Anda di halaman 1dari 4

5 Bumi nama kelas kami,

14 putera 19 puteri,

Guru kelasnya pula Puan Bazilah yang disayangi,

Beliaulah cikgu dan ibu kami.

Mohd Kamarul nama diberi,

Menjadi monitor kelas kami,

Tinggi dan hitam manis kulitnya,

Kadangkala dalam kelas selalu blur juga.

Amanda pula assistant yang periang orangnya,

Sekilas pandang macam serious ja,

Bab ketawa dialah orangnya,

Ingatkan gila tapi waras orangnya HA HA HA!

Riuh kelas perkara biasa,

Apa nak dihairankan itulah mereka.

Foreman,Fabian dan Joseph nakal orangnya.

Tukang gelak merekalah orangnya!

Dua orang iban dan seorang cina,

Duduk di belakang nun jauh disana,

Selalu bersama kesana kesini,

Anna,Joanne dan Jennifer lah siapa lagi.

Sangat minat dalam bidang muzik,

Seorang perempuan dan seorang lagi lelaki,

Gelaran artis yang kami beri,

Vivian dan Timothy empunya diri.


Sekali pandang macam kacukan,

Kulitnya putih kacak dan tampan,

Namun kekadang melebih pula,

Si peng’control’ macho Johnneddie kita.

Berasal dari negeri Kelantan,

Matematik subjek kegemaran,

Nak kata cantik bolehlah tahan,

Itulah Fatin Eliya empunya gerangan.

Ada sekumpulan kawan kita,

Tidur dalam kelas memang hobi mereka,

Bila bangun buat bising pula,

Sylvester, Alvin dan Amirul itulah mereka.

Tiba pula kisah pelajar ni,

Pelajar pendiam kelas kami,

Gracie dan Mira ni,

Nak dengar suara susah sekali.

Louise nama diberi,

Gelaran “tailong” direka sendiri,

Walaupun asyik tidur dalam kelas kami,

Tapi pro math dia ni.


Seorang manis seorang lawa,

Bermain ragbi minat mereka,

Valerie dan Fedra adalah orangnya,

Suka berjenaka juga hobi mereka.

Seterusnya cerita dua member ni,

Sembang selalu sampai lupa diri,

Tiba waktu rehat mereka teruja sekali,

Shakira dan Nisha nama bebudak ni.

Orangnya kecik dan pendiam juga,

Selalu diusik rakan sekelas,

Kadang-kadang kesian juga,

Siapa lagi kalau bukan Bob ya.

Ada dua orang kawan kita,

Mempunyai minat yang sama,

Artis “JIMIN” kegemaran mereka,

Inilah dia Yohana dan Liana.

Orangnya cantik dan baik sekali,

Sekali pandang macam biasa biasa je dia ni,

Tapi dialah olahragawati sekolah kita,

Siapa yang tak kenal dia si Julia.


Kecil-kecil cili padi,

Bila bercakap tak reti nak berhenti,

Bila bergosip apatah lagi,

Itulah dia si Cristina dan Nastika ni.

Orangnya kacak menjadi rebutan,

Ashton orangnya menjadi sasaran,

Lagi sorang ni chubby-chubbyan,

Itulah si Adwa kan.

Dalam kelas sikit pendiam orangnya,

Tetapi ada masanya bising juga,

Dia ni terbaiklah juga,

Evelyn ni orang yang sukar dijangka.

Orangnya chubby comel sekali,

Pandai melukis kelebihan diri,

Juga penulis empunya seloka,

Nurul Fatin Amirah itulah saya.

Sekian sahaja tirai seloka kami,

Kepada rakan jangan terasa,

Ini sekadar gurauan menghibur hati,

Untuk menjadi ingatan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai