Anda di halaman 1dari 3

Karangan Bahasa Malaysia SPM 2018

Bahagian A – berkemungkinan tentang sekolah (pusat sumber, guru cemerlang, pelajar


cemerlang, keracunan makanan di kantin, KOKO)

Bahagian B

1. Usaha² meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat


2. Langkah² / cara² membentuk gaya hidup yang sihat
3. Aktiviti² untuk menceriakan kawasan sekolah
4. Peranan keluarga (ibu bapa) dalam usaha memastikan remaja menggunakan media sosial / menangani
masalah sosial
5. Gejala buli dan langkah² mengatasinya
6. Usaha/cara/langkah/peranan untuk melahirkan masyarakat penyayang
7. Amalan rumah terbuka – kepentingan
8. Peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja
9. Sukan antarabangsa – kebaikan dan keburukan
10. Kepentingan bersukan
11. Keruntuhan akhlak remaja berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan
12. Punca² pencemaran alam sekitar
13. Ciri² pengguna yang bijak
14. Langkah²mengelakkan keracunan makanan di sekolah (SPMU 2018 – Bahagian A)
15. Faedah penglibatan diri dalam aktiviti koko
16. Peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
17. Faedah penggunaan laman sosial
18. Sayangi malaysiaku/negaraku – kepentingan, langkah²
19. Isu pemerdagangan manusia – usaha negara² dunia

TEORI-T

Soalan:

Pelbagai pihak memainkan peranan penting untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja. Ulaskan
pernyataan ini.

Masyarakat Ibu bapa

Media massa Guru/pihak sekolah

Peribahasa – sukan
SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN
DALAM KARANGAN
SENARAI PERIBAHASA YANG SESUAI DENGAN TEMA / HURAIAN DALAM KARANGAN

TEMA 1 – KERJASAMA
(a) bagai aur dengan tebing
(b) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
(c) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(d) terendam sama basah, terampai sama kering
(e) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

TEMA 2 – KERAJINAN / USAHA / KEGIGIHAN


(a) bagai lebah menghimpun madu
(b) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(c) genggam bara api biar sampai jadi arang
(d) hati hendak semua jadi
(e) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

TEMA 3 – KEINSAFAN / KESALAHAN / BERINGAT-INGAT


(a) Sesal dahulu pendapat, sesal kemudian tidak berguna
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(d) sediakan payung sebelum hujan
(e) sudah terhantuk baru tengadah

TEMA 4 – KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK-ANAK


(a) bagai menatang minyak yang penuh
(b) anak emas
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek anak rintik
(d) bagai kaca terhempas ke batu ( sedih / kecewa)
(e) melentur buluh biarlah dari rebungnya

TEMA 5 – REMAJA / BAKAL PEMIMPIN / HARAPAN NEGARA


(a) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
(b) rajin usaha tangga kejayaan
(c) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
(d) kepimpinan melalui teladan
(e) guru kencing berdiri, murid kencing berlari (ajaran guru)
TEMA 6 – KEMALANGAN / PERKARA MALANG / KESUSAHAN
(a) hari ini hari orang, esok mungkin hari kita
(b) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
(c) malang tidak berbau
(d) kusangka panas ke petang, kiranya hujan di tengah hari
(e) pandu cermat jiwa selamat / biar lambat asalkan selamat

TEMA 7 : WARISAN BANGSA / PERMAINAN TRADISIONAL


(a) tak kenal maka tak cinta
(b) tak basah dek hujan, tak lekang dek panas
(c) tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
(d) biar mati anak, jangan mati adat
(e) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
TEMA 8: AMALAN MENABUNG / AMALAN MEMBACA
(a) sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit
(b) ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
(c) membaca jambatan ilmu
(d) ulat buku / ilmu kunci kehidupan / ilmu pelita hidup
(e) bangsa membaca bangsa berjaya

TEMA 9: PERSAINGAN / PERJUANGAN /


(a) berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
(b) sampan sudah di air, pendayung sudah di tangan
(c) kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai (jangan ambil risiko)
(d) kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (jangan memandang rendah kebolehan orang lain)

TEMA 10: PATRIOTIK / BAHASA KEBANGSAAN


(a) biar putih tulang, jangan putih mata
(b) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(c) bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan)
(d) hilang bahasa lenyaplah bangsa (bahasa kebangsaan)
(e) bahasa menunjukkan bangsa (bahasa kebangsaan)

Anda mungkin juga menyukai