Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PISMP AMBILAN JUN 2016 FASA 1 / 2018

NAMA : KANNAN A/L ANAMALAI

NO KAD PENGENALAN : 970731 – 08 - 5405

ANGKA GILIRAN : 2016151340064

UNIT : BAHASA TAMIL (SK) / KESENIAN MELAYU (KSM)

Program Bina Insan Guru (BIG) MPU 3112 merupakan salah satu program yang
wajib disertai oleh semua guru pelatih yang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam
Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program BIG diwajibkan kepada guru
pelatih agar mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang membentuk jati diri,
berdaya saing, berkeyakinan dan membina jaringan hubungan sosial yang baik serta
penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Program
BIG ini telah diterajui oleh pensyarah dari Unit Kokurikulum yang telah memainkan
peranan sebagai Kem Komanden, Ketua Jurulatih dan Jurulatih. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Md Afandi bin Mohd Ayob,
Tuan Abd Rahim bin Aris, Puan Azibah binti Baharom dan Puan Erana binti Abd
Seman kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing kami sepanjang
berlangsungnya program BIG ini. Melalui program ini juga saya telah mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya dan juga peluang yang sedia ada
untuk kami bagi meneroka perkara-perkara baharu serta ancaman yang menjadi
cabaran buat saya untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam Program BIG ini
berdasarkan analisis SWOT seperti yang tertera di bawah :

1
ANALISIS PRESTASI DAN PENGLIBATAN BERDASARKAN ANALISIS
STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITY DAN THREATS (SWOT)

KEKUATAN

Dari segi kekuatan pula, aktiviti yang dilaksanakan membantu saya untuk
mempelajari kemahiran dan menimba pengetahuan yang amat efektif yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam aktiviti air yang telah dilaksanakan di
Marine Science Centre (COMAS), Port Dickson telah membantu saya untuk
mempelajari teknik mengapungkan diri pada permukaan air laut. Saya dapat
mempelajari cara untuk menyelamatkan diri saya apabila saya berhadapan dengan
situasi lemas dalam air laut. Saya juga telah mempelajari cara membawa rakit dan
kayak dengan menggunakan dayung dalam laut. Kami juga diminta untuk membawa
rakit ke bahagian tengah laut dan diminta untuk berdiri atas rakit untuk menyanyi lagu
‘Guru Malaysia’. Seterusnya, kami telah melaksanakan aktiviti LDK iaitu penghasilan
nama kumpulan, logo dan lagu sorakan. Aktiviti ini mendorong kami untuk berfikir
secara kreatif bagi menghasilkan nama dan lagu sorakan. Aktiviti ini juga menjadi
tunjang kepada kami untuk membuka minda untuk berfikir luar daripada kotak demi
mengemukakan justifikasi yang sesuai untuk menjelaskan ciri-ciri logo seperti
kewajaran kami memilih ‘The Phoenix’ sebagai nama kumpulan.

Seterusnya, melalui aktiviti mendirikan khemah pula saya telah mempelajari cara
mendirikan khemah. Ada kumpulan yang telah memasukkan besi di bahagian
khemah yang salah lantaran, Ahli Kumpulan 1 A telah membimbing mereka cara

2
mendirikan khemah yang betul. Saya juga telah mengetahui cara menguatkan
khemah yang telah didirikan dengan memacakkan besi supaya tidak runtuh.
Tambahan pula, melalui aktiviti penghasilan kraf tangan saya telah menyemarakkan
semangat patriotisme dalam diri saya memandangkan kami ditugaskan untuk
menghasilkan kraf tangan yang mempunyai unsur patriotisme. Justeru, kami telah
bertekad untuk menghasilkan kraf tangan yang melambangkan keunikan Malaysia
iaitu perpaduan yang utuh merentasi kaum dan agama yang berlainan. Saya telah
mempraktikkan nilai bekerjasama dan telah menghasilkan kraf tangan tersebut
bersama-sama supaya menjadi identiti kepada kesefahaman yang terjalin antara
kami.

Sementalahan itu, kami juga melaksanakan aktiviti Abseiling iaitu aktiviti


penurunan dari Menara Penyelamat di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Seremban. Kami ditugaskan untuk menurun dari tingkat kelima menara tersebut
dengan menggunakan teknik repeiling. Penurunan tersebut merupakan pengalaman
pertama buat saya dan saya dapat menurun dengan baik tanpa sebarang
kecederaan. Jurulatih, Tuan Zamri telah memberi tunjuk ajar dan menunjukkan
demonstrasi penurunan dan demonstrasi tersebut menjadi panduan kepada kami
untuk melakukan penurunan. Saya juga telah menimba pengetahuan tentang
jenis-jenis alatan yang digunakan untuk aktiviti penurunan ini dan jumlah berat yang
boleh ditanggung oleh alatan tersebut. Kami juga berpeluang untuk melihat cara
penurunan Spider.

