Anda di halaman 1dari 30

Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Bab Keempat
Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH ALIRAN DATA


Notasi Rajah Aliran Data Peraturan Asas
Rajah Konteks
Paras-paras Rajah Aliran Data

PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH


HUBUNGAN ENTITI
Simbol dan Notasi Rajah Hubungan Entiti Panduan Umum

PANDUAN RINGKAS RAJAH DEKOMPOSISI

PANDUAN RINGKAS RAJAH PERALIHAN


KEADAAN

PANDUAN RINGKAS KAMUS DATA

KESEIMBANGAN MODEL
Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Kamus Data Mengimbangi antara Rajah
Aliran Data dengan Spesifikasi Proses
Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah
Dekomposisi

ISBN 978-983-41293-6-1 81
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah


Hubungan Entiti
Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Carta Alir dan Rekabentuk
Antaramuka

ANALISIS KESILAPAN TEKNIKAL REKABENTUK


Analisis KeseimbanganModel Alatan Pemodelan
Data

ISBN 978-983-41293-6-1 82
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Bab Keempat
Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur
Satu daripada kaedah pembangunan perisian yang banyak digunakan ialah
kaedah berstruktur. Kaedah ini melibatkan penggunaan beberapa alatan
pemodelan seperti Rajah Aliran Data, Rajah Hubungan Entiti, Rajah
Dekomposisi, Kamus Data dan Carta Struktur. Kesemua alatan ini akan
dibincangkan dalam bab ini. Sebagai tambahan, Rajah Konteks juga dikenali
dengan Rajah Aliran Data Paras 0.

PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH ALIRAN DATA

Rajah Aliran Data (ditulis pendek selepas ini sebagai DFD) adalah alat
pemodelan yang membenarkan kita membayangkan sistem sebagai rangkaian
proses fungsian, bersambungan antara satu sama lain dengan “batang paip” dan
“tangki simpanan” data. Ia mengilustrasi cara data diproses oleh sistem dalam
bentuk input dan output.

Notasi Rajah Aliran Data

Bagi melukis DFD, terdapat dua notasi yang boleh anda gunakan iaitu; notasi
Yourdon & Coad dan notasi Gane & Sarson. Jangan campur-adukkan kedua-dua
notasi ini, walaupun tujuannya sama iaitu mengilustrasikan aliran data. Notasi
Yourdon & Coad biasa digunakan untuk memodelkan aliran data bagi perisian
umum. Manakala notasi Gane & Sarson lebih tertumpu kepada pemodelan
sistem berasaskan maklumat. Jadual 4.1 menunjukkan perbezaaan antara
kedua-dua notasi dan keterangan bagi setiap notasi.

Selain daripada memodelkan aliran data bagi sistem yang ingin dibina, DFD
(khususnya notasi Gane & Sarson) juga ada-kalanya digunakan pada peringkat
memahami proses bisnes. Oleh kerana itu, anda akan dapati DFD tersebut
mewakili pelbagai aspek fizikal. Sebagai contoh, DFD yang memodelkan proses
bisnes langganan majalah akan mengandungi majalah dan duit sebagai unsur
yang mengalir.

Jika DFD tersebut mewakili proses dalam satu sistem automasi sepenuhnya,
maka semua unsur yang mengalir adalah maklumat, bukannya unsur fizikal. Ini
kerana hanya maklumat yang boleh disimpan dalam bait. Maklumat pula tidak
semestinya teks, kerana pada zaman ini, bunyi dan gambar (serta bau!!) juga
boleh disimpan dalam bait.

ISBN 978-983-41293-6-1 83
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Jadual 4.1: Notasi Rajah Aliran Data


Gane & Sarson Yourdon & Coad Keterangan

Proses
Proses menukar aliran data yang
1 masuk kepada aliran data yang
Proses
Proses keluar.

Penamaan:
Dicadangkan nama proses ditulis
sebagai frasa <kata perbuatan>-
<objek>. Contohnya SAHKAN
1 1 INPUT dan KIRA KADAR CUKAI.
Proses
Proses
Pernomboran:
Jika proses dinomborkan, maka
nombor tersebut mestilah
berurutan.

Tip:
Namakan aliran data yang masuk
dan keluar sebelum menamakan
proses.

Storan Data

1 Storan Data Storan data adalah repositori data


Storan Data dalam sistem. Adakalanya ia juga
dirujuk sebagai fail.

Penamaan:
Nama storan data mestilah terdiri
daripada kata nama dan ianya
mencerminkan maklumat yang
disimpan. Contohnya MARKAH dan
MAKLUMAT PELAJAR

Aliran Data
Aliran data adalah seumpama
saluran yang mengalirkan
x x
maklumat.

Penamaan:

ISBN 978-983-41293-6-1 84
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Label anak panah dengan nama


data yang mengalir melaluinya.
Nama aliran data sebaiknya
disengkang dan menggunakan title
capitalization. Nama mencerminkan
data yang bergerak, atau apa yang
diketahui mengenai data tersebut.

Tip:
Bagi sistem sebenar yang kompleks
(meliputi elemen fizikal), RAD turut
menunjukkan aliran material dan
juga data. Bagi sistem logikal,
jangan namakan aliran data
sebagai benda fizikal seperti Buku,
Durian dan Video. Sebaliknya
nyatakan dalam bentuk data logikal
yakni boleh disimpan dalam bentuk
digital seperti Maklumat-Buku,
Berat-Durian dan Senarai-Video.

Entiti Luaran

Entiti luaran adalah objek luar


Entiti sistem, yang berinteraksi dengan
sistem. Entiti luaran adalah sumber
Entiti Luaran dan destinasi bagi input dan output
Luaran sistem.

Penamaan:
Nama entiti mestilah mencerminkan
peranan entiti dalam sistem.
Contohnya PELAJAR, PENGGUNA
dan PENGURUSAN.

Tip:
Jika entiti juga perlu disimpan
maklumatnya, maka satu storan
dengan nama yang sama perlu
diwujudkan.

ISBN 978-983-41293-6-1 85
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Peraturan Asas

Apabila melukis Rajah Aliran Data, terdapat peraturan yang perlu diikuti.
Walaupun terdapat alatan perisian yang boleh membantu memastikan peraturan
ini dipatuhi, anda perlu mengetahui peraturan tersebut. Dalam bahagian ini
contoh-contoh yang berkaitan dengan peraturan asas tersebut dinyatakan
menggunakan notasi Yourdon & Coad.

Peraturan asas yang mesti anda ketahui adalah:

1. Proses dan storan tidak boleh hanya ada output. Hal ini dinamakan miracle.

Entiti Luaran x Entiti Luaran x

Proses 1
z y
Proses 1

z y

Proses 2
Storan data Proses 2
Storan data

Betul Salah

2. Proses dan storan tidak boleh hanya ada input. Ini dinamakan black hole.

Entiti Luaran x Entiti Luaran x

Proses 1
z y
Proses 1
z y

Proses 2
Storan data Proses 2
Storan data

Betul Salah

ISBN 978-983-41293-6-1 86
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

3. Input kepada proses mestilah mencukupi untuk menghasilkan output daripad a


p roses berkaitan. Jika tidak, hal ini dinamakan gray hole.

Salah
Betul
4 . Kesemua storan data dan entiti mesti dihubungkan dengan sekurang-kurangnya
satu proses.
Entiti Luaran1 x Entiti Luaran1 x

Entiti Luaran 2
Entiti Luaran 2
Proses 1
y
Proses 1

w z
y
z

Proses 2
Storan data Proses 2
Storan data

Betul
Salah
5 . Storan data tidak boleh dihubungkan terus kepada atau daripada entiti.

Entiti Luaran1 x Entiti Luaran1 x

y z y
z Proses Proses
Entiti Luaran2
Entiti Luaran2

Storan data
Storan data

Betul Salah

ISBN 978-983-41293-6-1 87
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

6 . Aliran data mestilah mempunyai hanya satu arah aliran. Aliran data yang berganda
kepada dan daripada storan data mesti ditunjukkan dengan anak panah yang
berbeza.
Entiti Luaran1 x
Entiti Luaran1 x

y
z y z Proses
Proses

Entiti Luaran2
w Entiti Luaran2
w

Storan data
Storan data

Betul Salah
7 . Jika satu data yang sama mengalir ke dua proses yang berbeza, ini mesti
d itunjukkan dengan forked arrows.
Entiti Luaran1 x Entiti Luaran1 x

Entiti Luaran 2
Entiti Luaran 2
Proses 1
Proses 1

z y y
Storan data y z
Storan data

w Proses 3 Proses 2
w Proses 3 Proses 2

Betul Salah

ISBN 978-983-41293-6-1 88
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

8. Data tidak boleh mengalir balik secara langsung ke proses yang menghasilkannya.
x Entiti Luaran x
Entiti Luaran

Proses 1

Proses

z
y
Storan data
Proses 2

w Salah

Betul

9. Bilangan aliran data yang masuk dan keluar bagi ledakan bagi setiap proses perlu
seimbang.

Proses Proses
1.1 1.1

Proses 1 Proses 1

Proses Proses
1.3 1.3

Proses Proses
1.2 1.2

St oran D1 St oran D1

Betul Salah

ISBN 978-983-41293-6-1 89
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

10. Proses boleh dihubungkan dengan proses, storan data atau entiti. Namun, proses
mesti dihasilkan oleh sama ada entiti luaran atau proses lain. Storan data tidak boleh
meletuskan proses.
Entiti Luaran2
y
Entiti Luaran2
Entiti Luaran1 x Entiti Luaran1 x y

r
Proses 2
Proses 1 Proses 2
Proses 1

z w
z w

Storan data
Storan data

Betul Salah

11. Ingat, aliran tidak menyelesaikan persoalan prosidural seperti input prompts,
mesej ralat dan persoalan aliran output. Tidak ada aspek implementasi seperti
kawalan aliran, gelungan, pilihan, perincian fizikal atau kaedah capaian data.

