Anda di halaman 1dari 3

.

Kurang Kasih Sayang

Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa merupakan antara punca utama ‘Keyboard Warrior’
mengalami tekanan hidup. Dalam kehidupan masyarakat moden kini, ramai ibu bapa bekerja.
Akibatnya, mereka kurang memberi perhatian kepada anak-anak.

Mereka yang tertekan boleh dapat penyakit seperti kemurungan, kebimbangan, darah gemuruh,
panik atau penyakit was-was dikenali obsessive compulsive disorder.

Jadi untuk meredakan rasa ini, mereka lebih gemar meluahkannya di Media Sosial. Namun jika
berlarutan, mereka boleh dapat penyakit tidak siuman.

2. Tiada Kawan

Kenapa mereka perlukan kawan?

Dalam hidup kita, kita tak akan lari dengan pelbagai dugaan suka duka. Kadang kala kita akan
cari tempat untuk meluahkan perasan kita dan kita akan cari kawan baik dengan. Kita pasti akan
luahkan segalanya yang terbuku. Apabila tiada kawan, maka wujudlah ‘Keyboard
Warrior” yang mencari teman untuk berkomunikasi dalam media sosial. Mengikut kajian,
kemungkinan mereka mempunyai rupa paras yang agak tidak memuaskan, sehinggakan tidak
mempunyai keyakinan untuk berkenalan dengan sesiapa.
3. Pemalu
Mempunyai sikap yang terlalu pemalu antara sebab mengapa ‘Keyboard Warrior’ berani
bersuara kasar di media sosial. Mereka hanya berani menulis komen dengan ganasnya, tetapi
hakikatnya mereka pengecut dan takut untuk berhadapan dengan realiti. Malu untuk berbincang
dengan orang – orang yang tidak dikenali. Akibatnya mereka tidak tahu bagaimana untuk
menjalinkan hubungan dengan orang lain.
4. Hidup Kesunyian
Mengapa kesunyian ini berlaku? Antaranya ialah kerana kekurangan teman yang akrab.
Terutamanya di zaman yang serba moden dan canggih ini. Ada yang jenis memilih kawan yang
ada pangkat dan harta sahaja untuk dijadikan teman. “Keyboard Warrior” ini memang
selalunya ‘out of list‘ untuk dijadikan kawan. Mungkin tidak berharta dan berpangkat. Ia sangat
menyedihkan.

Dan ini lah puncanya ‘Keyboard Warrior” selalunya mempertikaikan kejayaan orang lain dan
tidak menyenangi dengan kemewahan orang lain. Ada saja ingin dikecam.

5. Inginkan Lebih Perhatian

Penyebab Keyboard Warrior Suka Dapatkan Perhatian

 Kurang mendapat perhatian keluarga


 Rasa iri hati kerana orang lain mendapatkan perhatian lebih banyak.
 Merasa kurang dihargai sehingga ia akan melakukan apapun untuk menunjukkan dirinya
terusdihargai
 Sombong dan terlalu percaya diri. Seolah-olah dirinya lebih hebat dari orang lain dan perlu
diambil perhatian.

Jadi, berubah lah menjadi “keyboard warrior’ yang berhemah yang bukan hanya mengeluarkan
kata-kata kesat yang tidak bermoral. Ia bukan sahaja boleh buat hati seseorang itu terguris,
malah boleh mencemarkan imej negara kerana rakyat yang tiada budi bahasa dan adab.

Anda mungkin juga menyukai