelbagai teori pengajaran dan pembelajaran moden seperti kostruktivisme, pembelajaran
masteri, multiple intelligence dan lain-lain yang sesuai dengan keadaan penerimaan
pelajar.
66
Pada keseluruhannya, pendekaran ini dapat mematangkan minda pelajar dalam
membuat perbezaan, pemilihan dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran geografi untuk menganalisis, memahami dan menerangkan proses
kepentingan geografi dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ICT merupakan alat aplikasi yang dapat
membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan pembelajaran selain dijadikan sebagai
mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian
hamparan elektronik untuk memplot graf, editor grafik, Computer Aided Design (CAD)
dan lain-lain merupakan alat aplikasi yang dapat digunakan untuk membantu pelajar
melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam konteks aplikasi dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Geografi di sekolah. Para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang
diberikan melalui proses penyuntingan terus daripada sumber asal dengan melakukan
pengolahan kendiri umpamanya membuat perbezaan skala, mentafsir dan membuat
pembacaan peta atau melakukan perbincangan terhadap satu-satu tajuk yang ditentukan
seperti proses pemendapan sungai , sistem hutan bakau dan lain-lain yang berkaitan.
Secara langsungnya para pelajar dapat menyelami sendiri pengalaman hidup seharian
dalam konteks pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning)
melalui pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran Kolaboratif setakat ini telah
menunjukkan kejayaan dalam meningkatkan pencapaian prestasi pelajar berbandingkan
pembelajaran individu atau pembelajaran bersaing (Johnson dan rakan-rakan, 1981)
Terdapat enam langkah utama dalam pengajaran kemahiran kolaboratif iaitu:
67
4. Hubungkait kemahiran dengan aktiviti yang dijalankan
5. Interaksi kumpulan
6. Galakkan pelajar untuk kerap menggunakan kemahiran.
Justeru itu, dengan bantuan aplikasi ICT, pelajar akan dapat memberikan tumpuan
melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam suatu kajian Geografi
yang dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Dalam hal
ini kemungkinan banyak graf perlu diplotkan supaya perkaitan antara dua pembolehubah
ini dapat dilihat. Justeru itu, kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar. Tetapi
dalam keadaan sebegini sepatutnya tumpuan diberikan kepada cara melihat perkaitan di
antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf ini kemungkinan terpesong daripada
perkara yang lebih penting. Oleh itu, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan
untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan.
Selain itu, pelajar perlu mengkelaskan dan menyisihkan data yang banyak untuk melihat
sesuatu trend daripada data dan maklumat yang dikumpul itu. Dengan itu, penggunaan
ICT merupakan alat yang ideal untuk digunakan dalam tugas yang tidak autentik (aitu
mengkelas dan menyisih data yang banyak), manakala pelajar juga boleh menumpukan
sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan tentang
trend yang ada di dalam data terbabit).
68
ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI
Apakah maksud ICT sebagai alat komunikasi? ICT yang digunakan itu membolehkan
guru dan pelajar dari pelbagai lokasi yang berbeza dapat menghantar, menerima dan
berkongsi pelbagai maklumat dan seterusnya menyampaikan kembali maklumat yang
diperoleh itu kepada orang lain. Pelbagai mod dapat dilakukan dalam ICT komunikasi
seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi secara integrasi daripada pelbagai mod.
Secara amnya terdapat empat teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
melalui ICT komunikasi iaitu :
Salah satu model pembelajaran terkini yang cenderung menggunakan ICT sebagai alat
komunikasi ialah Pembelajaran Kooperatif. Menurut Johnson, Johnson & Holubee
(1990), pembelajaran ini melibatkan lima prinsip asas iaitu :
Dalam prinsip ini semua ahli kumpulan saling bergantungan di antara satu sama
lain untuk mencapai matlamat yang sama. Ganjaran untuk kumpulan dipengaruhi
oleh ganjaran yang diperoleh oleh ahli kumpulan. Ganjaran merupakan cara
terbaik untuk menggalakkan pergantungan positif ( Slavin, 1990). Ahli kumpulan
saling bergantungan dalam memainkan peranan masing-masing untuk
menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan seperti perakaman, penulisan,
pembentangan, pencarian sumber dan bahan serta penilaian yang dilakukan secara
bergilir-gilir. Aktiviti saling bergantungan dalam perolehan sumber juga berlaku
69
untuk perkongsian pengetahuan, maklumat, bahan, sumber dan peralatan bagi
melengkapkan sesuatu tugasan.
Kemahiran seumpama ini adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam prinsip
pertama di atas. Rujuk juga di bahagian ICT sebagai alat aplikasi.
