Anda di halaman 1dari 3

GLOSARI

Arah Pandangan kedudukan mata semasa melihat permukaan objek.


Bentuk Sebenar bentuk yang sama berbanding bentuk objek sebenar.
Bulatan dalam Oblik bulatan yang dilukis pada satah oblik.
Dekagon poligon yang mempunyai sepuluh sisi.
Diameter garis lurus dari tepi ke tepi sesuatu bulatan melalui pusat bulatan itu; garis pusat.
Dimensi ukuran.
Direktriks garisan lurus serenjang dengan paksi simetri pada parabola.
Elips lokus titik bergerak supaya jumlah jarak dari titik tetap (fokus) adalah sama.
Garisan Binaan garisan yang digunakan pada peringkat awal kerja melukis.
Garisan Bukan Isometri garisan yang tidak selari dengan paksi isometri.
Garisan Dimensi garisan di antara titik mula dengan titik akhir sesuatu ukuran.
Garisan Isometri mewakili garisan mengufuk dan garisan menegak pada lukisan ortografik dan garisan yang
kedudukannya selari dengan paksi isometri.
Garisan Normal garisan yang menyambungkan pusat bulatan kepada titik sentuhan (tangen) pada lilitan bulatan.
Garisan Objek garisan yang menunjukkan bentuk terakhir.
Garisan Oblik garisan yang selari dengan paksi oblik.
Garisan Penunjuk butiran dalam lukisan.
Garisan Sejenjang garis yang bersilang dan membentuk sudut tegak (90°)
Garisan Selari dua garisan yang sama jarak di antaranya.
Garisan Tambahan garisan untuk menanda jarak yang didimensikan.
Garisan Tengah garisan yang melalui di tengah-tengah satu bulatan.
Garisan Terlindung dilukis bagi menunjukkan bahagian yang tidak kelihatan.
Heksagon rajah yang mempunyai enam sempadan; segi enam.
Heptagon rajah yang mempunyai tujuh sempadan; segi tujuh.
Hipotenus sisi segi tiga yang paling panjang.
Jejari jarak di antara pusat dengan titik pada lilitan bulatan atau permukaan sfera.
Kaedah Geometri cabang matematik yang berkaitan dengan ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut,
permukaan dan bongkah.
Lelayang dua pasang sisi bertentangan, sisi sama panjang terletak bersebelahan dan pepenjurunya bersilang
dengan sudut tepat 90°.
Lengkok yang bersambung membentuk bulatan.
Lengkok Dalam Oblik sebahagian daripada bulatan yang dilukis pada satah oblik.
Lengkung Fleksibel alatan yang digunakan untuk membina lengkung.
Lengkung Perancis alatan yang digunakan untuk membina lengkung.
Lilitan lengkok yang bersambung membentuk bulatan.
Lukisan Isometri lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi, iaitu ukuran kelebaran, ketinggian
dan kedalaman.
Lukisan Oblik lukisan bergambar yang dilukis berdasarkan kepada tiga paksi, iaitu paksi mengufuk, paksi
menegak dan paksi surut. Gambaran bentuk objek yang dilukis dipengaruhi oleh sudut paksi surut.
Lukisan Ortografik lukisan unjuran tepat atau pada sudut 90° kepada satah mendatar atau menegak.
Lukisan Perspektif lukisan dari sudut pandangan yang tirus
Nisbah Luas perkadaran sesuatu rajah mengikut keluasan.
Nisbah Sisi perkadaran sesuatu rajah mengikut sisi.
Nonagon poligon yang mempunyai sembilan sisi.
Oblik Am ukuran kedalaman garisan paksi surut yang dilukis pada skala daripada saiz sebenar.
Oblik Kabinet ukuran kedalaman garisan paksi surut yang dilukis pada skala daripada saiz sebenar.
Oblik Kavalier ukuran yang dilukis mengikut ukuran sebenar pada semua garisan.
Oblik lukisan bergambar yang dilukis dengan tiga paksi, iaitu paksi mengufuk, paksi menegak dan paksi surut.
Oktagon rajah yang mempunyai lapan sisi dan lapan sudut.
Paksi Major paksi panjang yang merentasi titik tengah pada bentuk elips.
Paksi Minor paksi pendek yang merentasi titik tengah pada bentuk elips.
Paksi Simetri garisan lurus yang merentasi titik fokus serenjang dengan garisan direktriks.
Pandangan Tambahan Kedalaman pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari
permukaan condong objek. Dimensi dalam sebenar objek kekal.
Pandangan Tambahan Kelebaran pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari
permukaan condong objek. Dimensi lebar sebenar objek kekal.
Pandangan Tambahan Ketinggian pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari
permukaan condong objek. Dimensi tinggi sebenar objek kekal.
Pandangan Tambahan pandangan yang dibina pada satah tambahan dengan unjuran selari permukaan
condong objek.
Panjang Sebenar panjang yang sama 1:1 berbanding panjang objek sebenar.
Papan Lukisan permukaan rata yang di samping buci di sebelah kiri dan kanan yang kemas, digunakan untuk
mengalas kertas lukisan.
Parabola lokus titik yang bergerak dengan jaraknya dari titik tetap sentiasa sama dengan jaraknya dari satu
