Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERSARAAN

PEMBUKAAN DOA

Wahai Tuhan kami, rahmatilah majlis kami pada hari ini iaitu
masjlis persaraan Pn. Normi Binti Mohd Nor. Hindarilah majlis
kami ini dari sebarang cacat cela, bahaya dan apa jua perkara
yang menghalang dari rahmat-Mu juga peliharalah perpisahan
selepas ini.

Wahai Tuhan kami, dalam majlis ini kami memohon kepada-Mu


limpahilah kami semua, khususnya yang dirai Pn. Normi Binti
Mohd Nor dengan ketenangan dan kebahgiaan, kelapangan dan
kedamaian serta kesihatan dan kekuatan sepanjang masa dalam
menjalani kehidupan seharian kami. Hindarilah kami semua dari
kesusahan dan kesedihan, dari penyakit-penyakit yang datang
dari pelbagai arah, dari bencana yang diduga ataupun tidak kami
duga. Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka-Mu Ya Allah.

Ya Sami’ Ya Alim…

Wahai Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui,


hanya Engkau yang lebih mengetahui betapa banyaknya jasa
bakti, khidmat dan sumbangan, bantuan dan pertolongan samada
dari segi tenaga, masa, idea mahupun harta benda yang telah
ditaburkan oleh Pn. Normi Binti Mohd Nor kepada sekolah,
guru-guru dan kakitangan serta murid-murid di sekolah ini.

Oleh itu, Engkau balaslah semua itu dengan pahala yang


berganda-ganda. Engkau jadikanlah kesemuanya sebagai amal
jariah yang berkekalan ganjarannya sempai bila-bila kepada
beliau tanpa tertinggal sedikit pun. Sesungguhnya Engkaulah
sebaik-baik dan selayaknya pemberi balasan dan hanya
Engkaulah sahaja yang mampu membalasnya.

Ya Rahman..Ya Rahim…

Jangan Engkau jadikan perpisahan ini sebagai pemutus


silaturrahim antara kami. Sebaliknya, Engakau kekalkanlah
ukhuwwah dan mahabbah yang telah sekian lama terjalin antara
kami. Malah Engkau suburkanlah ia menjadi suatu jalinan yang
diredhoi dan mendapat keberkatan dari-Mu

DOA PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai