Anda di halaman 1dari 6

Berkongsi pengalaman menerjah ke Pekan Baru Sumatera Indonesia

1. Buat permohonan keluar negara bagi kakitangan kerajaan. Dah berkali2 aku ingatkan….barulah
korang akan merasa aman dan tenang utk post gambar2 terbaik di sana.

2. Korang tgk la tiket airasia atau mas, buat perbandingan la. Kalau MAS anda leh check in beg dari
Terengganu dan ambik di Pekan Baru jer, kalau Air Asia setiap kali landing kena ambik beg dan
check in semula…..suka hati korang la mana yang korang berkenan. Nak suggest2 pun bukan aku
agen MAS atau Air Asia pun…..hehe

3. Selepas korang dah dpt tiket korang search plk dlm booking.com, trivago, agoda dan OYO utk cari
hotel…..aku ambik hotel OYO 1729 I-Shine Hotel di tengah2 bandar la agaknya. Sbb bila google
Nampak mcm tgh bandar dan depan ada Pekan Baru Mall. So senang la sikit nak lepaskan anak
bini kalau diorang nak shopping.

4. Untuk dapatkan kereta sewa di sana amat senang sekali. Korang search la tanya pakcik
Google…taip kereta sewa di Pekan Baru Indonesia….aku call beberapa nombor dan aku pilih
+6085271360777 Pak Muslim dan +6085214014621 Pak Us.Ilham ntah syarikat apa lupa…..ini
kerana dia akan berkhidmat utk kita bermula jam 7.00 pg hingga 11.00 mlm. Ada sesetengah
syarikat sewa kereta tu dia bagi hanya 12 jam shj dengan harga Rp450,000.00. Ini tidak termasuk
makan minum driver, penginapan kalau jauh, dan minyak kereta Avanza. Korang masuk
www.xe.com utk lihat pertukaran matawang lebih ditil. Rp 450,000 bersamaan RM133.

5. Flight jam 7.40 pagi dari KLIA2 dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II Pekanbaru jam
7.35 pagi. Terlalu awal lagi dengan perjalanan hanya satu jam dari Kuala Lumpur. Makan dalam
flight pun tak sempat habis dah pengumuman bersedia untuk turun.

6. Isikan borang memasuki negara Indon yang diberikan di dalam flight untuk menjimatkan masa
semasa beratur di imigresen nanti. Imigresen tanya datang buat apa dan tinggal di mana? Panda-
pandai la korang kabor jumpa sedara mara kat sini…..tinggal di Hotel I-Shine. Kerana anda tidak
gunakan travel agen so cari lah akal hehe.

7. Setelah selesai boleh masuk balai pelepasan baru call


pemandu avanza sewa. Lebih kurang jam 9.00 pagi
masih awal. Kami ke hotel I-Shine untuk pastikan
nama booking dah ada. Tinggalkan beg-beg kat hotel
kerana belum boleh check in. Straight betul sini, jam
dua tepat waktu sini baru leh check in. So kami
ronda-ronda dulu ke Pasar Bawah Pekanbaru. Lepas
tu ke Masjid Agung ambik2 gambar dulu (aku
memang giler fotografi).
8. Program seterusnya ke Muzium Sang Nila
Utama, pada mulanya rasa macam kecik
sangat muzium ni berbanding dengan
muzium Terengganu yang fully aircond
besar dan cantek. Di larang ambik gambar
namun apa guna datang kalau kita tak
bergambar kenangan di sini. Bila bergambar
diorang tak kata apa-apa maknanya
penguatkuasaan itu tak ketat lah. So
bergambar la sesuka hati. Yang herannya macam mana batu bersurat pun ada di sini? Sama
bentuk dan tulisan dengan batu bersurat Terengganu. Sape yang dulu ni?

9. Makan Tengahari di restoren. Di sini makanan halal sangat mudah kerana 80% penduduk adalah
Islam. Makan pun tak was-was.

Namun anda kena beringat sikit kerana


mereka akan hidangkan lebih 10 jenis lauk.
Asingkan awal2 lauk mana yang tak usik tu
letakkan di belakang. Lauk yang diusik sahaja
akan dikira. Kita memang tak biasa dengan
lauk yang begitu banyak. Kat umah hana satu
dual auk shj.
10. Sudah habis dah tempat round2 bandar Pekanbaru. Namun jam belum pukul dua. Kami
menunggu sehingga jam dua di hotel. Hotel ni taklah kecik sangat sesuai lah untuk kita yang
datang bersama keluarga. Saya ambik dua bilik dengan harga RM79.00 sebilik semalaman.
Setelah check in kami naik mandi, solat dan berehat dulu. Pukul 3.30 selepas asar baru lah
pemandu datang ambik kami. Kami ronda-ronda SKA Mall beli barang keperluan makanan ringan,
biskut dll. Pahtu balik membuta la….