garisan lurus tetap (direktriks).
Pembesaran sesuatu rajah yang dibesarkan dengan bentuk yang sama dengan nisbah luas atau nisbah sisi.
Pendimensian proses memberikan maklumat untuk menjelaskan sesuatu butiran dalam lukisan atau yang dilukis.
Pengecilan sesuatu rajah yang dikecilkan dengan bentuk yang sama dengan nisbah luas atau nisbah sisi.
Penjelmaan yang melibatkan perubahan saiz imej berbanding saiz objek. Bentuk imej tetap sama seperti objek.
Perubahan saiz imej berbanding objek menurut skala tertentu dan mempunyai pusat atau titik tetap.
Pentagon rajah yang mempunyai lima sisi dan lima sudut.
Perentas satu garisan yang merentas dua titik pada bulatan.
Poligon bidang atau rajah yang bersegi lebih daripada empat.
Prinsip Lakaran peraturan melakar dengan menggunakan alatan asas seperti pensil, pemadam dan kertas.
Rombus segi empat selari yang mempunyai empat sisi sama panjang dan sudut dalamnya bukan sudut tepat.
Ruang Kelegaan jarak antara garisan tambahan dengan hujung objek.
Saiz Sebenar saiz yang sama 1:1 berbanding saiz objek sebenar.
Satah satu permukaan andaian yang rata. Jika dilihat dari hadapan rata, dilihat dari pinggir seperti garisan lurus.
Satah Atas satu permukaan andaian yang rata untuk melihat pandangan atas objek.
Satah Hadapan satu permukaan andaian yang rata untuk melihat pandangan hadapan objek.
Satah Menegak satu permukaan yang tegak, bersudut 90°.
Satah Mengufuk satu permukaan yang rata, bersudut 0°.
Satah Rujukan satu permukaan andaian yang rata selari satah utama ortografik digunakan untuk melukis
pandangan tambahan.
Satah Sisi satu permukaan andaian yang rata untuk melihat pandangan sisi objek.
Satah Tambahan satu permukaan andaian yang rata selari permukaan condong objek digunakan untuk
melukis pandangan tambahan.
Satah Utama Ortografik satu permukaan andaian yang rata sama ada menegak atau mendatar.
Segi Empat Sama segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya 90°.
Segi Empat Selari segi empat yang tiap-tiap sepasang sisinya yang bertentangan adalah selari.
Segi Empat Selari sesuatu rajah berbentuk segi empat yang mempunyai dua sisi yang sama, selari dan bersudut.
Segi Empat sesuatu rajah berbentuk segi empat.
Segi Empat Tepat segi empat yang mempunyai dua pasang sisi bertentangan yang sama panjang dan setiap
sudutnya 90°.
Segi Empat Tepat sesuatu rajah berbentuk segi empat yang mempunyai dua sisi yang sama panjang dan selari
dan bersudut tepat.
Segi Tiga Kaki Sama sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai dua panjang sisi yang sama.
Segi Tiga sesuatu rajah berbentuk segi tiga.
Segi Tiga Sisi Sama sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai panjang sisi yang sama.
Segi Tiga Tak Sama Kaki sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai tiga panjang sisi yang berbeza.
Segi Tiga Tepat sesuatu rajah berbentuk segi tiga yang mempunyai sudut tepat.
Sesiku Set sesiku tiga segi.
Set Jangka Lukis alat berkaki dua yang dapat dilebarkan atau dikecilkan saiznya untuk membuat bulatan atau
untuk mengukur jarak pada peta.
Sistem Ekaarah satu kaedah pendimensian, iaitu angka dimensi ditulis tidak sejajar dengan garisan dimensi,
kesemua angka dimensi pada lukisan ditulis secara mengufuk.
Sistem Terjajar kaedah pendimensian iaitu angka ditulis supaya terjajar dengan garisan dimensi.
Sistem Unjuran Berpusat garis putus-putus yang dibuat untuk menunjukkan pelbagai pandangan terhadap
sesuatu objek yang bertumpu.
Sistem Unjuran Selari garis putus-putus yang dibuat untuk menunjukkan pelbagai pandangan terhadap
sesuatu objek yang sama jarak di antaranya (dari pangkal hingga ke hujung).
Sudut Cakah sudut yang melebihi 90° tetapi kurang daripada 180°.
Sudut dalam Oblik sudut yang dilukis dalam lukisan oblik.
Sudut Pelengkap dua sudut yang berjumlah 90°.
Sudut Penggenap dua sudut yang apabila ditambah akan menjadi 180°.
Sudut Refleks magnitud sudut melebihi 180° tetapi kurang daripada 360°.
Sudut Tepat sudut yang sama 90°.
Sudut Tirus sudut yang kurang daripada 90°.
Sukuan bulatan dengan bersudut 90°.
Tangen satu titik sentuhan pada bulatan yang bercantum dengan garisan atau bulatan dengan bulatan.
Tembereng potongan sebahagian dari bulatan tanpa melibatkan pusat. Disebut segment dalam bahasa Inggeris.
Titik Fokus satu titik tetap pada paksi simetri dalam pembinaan parabola.
Trapezium bentuk segi empat yang mempunyai dua sempadan yang selari dan sempadan ini tidak sama panjang.
Unjuran Ortografik unjuran yang dibuat secara bersudut tegak.

Anda mungkin juga menyukai