Anda di halaman 1dari 12

Laporan Jawatankuasa Hadiah

Lawatan Ke Pink Triangle dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

Anjuran PISMP Pendidikan Jasmani SJKT (Ambilan Jun 2013)

Pada 20 Ogos 2014 bersamaan Rabu telah mengikuti lawatan ke Pink Triangle dan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Lawatan ini dianjurkan oleh
unit Pendidikan Jasmani SK dan Pendidikan Jasmani SJKT GSTT Ambilan Jun 2013 bersama
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, IPG Kampus Raja Melewar. Lawatan
ini memenuhi tugasan projek PKE3013 Pendidikan Kesihatan Seksualiti. Lawatan ini diikuti oleh
seramai 30 orang pelajar dan dua orang pensyarah penasihat.

Tujuan utama LPPKN adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu,


keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui
perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan. Pink Triangle
pula berfungsi sebagai satu yayasan yang memberikan pengetahuan tentang AIDS dan HIV
serta tempat perlindungan bagi pesakit HIV dan penagih dadah.

Rasional lawatan ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar PISMP
GSTT Ambilan Jun 2013 mengenai penyakit AIDS dan HIV . Menerusi lawatan ini juga, pelajar
PISMP-GSTT Ambilan Jun 2013 dapat memperoleh pelbagai pengetahuan termasuklah aspek-
aspek pentadbiran, pengurusan lawatan dan perkara lain mengenai lawatan dan sebagainya .
Oleh itu, lawatan ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan
Pink Triangle ini amatlah bermanfaat sebagai persediaan kepada guru-guru pelatih PISMP
Ambilan Jun 2013 khususnya dan warga institut amnya dan seterusnya mempraktikkan segala
pengetahuan yang ada dan telah dipelajari.

Lawatan ini, diharapkan agar semua pelajar dapat mencapai objektif seperti dapat
mengeratkan lagi semangat persaudaraan dalam kalangan PISMP- GSTT Ambilan Jun 2013
iaitu antara unit PJK SK & PJK SJKT, dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman
mahupun penganjuran sesuatu lawatan. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan
tentang seks dan kesan-kesan negatif atas seks rambang dan dapat menjana idea mengenai
pengurusan lawatan yang boleh dilaksanakan oleh bakal guru ketika mereka di alam pekerjaan
kelak. Tambahan pula, pelajar dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan peserta lawatan
seperti bekerjasama, tolong menolong dalam mencapai objektif lawatan.

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 1


FASA SEBELUM

1. Mesyuarat pertama (06.08.2014)

Sebelum Lawatan 2014, kami pelajar unit Pendidikan Jasmani SK dan Pendidikan
Jasmani SJKT GSTT Ambilan Jun 2013 telah mengadakan mesyuarat untuk menubuhkan
jawatankuasa pelaksanaan lawatan ini. Mesyuarat itu dijalankan pada 06 Ogos 2014 selepas
kuliah Pendidikan Kesihatan Seksualiti jam 12.00 tengahari. Kami menjalankan mesyuarat ini di
bilik kuliah. Saudari Durgadevi a/p Muthulinggam dilantik sebagai pengerusi kejohanan ini.
Beliau telah memulakan mesyuarat untuk memilih jawatankuasa seterusnya. Saudari Mayure
a/p Balakrishnan telah dilantik sebagai setiausaha Jawatankuasa Induk Lawatan ilmiah ini.
Jawatan bendahari disandang oleh saudari Veetiyah a/p Suromuthu.. Saya telah dilantik
sebagai ketua AJK Jawatankuasa Hadiah bagi lawatan ini.

