Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Sukan ragam atau „Potted Sports‟ mula diperkenalkan dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani sejak awal tahun 1960 an lagi. Aktiviti-aktiviti sukan ragam memberi peluang
kepada pelajar menikmati keseronokan, kepuasan, pengalaman bergaul dan bekerjasama
antara satu sama lain. Di samping itu juga, sukan ini membantu meningkatkan kemahiran
motor serta kecergasan. Sukan ragam ini boleh digunakan sebagai media untuk
meningkatkan kecergasan dan membimbing murid ke arah amalan gaya hidup sihat.

Sukan ragam mempunyai prinsip pengelolaan yang ringkas. Murid-murid dibahagi kepada
beberapa kumpulan mengikut prinsip sama rata iaitu seimbang dari segi jantina dan
kebolehan. Bilangan kumpulan dan bilangan acara mestilah sama agar ia dapat dijalankan
dengan cepat. Acara-acara juga mesti disusun secara berselang-seli antara acara berat
dengan acara ringan. Seboleh-bolehnya aktiviti-aktiviti yang dipilih itu memakan masa yang
hampir sama.

2.0 MOTTO
Ilmu Penerang Hidup

3.0 VISI

“Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”

4.0 MISI

“Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti”

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peluang kepada pelajar menikmati keseronokan dan mengecapi

kejayaan melalui aktiviti yang dirancang.

5.2 Mengaplikasikan kemahiran asas dalam pendidikan jasmani dengan tujuan

pembelajaran terhadap kemahiran-kemahiran itu dapat diperkukuhkan serta

dibangunkan

5.3 Menambahkan kepelbagaian dalam pendidikan jasmani bagi memupuk dan

mengekalkan minat murid dalam pendidikan jasmani


5.4 Memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid

5.5 Membentuk semangat kesukanan murid dan mencungkil bakat-bakat yang

terpendam.

6.0 TUJUAN

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan murid-murid


sekolah rendah yang berkualiti, aktif dalam sukan serta cergas dan cerdas. Penglibatan
murid-murid dalam pelbagai kegiatan berfaedah di sepanjang sukan ragam selain kelas
kelas pengajaran dan pembelajaran adalah diharapkan dapat membantu mencapai hasrat
ini. Sehubungan dengan ini, Panitia Pendidikan Jasmani telah menganjurkan pesta sukan
ragam yang bertema “Satu Murid Satu Sukan”. Tema ini dipilih kerana pesta ini akan
dilaksana oleh guru-guru dan disertai oleh murid-murid tahap dua di SK Taman Maluri.

7.0 FAEDAH

Hari sukan ragam ini diadakan agar dapat memberikan pendedahan awal kepada murid-
murid tahap dua mengenai suasana sebenar apabila berada di padang sekolah. Menerusi
acara-acara yang dipertandingkan ini murid-murid akan dapat memperoleh pelbagai
pengetahuan, termasuklah nilai kerjasama, merapatkan hubungan baik dengan rakan
sebaya serta guru-guru dalam sebarang aktiviti pertandingan atau pesta. Oleh itu, pesta
sukan ragam ini amatlah bermanfaat sebagai persediaan kepada murid-murid untuk melatih
diri dalam aktiviti bersukan serta mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti ini juga dapat
mempertingkatkan kemahiran sedia ada murid-murid.

8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh Masa

14 April 2012 8.00 pagi – 12.30 tengahari


9.0 TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

G
B A
F
G D C

E
G

BIL PERKARA

1 A – Lari dalam guni

2 B – Tiup belon sampai pecah

3 C- Jalan batu bata

4 D – Kerusi bermuzik

5 E – Lari bawa bola ping pong dalam sudu

6 F – Astaka

7 G – Khemah peserta

10.0 PENYERTAAN

Terbuka kepada setiap kelas, murid tahap 2 di SK Taman Maluri, Cheras, Kuala
Lumpur. Anggaran bilangan peserta seramai 125 orang murid.
11.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

