Anda di halaman 1dari 4

.

.
.

.
..
.
.
..
..
..

Syarat-Syarat Pembinaan Jalan di


..
..

Dalam Rentis Penghantaran TNB


• • • ..• • • • • • • • • • • • • • •
.
.
.
..........
.
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
.
.
..........

• • • • • • • • .• • • • • • • • • • • •
..
.
..........
.
..
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
..
..
.......... ..
..
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

..........
..
.
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
.
.
..........

• • • • • • • • .• • • • • • • • • • • •
Kemaskini Terakhir : Oktober 2014(Ver6)
.
..........
Bahagian
.
Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad, Tingkat 3, Bangunan NLDC, 129 Jalan Bangsar, 59200, Kuala Lumpur, MALAYSIA
Garis Panduan Penggunaan Kawasan Rentis Penghantaran TNB Jalan

1. Syarat-Syarat Pembinaan Jalan di Dalam


Rentis Penghantaran TNB
1. Bangunan / struktur kekal tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam
kawasan rentis.

2. Bangunan / struktur sementara hanya dibenarkan dibina pada jarak 15 meter


daripada tengah menara. Pembinaan struktur tersebut adalah tertakluk
kepada kelulusan TNB dan Pihak Berkuasa Tempatan / agensi yang
berkaitan. Kelegaan di antara bangunan / struktur sementara tersebut
mestilah tidak kurang dari 4.57 meter bagi talian 132/275kV dan 6 meter bagi
talian 500kV. Sebarang penempatan (tempat tinggal) dalam kawasan rentis
adalah tidak dibenarkan sama sekali.

3. Pemohon hendaklah menyediakan papan tanda keselamatan atau batu


penanda mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan TNB

4. Kelegaan di antara pengalir yang terendah sekali ke bumi hendaklah


dipatuhi seperti berikut :

Voltan talian Kelegaan (metric)


132 KV 10 meter
275 KV 10 meter
500 KV 12 meter

5. Cadangan jalan tidak boleh dibina selari dengan talian di dalam rentis talian
penghantaran voltan tinggi.

6. Jarak di antara bahu jalan (sempadan R.O.W. bagi jalan) ke mana-mana


kaki menara talian penghantaran voltan tinggi tidak boleh kurang dari 20
meter (66 kaki).

7. Kelegaan minima pengalir paling rendah ke permukaan akhir jalan adalah


seperti dalam jadual manakala kelegaan minima pengalir terendah ke
sebarang binaan lain seperti jejambat, papan tanda, guard rail dan
seumpamanya mestilah tidak kurang dari 8 meter.

2
Garis Panduan Penggunaan Kawasan Rentis Penghantaran TNB Jalan

8. Bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan yang sedia ada, pemohon mestilah


mematuhi jarak kelegaan seperti yang tertulis di dalam jadual di atas dan
mematuhi jarak 20 meter daripada kaki menara terdekat.

9. Cadangan jalan hanya boleh dibina merentasi rentis talian penghantaran


voltan tinggi pada sudut tidak kurang dari 45 darjah (sudut yang dibuat di
antara jalan dengan talian) daripada jarak yang paling pendek yang
mungkin.

10. Sekiranya menara dari jenis gantungan , pemohon perlu menanggung


segala kos penukaran palang kayu dan penebat kepada jenis komposit
dengan syarat memenuhi jarak kelegaan antara konduktor terendah ke
permukaan jalan adalah melebihi 10 meter untuk talian voltan 132kV dan
275kV manakala 12 meter untuk talian voltan 500kV.

11. Sekiranya jalan yang ingin dibina tidak memenuhi jarak kelegaan daripada
pengalir terendah ke permukaan jalan yang telah ditetapkan iaitu perlu
melebihi 10 meter untuk talian voltan 132kV dan 275kV manakala 12 meter
untuk talian voltan 500kV, maka pemohon perlu membiayai segala kos
penukaran menara yang sedia ada kepada menara baru untuk memenuhi
jarak kelegaan minimum yang ditetapkan tersebut.

12. Jentera-jentera tidak boleh berehat atau dibiarkan / ditinggalkan di dalam


kawasan rentis talian penghantaran voltan tinggi TNB.

13. Pemohon tidak dibenarkan menggunakan jentera berat tanpa kebenaran


TNB di dalam kawasan rentis talian penghantaran voltan tinggi.

14. Piling tidak dibenarkan sama sekali di dalam rentis talian penghantaran
voltan tinggi TNB tanpa kebenaran bertulis dari Pengurus Negeri yang
berkenaan khusus untuk kerja-kerja ini.

15. Palang keselamatan (height limit) dengan ketinggian maksima 2.4 meter
perlu dipasang pada laluan keluar masuk di dalam rentis TNB termasuk untuk
tujuan pembinaan laluan sementara beserta papan tanda bahaya yang
bersesuaian.

3
Garis Panduan Penggunaan Kawasan Rentis Penghantaran TNB Jalan

16. Pemohon dikehendaki membekal dan memasang papan tanda bahaya


mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh TNB.

17. Sebarang pembinaan lampu jalan di dalam kawasan rentis hanya


dibenarkan di kawasan yang mematuhi syarat kelegaan minima 10 meter di
antara pengalir ke permukaan jalan. Tinggi lampu jalan yang dibenarkan
adalah maksima 5 meter dan lampu jalan tersebut mestilah berada pada
jarak minimum 5 meter ufuk melintang (horizontal) daripada pengalir.

18. Pihak TNB berhak meminda / menambah peraturan atau syarat dalam garis
panduan ini pada bila-bila masa.

 Saya/kami mengaku bahawa saya sudah membaca dan


memahami syarat-syarat di atas dan saya bersetuju untuk mematuhi
ke semua syarat-syarat di atas.

 Saya mengakui bahawa saya/kami adalah tuan tanah berdaftar


bagi

Lot: ....................................................

Mukim:...........................……............. Daerah: ...................….......................

………………………………………… …………………………………………..
Tandatangan Pemohon Tandatangan Saksi*

No. K/P : …………………………….. No. K/P : ……………………………….

Cop Syarikat Cop Jawatan

Tarikh : ……………………………… Tarikh : …………………………………..

Anda mungkin juga menyukai