Gambarajah 1 : Mesyuarat Pertama Lawatan Ilmiah

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 2


2. Mesyuarat kali kedua (13.08.2014)

Seterusnya, mesyuarat kedua diadakan pada 13 Ogos 2014 di Bilik Kuliah 1, Astaka
berkenaan lawatan ini pada 12.30 tengahari. Mesyuarat ini dijalankan untuk perkembangan
tentang tugas setiap jawatankuasa. Setiausaha telah memulakan mesyuarat kali kedua dengan
membentang minit mesyuarat kali pertama. Pengerusi telah bertanya laporan setiap ajk dan
dicatat oleh setiausaha induk saudari Mayure a/p Balakrishnan. Setiap AJK Jawatankuasa telah
membentangkan laporan tugasnya. Saya telah membentangkan tentang pembelian
cenderamata kepada pihak LPPKN dan Pink Triangle. Saya telah membuat keputusan untuk
membeli cenderamata. Pn Darinda bt Asari telah memberitahu bahawa akan cenderamata
dalam bentuk mug daripada pihak IPG. Pengerusi telah memastikan setiap jawatankuasa
melaksanakan tugas dengan sempurna dan lengkap. Beliau mengarahkan kepada semua
bahawa setiap tugas perlu diselesaikan sebelum 18 Ogos 2014. Akhirnya, setiausaha induk
telah membacakan laporan keseluruhan pada hari tersebut.

Gambarajah 2 : Mesyuarat Kali Kedua Lawatan Ilmiah

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 3


3. Mesyuarat kali ketiga jawatankuasa Hadiah (19.08.2014)

Mesyuarat kali ketiga dijalankan pada 19.08.2014 di hadapan astaka, IPG Kampus Raja
Melewar pada 2.00 petang. Mesyuarat ini dijalankan antara AJK Hadiah sahaja. Saya bersama
saudari Vegeneswari dan saudari Deepakala telah membuat perbincangan dan menyusun
hadiah dalam goody bag. Selepas itu, kami membincang tentang cara menyampaikan hadiah
pada hari lawatan tersebut. Akhirnya, kami membuat keputusan bahawa saya menjadi
pengerusi majlis dan saudari Durgadevi selaku pengerusi lawatan perlu mengiringi Pn Darinda
bt Asari semasa menyampaikan cenderamata kepada pihak LPPKN dan Pink Triangle. Saya
telah melaporkan perkara ini kepada Pn.Darinda bt Asari selaku pensyarah penasihat lawatan
ini.

Gambarajah 3 : Persiapan Hadiah

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 4


FASA SEMASA

4. Semua berkumpul di garaj IPGKRM

Pada 20.08.2014 bersamaan 7.00 pagi, kami telah berkumpul di garaj IPGKRM untuk mengikuti
Lawatan.

Gambarajah 4 : Pelajar dan Pensyarah berkumpul di garaj

5. Bacaan doa dan Ucapan aluan

Pada tepat pukul 8.00 pagi, bas telah bertolak ke Pink Triangle. Dengan itu, saudara Ruwalfindi
telah memimpin bacaan doa untuk perjalanan selamat. Selepas itu, Pn Darinda bt Asari telah
memberi ucapan aluan selaku pensyarah penasihat.

Gambarajah 5 : Saudara Ruwalfindi memimpin bacaan doa dan


Pn. Darinda bt Asari memberi ucapan aluan

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 5


6. Aktiviti permainan Kotak Ajaib Poison box

Sepanjang perjalanan ke Pink Triangle, AJK Aktiviti saudari Krishnaveni KMC dan saudari
Anbarasi telah menjalankan aktiviti Kotak Ajaib iaitu, nama sesiapa yang dipanggil oleh
kawannya akan mengambil sehelai kertas dari kotak itu dan melakukan aksinya yang ditulis
dalam kertas tersebut. Aktiviti ini sungguh menyeronokkan.

Gambarajah 6 : Aktiviti permainan Kotak Ajaib Poison box

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 6


7. Kami telah tiba di Kuala Lumpur

Pada pukul 10.00 pagi, kami telah tiba di Kuala Lumpur tetapi menghadapi masalah untuk
mengetahui jalan ke Pink Triangle. Akhirnya saudara Ruwalfindi menghubungi pihak Pink
Triangle untuk mendapatkan bantuan.

