Anda di halaman 1dari 13

SUGUNADEVI A/P VEERAN

780218145270

TAJUK KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN:

KEBERKESANAN KOMPONEN SASTERA TAMIL DI SEKOLAH RENDAH DAN


SEKOLAH MENENGAH DALAM MENERAPKAN NILAI MORAL

CADANGAN UNIVERSITI YANG DIPOHON:

BIL NAMA UNIVERSITI YANG NAMA KURSUS / JUMLAH


DIPILIH PROGRAM KESELURUHAN
JAM KREDIT YANG
DITAWARKAN
1. UNIVERSITI MALAYA KEDOKTORAN 40 JAM
FALSAFAH
2. UNIVERSITI PENDIDIKAN KEDOKTORAN 40 JAM
SULTAN IDRIS FALSAFAH
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA

NAMA CALON : SUGUNADEVI A/P VEERAN

NO. KAD PENGENALAN : 780218145270

PERINGKAT : KEDOKTORAN FALSAFAH (PHD)

KLUSTER : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)

BIDANG DIMOHON : BAHASA

PENGKHUSUSAN : LDP1120- BAHASA TAMIL / KESUSASTERAAN


TAMIL

NEGARA PENGAJIAN : MALAYSIA

2
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN KEDOKTORAN FALSAFAH

1.1 Pengenalan

Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang terunggul di dunia yang serba indah

ini. Manusia dibekalkan dengan anggota badan yang sempurna jika dibandingkan

dengan makhluk-makhluk yang lain supaya menjadi insan seimbang serta

mengamalkan kehidupan soleh (Annathurai, 2016). Falsafah Pendidikan

Kebangsaan direncanakan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah

yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. (Hj Ismail) Di negara

membangun seperti Malaysia pembentukan insan holistic sangat penting dalam

pembinaan kekuatan serta kesejahteraan rakyat dari segi mental, fizikal, intelektual

dan rohani.

Pendidikan dapat difahami sebagai satu proses mendidik sehingga seseorang yang

di didik memperoleh keilmuan yang akhirnya mampu menerbitkan tingkah laku atau

amalan yang dikehendaki. Pendidikan sebagai usaha yang dapat membentuk

akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan individu manusia. Pada

masa yang sama fungsi pendidikan tidak boleh lari daripada untuk membangunkan

dimensi sosial seseorang. Iaitu sumbangan seseorang kepada keluarga,masyarakat

dan negara. Tegasnya pendidikan adalah untuk pembangunan insan dan seterusnya

pembangunan negara. Nyatanya sebelum seseorang individu dapat memberi

sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara daripada aspek-aspek

3
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
dimensi sosial, terlebih dahulu seseorang individu tersebut perlu membangunkan

dirinya sendiri daripada aspek-aspek dimensi intrinsik.

Terdapat empat cabang falsafah iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.

Cabang falsafah yang pertama ialah metafisik. Metafizik bermaksud “beyond the

physical”. ‟ Metafizik ialah cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara

yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. Metafizik cuba menjawab persoalan-

persoalan yang tidak dapat diselesaikan secara saintifik seperti tentang hakikat

realiiti, kehidupan dan kewujudan tuhan yang ada tetapi tidak dapat dilihat.

  

Cabang falsafah yang kedua ialah epistemologi. Epistemologi merupakan cabang

falsafah yang membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. Epistemologi

membahaskan secara terperinci segenap proses untuk memperoleh pengetahuan

iaitu asal usul pengetahuan, bagaimanaseseorang boleh memperoleh pengetahuan

berkenaan serta kesahihannya.  Seterusnya ialah cabang falsafah yang ketiga iaitu

aksiologi. Aksiologi juga dikenali sebagai teori nilai di mana cabang falsafah ini

membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai. Nilai ini dikategorikan

kepada dua iaitu nilai etika dan nilai estetika. Etika adalah berkaitan dengan

peraturan, nilai moral, tingkah laku, adat dan sebagainya. Tujuannya adalah ke arah

