Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL
IKLAN PENGAMBILAN GURU INTERIM DI KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI SARAWAK, SABAH DAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN KPM TAHUN 2019 (FASA 2)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang


berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru
Interim di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di negeri
Sarawak, Sabah dan WP Labuan KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan
Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Tajuk : Pengambilan Guru Interim untuk


ditempatkan di Kolej Vokasional dan
Sekolah Menengah Teknik di negeri
Sarawak, Sabah dan WP Labuan KPM
Ambilan Tahun 2019.
1.2 Nama Jawatan : Guru Interim Gred DC41
1.3 Tempoh Interim : Tiga (3) tahun sahaja.
1.4 Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI)
secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang
ditetapkan.
2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

2.1 Warganegara Malaysia.


2.2 Kelahiran Sarawak, Sabah dan WP Labuan.
2.3 Sihat tubuh badan.
2.4 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2019
2.5 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya
pencapaian CGPA 3.0 atau yang setara dengannya :

2.5.1 lulusan ijazah sarjana muda Universiti Awam (UA) dan


memiliki kelayakan ikhtisas perguruan; atau
2.5.2 lulusan ijazah sarjana muda Universiti Awam (UA) tanpa
kelayakan ikhtisas perguruan; atau
2.5.3 lulusan ijazah sarjana muda Institut Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS) dan memiliki kelayakan ikhtisas perguruan;
atau
2.5.4 lulusan ijazah sarjana muda Institut Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS) tanpa kelayakan ikhtisas perguruan.

2.6 Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut;

2.6.1 Vokasional

Bil Bidang Bil Bidang


1 Kejuruteraan Awam 15 Seni Reka Fesyen
2 Kejuruteraan Elektrik dan 16 Kosmetologi
Elektronik
3 Kejuruteraan Mekanikal 17 Pengajian Awal Kanak-kanak
4 Kejuruteraan Elektrik 18 Pengurusan Perniagaan
5 Kejuruteraan Elektronik 19 Kesetiausahaan Pentadbiran
6 Kejuruteraan Kimpalan 20 Perakaunan
7 Kejuruteraan Automotif 21 Sistem Komputer dan Rangkaian
8 Kejuruteraan Pemesinan Industri 22 Agroindustri Tanaman
9 Kejuruteraan Penyejukan dan 23 Agroindustri Ternakan Ruminan
Penyamanan Udara
10 Mekanisasi Agro/ Kejuruteraan 24 Agroindustri Ternakan Poltri
Pertanian
11 Kejuruteraan Pembinaan 25 Akuakultur
12 Seni Kulinari 26 Senibina Landskap
13 Bakeri dan Pastri 27 Bioteknologi
14 Pelancongan 28 Pemprosesan Makanan
2.6.2 Akademik

Bil Bidang Bil Bidang


1 Bahasa Melayu 7 Fizik
2 Bahasa Inggeris 8 Kimia
3 Bahasa Arab 9 Matematik
4 Bahasa Mandarin 10 Sejarah
5 Pendidikan Islam 11 Sains Sukan
6 Sains 12 Perakaunan

2.7 Calon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berserta


pengalaman bekerja di bidang industri berkaitan adalah
keutamaan untuk dipilih sebagai guru interim bidang
vokasional.
2.8 Kekosongan adalah tertakluk kepada bidang-bidang yang
ditawarkan di kolej / sekolah berkenaan.
2.9 Pemohon yang memiliki ijazah daripada institusi luar negara
atau IPTS tempatan perlu memperoleh surat pengiktirafan
ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun
daripada laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan
3.0 Memiliki kelulusan kredit Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan
Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. MAKLUMAT JAWATAN

3.1 Jawatan/ Gred: Guru Interim/ Gred DC41


3.2 Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
3.3 Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
3.3.1 Taraf Jawatan: Interim
3.3.2 Elaun Bulanan Permulaan:
RM 2,149.03 bagi Ijazah Kepujian
RM 1,944.62 bagi Ijazah Am

