Anda di halaman 1dari 11

Hala tuju selepas SPM dan STPM

SEJAK awal persekolahan menengah lagi, para pelajar


sewajarnya mengetahui ke mana arah tujuan pendidikan
dan kerjaya mereka. Walaupun ramai yang berminat
melanjutkan pengajian ke universiti luar negara atau
universiti tempatan, namun ada yang kabur dalam
menentukan cita-cita akademik dan kerjaya.
Malah, ada yang telah mendapat keputusan peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf atau Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) tetapi masih buntu
menentukan hala tuju masing-masing.
Masalah ini akan mendatangkan bebanan minda kepada
pelajar.
Seperkara yang harus diingat bahawa pelajarlah yang lebih
mengetahui tentang kerjaya yang diminati, kursus yang
diminati dan pelajar juga yang lebih mengetahui keupayaan
SPM/STPM Bekerja Melanjutkan pengajian Bekerja
Tidak semua pelajar yang mendapat kelulusan yang baik
peperiksaan SPM/SPMV atau sendiri semasa menjawab
soalan-soalan SPM atau STPM.
Berikut ialah dua panduan hala tuju yang boleh dipilih
oleh pelajar berdasarkan pencapaian peperiksaan SPM
atau STPM/setaraf.
Kategori 3. STPM/setaraf berpeluang melanjutkan
pengajian.
Hal ini kerana pada setiap tahun, persaingan untuk
melanjutkan pengajian sangat hebat.
Ramai juga pelajar yang mengambil keputusan untuk
bekerja selepas menamatkan persekolahan mereka.
Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak
berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi atau menjalankan tanggungjawab terhadap
keluarga yang memerlukan pelajar itu bekerja
walaupun memperoleh keputusan yang melayakkannya
melanjutkan pengajian.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun bekerja


individu ini berminat semula untuk melanjutkan
pengajian ke universiti atau institusi pengajian tinggi.
Apatah lagi tanggungjawab yang dipikul semakin ringan
dan sumber kewangan yang dikumpul mencukupi dan
mengizinkannya untuk belajar.
Berbekalkan pengalaman kerja serta kelayakan akademik
yang mencukupi individu ini memohon dan berjaya
menjejakkan kaki ke universiti/institusi pengajian tinggi
untuk melanjutkan pengajian.
Selepas beberapa tahun belajar, akhirnya dia berjaya
memperoleh ijazah atau diploma seperti yang dicita-
citakan. Semasa belajar di universiti atau institusi pengajian
tinggi ramai dalam kalangan mereka mencapai keputusan
yang lebih baik berbanding pelajar yang lebih muda
daripada mereka. Ini mungkin disebabkan pengalaman
yang dimiliki serta kesungguhan yang ditunjukkan semasa
belajar.
Selepas menamatkan pengajian individu ini boleh
menyambung semula perkhidmatan di tempat lama atau
memohon pekerjaan di tempat yang baru atau mungkin
bertukar profesion bersesuaian dengan kelayakannya.
Kebiasaannya, pendapatan mereka lebih tinggi berbanding
sebelum melanjutkan pengajian, setimpal dengan apa yang
telah diusahakan serta ketekunan mereka belajar di
universiti atau institusi pengajian tinggi.
Sebagai rakyat Malaysia, pelajar mempunyai peluang yang
luas untuk meningkatkan pendidikan dan kerjaya ke
peringkat yang lebih tinggi. Walaupun telah bekerja anda
boleh kembali menyambung pelajaran ke peringkat lebih
tinggi misalnya, di peringkat ijazah sarjana muda sama ada
secara sepenuh masa, luar kampus atau secara jarak jauh.
Terserah kepada pelajar untuk memilihnya. Seperti kata
pepatah Melayu, "Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan". Peluang untuk belajar di negara ini sememangnya
sentiasa terbuka luas.
Kategori 4.
SPM/STPM Bekerja sambil belajar
Situasi ini menunjukkan selepas memperoleh
keputusan peperiksaan SPM/SPMV atau
STPM/setaraf, calon-calon terus memohon pekerjaan
menggunakan keputusan masing-masing.
Tetapi, yang berbeza dengan Kategori 3 ialah calon
tidak berhenti bekerja, sebaliknya menyambung
pengajian secara sambilan iaitu pengajian jarak jauh
(secara maya) atau luar kampus, pengajian di hujung
atau di waktu malam. Kursus-kursus ini adalah di
peringkat diploma atau ijazah sarjana muda yang
ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam atau
swasta tempatan atau antarabangsa.
Tempoh pengajiannya lebih panjang dan kadangkala
sehingga menjangkau enam tahun. Berkat kesabaran
dan sokongan keluarga calon berjaya memperoleh
ijazah yang dicita-citakan.
Selepas menamatkan pengajian calon akan
menggunakan ijazah atau diploma yang diperoleh
untuk memohon kenaikan pangkat di tempat calon
bekerja atau memohon pekerjaan di tempat lain bagi
yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi.
Sebenarnya, belajar dalam keadaan begini amat
memerlukan komitmen yang tinggi serta pengorbanan.
pelajar terpaksa membahagikan masa dengan sebaik
mungkin; masa untuk bekerja, masa untuk keluarga
(jika berkeluarga) selain masa untuk pelajar mengikuti
kuliah dan belajar.
Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai melalui kaedah
ini amat bermakna. Jika tidak ada kekuatan dalam diri
kemungkinan seseorang itu akan kecundang di
pertengahan jalan. Pelajar juga terpaksa
mengorbankan wang ringgit bagi membiayai yuran
pengajian dan keperluan lain semasa pengajian.