12. Storan data mesti dihubungkan dengan sekurang-kurangnya satu aliran data yang
masuk dan satu aliran data yang keluar.

13. Entiti adalah sumber yang dari mana data didapati atau ke mana data diingini,
bukannya orang yang memasukkan data ke dalam komputer atau orang yang akan
mencetak data.

14. Storan data tambahan yang tidak kelihatan pada proses lain, boleh muncul dalam
ledakan.

ISBN 978-983-41293-6-1 90
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Rajah Konteks

Rajah konteks adalah rajah aliran data paras tertinggi. Ianya hanya
mengandungi satu nod proses (proses 0) yang meringkaskan fungsi bagi
keseluruhan sistem serta hubungannya dengan entiti luaran. Tiada storan data
dalam Rajah Konteks. Rajah 4.1 menunjukkan satu contoh Rajah Konteks bagi
Sistem Sewa CD.

Senarai Pesanan CD
id, Senarai CD sewa
PENTADBIR
id, Senarai CD kembali

Resit Sewaan Sistem Maklumat Penerimaan CD


PELANGGAN
Sewa CD
Senarai Pesanan CD
id

Maklumat Pelanggan Senarai


Penghantaran CD
PEMBORONG

Rajah 4.1: Rajah Konteks Sistem Sewa CD

Paras-paras Rajah Aliran Data

Satu proses tunggal bagi rajah paras tinggi (bermula daripada Rajah Konteks)
boleh diledakkan untuk memperlihatkan rajah aliran data yang lebih terperinci.
Ledakan ini menghasilkan proses-proses yang lebih kecil.

Dari segi penamaan, ada pandangan yang menamakan Rajah Konteks sebagai
DFD paras 0 (Pessman 2004), dan ledakan berikutnya adalah paras 1. Manakala
terdapat pandangan yang menamakan DFD paras 0 adalah ledakan pertama
selepas Rajah Konteks. Bagi yang berpandangan begini, Rajah Konteks
bukanlah DFD paras 0 (Sommerville 2001). Dalam bab ini, kami menggunakan
paras pertama bagi mewakili DFD selepas ledakkan daripada Rajah Konteks.

Paras pertama DFD menunjukkan proses-proses utama dalam sistem. Setiap


proses ini boleh diperincikan kepada beberapa proses yang lebih kecil
sehinggalah sampai kepada paras yang boleh dibinakan algoritma.

Rajah 4.2 adalah paras pertama bagi DFD Sistem Sewa CD, manakala Rajah
4.3 adalah paras kedua bagi kes berkaitan. Dalam contoh ini, hanya proses
pertama sahaja mempunyai perincian.

ISBN 978-983-41293-6-1 91
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Senarai Penghantaran CD
Senarai CD baru

Senarai Pesanan CD
PEMBORONG
1. Proses
Fail Stok CD
Beli CD

Maklumat Sewaan Semasa


PENTADBIR

2. Proses
Sewa CD Fail Urusniaga

Maklumat Baru
id, Senarai CD sewa Sewaan

id, Senarai CD kembali


PELANGGAN

Resit sewaan
Maklumat pelanggan

Maklumat pelanggan
3. Proses
Kemaskini Fail Pelanggan
Fail
Pelanggan
id id

Rajah 4.2: DFD Paras Pertama Sistem Sewa CD

Senarai Pesanan CD

PEMBORONG
Senarai Pesanan CD
1.1
PENTADBIR Proses
Pesan CD

1.2 Proses
Fail Stok CD
Kemaskini
Fail
Inventori Senarai Penghantaran CD

Rajah 4.3: DFD Paras Kedua Sistem Sewa CD

ISBN 978-983-41293-6-1 92
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

PANDUAN RINGKAS MEMBINA RAJAH HUBUNGAN ENTITI

Rajah Hubungan Entiti (ditulis pendek selepas ini sebagai ERD) mengilustrasi
struktur logikal pangkalan data. Sebilangan besar pelajar keliru antara entiti
dalam ERD dengan entiti dalam DFD. Oleh kerana namanya sama, iaitu entiti,
maka mereka menyamakan entiti dalam ERD dengan entiti dalam DFD.
Sebenarnya kedua-dua entiti tersebut tidak sama.

