Anda di halaman 1dari 4

Tips di Singapura

Ada beberapa perkara tentang Singapura yang kami boleh catatkan di sini
berdasarkan pengalaman kami selama beberapa hari di sana untuk trip kedua kami.
1. Lebih baik kalau tak bawa kereta Malaysia. Ini kerana parking memang susah,
dan mahal pula. Tambah pulak kalau tak biasa dengan jalan-jalan di
Singapura. Memanglah susah.
2. Untuk bergerak sana-sini, lebih baik gunakan MRT (Mass Rapid Transit).
Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah OK dan memuaskan. Sistem
MRT di sana sama macam LRT di Malaysia. Pergerakannya pantas. Kami
perasan, escalator di stesen MRT tu lebih laju dari escalator di Malaysia.
3. Kalau nak shopping, barang-barang memang mahal. Tambah pulak kalau
yang ada di shopping complex. Tambah pulak lagi kalau beli dengan Sing
Dollar, lagilah mahal jadinya.
4. Tempat makan Melayu memang tak ada masalah. Banyak, dan senang dicari.
5. CCTV bersepah-sepah di sana-sini. So berhati-hatilah jangan melanggar
undang-undang tak kiralah undang-undang apa pun. Di Malaysia pun ada
undang-undang. Tapi di Singapura ni enforcement undang-undang tu cekap
dan cepat.
6. Merokok adalah dilarang di dalam kawasan yang ada bumbung. Dalam
ertikata lain, merokok dilarang dalam bangunan. Orang yang merokok akan
berkumpul bawah pokok, atau di tepi tiang eletrik. Denda merokok boleh
mencecah SGD500. Kalau buang puntung rokok atas tanah, denda lagi
SGD500. Cuba tukar jadi duit Malaysia, berapa jadinya?
7. Kalau masuk Singapura dengan kenderaan sendiri, isi minyak penuh-penuh
sebelum masuk ke Singapura. Elakkan mengisi petrol di Singapura. Mahal.
8. Kalau masuk ikut Tuas, ada petrol pam di R&R Gelang Patah iaitu sejurus
sebelum masuk tambak.
9. Kalau masuk ikut Woodlands, JB, isi minyak di mana-mana stesen minyak JB.
10.Jangan bawa kotak rokok yang masih belum dibuka. Memang confirm kena
rampas.
11.Jangan bawa chewing-gum. Memang tak dibenarkan.
12.Roti canai disebut roti prata di Singapura.
13.Kod international no telepon Singapura ialah 65. Telco utama di Singapura
ialah SingTel, StarHub and Mobile One (M1).
14.Orang tak berebut-rebut naik teksi. Tak macam di Malaysia. Secara amnya
orang ramai nampak tertip.
15.Memang banyak larangan di Singapura. Signage bersepah-sepah bagitau
'don't do that, don't do this'
16.Kalau sayang duit, jangan meludah atau buang sampah merata-rata.
1

17.Ada ramai pelacur di Geylang. Di Singapura, Geylang ni macam kawasan


Chow Kit di Malaysia.
18.Jangan sentuh kepala orang Singapura. Pantang nenek moyang.
19.Jangan tunjuk dengan kaki. Orang Singapura anggap itu kuang ajaq.
20.Jangan bawa makanan dalam MRT. Kena denda SGD200.00
21.Jangan bagi tips di Singapura. Bagi tips ni biasa sangat di Malaysia, tapi jadi
benda ganjil di Singapura.
22.Jangan bungkus hadiah dengan warna putih. Tu warna berkabung di
Singapura.
23.Kalau naik escalator, berdiri di sebelah kiri. Sebelah kanan ialah untuk orang
yang rushing.
24.Kalau pi tempat makan, macam di medan selera, dan nampak meja kosong,
perhatikan dulu ada ke tidak kertas tisu, surat kabar, atau payung. Ini kerana
cara orang Singapura 'book' meja makan ialah dengan letak tisu, surat kabar
atau payung. Orang tu tengah pi order makan.
25.Kalau terima hadiah, jangan terus buka. Tu pun namanya kuang ajaq. Masa
bagi hadiah, gunakan dua-dua tangan. Jangan guna satu tangan je. Tu pun
dianggap kuang ajaq jugak.
26.Kalau dengan orang Singapura Cina, jangan bagi hadiah jam atau sapu
tangan. Dua-dua tu tanda kematian.
27.Jangan melintas sebarangan di Singapura. Melintas jalan (walaupun tak ada
kereta) hanya dibenarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Cari tempat
yang ada tanda melintas jalan. Melintas di situ.
28.Singapura ialah salah satu dari tempat paling selamat di dunia. Tapi iyerlah,
kan. Low crime does not mean no crime.
Percutian Singapura Jom Naik Public Transport
Alhamdulillah percutian ke Singapore berjalan dengan lancar. Pertama kali
menjejakkan kaki ke tanah Singapura buat aku sangat teruja dengan kemajuan
yang dilakar di tanah kecil ini. Kalau nak ke Singapura dan budget nak jalan-jalan
sendiri tanpa guna mana-mana agent pelancongan boleh je sebenarnya. Lagi jimat
sebenarnya pergi sendiri dan naik mana-mana pengangkutan awam yang ada disini.
Lagipun rakyat di Singapura memang lebih gemar menaiki public transport
berbanding bawa kereta sendiri. Banyak cara untuk bergerak sendiri melawat
tempat-tempat menarik di Singapore, boleh jalan kaki kalau rasa kaki tu larat haha.
Cara lain boleh naik MRT, LRT atau Bus yang ada. Terbaik boleh aku cakap sistem
public transport disini memang terbaik. MRT dan LRT bergerak ke setiap stesen
dalam masa 3-6 minit. Jadi tak payah nak tunggu lama train dan Bus pulak bergerak
mengikut jadual yang tepat.
Okey aku nak share sikit tips macam mana nak ke Singapura melalui JB
Sentral City Square Bridge Singapore
2