70
Penggunaan komunikasi melalui ICT ini mewujudkan situasi yang memberi kesan
terhadap pembelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap Geografi. Proses
pembelajaran seperti membolehkan pelajar bertukar maklumat berkaitan sosio-budaya,
cara hidup dan keadaan geografi setempat membolehkan mereka menganalisis dan
membuat perbandingan pengalaman sesama mereka. Ini seterusnya membolehkan
mereka membuat pelaporan sesuatu projek/kajian/eksperimen dengan memahami dan
seterusnya menerangkan peranan Geografi di dalam kehidupan mereka seharian.
Memang jelas bahawa kelebihan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT
sebagai alat komunikasi akan membolehkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif
dilaksanakan seperti yang ditekankan di dalam kurikulum Geografi. Selain itu, ia dapat
meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui rakan sebaya yang
bersifat global bersesuaian dengan matlamat dan falsafah pendidikan. Penggunaan
pendekatan ini juga dapat melibatkan pakar di dalam dan di luar negara dalam
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah khususnya di
Malaysia.
PENUTUP
Dalam era dunia berteknologi maklumat dan siber, maklumat dapat diperoleh dengan
mudah dan cepat melalui internet dan laman web. E-pembelajaran adalah salah satu
strategi dan saluran utama untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menggunakan
kaedah tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Demikian juga dengan
pengguaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi. Ilmu pengetahuan
yang terdapat di dalam Bidang Geografi pada hari ini turut berkembang pesat mengikut
perubahan arus pembangunan global. Maka dengan itu sudah tiba masanya untuk
pengamal Geografi menggunakan segala kemahiran yang ada dalam bidang teknologi
maklumat untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di
sekolah. Semoga perbincangan secara konsep ini dapat dikongsikan bersama dalam
71
melestarikan kepenggunaan ICT demi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Geografi di sekolah.
Berikut disenaraikan laman web yang boleh membantu dalam mengakses maklumat
untuk dijadikan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Geografi di sekolah:
1. Hakisan Ombak
Bentuk muka bumi dan hakisan ombak menyebabkan perubahan pada bentuk
muka bumi di pinggir laut dan menghasilkan pandang darat pinggir laut.
http://members.tripod.com/inani/hakisomb.htm
More Result From : members.tripod.com
4. Pencemaran
Pencemaran Alam Sekitar - merupakan suatu kesan negatif tindakan manusia
terhadap alam ini. Pencemaran ini boleh terbahagi kepada empat bahagian. …..
http://www. epelajar.com/alam/pencemaran.htm
More Result From: www.epelajar.com
5. Pencemaran Sungai
Pencemaran sungai. Bagaimana sungai tercemar?
Sebuah sungai dianggap sumber air. Mengukur pencemaran sungai. Bagaimana?
Terdapat …..
http://202.190.194.3/Jaring/SG/BM/pencemaran.htm
More Result From: 202.190.194.3
72
More Result From: www.bapedal.go.id
7. Pencemaran Udara
…Pencemaran Udara!!! … Dalam laman web ini kita akan membincangkan
punca pencemaran udara, langkah mengatasi dan kesan terhadap semua benda
hidup. …
http://members.tripod.com/~Ittan/
More Result From: members.tripod.com
8 e-SmartSchool
…Terjadinya Gerhana Bagaimana Matahari, Bumi dan Bulan bergerak?….
Ketika hal ini terjadi maka inilah disebut dengan Gerhana ….
http://www. E-smartschool.com.pnu/0012/PNU0010003.asp
More Result From: www.e-smartschool.com
9. Pengenalan
Pengenalan: Sistem Suria terdiri daripada :- Matahari; 9 planet dan 68 satelit atau
bulannya; objek-objek lain seperti komet dan asteroid. …..
http://nebula.spaceports.com/~abex85/pengenalan.htm.
More Result From: nebula.spaceports.com
73
15. Global Industrial Shifts
http://www.odci.gov/cia/publication/factbook/ch.html
http://wwwasiapac.net
http://workinfonet.bc.a/Imisi/making/chapter2/TANDG5.HTM
RUJUKAN
5. Palany, P. 1997. 'A Paradigm Shift in Learning System' dalam New Straits
Times, Oktober 21 m.s. 7.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
7. Ismail Zain, 2003. "Pelajar Cemerlang: Melangkah Ke Alam Siber " Utusan
Publication & Distributors, Kuala Lumpur.
10. Slavin, R.E 1990. Cooperative Learning, Theory, Research and Practice,
Englewood Cliffs, N.J : Prentice Hall.
74
12. American Association for Advancement Of Science, 1989. Technology-Report
of the Project 2061, Phase 1 Technology Panel, U.S.A.
13. http://www.msc.com.my
http://www.uwf.edu/coe/tutorial/technolo/coursewa/crsware.htm
http://www.gwu.edu/~tip
http://www.pcma.org/toolbox/ccandmore/tool-glosarry.htm
75