Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL

Ahmad merupakan guru praperkhidmatan yang sedang menjalani latihan keguruan. Sebagai
seorang bakal guru, beliau perlu memperkembangkan kemahiran dan ilmu dalam meningkatkan
profesionalisme keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Berdasarkan senario di atas, bincangkan usaha yang boleh diambil oleh seorang guru
untuk kemajuan kerjaya.

 Seorang guru perlu membuat perancangan aktiviti PPB selari dengan matlamat yang
ditetapkan dan berdasarkan garis panduan yang disediakan KPM. Oleh itu, seorang guru perlu
mematuhi 4 peringkat dalam pelaksanaan PPB iaitu perancangan, pelaksanaan, pengrekodan
dan pemberian sistem mata kredit PPB. Sebagai contoh, menghadiri latihan sekurang-
kurangnya 7 hari dalam setahun dan mengenal pasti kursus yang menjadi keutamaan dan
keperluan guru tersebut

 Seorang guru perlu mempunyai visi dan misi dalam dunia pendidikan. Oleh itu, guru perlu
menetapkan sasaran yang perlu dicapai dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, guru ingin
menjadi guru DG 52. Maka, guru perlu meneroka peluang yang ada selain time-based untuk
melayakkan beliau mencapai kejayaan tersebut pada masa akan datang.

 Meneroka dan mengikuti pelbagai aktiviti PPB. Misalnya, PLC, Lawatan Penanda Aras,
Penyelidikan dan Inovasi. Aktiviti-aktiviti ini mampu memberi guru pengalaman pembelajaran
supaya dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai profesional secara
berterusan. Perkara ini secara tidak langsung dapat melatih guru melengkapkan diri dengan
ciri-ciri pendidik profesional abad ke-21 seterusnya menjadi guru berkualiti

 Kepakaran guru merupakan aset terpenting dalam mengembangkan kerjaya. Dengan


kepakaran tersebut guru perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.
Sebagai contoh, guru yang memegang Gred Jusa merupakan seorang pemikir holistik dan
mempunyai pelbagai kepakaran. Maka, guru perlu menggunakan segala kepakaran dalam
merangka strategi untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi

Anda mungkin juga menyukai