Anda di halaman 1dari 1

Nuha binti Muhammad Rushdan

ER-07-34, Ehsan Residence Condominium,


Jalan Orkid 4/2, Taman Orkid,
43900, Sepang, Selangor.
__________________________________________________________________________________

Sir Farhan Arif bin Tajul Ariffin


Pensyarah CAD Senibina,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan.
(15 Februari 2023)

Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KE KELAS (ZAC2113)

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas, saya, Nuha binti Muhammad Rushdan,
tidak dapat hadir ke kelas pada tarikh 19 Januari 2023 yang lalu.

2. Sebab ketidakhadiran ialah kerana saya mengalami migrain dan demam yang teruk pada hari
kejadian. Namun, saya tidak berkesempatan untuk pergi ke klinik dan mendapatkan sijil cuti sakit
untuk pihak rujukan tuan. Kesulitan tersebut amat dikesali.

3. Saya memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menganggu perjalanan aktiviti di dalam kelas.
Saya berjanji akan merujuk kepada kawan dan pensyarah berkaitan topik pembelajaran pada waktu
kelas tersebut supaya saya tidak ketinggalan dalam akademik.

4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Yang Benar,

_________________
(Nuha binti Muhammad Rushdan)
No. Matrik: 1211276
Pelajar Tahun Dua Senibina

Anda mungkin juga menyukai