1 Parking kereta di JB Sentral City Square (harga parking untuk satu hari RM12)
2 Jalan kaki ke bangunan Bangunan Sultan Iskandar Custom Imigration
Quarantine (C.I.Q) Johor Bahru dan menuju ke imigresen Malaysia. Memang besar
tempat ni selesa dan bersih cuma penat sikit la nak menapak jalan kaki yang agak
jauh dari tempat parking kereta.
3 Lepas selesai pemeriksaan pasport di imigresen Malaysia jalan kaki ke tempat
bus dan ambil bus yang menghala ke Singapura. Aku naik bus no 170 ke stesen MRT
Kranji (RM1.20) atau bus no 950 untuk ke MRT Woodlands. Lepas naik bus
berkenaan, perjalanan seterusnya ke Woodlands Checkpoint akan mengambil masa
lebih kurang 5-10 minit kalau tak jam. Di Woodlands Checkpoint kena turun dan
pergi ke imigresen Singapore pulak.
4 Lepas selesai pemeriksaan pasport di imigresen Singapore, naik semula bus
yang sama masa korang naik di Bangunan Sultan Iskandar. Pastikan tiket bus
disimpan sebab boleh digunakan semula.
5 Bus akan bawa terus ke MRT Kranji atau MRT Woodlands
6 Pengalaman aku di Singapore turun di Kranji dan jumpa tiket office MRT untuk
cari Singapore Tourist Pass. Rupa-rupanya tiket tourist pass ni hanya dijual di MRT
Ang Mo Kio. Jadi dari Kranji aku naik MRT ke Ang Mo Kio dengan perjalanan lebih
kurang 20 minit. Harga tiket standard MRT $3.00 (Singapore Dollar) (Kranji Ang Mo
Kio). Sebenarnya harga perjalanan ke Ang Mo Kio $2.00 je tapi lepas sampai ke
destinasi korang kena return balik kad untuk dapatkan balik deposit $1.00. Bagus
juga diorang buat sistem macam ni, tapi agak menyusahkan juga sebab orang kena
pegi mesin pemulangan kad untuk dapat balik $1.00
7 Sampai di stesen MRT Ang Mo Kio terus pergi ke kaunter office ticket untuk beli
Singapore Tourist Pass. Untuk maklumat semua. Aku memang cadangkan kepada
backpacker atau yang datang Singapore untuk jalan-jalan seharian boleh la beli
tiket Singapore Tourist Pass ni. Memang berbaloi-baloi sebenarnya. Harga
Singapore Tourist Pass ni $20.00 untuk sehari tapi bila return balik pass tersebut
kita dapat balik deposit $10.00 jadi harga sebenar kad adalah $10.00 sahaja.
Dengan kad ni bolehlah jalan-jalan satu Singapore dalam masa sehari dengan
menaiki apa jua Bus, MRT dan LRT tanpa had.
8 Jadi lepas dapatkan kad Singapore Tourist Pass. Kita jalan-jalan la satu Singapore
sampai lebam.. haha mak aku sampai sakit kaki sebab berjalan tak hengat punya di
Singapura.
9 Kalau nak balik ke JB Sentral semula senang je.. Naik semula MRT ke stesen
Woodlands dan pulangkan kad Singapore Tourist Pass disana dan dapatkan balik
deposit.
10 Naik Bus no 950 dari MRT Woodlands dan terus ke JB Sentral. Harga tiket bus
$1.60. Proses immigration adalah sama macam nak masuk Singapore.
3

Anda mungkin juga menyukai