3.4 Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini


mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa seperti
berikut bagi yang layak:
(i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam berdasarkan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2006;
(ii) Bantuan Sara Hidup berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 3 Tahun 2012;
(iii) Bayaran Insentif Pedalaman berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000 atau Elaun Khas
Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan berdasarkan
Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2016
(sekiranya berkhidmat di sekolah pedalaman);
(iv) Elaun Balik Kampung berdasarkan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan KPM Bilangan 6 Tahun 2014 (sekiranya
berkhidmat di sekolah pedalaman);
(v) Elaun dan kemudahan bagi pegawai yang bertugas rasmi di
luar kawasan ibu pejabat berdasarkan Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013;
(vi) Elaun Perumahan Wilayah berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (pindaan kadar); dan
(vii) Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (pindaan kadar).

3.5 Kemudahan lain:


(i) Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17 Bab C;
(ii) Cuti Penggal Sekolah Bergaji Penuh;
(iii) Cuti Rehat Khas; dan
(iv) Rawatan perubatan dan pergigian, kelayakan dan wad di
Hospital dan Klinik-klinik Kerajaan untuk diri sendiri sahaja
tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang sedang
berkuat kuasa.

3.6 Elaun & Kemudahan yang tidak layak diperolehi:


(i) Imbuhan Tetap Perumahan;
(ii) Rawatan perubatan di luar negeri;
(iii) Pinjaman perumahan/ kenderaan/ komputer;
(iv) Cuti separuh gaji;
(v) Cuti tanpa gaji;
(vi) Cuti bersalin;
(vii) Cuti belajar;
(viii) Cuti kecederaan;
(ix) Cuti kerantina;
(x) Cuti Tibi, Kusta dan Barah;
(xi) Cuti tanpa rekod; dan
(xii) Cuti haji.

4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1 Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan


Malaysia;
4.2 Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi
Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan
Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM;
4.3 Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi
Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat
pelepasan daripada pihak tersebut;
4.4 Calon yang diisytiharkan bankrap;
4.5 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM
tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada
program;
4.6 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan
Kerajaan; dan
4.7 Calon yang pernah disabitkan dengan kesalahan
penyalahgunaan dadah atau jenayah.

5. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

5.1 Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang


permohonan secara online di laman sesawang
http://etvet.moe.edu.my/interim-kv-smt-2019/ mulai 18 Mac
2019 hingga 29 Mac 2019.
5.2 Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/
manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil
tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan
tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara
terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama
tempoh interim.
6. MAKLUMAT DAN PERHATIAN

6.1 Calon yang permohonannya diterima perlu menduduki Ujian


Psikometrik sebelum ditemu duga bagi jawatan Guru Interim.
6.2 Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat hendaklah
bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat surat tawaran
interim serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana Kolej
Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik seperti yang
diarahkan oleh pihak Kerajaan.
6.3 Guru Interim tersebut perlu berkhidmat sekurang-kurangnya
tiga (3) tahun di Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah
Teknik semasa sebelum boleh dipertimbangkan untuk
bertukar ke Kolej Vokasional/ sekolah lain.
6.4 Guru Interim yang berminat untuk dilantik ke jawatan tetap
sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41
perlu mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi mendapatkan
ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam
tempoh interim.
6.5 Maklumat berkaitan status permohonan akan dimaklumkan
secara online melalui laman sesawang
http://etvet.moe.edu.my/interim-kv-smt-2019/ mulai 09 April
2019. Calon berjaya akan dipanggil untuk temu duga dan
dikehendaki membawa salinan surat panggilan temu duga yang
dicetak melalui laman sesawang tersebut. Tanpa salinan surat
tersebut calon tidak dibenarkan melalui proses temu duga.
6.6 Calon yang berjaya dilantik akan dihubungi melalui surat.
6.7 Keputusan adalah muktamad.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

29 MAC 2019 (JUMAAT), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM


8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KPM

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan


berkaitan pemohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Pengurusan Guru)
No. Telefon: 03-8884 5145/5105/5107/5100/5069/5070

Anda mungkin juga menyukai