Pelajar perlu faham bahawa entiti dalam DFD merujuk kepada entiti luaran yang
berinteraksi dengan sistem. Entiti luaran ini adalah sama ada; sumber maklumat
bagi sistem (iaitu input sistem) atau destinasi maklumat (iaitu output sistem).
Manakala entiti dalam ERD merujuk kepada maklumat yang ingin disimpan.

Stok CD

menyewa

Urusniaga lakukan Pelanggan

Rajah 4.3: ERD bagi Sistem Sewa CD

Simbol dan Notasi Rajah Hubungan Entiti

Peter Chen membina ERD pada tahun 1976. Semenjak itu, Charles Bachman
and James Martin menambah perincian kepada prinsip asas ERD ini. Pada
masa ini ERD telah melalui proses evolusi yang mengukuhkan lagi
penggunaannya. Berbeza dengan DFD, ERD hanya mempunyai satu notasi
yang standard. Kalau berbeza pun, ia hanyalah merujuk kepada evolusi yang
berlaku terhadapnya.

Bahagian ini hanya membincangkan notasi asas bagi ERD. Jadual 4.2
menunjukkan senarai notasi bagi ERD.

ISBN 978-983-41293-6-1 93
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Jadual 4.2: Notasi Rajah Hubungan Entiti


Notasi Keterangan
Entiti
Entiti Entiti adalah maklumat yang ingin
disimpan. Ia boleh suatu objek atau
konsep.

Entiti Lemah
Entiti Entiti lemah wujud dengan bergantung
kepada entiti lain.

Atribut
Atribut Atribut adalah ciri atau sifat bagi entiti.

Atribut Kunci
Atribut Atribut kunci adalah unik, ciri yang
membezakan entiti. Contohnya,
nombor pekerja boleh dijadikan atribut
kunci entiti pekerja.

Atribut Bermulti-nilai
Atribut bermulti-nilai boleh mempunyai
Atribut
lebih daripada satu nilai. Contohnya,
entiti pekerja boleh mempunyai nilai
kemahiran berganda.

Atribut Hasilan
Atribut Atribut hasilan adalah berasaskan
kepada atribut lain. Contohnya, gaji
tahunan pekerja adalah berdasarkan
gaji bulanan pekerja.

Hubungan
Hubungan mengilustrasi cara dua
Hubungan
entiti berkongsi maklumat dalam
struktur pangkalan data.

Hubungan lemah
Notasi hubungan lemah digunakan
Hubungan
bagi menghubungkan entiti lemah
dengan entiti yang lain.

Kardinaliti
Kardinaliti menspesifikasikan cara
banyak permintaan (instance) bagi
satu entiti berkait dengan setiap

ISBN 978-983-41293-6-1 94
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

permintaan (instance) bagi entiti lain.


Pelanggan

N
Ordinaliti menjelaskan hubungan
sama ada mandatori atau pilihan.
Hubungan

M 1
Urusniaga Hubungan Akaun

= Satu

= Satu dan Hanya Satu

= Banyak

= Sifar atau Satu

= Sifar atau Banyak

= Satu atau Banyak

Hubungan Rekursi
Dalam sebahagian kes, entiti boleh
dihubungkan kepada dirinya sendiri.
Contohnya, pekerja boleh menyelia
pekerja lain.
Pekerja

Panduan Umum

Terdapat panduan umum dalam menyediakan ERD, berdasarkan pernyataan


keperluan yang diberi. Entiti dan hubungan boleh dikenalpasti dengan cara
berikut:

1. Berdasarkan kelas perkataan.

Entiti dan hubungan dapat dikenalpasti dengan menganalisis kelas


perkataan. Notasi ERD yang bersesuaian mengikut kelas perkataan adalah
seperti dalam Jadual 4.3 berikut:

ISBN 978-983-41293-6-1 95
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Jadual 4.3: Notasi Rajah Hubungan Entiti


BAHASA Notasi RHE
Kata nama khas Entiti (“Nama” bagi Entiti)
(Matematik)
Kata nama am Entiti atau Jenis Entiti
(Guru)
Kata perbuatan transitif Hubungan M-ary (M>1)
(Guru mengajar matematik)
Kata perbuatan intransitif Hubungan Unary atau
(Saya tidur) Nilai Atribut
Kata sifat Atribut bagi Entiti
(Umur guru)
Adverb Atribut bagi hubungan
(mengajar sambilan)

2. Berdasarkan ayat berbentuk “terdapat ... X dalam Y”.

Tukarkan ayat yang berbentuk berikut:


“Terdapat . . . X dalam Y”
kepada
“Y mempunyai . . . X”

Sebagai contoh:
“Terdapat lebih daripada 30 pelajar dalam setiap tingkatan.”

ditukar kepada ayat berikut:

“Setiap tingkatan mempunyai lebih daripada 30 pelajar.”