Di samping itu, kami juga telah menghasilkan sebuah permainan tradisional


dalam aktiviti LDK. Melalui penghasilan permainan tersebut kami telah integrasikan
unsur patriostisme agar kami dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme pada
masa yang sama dapat bermain dengan seronok. Kami berjaya melakukan inovasi
dalam permainan tradisional Melayu ‘Teng-Teng’. Kami telah melakukan
pembaharuan dari segi laluan keluar masuk dan penanyaan soalan pada bahagian
tengah laluan serta melakukan bunyi haiwan semasa menghabiskan permainan.
Kami telah memberi keutamaan kepada semangat patriostime agar dapat melahirkan
anak watan yang berperanan sebagai aset yang melakukan anjakan paradigma
dalam pembangunan negara.

Umum mengetahui bahawa, program BIG bertujuan untuk melahirkan guru


pelatih yang sihat dari segi fizikal dan mental. Lantaran, tunjang utama melahirkan
insan yang sempurna dari segi fizikal ialah amalan pemakanan yang seimbang dan
sihat. Melalui aktiviti masakan, saya telah mempelajari amalan pemakanan yang sihat

3
yang mana guru pelatih perlu sediakan sarapan pagi yang berzat berdasarkan
piramid makanan. Kami telah menyediakan sajian ‘Telur Mayonis Manis’ dan Teh O
kurang manis. Telur menjadi sumber protein yang berguna untuk badan kita yang
amat signifikan untuk sumber tenaga. Minuman yang kurang manis juga
mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Saya telah mempelajari sumber
makanan yang wajar diambil pada waktu pagi untuk sarapan pagi.

Dalam malam kemuncak iaitu dalam Majlis Kemuncak saya dapat menjiwai
lakonan untuk melakukan persembahan situasi peperangan untuk lagu ‘Inilah Barisan
Kita’. Saya dapat merasai kesengsaraan dan kesusahan yang dialami oleh para
pejuang dan perajurit negara kita yang bertungkus-lumus mengorbankan segalanya
demi kemerdekaan Tanah Melayu. Saya juga menyanyi lagu-lagu patriotisme dengan
penuh jiwa dan rasa hormat kepada insan yang signifikan dalam memperjuangkan
kedamaian Malaysia. Seterusnya, aktiviti bimbingan dan motivasi yang dilaksanakan
di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu menjadi platform kepada saya untuk
mendapatkan pengalaman menjadi seorang guru dalam bilik darjah. Saya juga telah
mempelajari cara mengawal kelas yang boleh saya praktikkan semasa mengajar di
sekolah bagi memenuhi kehendak kursus Praktikum Fasa Pertama. Saya juga telah
mengenal pasti cara untuk mendekatkan diri saya dengan murid supaya saya boleh
mendapatkan perhatian mereka dan mendorong mereka untuk menumpukan
sepenuh perhatian dalam pembelajaran. Tambahan pula, melalui aktiviti khidmat
sosial di Sekolah Kebangsaan Seri Kelana saya telah berkhidmat untuk pihak sekolah
mengemaskan bilik solat, bilik jawi dan pusat sumber serta mengecat dinding.

KELEMAHAN

Dari segi kelemahan pula, terdapat beberapa kelemahan yang wajar diambil kira dan
diatasi supaya Program Bina Insan Guru pada masa yang akan datang dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah pengurusan
masa. Saya berasa amat susah untuk menguruskan masa dengan baik
memandangkan setiap hari mempunyai slot ataupun aktiviti LDK pada masa yang
berlainan. Lantaran, saya mengalami kesukaran untuk membahagikan masa untuk
berehat dan saya juga telah hadir ke slot moral lewat lima minit pada hari kedua. Hal
ini menunjukkan kegagalan saya dalam membahagikan masa dengan baik. Justeru,
saya perlu sediakan jadual tersendiri dan memperuntukkan masa secara seimbang
agar dapat mengatasi masalah lewat ke program.

Selain itu, saya berasa amat susah untuk mempraktikkan nilai sifat keterbukaan
dalam diri saya sehingga saya berasa tidak senang hati apabila ahli keluarga

4
memberi kritikan terhadap idea saya dan saya juga tidak mahu menerima idea
mereka kerana berasa idea yang dikemukakan oleh saya adalah terbaik.
Sementalahan itu, peralatan yang disediakan oleh pihak stor tidak berkualiti dan
boleh mengancam keselamatan para guru pelatih. Misalnya, dayung yang disediakan
telah patah di tengah laut dan hal ini boleh membawa masalah yang serius kepada
semua sekiranya semua dayung yang disediakan tidak berkualiti dan mudah patah.
Bukan itu sahaja, malah khemah yang diberi juga tidak begitu berkualiti kerana
terdapat besi yang membantu untuk mendirikan khemah telah patah dan kami
terpaksa mengikat besi tersebut dengan ikatan yang pernah dipelajari dalam Kursus
Kokurikulum pada Semester 2.

