Anda di halaman 1dari 1

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK,

KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA LEPASAN SPM SESI 2019/2020

PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK, KOLEJ


KOMUNITI DAN ILKA MELALUI SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (UPUONLINE)

1. Calon Lepasan SPM dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam Talian mulai 25
Febuari hingga 02 April 2018.

2. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No Kad Pengenalan
/MyKad sahaja.

3. Calon yang mempunyai kelayakan minimum dan kriteria yang ditetapkan perlu menggunakan
Nombor Unik ID yang dibeli melalui pembelian secara individu di Kaunter Bank Simpanan
Nasional (BSN) atau ATM atau SMS atau Online Banking untuk mengemukakan permohonan.

4. Calon dikategorikan kepada Dua (2) kategori, iaitu :

i) Kategori A
 Pemohon menggunakan SPM 2018
ii) Kategori B
 Pemohon Lepasan SPM tahun 2017 atau 2016

5. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Syarat Am dan Syarat Khas ke Universiti
Awam / Politeknik / Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian yang ditawarkan, calon
boleh melayari laman web http://upu.moe.gov.my/ sebelum mengemukakan permohonan.

6. Langkah ini adalah untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam serta
kelancaran proses permohonan kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik / Kolej Komuniti
dan ILKA.

7. Sila muat turun Manual Pengguna bagi panduan mengisi permohonan kemasukan ke Universiti
Awam / Politeknik / Kolej Komuniti dan ILKA.

1|Mukasurat

Anda mungkin juga menyukai