Sekarang, jelas kelihatan dua entiti iaitu ‘tingkatan’ dan ’pelajar’ yang
hubungan antaranya ialah ‘mempunyai’ dan hubungan tersebut berjenis satu
ke banyak, seperti yang diilustrasikan dalam Rajah 4.3 berikut:

tingkatan punyai pelajar

Rajah 4.3: ERD bagi hubungan tingkatan dan pelajar

ISBN 978-983-41293-6-1 96
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

3. Berdasarkan ayat berbentuk “X bagi Y adalah Z”.

Jika ayat adalah berbentuk “X bagi Y adalah Z”, maka


 Y adalah entiti
 X adalah sama ada atribut atau hubungan, bergantung kepada jenis Z.
o Jika Z adalah kata nama khas, maka X adalah hubungan antara
Y dan Z.
o Selainnya, X adalah atribut bagi Y.

Contoh 1:
(X) (Y) (Z)
“Identiti bagi pelajar adalah kad pengenalannya.”
maka:
 ‘Pelajar’ adalah entiti.
 ‘Identiti’ adalah atribut bagi pelajar kerana kad pengenalan
adalah bukan kata nama khas.

Contoh 2:
(X) (Y) (Z)
“Subjek yang perlu diambil oleh pelajar adalah Matematik”
maka:
 ‘Pelajar’ adalah entiti
 ‘Ambil subjek’ adalah hubungan antara pelajar dan
Matematik kerana Matematik adalah kata nama khas.

ISBN 978-983-41293-6-1 97
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

PANDUAN RINGKAS RAJAH DEKOMPOSISI

Rajah Dekompisisi menunjukkan hirarki dan hubungan antara proses-proses dan


dengan subproses mereka. Tiada maklumat storan, entiti, data mahupun aliran
data dalam rajah ini. Hanya dua simbol yang terlibat dalam rajah dekomposisi
iaitu simbol kotak dan simbol garis. Simbol kotak mewakili proses atau
subproses, manakala simbol garis menunjukkan kedudukan hubungan paras-
paras proses dan subproses.

Sistem Sewa CD

3.0
1.0 2.0
Kemaskini Fail
Beli CD Sewa CD
Pelanggan

1.2
1.1
Kemaskini Fail
Pesan CD
Inventori

Rajah 4.4: Rajah Dekomposisi bagi Sistem Sewa CD


Carta Struktur adalah versi terperinci bagi Rajah Dekompisisi. Carta Struktur
adalah notasi berhierarki menunjukkan komposisi fungsi, aliran data antara
komponen fungsi, dan pola kawalan antara komponen fungsi. Rajah 4.5 adalah
contoh Carta Struktur bagi satu proses mengira gaji.

Kira Gaji

jamBekerja, gaji
kadarGaji
jamBekerja, gaji
kadarGaji

Baca jamBekerja, Kira Gaji Papar Gaji


kadarGaji

Rajah 4.5: Carta Struktur bagi Proses Mengira Gaji

Carta Struktur lebih kepada perwakilan implementasi. Kita tidak akan


membincangkan dengan lanjut mengenai notasi Carta Struktur ini.

Pastikan anda menamakan rajah anda dengan betul. Jangan namakan ia Carta
Struktur sekiranya anda hanya melukis hubungan yang ringkas antara proses-
proses dengan subprosesnya. Manakala namakan ia Carta Struktur sekiranya
anda memperincikan Rajah Dekomposisi anda.

ISBN 978-983-41293-6-1 98
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

PANDUAN RINGKAS RAJAH PERALIHAN KEADAAN

Rajah Peralihan Keadaan (ditulis pendek selepas ini sebagai STD) adalah alat
pemodelan bagi sistem yang kelakuannya berasaskan masa atau tindakan. STD
menunjukkan cara dua atau lebih proses berkait antara satu sama lain dalam
fungsi masa. Tiga istilah yang perlu diketahui dalam melukis STD ialah:

Keadaan: mewakili suasana bagi suatu kewujudan. Apabila berada dalam


keadaan tertentu, tindakan berkaitan dengan keadaan tersebut wujud.

Peralihan: fenomena satu keadaan kepada satu keadaan lain dipanggil


peralihan.

Peristiwa: rangsangan yang menyebabkan beralihnya satu keadaan


kepada keadaan lain dipanggil peristiwa.

