Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri …………………………………………………………………..
ya Allah kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak
akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang
terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat
dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan
kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan
keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.