11.1 Acara Lari Dalam Guni

11.2 Acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu

11.3 Acara Jalan Batu Bata


11.4 Acara Tiup Belon Sampai Pecah

11.5 Acara Kerusi Bermuzik


12.0 JAWATANKUASA KERJA HARI SUKAN RAGAM SK TAMAN MALURI
AHLI JAWATANKUASA TEKNIK PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Pembantu Teknik :

Encik Nor Izwan Bin Junoh

Puan Salmiah binti Abdullah

Cik Nur Aini binti Ismail

Encik Musa bin Othman

Hakim :

Encik Rahim bin Ghazali

Encik Zulkifli bin Buyong


Encik Sapuan bin Dollah

Puan Soh Lee Peng

Puan Dorothy a/p Joseph

Pencatat Keputusan :

Puan Aminah binti Abu Bakar

Puan Azizah binti Amin

Puan Rahidah binti Rahim

Encik Azhari bin Jeni

Cik Chai Soh Lee

Pencatat Masa :

Encik Khairul bin Hadi

Encik Abdul Rahim bin Latif

Juru Acara :

Encik Darma bin Idris

Puan Murni bin Daud

AJK Pengelola Pertandingan :

Encik Junoh bin Awang Lah

Puan Syaripah binti Majid

Puan Salmah binti Safuan

AJK Perasmian dan Penutup :

Puan Suzana binti Abdul Rahman

AJK Peralatan :

Encik Mohd Razali bin Hamzah


Encik Hassan bin Hussin

AJK Buku Aturcara Majlis :

Puan Norul Huda binti Nasir

Cik Nur Hayati binti Mat Hassan

AJK Hadiah dan Cenderamata :

Cik Haslina binti Mohd Salim

Cik Siyamala a/p Gopal

AJK Pertolongan Cemas :

Encik Sin Kii Kye

Cik Chan Wei Yin

AJK Makanan dan Minuman:

Puan Hidayu binti Yahya

Puan Husna binti Jaafar

AJK Jemputan :

Encik Azhar bin Mansur

Puan Khalijah binti Che Soh

Puan Azma binti Awang

AJK Pengelola Peserta :

Puan Hidayah binti Ayob

Cik Munirah binti Mohd Kassim

Encik Nizam bin Nassir

Encik Puad bin Samiran


AJK Tugas-tugas Khas :

Encik Saiful bin Kamal

Encik Hafiz bin Mohd Fadzil

JAWATANKUASA KECIL PERMAINAN SUKAN RAGAM

Acara Lari Dalam Guni

Ketua : Encik Junoh bin Awang Lah

AJK : Puan Khalijah binti Che Soh

Puan Norul Huda binti Nasir

Acara Lari Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu

Ketua : Puan Syaripah binti Majid

AJK : Cik Haslina binti Mohd Salim

Encik Nizam bin Nassir

Acara Jalan Batu Bata

Ketua : Puan Salmah binti Safuan

AJK : Encik Puad bin Samiran

Cik Nur Hayati binti Mat Hassan

Acara Tiup Belon Sampai Pecah

Ketua : Puan Hidayah binti Ayob

AJK : Cik Siyamala a/p Gopal

Puan Husna binti Jaafar

Acara Kerusi Bermuzik

Ketua : Cik Munirah binti Mohd Kassim

AJK : Encik Saiful bin Kamal

Puan Salmiah binti Abdullah


13.0 PERATURAN PERTANDINGAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

Lampiran A

14.0 PERBELANJAAN

Lampiran B

15.0 TENTATIF PROGRAM

Lampiran C

16.0 BUKU PROGRAM

Lampiran D

16.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Sukan Ragam murid tahap 2 SK Taman Maluri


diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan
murid-murid, dapat mewujudkan persefahaman dan semangat berkumpulan di
kalangan murid sekaligus dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan
fizikal dan mental murid. Dalam masa yang sama objektif Pendidikan Jasmani dapat
dicapai pada tahap yang optimum dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.
Disediakan oleh :

………………………………………….
( )
Setiausaha Program
Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam Tahap 2
SK Taman Maluri
Tarikh : 19 Mac 2012

Anda mungkin juga menyukai