Saudara/saudari,
Kami merasa amat prihatin dan terpanggil untuk mengingatkan saudara/saudari bahawa capaian
Purata Nilai Gred (PNG) / Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) saudara/saudari untuk semester
yang terkini adalah kurang daripada 2.00.
(a) Mendaftar dan menduduki semula peperiksaan bagi kursus-kursus yang mendapat gred di
bawah gred C pada semester berikutnya tertakluk kepada peraturan untuk menduduki
semula peperiksaan; dan/atau,
(b) Mendaftar semula kursus pada semester berikutnya sekiranya gred masih berada di
bawah gred C selepas mengulang semula peperiksaan.
(c) Mendaftar kurang dari jumlah maksimum kursus yang dibenarkan di semester berikutnya
untuk mengurangkan beban pembelajaran ; dan/atau
(d) Memaksimakan kegunaan Perpustakaan Digital OUM dan perpustakaan awam untuk
bacaan dan rujukan agar cemerlang dalam tugasan dan peperiksaan ; dan/atau
(e) Menyertai kumpulan belajar (study group); dan/atau
(f) Mendapatkan khidmat kauseling akademik dan pembelajaran berkaitan melalui cara
berikut :
Mohon ambil perhatian bahawa pelajar yang mendapat PNG dan/atau PNGK kurang dari 2.00
secara konsisten pada tiap semester, boleh ditamatkan daripada program pengajian masing-
masing.
Sekira PNGK pada semester terakhir adalah kurang dari 2.00, saudara/saudari adalah tidak
layak untuk bergraduat daripada program pengajian.
Maklumat lanjut tentang peraturan berkenaan prestasi akademik dan kelayakan bergraduat boleh
diperolehi daripada Buku Panduan Pelajar