Seterusnya, semasa berada di JPAM, saya berasa agak takut dan gementar
untuk melakukan aktiviti tersebut memandangkan ini merupakan pengalaman
pertama buat saya. Saya berasa sangat takut untuk melepaskan tali di bahagian
tangan kiri menyebabkan saya susah untuk menyeimbangkan badan saya pada
dinding di Menara Penyelamat. Tambahan pula, aktiviti abseiling memakan masa
yang agak lama sehingga melebihi masa yang ditetapkan dalam jadual. Lantaran,
masa perlu dianjakkan untuk aktiviti-aktiviti seterusnya. Hal ini boleh diatasi dengan
kumpulan 1. 2 dan 3 dibawa dulu ke JPAM untuk aktiviti abseiling dan kumpulan 4, 5
dan 6 pula dibawa ke keesokan harinya. Dengan ini, aktiviti abseiling dapat dijalankan
dengan sempurna dan pihak Jurulatih JPAM tidak perlu berjemur lama di bawah
matahari terik.

PELUANG

Dari segi peluang pula, saya mendapat peluang emas untuk mencuba sesuatu yang
baharu yang tidak pernah saya cuba sepanjang kehidupan saya. Program BIG ini
telah memberi peluang kepada saya untuk membawa rakit di tengah laut dan
mengapungkan diri saya pada permukaan laut. Seterusnya, saya tidak pernah
mencuba aktiviti abseiling yang amat membantu saya untuk meningkatkan keyakinan
diri dan memberanikan diri saya. Peluang sedia ada untuk kami belajar ialah jurulatih
berwibawa dan dedikasi yang mengajar kami teknik repeiling dengan penuh
semangat supaya kami berasa terdorong untuk mencuba aktiviti tersebut. Tambahan
pula, Program BIG ini juga memberi peluang kepada saya untuk melatih diri saya
untuk menjadi seorang guru melalui aktiviti bimbingan dan motivasi yang mana saya
menyedari peranan seorang guru dalam mendorong anak murid ke arah kejayaan.
Saya juga mendapat peluang untuk menunjukkan keterampilan saya sebagai

5
seorang guru dalam mengawal kelas dan menyampaikan pesanan dan nasihat yang
memberi semangat kepada mereka.

ANCAMAN

Dari segi ancaman pula, ancaman yang menjadi cabaran besar buat Kumpulan 1
untuk menyempurnakan tugasan dan aktiviti ialah tiada persefahaman antara ahli
keluarga. Masing-masing memberi idea yang berlainan sehingga kami buntu untuk
memilih idea yang terbaik. Sifat keterbukaan amat kurang dalam diri kami sehingga
kami tidak ingin untuk menerima krirtikan terhadap idea yang dikemukakan. Ancaman
yang menjadi cabaran terbesar buat saya ialah rasa ketakutan dan gementar. Rasa
takut yang menyelebungi diri saya menghalang diri saya untuk mencuba
aktiviti-aktiviti yang lasak. Cabaran seterusnya ialah sehari sebelum aktiviti
Bimbingan dan Motivasi kumpulan 5 yang pergi ke Sekolah Kebangsaan Undang
Jelebu telah menyenaraikan 6 aktiviti dan barang-barang keperluan untuk kesemua
aktiviti tersebut telah dibeli. Tetapi, pada malam tersebut dimaklumkan bahawa aktiviti
untuk sekolah tersebut diselaraskan, lantaran kami terpaksa menyediakan alatan
untuk aktiviti baharu dan barang yang dibeli untuk aktiviti sebelumnya tidak dapat
digunakan.

Sebagai menggulung perkara yang dikemukakan di atas, Program BIG


merupakan kursus yang wajar diwajibkan kepada semua guru pelatih kerana amat
signifikan dalam melahirkan insan pendidik yang berkemahiran, tahan lasak, dedikasi,
optimis dan bertanggungjawab. Program BIG juga wajar diteruskan pada masa yang
akan datang agar guru pelatih boleh meningkatkan kemahiran dan menimba ilmu
pengetahuan serta menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri mereka.

6
GAMBAR AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEPANJANG PROGRAM BINA
INSAN GURU (BIG)

Aktiviti Air Marine Science Centre (COMAS), Port Dickson

7
Aktiviti Mendirikan Khemah

8
Penghasilan Kraf Tangan

Aktiviti Abseiling di Jabatan Pertahanan Awam, Seremban

9
Inovasi dalam Permainan Tradisional

Amalan Pemakanan Sihat

10
Bimbingan dan Motivasi

Malam Kemuncak : Malam Kebudayaan

Khidmat Masyarakat dan Sosial

11
12

Anda mungkin juga menyukai