- Tajuk artikel - Nama penulis - Tahun artikel diterbitkan/ nama jurnal/ bilangan.
Bahagian A : Ulasan Keseluruhan
Berikan ulasan secara umum dengan menyatakan ciri-ciri istimewa/ketara yang terdapat dalam artikel tersebut.
Bahagian B : Ulasan Khusus
• Kemukakan tesis, persoalan atau isu utama yang dijelaskan penulis.
• Pendapat anda tentang tesis, persoalan atau isu tersebut. • Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh penulis? • Adakah tesis atau isu yang dikemukakan itu relevan untuk dikaji? Apakah kerelevanan penulisan tersebut dalam konteks wacana atau kajian semasa? • Nyatakan sama ada anda setuju atau tidak setuju dengan isi kandungan/dapatan kajian artikel tersebut? Jika setuju atau tidak setuju, jelaskan mengapa? • Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penulis sesuai dengan kajian yang dijalankan? • Apakah tindakan yang diambil oleh penulis bagi memastikan keobjektifan/kebolehpercayaan kajian? • Bandingkan kajian tersebut dengan kajian-kajian terdahulu yang mempunyai persamaan isu/tema/topik. Huraikan bagaimana kajian-kajian terdahulu menyokong atau tidak menyokong dapatan kajian penulis artikel tersebut. • Masukkan hujah-hujah atau pendapat sarjana terkemuka lain mengenai isu atau persoalan tersebut jika ada.
Bahagian C : Kesimpulan
• Apakah penemuan/ilmu/teori baru yang anda dapati daripada artikel tersebut?
• Jelaskan kepentingan kajian oleh penulis tersebut terhadap kajian mengenai bidang tersebut secara keseluruhannya dan bagaimana ia dapat membantu pengkaji/penyelidik lain dalam tema yang sama untuk melakukan kajian lanjutan? • Apakah contoh kajian lanjutan yang anda boleh cadangkan kepada para penyelidik lain mengenai tema tersebut?
Kepribadian: Pengantar ilmu kepribadian: apa itu kepribadian dan bagaimana menemukan melalui psikologi ilmiah bagaimana kepribadian mempengaruhi kehidupan kita
Albert Bandura dan faktor efikasi diri: Sebuah perjalanan ke dalam psikologi potensi manusia melalui pemahaman dan pengembangan efikasi diri dan harga diri