MELAKSANAKAN AKTIVITI
SMK TENGKU IDRIS SHAH,
PERSIARAN HAMZAH ALANG,
42200 KAPAR, SELANGOR
1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon kepada Pengetua untuk menimban, bersetuju dan memberi
kelulusan :
a. mengadakan Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK Tengku Idris Shah,
Kapar pada 27 MARCH 2018; dan
b. dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 2850.00.
2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada perancangan takwim kokurikulum untuk melaksanakan aktiviti pertandingan
kawad kaki dalaman.
b. Jawatankuasa pengelola pertandingan telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk
melaksanakan aktiviti tersebut.
3. OBJEKTIF
Menyemarakkan aktiviti kawad kaki badan beruniform di peringkat sekolah
Membina semangat kerjasama yang tinggi di kalangan anggota
Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang kaum
Memberi peluang kepada peserta menunjukkan prestasi kepimpinan masing-masing dalam situasi
yang pertandingan yang sihat.
Memupuk daya saing dan daya juang tinggi
Mewujudkan perasaan yakin diri
Membentuk jati diri agar sentiasa bersedia, cergas dan setia.
6. KUMPULAN SASARAN
Semua ahli pasukan unit beruniform yang terlibat.
1
7. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan
Beruniform SMK Tengku Idris Shah, Kapar tahun 2017 berjumlah RM 2850.00.
b. Sumber kewangan :
i. PCG KoKurikulum RM 2350.00
ii. Sumbangan PIBG RM 500.00
8. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 2
9. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Pertandingan kawad
i. Peserta disertai oleh semua badan unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet
Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Islam
dan Pandu Puteri.
b. Hakim
i. Hakim yang dilantik adalah bertauliah dan professional iaitu Pn Tracy anak Bobby Robert,
En Norzaidi b Idris, En Azhari Md Noh, En Zamri b Marham dan En Azman Bin Sahlan.
12. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK
Tengku Idris Shah, Kapar tahun 2018 dikemukakan untuk pertimbangan dan keluluasan.
13. SYOR
Pengetua Tn Hj Ismail b Abdullah dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform SMK Tengku Idris Shah,
Kapar tahun 2018 ; dan
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 2850.00.
………………………………………………..….
( )
Tn Hj Ismail bin Abdullah
SMK Tengku Idris Shah, Kapar
Cap :
Tarikh :