Anda di halaman 1dari 1

Segala puji bagi Allah S.W.

T tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi
Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga baginda serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah jadikanlah permulaan hari ini kebaikan untuk kami, pertengahannya keberkatan dan
kesudahannya keampunan dariMU, dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaanya
hidayah,pertengahannya kemenangan dan kesudahannya kecemerlangan.

Ya Allah sesungguhnya kami menyedari dengan penuh keinsafan akan Sunnah alam ketetapanMu,
bahawa setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya,justeru dalam majlis ini kami memohon
kepadaMu, limpahilah kami semua, khususnya dua insan yang dirai dengan ketenangan dan
kebahagian, kelapangan dan kedamaian,serta kesihatan dan kekuatan sepanjang masa dalam
menjalani kehidupan seharian kami. Hindarilah kami semua dari kesusahan dan kesedihan,dari
penyakit2 yang datang dari pelbagai arah, dari bencana yang diduga ataupun tidak kami duga.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada dua insan yang dirai ini dengan ganjaran,
syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai
ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam
memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin yang sentiasa berusaha menyumbang
tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala
jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Janganlah engkau jadikan perpisahan ini sebagai pemutus silaturrahim antara kami, sebaliknya
engkau kekalkanlah ukhuwah dan mahabbah yang telah sekian lama terjalin antara kami, malah
engkau suburkanlah ia menjadi suatu jalinan yang diredhai dan mendapat keberkatan dariMU

Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak berupaya
untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu sama ada secara sedar
ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang perkhidmatan kami khususnya dua insan
yg dirai ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang mengundang kemurkaanMu, maka
ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya EngkauMaha Pengampun lagi Maha Penyayang

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan

Anda mungkin juga menyukai