11. Dah deal dengan driver tu esok nak ke Bukit


Tinggi kena tambah rupiah 300,000 satu
kenderaan. Minyak, makan dan minum
pemandu kita semua tanggung. Perjalanan
dari Pekanbaru ke Bukit Tinggi memakan
masa 5 jam lebih kurang. Sepatutnya kami
sewa satu malam dulu di Pekanbaru pahtu
sewa di Bukit Tinggi satu malam baru lah tak
rushing nak balik. Belajar dari
kesilapan……Jalannya masyaAllah berliku2 macam Cameron jgk cuma terasa teruja sebab boleh
mengenali tempat orang kan kan kan….Pemanduan jugak lain benar dgn pemanduan di
Malaysia….yang peliknya tidak ada pulak yang eksiden. Saya Nampak mereka banyak bertolak
ansur walaupun memandu ikut suka hati….hon dan signal tak lekang kat tangan…..asyik hon dan
signal amaran shj. Takpe lah janji kami selamat Alhamdulillah.

12. Kami singgah makan durian di tepi jalan. Harganya sangat murah kerana jual kira sebijik bukan
pakai timbang mcm tempat kita. Yang kecik tak sampai RM10
yang besar tak lebih RM15. Isinya mmg sedap Cuma takleh
lawan Musang Kingkong kita la……diorang pun tau yang
durian kita mahal lagi sedap….kita pun jarang mkn musang
king…..hehe
13. Singgah sekejap di Ulu Kasok untuk bergambar kenangan di atas bukit dengan pemandangan
tasek yang sangat menenangkan. Rasa hilang penat bekerja setahun bila boleh bersama
keluarga menghirup udara segar di sini.

14. Teruskan perjalanan ke Lembah Harau tempat air terjun yang sangat cantek. Di tepi jalan sahaja.
Takyah nak meredah hutan. Cuma setiap kali berhenti akan kena bayar dam rupiah 2000 hingga
5000. Nak masuk dah bayar, masuk nak solat bayar, masuk air terjun bayar lagi. Berapa banyak
bayar daa…….takde buat apa-apa pun hanya kutip bayaran shj. Aiiii untung….untung meniaga
macam ni…..tp takpe la…..halal la…..membantu sesame kita.
15. Hari ketiga kami tidak menyewa kenderaan, Cuma jalan kaki ke pasar pakaian di sebelah hotel
dank e Pekanbaru Mall di depan hotel tempat menginap. Kami sewa jugak Bajai atau tut tut nak
rasa sedap kita tidak. Kami ke Silungkang Art Shop….lastnya tgk saje tak beli apa-apa. Kami naik
kenderan Angkut ke Pasar bawah sekali lagi kerana banyak barang boleh dibeli di sana.

16. Kami bergerak ke Mall untuk mkn Sushi


dan cuci-cuci mata. Disini kena ingat,
kesilapan kami ialah kami tidak deal dulu
dgn driver angkut tu, berapa kos ke sana.
Last sekali bila sampai ke hotel di
mintaknya rupiah 250,000. Sbb dia dah
bawak kita round seluruh bandar
Pekanbaru tanpa kita suruh. Bincang
punya bincang dapat 200,000. Terkena
jugak……hehe

17. Hari ke empat kami dah booking avanza Pak


Muslim dan Pak Ilham. Jani jam 8.00 kami nak
bergerak dari hotel ke airport. Walaupun flait
jam 10.30 pg. kami awalkan sikit mana tau ada
halangan di imigresen ke kastam ke, adalah
masa untuk berurusan. Nasib baik jam 7.30
kami call….rupanya mereka dah lupa yang
kena ambik kami. Tapi tepat jam 8.00 mereka
sampai dan kami dapat pulang ke KL dengan
selamat dan penuh kenangan manis bercuti
bersama keluarga. Alhamdulillah anugerah
Allah rezeki dan kesihatan yang baik.
Syukur……

Anda mungkin juga menyukai