Gambarajah 7 : Tiba di Kuala Lumpur

8. Kami berkumpul di Pink Triangle

Kami telah berkumpul di Pink Triangle untuk sesi ceramah bersama pihak penceramah Pink
Triangle.

Gambarajah 8 : Berkumpul di Pink Triangle

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 7


9. Pihak Pink Triangle memberi ceramah

Kami mendengar ceramah daripada pihak penceramah dari Pink Triangle. Ceramah yang
disampaikan oleh mereka sungguh bermakna kepada saya serta rakan-rakannya. Kami
mendapat maklumat mengenai penyakit HIV dan cara mengatasi penyakit tersebut.

Gambarajah 9 : Para pelajar mendengar ceramah

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 8


10. Penyampaian cenderamata

Seterusnya, saya sebagai pengerusi majlis dan Ketua AJK Hadiah, menjemput saudara
Ruwalfindi memberi ucapan terima kasih. Setelah itu, Pn. Darinda bt Asari telah menyampaikan
cenderamata kepada pihak Pink Triangle diiringi oleh saudari Durgadevi selaku pengerusi
Lawatan. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menjayakan dan menyempurnakan sesi
pertama di Pink Triangle.

Gambarajah 10 : Penyampaian Cenderamata kepada Pihak Pink Triangle

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 9


11. Pihak LPPKN memberi ceramah dan pelajar melawat LPPKN

Kami mendengar ceramah daripada pihak penceramah dari LPPKN. Ceramah yang
disampaikan oleh mereka sungguh bermakna kepada saya serta rakan-rakannya. Kami
mendapat maklumat mengenai pendidikan seksualiti, cara mengabaikan anak dan sebagainya.

Gambarajah 11 : Para pelajar mendengar ceramah dan melawat LPPKN

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 10


12. Penyampaian cenderamata

Seterusnya, saya sebagai pengerusi majlis dan Ketua AJK Hadiah, menjemput saudara
Ruwalfindi memberi ucapan terima kasih kepada pihak LPPKN. Setelah itu, Pn. Darinda bt
Asari telah menyampaikan cenderamata kepada pihak LPPKN diiringi oleh saudari Durgadevi
selaku pengerusi Lawatan. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menjayakan dan
menyempurnakan sesi kedua di LPPKN.

Gambarajah 12 : Penyampaian Cenderamata kepada Pihak LPPKN

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 11


13. Bertolak pulang ke IPG

Setelah mengunjungi kami bertolak pulang ke IPG pada pukul 5.00 petang. Kami tiba di IPG
pada pukul 7.00 petang.

Gambarajah 13 : Bertolak pulang ke IPG KRM

FASA SELEPAS

14. Menjalankan postmortem

Selepas lawatan, saya bersama rakan telah membincang tentang hadiah. Kami berasa puas
hati dengan cenderamata yang diberikan kepada pihak Pink Triangle dan LPPKN.

Akhir kata, tugasan ini membuatkan saya mengenali dan menguatkan hubungan
silaturahim di antara para pensyarah dan rakan-rakan. Saya mengucapkan terima kasih kepada
Pn.Darinda bt Asari sebagai pensyarah penasihat yang melatih kami untuk melaksanakan
lawatan ini dengan sempurna. Saya telah dapat memenuhi kehendak sukatan kursus PKE3013
Pendidikan Kesihatan Seksualiti dari segi mendapat ilmu yang banyak dalam mengelololakan
sesuatu lawatan.

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..
(PRAKESH RAO A/L GANAPATHI)
Ketua AJK Hadiah Lawatan 2014

* Laporan Jawatankuasa Hadiah (Lawatan ke LPPKN dan Pink Traingle 2014) 12

Anda mungkin juga menyukai