Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN

- Pembukaan Doa -

Allahumma ya robbal alamin,


rahmatilah majlis jamuan persaraan warga Sk Seri Pasir pada malam ini. Hindarilah majlis kami
ini dari sebarang cacat cela, bahaya dan apa jua perkara yang menghalang dari rahmat-MU.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah,


dalam majlis ini kami memohon kepada-MU, limpahilah kami semua, khususnya yang dirai En
Syahrull Nazri B Suman dengan ketenangan dan kebahagiaan, kelapangan dan kedamaian, serta
kesihatan dan kekuatan sepanjang masa dalam menjalani kehidupan seharian . Hindarilah kami
semua dari kesusahan dan kesedihan, dari penyakit2 yang datang dari pelbagai arah, dari
bencana yang yang diduga ataupun tidak kami duga. Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami kami dari siksa neraka

Ya sami' Ya alim....
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, hanya Engkau yang lebih
mengetahui betapa banyaknya jasa bakti, khidmat dan sumbangan, bantuan dan pertolongan
samada dari segi tenaga, masa, idea mahupun harta benda yang telah ditaburkan oleh
________nama_yang dirai___________ kepada sekolah, kepada guru dan kakitangan serta
kepada para pelajar di sekolah kami. Oleh itu engkau balaslah semua itu dengan pahala yang
berganda-ganda. Engkau jadikanlah kesemuanya sebagai amal jariah yang berkekalan
ganjarannya sampai bila-bila kepada beliau tanpa tertinggal walau sedikitpun. Sesungguhnya
hanya Engkaulah sebaik-baik dan selayak-layak pemberi balasan, dan hanya Engkaulah sahaja
yang mampu membalasnya

Ya Rahman Ya Rahim
Janganlah engkau jadikan perpisahan ini sebagai pemutus silaturrahim antara kami. Sebaliknya
engkau kekalkanlah ukhuwwah dan mahabbah yang telah sekian lama terjalin antara kami.
Malah engkau suburkanlah ia menjadi suatu jalinan yang diredhai dan mendapat keberkatan
dari-Mu

- Doa makan

- Penutup Doa

Anda mungkin juga menyukai