Simbol yang boleh diguna pakai adalah simbol segiempat bagi mewakili
keadaan, dan simbol anak panah berlabel bagi mewakili peralihan dengan
peristiwa tertentu. Namun, ada juga yang menggunakan simbol elips bagi
mewakili keadaan. Rajah 4.6 menunjukkan contoh Rajah Peralihan Keadaan
bagi Sistem Ketuhar Gelombang.

pemasa pintu
Kuasa Penuh Set Masa ditutup Pemboleh
kuasa penuh

pemasa
pintu dibuka mula
kuasa separuh
Menunggu Menunggu
kuasa penuh pintu ditutup siap

kuasa separuh batal

Kuasa Separuh Penidak boleh sistem Operasi


ralat

Rajah 4.6: Rajah Peralihan Keadaan bagi Sistem Ketuhar Gelombang

Berikut adalah panduan yang boleh diikuti apabila ingin membina STD (Marakas
2006).
1. Kenalpasti keadaan awal.
2. Wakili keadaan tersebut dengan melukis segiempat.
3. Sambungkan keadaan itu dengan anak panah bagi menunjukkan
peralihan pertamanya.

ISBN 978-983-41293-6-1 99
Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

4. Pastikan setiap keadaan mengarah kepada sekurang-kurangnya satu


keadaan yang lain.
5. Labelkan anak panah dengan nama peristiwa yang bermakna.
6. Senaraikan tindakan yang bersesuaian untuk diambil bersebelahan bagi
setiap segiempat.
7. Pertimbangkan tindakbalas sistem terhadap peristiwa yang tidak dijangka.
8. Ulangi proses di atas hingga semua kemungkinan telah dikenalpasti.

PANDUAN RINGKAS KAMUS DATA

Tujuan diwujudkan kamus data adalah untuk mendokumenkan semua elemen


data, struktur, aliran, storan, proses dan entiti luaran sistem. Tiada format
tertentu bagi kamus data, namun yang penting ialah ianya mendokumenkan
sistem secara menyeluruh. Berikut diberikan panduan, namun anda boleh
menambahnya mengikut keperluan.

Kamus data adalah seumpama katalog. Ianya menjelaskan berkenaan maklumat


dan data yang ada di dalam sistem. Sehubungan itu empat perkara berikut perlu
direkodkan dalam kamus data:
 Proses.
 Aliran data.
 Storan Data.
 Elemen Data

Maklumat yang mungkin bagi Proses adalah:


 Nama dan nombor Proses.
 Keterangan Proses: Nyatakan nombor ledakan dalam RAD.
 Tujuan: Nyatakan kenapa proses ini diperlukan dengan spesifik.
 Implementasi fizikal: Nyatakan sebarang isu implementasi, seperti adakah
proses memerlukan jenis data tertentu, Jenis DBMS atau ODBC tertentu.
Nyatakan data input dan output.
 Pencetus: Nyatakan nama dan nombor proses yang memanggilnya atau
melaksanakannya.
 Logik Proses.

Maklumat yang dicadangkan bagi Aliran Data adalah:


 Nama Aliran Data.
 Keterangan Aliran Data.
 Volum: Nyatakan volum bagi aliran data mengikut hari, minggu, bulan dan
sebagainya yang bersesuaian.
 Implementasi fizikal: Nyatakan jika wujud keperluan fizikal tertentu untuk
mengimplementasi aliran ini seperti memerlukan sambungan Internet.
 Sumber dan Destinasi: Nyatakan sumber dan destinasi bagi aliran data
ini, dengan merujuk nama (dan nombor) proses, entiti atau storan.

ISBN 978-983-41293-6-1 100


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Maklumat yang dicadangkan bagi Storan Data adalah:


 Nama dan nombor Storan Data.
 Keterangan Storan Data: Keterangan yang membezakan storan data ini
berbanding yang lain.
 Elemen utama (Key Elements).
 Organisasi: Nyatakan cara storan data disusun sama ada dari aspek
geografi atau fungsian.
 Media.
 Volum: Nyatakan saiz (dalam MB) storan data yang dijangka.
 Implementasi fizikal: Nyatakan sebarang isu implementasi seperti
keperluan kepada DBMS tertentu.
 Kandungan: Senaraikan struktur bagi storan data ini.

Maklumat yang mungkin bagi Elemen Data adalah:


 Nama Elemen Data.
 Keterangan Elemen Data: Nyatakan keunikan data ini berbanding elemen
data yang lain.
 Format/Julat/Maksud: Nyatakan julat nilai yang boleh diterima. Contohnya
elemen data bagi poskod Malaysia mestilah berjenis nombor dan terdiri
daripada 5 digit.
 Nilai lalai.
 Sumber: Nyatakan dari mana data ini diperolehi. Contohnya daripada
Borang Keahlian Baris 12.
 Polisi bisnes: Nyatakan sebarang peraturan bisnes mengenai data ini.
Contohnya jika data ini bernilai 1, maka data X mesti tidak null.
 Kawalan.
 Digunakan dalam Storan data dan Aliran data.

