Anda di halaman 1dari 2

LEPASAN SPM MEMILIH UNTUK BEKERJA DARIPADA MELANJUTKAN

PEMBELAJARAN DI PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering dihadapkan dengan dilema untuk memilih
antara memasuki alam pendidikan tinggi atau terus memasuki pasaran kerja. Menurut Berita
RTM (2023), “Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terhadap pengurangan minat
dalam kalangan lepasan SPM ini untuk melanjutkan pengajian. Salah satu faktor penting
adalah berkaitan kos sara hidup yang tinggi, ditambah dengan tuntutan perbelanjaan di
institusi pengajian tinggi yang perlu ditanggung oleh pelajar dan keluarga mereka. Kos itu
termasuk yuran pengajian, perbelanjaan, penginapan dan pelbagai kos lain”. Penulisan ini
akan meneliti fenomena di mana lepasan SPM lebih cenderung memilih untuk bekerja
berbanding melanjutkan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Keperluan akan pekerjaan yang secepat mungkin. Banyak lepasan SPM merasakan tekanan
untuk menyara hidup sendiri atau memberi sumbangan kepada keluarga. Oleh itu, mereka
lebih suka mencari peluang pekerjaan yang boleh memberi pendapatan segera tanpa
menunggu beberapa tahun untuk menamatkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, kesedaran terhadap kemahiran praktikal. Sebilangan lepasan SPM


menyedari bahawa kemahiran praktikal dan pengalaman kerja sebenar mungkin lebih bernilai
daripada ijazah dalam beberapa bidang pekerjaan. Mereka mungkin memilih mengikuti kursus
latihan kemahiran atau program pengajian yang memberi fokus kepada pengembangan
kemahiran praktikal yang diperlukan dalam dunia pekerjaan.

Selain itu, aspek kewangan juga merupakan faktor yang signifikan. Menjalani pengajian di
peringkat yang lebih tinggi seringkali melibatkan kos yang tinggi, termasuk yuran pengajian,
kos sara hidup, dan lain-lain. Menurut Sinar Bestari (2023), “Ini kerana sesetengah keluarga
terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah (B40) tidak mampu menampung kos
tambahan anak-anak yang menyambung pelajaran apatah lagi jika sebelum ini kewangan
sedia ada hanya cukup-cukup makan sahaja”. Oleh itu, lepasan SPM yang menghadapi
keterbatasan kewangan mungkin lebih cenderung untuk segera mencari pekerjaan untuk
memenuhi keperluan harian mereka.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa keputusan untuk tidak melanjutkan pembelajaran
tidak bermakna lepasan SPM tersebut mengabaikan pendidikan sepenuhnya. Banyak dari
mereka masih memilih untuk mengejar pendidikan sepenuh masa atau sambilan sambil
bekerja, atau bahkan memilih pendidikan atas talian yang memberi fleksibiliti. Menurut
Malaysiakini (2023), “Wujudnya ekosistem yang kondusif bagi golongan ini untuk memasuki
semula sistem pendidikan dalam situasi yang pelbagai seperti sudah ada komitmen pekerjaan
dan tanggungan keluarga, dapat mengupayakan keadaan mereka untuk belajar dalam ruang
dan masa yang fleksibel”.

Secara keseluruhan, faktor-faktor seperti keperluan segera, kesedaran terhadap kemahiran


praktikal, dan pertimbangan kewangan menjadi penyumbang utama kepada keputusan
lepasan SPM untuk memilih kerjaya segera berbanding melanjutkan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Walaupun begitu, pendidikan masih dianggap penting, dan ramai
yang memilih jalan pembelajaran alternatif untuk mencapai matlamat dan aspirasi mereka
dalam kerjaya. Menurut Malaysiakini (2023), “Kita tidak boleh menghalang para pelajar ini
mencari pendapatan bagi kelangsungan hidup, tetapi kita boleh mempengaruhi dan
membangunkan pemikiran mereka untuk berfikir bagaimana mengembangkan pendapatan
apabila semakin berusia dan tanggungan menjadi lebih berat”.

Anda mungkin juga menyukai