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan


dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini
akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat
tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar
ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.
Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau
matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti
lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas
perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting
kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi
tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan
maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang
pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.

Tawaran Terbuka
Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double
offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak
mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk
mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti
Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang
mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana
yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru
atau tidak pasti.

Buku berkenaan juga boleh dijadikan panduan oleh guru-guru dan kaunselor sebagai
bahan untuk memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pelajar mereka berkaitan
peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
Antara bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh pengarang buku berkenan ialah:
Aktuari
Arkitek
Bioteknologi
Bioperubatan
Veterinar
Dietetik
Juruterbang
Sains Nuklear
SAINS AKTUARI
Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans
dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Namun,
kepakaran di bidang ini masih berkurangan.
Skop bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan
yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan,
penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
1. Meminati bidang ini.
2. Berpengetahuan di bidang matematik, statistik dan ekonomi.
3. Mahir di bidang komputer
4. Mempunyai kemahiran menganalisis.
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
SYARAT-SYARAT UMUM
Kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik atau Kimia dan mana-mana mata pelajaran lain.
Selain itu, kementerian Pendidikan juga menawarkan program-program matrikulasi sains
hayat dan fizik yang memerlukan pelajar lulus peperiksaan gred satu dengan mendapat
kepujian bahasa Melayu, Matematik, Matematik tambahan serta kepujian sekurang-
kurangnya dua mata pelajaran lain.
________________________________________
ARKITEK
TUGAS seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai dengan
kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-syarat undang-
undang dan akta perancangan setempat.
seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi pelaksanaan sesuatu
projek bangunan dari mula hingga ke akhir
SYARAT-SYARAT
Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus
Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang
diiktiraf.
Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia
dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai arkitek
bertauliah.
Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:
Di Universiti Teknologi Malaysia ( misalnya, para pelajar perlu mendapatkan kelulusan
yang baik di peringkat atau mereka perlu mendapat lima kepujian dalam lima mata
pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Pelajar akan mengikuti pengajian
selama tiga tahun dan dianugerahkan diploma. Pelajar yang layak akan dibenarkan
melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah untuk tempoh tiga tahun.
.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.
Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun sebelum
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan
Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat kepujian bahasa
Melayu, Matematik, serta tiga mata pelajaran yang lain.
Terdapat pelbagai saluran lain lagi untuk mengikuti bidang ini.
Untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains Seni Bina di UM dan calon perlu lulus
dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dan lulus bahas melayu.
Calon juga perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal yang baik, khususnya dalam
mata pelajaran Matematik dan Fizik.
________________________________________
BIOPERUBATAN
BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan
mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan
perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.
Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Putra Malaysia
(UPM), yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.
Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam
bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu
pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan
berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan
farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta
mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.
Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia,
fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan
sains kesihatan persekitaran.
Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian
peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.
Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana
permintaan sumber manusia agak banyak.
Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran
sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain.
Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau
asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.
Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat
sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.
Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu.
Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat
gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.
Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti
Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes
khas.
Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara
ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu,
kimia, biologi dan Matematik.
Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun
sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan,
jururawat dan guru sains.
________________________________________
BIOTEKNOLOGI
Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-
tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini
memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan
kejuruteraan proses.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam
pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia,
sains pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan
kimia, kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat
yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk
sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains. Cara kedua: rancangan Persediaan Khas
(Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan
mengambil masa setahun.
Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata
pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa
universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.
Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan
STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam
pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred
E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.
Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang
dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi
Makanan.
________________________________________
DIETETIK
Pesakit yang berpenyakit berkaitan dengan makanan dapat dirujuk kepada ahli dietetik.
Ahli dietetik dapat memberikan khidmat nasihat dari segi penilaian status pemakanan
individu atau kelompok dan seterusnya menyarankan pemakanan yang sesuai.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: pelajar perlu mencapai keputusan yang baik dalam aliran sains dengan
mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, matematik, kimia dan biologi untuk
melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi sains Kementerian Pendidikan.
Cara kedua: Pelajar perlu lulus peperiksaan denga mendapat kepujian mata pelajaran
bahasa Melayu. Selain itu, perlu lulus juga STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya
gred D mata pelajaran biologi.
Cara ketiga: memberi pertimbangan kepada calon melalui kemasukan saluran kedua.
Calon perlu lulus dan mendapat kepujian bahasa Melayu, biologi, kimia dan matematik.
Di samping itu, perlu mempunyai lima tahun pengalaman bekerja sama ada sebagai
pembantu makmal, pembantu perubatan, juru rawat, guru sains rumah tangga atau
pembantu
Cara keempat: Melalui kemasukan kes khas, calon perlu mempunyai kelayakan iaitu
diploma sains dari atau kelulusan lain yang berkaitan, yang diiktiraf universiti.
________________________________________
KEDOKTORAN VETERINAR
Para pelajar yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan pengajian kelak akan
berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan.
Doktor haiwan akan melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit,
merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelalai dan
menjalankan pembedahan haiwan.
Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan
dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-
makmal haiwan, universiti (pensyarah), membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi.
Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: Lulus dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga
perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian
mata pelajaran kimia pada peringkat atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia
peringkat STPM dan kepujian biologi.
________________________________________
JURUTERBANG
Dari Segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Ciri-ciri Peribadi yang Diperlukan
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan
optik dan tidak buta warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada (5 kaki 4 inci).
11. Sanggup bekerja di luar stesen dala tempoh masa singkat atau lama.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus
latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam
dan luar negara.
Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara.
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, dan Air
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara
teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan
jayanya, anda akan memperoleh lesen penerbangan.
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus dengan mendapat
kepujian bahasa melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa
Inggeris.
________________________________________
SAINS NUKLEAR
Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor
industri.
Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam
bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. Dari
segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan
pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan
swasta.
Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah jurutera kawalan mutu,
penyelidik, pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, perunding, pegawai di Institut
Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.
Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta
institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan
teknologi sinaran.

Anda mungkin juga menyukai