kebaikan iaitu memastikan seseorang itu bertanggungjawab sebagai individu, ahli

keluarga, ahli masyarakat,rakyat sesebuah negara dan juga sebagai hamba kepada

tuhannya. Estetika pula adalah nilai yang berkaitan dengan keindahan dan

kesenian. Cabang falsafah logik pula merupakan bidang falsafah yang berkaitan

dengan penaakulanmanusia. Dalam penaakulan, manusia menggunakan rasional

4
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
bagi sesuatu perkara, kejadian atau tindakan. Walaupun akal fikiran manusia

terbatas, berdasarkan pertimbangan logik membolehkan seseorang itu bertindak

dengan alasan yang boleh diterima dan tidaklah bertindak sesuka hati. Penaakulan

yang dilakukan oleh manusia boleh jadi secara logik induktif atau logik deduktif.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara

berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu

di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya

kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard

antarabangsa. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang dihasilkan ini

telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran

Abad Ke21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

1.2 Latar belakang kajian

Keunggulan dan keunikan kesusateraan etika Tamil ini dapat dilihat dalam aspek-

aspek seperti falsafah,etika identiti budaya serta estetika. (Annathurai,2015).

Menurut Annathurai dalam penyelidikan beliau, Thirukkural dalam kurikulum bahasa

tamil sekolah rendah dan sekolah menengah: satu persepsi dan reality kearah

pembentukan insan holistik, menyatakan bahawa amalan pembentukan insan

holistic sangat dititikberatkan dalam sukatan pelajaran Malaysia di peringkat

sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

5
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
Komponen sastera bahasa tamil dalam Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran Bahasa Tamil terdiri daripada beberapa aspek seperti berikut :

Jadual 1.1 Pengagihan Komponen Sastera dalam KSSR

Aathichudi
Puthiya Aathichudi
Konrai Venthan
Ulaga Neethi
Vetri Verkkai
Thirukkural
Muuthurai
Palvagai Ceyyul
Nalvazhi
Neethi neri vilakkam
Naladiyaar
Nanneri
Pazhamozhi
Inaimozhi
Iratthai kilavi
Marabuthodar

Kajian ini bertujuan mengkaji komponen sastera yang terkandung dalam

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Tamil Sekolah Rendah.

Pada kebiasaannya matapelajaran bahasa tamil bukan sahaja merangkumi hal-hal

bahasa tetapi juga menerapkan nilai-nilai murni, disiplin diri, budaya sesuatu

masyarakat, halehwal semasa, alam semesta,kesihatan,sukan dan sebagainya.

Pengkaji ingin mengkaji aspek-aspek nilai murni yang dapat diterapkan melalui

pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan bahasa tamil dan keberkesanan

unsur-unsur moral yang dapat diterapkan melalui pembelajaran komponen-

komponen sastera dalam bahasa tamil.

6
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
1.3 Permasalahan kajian

Menurut World Health Organizaation (WHO), definisi kemahiran kehidupan adalah

“the abilities for adaptive and positive behavior that enable individuals to deal

effectively with the demands and challenges of everyday life” (Madhusudanan,2015).

Ini membuktikan bahawa manusia perlu memiliki kemahiran kehidupan seperti yang

dinyatakan dalam artikel beliau. Terdapat 10 kemahiran kehidupan yang perlu

dimiliki oleh seseorang manusia, iaitu Problem solving, Critical thinking, Effective

communication skills, Decision making, Creative thinking, Interpersonal relationship

skills, Self-awareness, Empathy, Coping with stress, Coping with emotions.

Kesemua kemahiran kehidupan ini boleh diperolehi dengan menikmati

kesusasteraan tamil dalam kehidupan manusia.

Pelbagai kajian dan penyelidikan dilaksanakan bagi menangani pelbagai isu-isu

dalam kalangan murid sekolah yang merosotkan disiplin murid mahupun di sekolah

rendah dan sekolah menengah. Penyelidik berkeinginan untuk mengetahui dan

mengkaji punca kemerosotan disiplin dalam kalangan murid serta mengenalpasti

beberapa cara untuk menangani masalah-masalah yang wujud dalam kalangan

murid sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang dan

mengaplikasikan pelbagai strategi untuk melahirkan insan yang harmonis dan

holistik. Sebagai penyelidik saya ingin menyumbangkan idea atau pandangan saya

bagi menangani isu-isu tersebut untuk melahirkan insan yang mulia.

7
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
1.4 Objektif kajian

Kajian keberkesanan komponen sastera dalam DSKP Bahasa Tamil sekolah rendah

dalam menerapkan nilai moral dalam kalangan murid sekolah mempunyai beberapa

objektif yang penting. Objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :

i) Mengenalpasti komponen sastera tamil yang terdapat dalam Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Tamil Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil

ii) Menganalisis dan mengklasifikasi nilai moral dalam komponen sastera

tamil Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Tamil

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan teori etika dan moral.

iii) Mengkaji keberkesanan komponen sastera tersebut kepada murid-

murid sekolah rendah.

iv) Mengkaji kebolehan murid-murid terhadap pengamalan nilai-nilai moral

yang dipelajari melalui komponen sastera.

1.4.1 Soalan kajian

i) Apakah komponen-komponen sastera yang terdapat dalam Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Tamil Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Tamil ?

ii) Apakah nilai-nilai moral yang terdapat dalam komponen sastera tamil

berdasarkan teori etika dan moral?

8
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA

iii) Bagaimanakah komponen sastera tersebut memberi impak kepada

murid-murid sekolah?

iv) Sejauh manakah komponen sastera yang dipelajari di bilik darjah

dapat diamalkan dalam kehidupan seharian?

1.5 Skop kajian

Skop kajian menjerumus kepada murid-murid sekolah rendah sekolah jenis

kebangsaan tamil yang belajar di Malaysia, dengan mengkaji keberkesanan

komponen sastera tamil yang terdapat dalam buku teks Bahasa tamil dalam

penerapan nilai-nilai moral dalam kehidupan seharian mereka. Skop kajian ini

hanya yang tertumpu kepada murid-murid sekolah rendah sahaja kerana penerapan

nilai-nilai moral adalah bermula dari sekolah rendah. Dokumen standard kurikulum

dan pentaksiran sekolah rendah akan dijadikan bahan utama dalam kajian ini.

Jurnal,prosiding,tesis,artikel akan menjadi rujukan untuk mencari maklumat

tambahan. Selain itu, skop kajian juga tertumpu kepada menganalisis komponen-

komponen sastera yang terdapat dalam dokumen standard kurikulum dan

pentaksiran serta mengkaji keberkesanan komponen-komponen sastera tersebut

dalam menerapkan nilai-nilai moral dalam kalangan murid sekolah dalam kehidupan

seharian.

9
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini amat penting dan diperlukan kerana belum ada kajian yang seumpama

ini dilakukan oleh penyelidik-penyelidik tempatan kepada Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran yang telah digubal mulai tahun 2017 sehingga tahun

2021. Kajian seumpana ini hanya dibuat terhadap sebahagian komponen

sastera (Thirukkural) yang terdapat dalam buku teks Bahasa Tamil sahaja. Hasil

kajian ini dipercayai dapat memberikan maklumat yang berguna kepada

beberapa pihak yang mempunyai peranan dalam perancangan dan pelaksanaan

kurikulum Bahasa Tamil untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Antara mereka

yang terlibat adalah seperti Pusat Perkembagan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia, Guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan murid-

murid sekolah rendah. Kajian ini akan memberi panduan kepada murid-murid

sekolah rendah untuk mengamalkan nilai-nilai moral yang terkandung dalam

komponen sastera bahasa tamil dalam kehidupan seharian. Kajian ini akan

memberi panduan kepada Pusat Perkembangan Kurikulum untuk mengetahui

keberkesanan komponen sastera dalam bahasa tamil kepada murid-murid

sekolah rendah. Kajian ini akan turut memberi input dan impak kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggubal atau mengenal komponen-

komponen sastera yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

10
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA

1.7 Metodologi kajian

Dalam melakukan sesuatu kajian ilmiah, metodologi kajian adalah unsur yang

paling penting. Metodologi adalah proses yang digunakan untuk mengumpul

data dan maklumat bagi tujuan membuat keputusan serta mencapai objektif.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah

kuantitaif bagi mengumpul data, menganalis data, memproses data serta

mengklasifikasi data mengikut objektif kajian ini. Pengkaji akan menggunakan

intrumen soal selidik, temuramah bagi tujuan pengumpulan data.

1.8 Bibliografi

Annathurai Kasinadan, 2015 Tirukkural Dalam Kurikulum Bahasa Tamil Sekolah


Rendah Dan Menengah : Satu Persepsi Dan Realiti Ke Arah Pembentukan Insan
Holistik

Madhusudanan Sundaresan, 2015 Life Skills In Classical Tamil


Literature,Thirukkural

https://Pdfcoffee.Com/Implikasi-Proses-Pdp-Pdf-Free.Html

https://Www.Academia.Edu/36086037/
Kepentingan_Teori_Etika_Dan_Teori_Perkembangan_Moral_Dalam_Kehidupan
_Sejagat_Docx

https://Www.Slideshare.Net/Shantinimenon/Perkembangan-Moral

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pppm : 2013-2025.(2012).


Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://Www.Moe.Gov.My/V/Pelanpembangunanpendidikanmalaysia

https://Www.Academia.Edu/16130696/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan_Fpk_
Huraian_Dan_Penghayatan_Hasil_Pembelajaran

11
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA

Madhusudhanan Life Skills In Classical Tamil Literature, Thirukkural,


Zenith International Journal Of Multidiscilinary Research Issn 2231-5780
Vol.5(8),August (2015),Pp.90-95

Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Human


Development In National Education Philosophy) | Hj. Ismail | Journal Of
Human Capital Development (Jhcd)
https://Journal.Utem.Edu.My/Index.Php/Jhcd/Article/View/2087

Ahmad, Lukman Hakimi (2014) Keberkesanan kurikulum pendidikan Islam dalam


pembentukan sahsiah Muslim : kajian terhadap pelajar di Politeknik Pantai Timur / Lukman
Hakimi bin Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

12
SUGUNADEVI A/P VEERAN
780218145270
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA
MALAYSIA
1.9 Rangka jadual kerja
TAHUN PENGAJIAN 1 2 3
SEMESTER 1 2 3 4 5 6
BULAN/TAHUN 06/2022- 12/2023- 6/2023- 12/2023- 6/2024- 12/2024-
11/2022 5/2023 11/2023 5/2024 11/2024 5/2024

PEMBANGUNAN PENYELIDIKAN
FASA 1: Sasaran bacaan 50 100 150 200 250 300
PEMBACAAN DAN jurnal/artikel
PENCARIAN Jumlah bacaan:
MAKLUMAT Perbincangan bersama
penyelia

Pembangunan
idea/konsep
Pembangunan “evident
FASA 2: table”
PEMBENTUKAN Penulisan proposal
DAN PEMBENTANGAN Pembentangan proposal
PROPOSAL
Pembetulan dan
penyemakan semula
proposal
Pembangunan + semakan
soal selidik
Pengedaran soal selidik
FASA 3: Analisis soal selidik
PENGUMPULAN DATA Perbincangan dapatan
analisis
Penulisan laporan
Pembangunan intervensi
Semakan dan
FASA 4
pembangunan intervensi
PERANCANGAN
Pengesahan akhir
INTERVENSI
intervensi
Penulisan laporan
Pelaksanaan intervensi
FASA 5 Dapatan data hasil
PELAKSANAAN DAN intervensi
PENILAIAN PROGRAM
Analisis hasil intervensi
INTERVENSI
Penulisan laporan
Penulisan akhir
FASA 6
Pembentangan akhir
PENULISAN DAN
PEMBENTANGAN Semakan dan pembetulan
AKHIR Menjilid tesis
PEMBANGUNAN PROFESIONAL
MENGHADIRI
PERSIDANGAN/ Sasaran minimum 1/bulan
MESYUARAT/KELAS
PEMBENTANGAN Lisan
Poster
PENERBITAN Sasaran minimum 3 bulan

13

Anda mungkin juga menyukai