Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya
untuk ALLAH. Selamat sejahtera atasmu wahai NABI dan rahmat ALLAH dan keberkatan-
NYA. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba ALLAH yang baik-baik. Aku
mengaku bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH. Dan aku mengaku bahawa NABI
MUHAMMAD itu utusan ALLAH. Ya ALLAH anugerahkanlah kesejahteraan atas NABI
MUHAMMAD dan ke atas keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah
anugerahkan kesejahteraan atas ibrahim dan keluarga ibrahim. Dan berkatilah NABI
MUHAMMAD dan keluarga NABI MUHAMMAD. Seperti yang ENGKAU telah berkati ibrahim
dan keluarga ibrahim. Sesungguhnya ENGKAU maha terpuji lagi maha tinggi.