Anda di halaman 1dari 3

TEMA KELUARGA

1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita’.
2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada sepupu kamu untuk
menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.
3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di sekolah.
Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.
4. Semasa cuti sekolah yang lalu, kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di
kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.
5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan kamu pada
hari tersebut.
6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu.Tuliskan perbualan kamu dengan
penjual barang runcit itu.
7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa ”Bagai Mencurahkan Air ke Daun Keladi”.
8. Lengkapkan karangan ini.
Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur. Jam menunjukkan tepat pukul dua
belasmalam. Tiba-tiba………
9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Ibu Saya’.
10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah ditepi pantai. Semasa berkelah anda telah
menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi di laut. Tuliskan pengalaman
kamusemasamenyelamatkan budak itu.
11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat peranginan yang
terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.
12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama keluarga. Ceritakan
pengalaman kamu tersebut.
13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke ZooNegara.
14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan tentang lawatan kamu
itu.
15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang sakit di
kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.
17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum pulang. Tiba-
tiba……………….
18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu bercuti di
kampung datuk kamu.
19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa ”Seperti Aur Dengan Tebing”.
20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.
21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan untuk
menceritakan pengalaman kamu.
22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.
23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut................. berasa amat gembira kerana
mendapat banyak hadiah.
24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo. Ceritakan pengalaman kamu itu.
25. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ”Melentu rBuluh Biarlah daripada Rebungnya”
26. Kamu sekeluarga minat berkebun. Tuliskan pengalaman kamu berkebun.
27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.
28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu rasai pada hari
itu.
29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.

TEMA MASYARAKAT
30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ‘Jiran Saya’
31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong. Tuliskan laporan selengkapnya.
32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis Catatan kamu pada
hari itu.
33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan. Tuliskan pengalaman kamu
34. Hidup berjiran banyak kebaikannya. Huraikan.
35. Banyak kebaikan tinggal di desa. Jelaskan.
36. Tulis karangan yang bertajuk ’Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan’
37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada kawan kamu
untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.
38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk ”Saya Sebuah Telefon Awam”
39. ”Seperti Kacang Lupakan Kulit”. Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH
40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Pameran LukisandiSekolah Saya”.
41. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum di
Sekolah”.
42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara seorang tokoh guru di sekolah. Tuliskan
wawan cara tersebut.
43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang kem motivasi
tersebut.
44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru. Ceritakan kepadanya
tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.
45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat daerah.
Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang hari tersebut
selengkapnya.
47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar ke tempat lain. Kamu
diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan ucapan tersebut
selengkapnya.
48. Anda ingin melanggan majalah “Dewan Pelajar” selama 7bulan. Tuliskan sepucuk surat kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.
49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk ‘Sekolah Saya’.
50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun enam. Guru
Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.
51. Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan
kamu ialah “Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah.” Tuliskan syarahan kamu itu.
52. Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat menarik.
Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.
53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapankamumenghadapi peperiksaan UPSR.
Tuliskan surat balasan selengkapnya.
54. Bincangkan tajuk “Kebaikan belajar secara berkumpulan”
55. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.
56. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Saya Sebuah Perpustakaan”
57.Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai hari sukan
tersebut.
58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan pengakap.
Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan itu.
59. Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat kamu di sekolah
lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.
60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah Itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai