Anda di halaman 1dari 2

Halimah Binti Ramli

Lot 2301 Jalan Mengkudu


Batu 9 Kampung Medan
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan.

Pengetua
Sekolah Agama Menengah Tinggi
Tengku Ampuan Rahimah
Sungai Manggis
42700 Banting
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan. 11 Julai 2019

Assalamualaikum wbt.

Tuan,

MEMOHON CUTI UNTUK TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Saya ibu kepada pelajar Ahmad Adam Harith Bin Abdul Kahar, No. Kad Pengenalan 060127-
10-1461. Anak saya merupakan pelajar Kelas tingkatan 1 Fatonah dan tujuan saya menulis surat ini
adalah untuk memohon cuti bagi anak saya untuk tidak hadir ke sekolah mulai 15 Julai 2019 hingga
19 Julai 2019.

3. Hal demikian kerana saya akan menjalani rawatan di Wad Perubatan Rehabilitasi, Hospital
Sungai Buloh selama seminggu kerana masalah kecederaan saraf tunjang dan saya memerlukan
bantuan anak saya untuk membantu menjaga saya di hospital atas saranan pihak hospital.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami situasi kami sekeluarga. Kerjasama daripada
pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
(Halimah Binti Ramli)
Halimah Binti Ramli
Lot 2301 Jalan Mengkudu
Batu 9 Kampung Medan
42500 Telok Panglima Garang
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan.

Warden
Asrama Sekolah Agama Menengah Tinggi
Tengku Ampuan Rahimah
Sungai Manggis
42700 Banting
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan. 11 Julai 2019

Assalamualaikum wbt.

Tuan,

MEMOHON PERLEPASAN DARI ASRAMA SELAMA SEMINGGU

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Saya ibu kepada pelajar Ahmad Adam Harith Bin Abdul Kahar, No. Kad Pengenalan 060127-
10-1461. Anak saya merupakan pelajar Kelas tingkatan 1 Fatonah dan merupakan penghuni Asrama
Dorm 3. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon cuti pelepasan bagi anak saya untuk
tidak tinggal di Asrama selama seminggu, mulai 12 Julai 2019 hingga 21 Julai 2019.

3. Hal demikian kerana saya akan menjalani rawatan di Wad Perubatan Rehabilitasi, Hospital
Sungai Buloh selama seminggu kerana masalah kecederaan saraf tunjang dan saya memerlukan
bantuan anak saya (Ahmad Adam Harith Bin Abdul Kahar) untuk membantu menjaga saya di hospital
atas saranan pihak hospital.

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami situasi kami sekeluarga. Kerjasama daripada
pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
(Halimah Binti Ramli)

Anda mungkin juga menyukai