Maklumat-maklumat yang dinyatakan di atas sebaiknya dibentangkan dalam


bentuk jadual agar ianya mudah dibaca. Contohnya kamus data bagi sebahagian
proses dalam Sistem Sewa CD boleh dinyatakan dalam bentuk jadual seperti
dalam Rajah 4.7 berikut.

No Proses Input
Input Output
Output Storan Pencetus ~~~
. Data
1 Beli CD ~~~ ~~~ ~~~ ~~~ ~~~
1.1 Pesan CD Senarai Senarai Pentadbir ~~~
Pesanan CD Pesanan CD

1.2 Kemaskini Fail Senarai Senarai Fail Stok Pemboron ~~~


Inventori Penghantara Penghantaran CD g
n CD CD
2 Sewa CD ~~~ ~~~ ~~~ ~~~ ~~~
3 Kemaskini Fail ~~~ ~~~ ~~~ ~~~ ~~~
Pelanggan

Rajah 4.7: Kamus data bagi (sebahagian) Proses dalam Sistem Sewa CD.

ISBN 978-983-41293-6-1 101


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

KESEIMBANGAN MODEL

Setelah pelbagai model dibina seperti: DFD, ERD, Spesifikasi Proses, Rajah
Dekomposisi dan seumpamanya, maka anda perlu memastikan model tersebut
seimbang antara satu sama lain. Langkah ini adalah langkah yang MESTI ANDA
LAKUKAN.

Adalah sangat baik jika anda bukan sekadar menyeimbangkan model, tetapi
turut menyemak sama ada model telah dibina dengan betul atau menepati
kehendak pengguna. Hal ini dinamakan pengesahsahihan dan pengesahbetulan
(verification and validation), juga dikenali sebagai V&V. Namun, dalam buku ini
kita tidak akan membincangkan berkenaan V&V.

Dalam bahagian ini, beberapa panduan untuk menyeimbangkan model


diberikan. Sekiranya anda menggunakan alat pemodelan yang baik, mungkin
masalah keseimbangan model ini boleh dibantu oleh alat tersebut. Jika tidak,
anda perlu menyeimbangkannya sendiri.

Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Kamus Data

Berikut adalah semakan yang boleh anda lakukan antara DFD dengan Kamus
Data:
 Setiap aliran data (diwakili oleh anak panah dalam DFD) dan setiap storan
data mesti ditakrifkan dalam kamus data.
 Setiap elemen data dan setiap storan data yang ditakrifkan dalam kamus
data mesti wujud dalam DFD.

Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Spesifikasi Proses

Berikut adalah semakan antara RAD dengan Spesifikasi Proses. Spesifikasi


Proses, juga dikenali dengan Spesifikasi Fungsian, telah dibincangkan dalam
bab sebelum ini.
 Setiap buih dalam DFD mesti disekutukan dengan DFD paras rendah atau
spesifikasi proses, namun bukan kedua-duanya. Bermakna jika DFD
mengandungi buih bernombor 1.4, maka mesti ada rajah buih paras-
bawah (ledakan) berkaitan iaitu 1.4.1, 1.4.2, dan seumpamanya. Jika
tiada rajah buih paras-bawah, maka spesifikasi proses mesti
mengandungi spesifikasi proses bagi buih 1.4. Jika kedua-duanya wujud,
maka model tersebut dianggap bertindan tanpa ada keperluan. Dan ini
boleh mengundang kesilapan yang besar.
 Setiap spesifikasi proses mesti mempunyai buih paras-bawah yang
sekutu dengannya dalam DFD.
 Input dan output mestilah sepadan. DFD menunjukkan aliran masuk dan
keluar bagi setiap buih, begitu juga dengan sambungan ke storan. Hal

ISBN 978-983-41293-6-1 102


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

yang sama mestilah berlaku kepada spesifikasi proses juga. Oleh itu,
sepatutnya spesifikasi proses mengandungi pernyataan BACA atau
INPUT (atau kata perbuatan yang seumpama) sejajar bagi setiap aliran
data masuk dan pernyataan TULIS atau OUTPUT (atau yang
seumpamanya) bagi setiap aliran data yang keluar.

Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah Dekomposisi

Berikut adalah tindakan yang boleh dilakukan untuk menyemak keseimbangan


DFD dengan Rajah Dekompisisi:
 Modul pada paras teratas Rajah Dekomposisi mewakili rajah konteks.
 Modul-modul pada paras kedua Rajah Dekomposisi mewakili proses-
proses dalam DFD paras 0.
 Modul-modul pada paras seterusnya dalam Rajah Dekomposisi mewakili
proses-proses dalam DFD pada paras seterusnya.
 Penomboran dan penamaan modul perlulah sama dengan penomboran
dan penamaan dalam DFD.
 Rajah Dekomposisi tidak menunjukkan sebarang data, entiti dan storan.

Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dan Rajah Hubungan Entiti

Perkaitan yang boleh disemak antara DFD dengan ERD pula adalah seperti
berikut:
 Storan data dalam DFD menjadi entiti dalam ERD.
 Entiti, proses dan aliran data dalam DFD tidak dipetakan dalam ERD.

Mengimbangi antara Rajah Aliran Data dengan Carta Alir dan Rekabentuk
Antaramuka

Sekiranya anda ada mendokumenkan Carta Alir dan Rekabentuk Antaramuka


maka pastikan:
 Carta Alir tersebut merujuk kepada satu proses tertentu di dalam DFD.
 Rekabentuk Antaramuka tersebut merujuk kepada satu atau lebih proses
tertentu di dalam DFD.

ISBN 978-983-41293-6-1 103


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

ANALISIS KESILAPAN TEKNIKAL REKABENTUK

Setelah memahami beberapa notasi memodelkan reka bentuk perisian, dan cara
menyeimbangkan model tersebut, dalam bahagian ini kita akan melakukan
suatu analisis terhadap satu kajian kes yang disediakan oleh seorang pelajar
dalam projek beliau.

Tujuan analisis ini adalah supaya anda dapat mengelakkan kesalahan yang
seperti ini, dan berupaya menyeimbangkan model anda, sebelum meminta
penyelia menyemak hasil rekabentuk perisian anda.

Untuk pengetahuan, bahagian ini tidak menilai sama ada rekabentuk yang
dihasilkan menepati keperluan pengguna. Atau bukan juga untuk menilai sama
ada rekabentuk boleh diimplementasi. Sebaliknya, kita akan melihat beberapa
kesalahan teknikal yang dilakukan. Sekiranya tidak dibincangkan, anda juga
berpotensi melakukan kesilapan yang sama.

Kajian Kes: SISTEM KEPUTUSAN PELAJAR TAJAAN YAYASAN ABC

Bahagian Pelajaran Yayasan ABC (Y-ABC) perlu memantau prestasi pelajar-pelajar di


bawah tajaannya, khasnya untuk tujuan kesinambungan tajaan. Pelajar-pelajar yang
gagal dalam peperiksaan akhir mereka tidak akan disambung tajaan. Manakala pelajar-
pelajar yang mendapat keputusan keseluruhan yang cemerlang, akan diubah pinjaman
kepada biasiswa. Oleh kerana pemantauan secara manual sangat merumitkan, maka satu
sistem berkomputer diperlukan.

Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan Bahagian Penganjuran Pelajaran untuk merekod
keputusan peperiksaan pelajar tajaanY-ABC, memantau prestasi mereka, membuat
keputusan sama ada diberhentikan tajaan, memastikan rekod setiap pelajar tajaannya
dikemaskini, dan pelbagai fungsi berkaitan.

Enam rajah (Rajah 4.8 hingga Rajah 4.13) telah dilukis oleh pelajar ini untuk
mewakili rekabentuk sistem yang ingin dibina. Setiap rajah akan dianalisis dari
aspek bilangan elemen yang ada dan diikuti dengan ulasan kesilapan yang ada.
Setelah semua rajah dianalisis secara berasingan, keseimbangan rajah-rajah
tersebut akan dibincangkan pula.

ISBN 978-983-41293-6-1 104


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

1 Analisa Bilangan Elemen


Data pelajar
Masuk maklumat Data pelajar
pelajar yang Pelajar
D1 Pelajar
membuat Dua entiti luaran iaitu:
pinjaman
BPP Y-ABC dan IPT.
Maklumat Pelajar
Tiga proses iaitu:
Proses 1: Masuk Maklumat
2
Pelajar
IPT
IP
IPT
BPP
BPP Masuk maklumat
Keputusan
Peperiksaan
T
Proses 2: Masuk maklumat
MARAMARA Keputusan keputusan pelajar
Pelajar
Proses 3: Janaan Laporan

Data Keputusan
Peperiksaan Dua storan data iaitu:
Storan data D1: Pelajar
IPT
D2 IPT Storan data D2: IPT
Maklumat Keputusan
Peperiksaan

3
Laporan Keputusan
Peperiksaan
Janaan Laporan

Rajah 4.8: Rajah Aliran Data Paras Pertama

Ulasan bagi Rajah 4.8:


 Perhatikan aliran data ‘Maklumat Pelajar’ daripada Storan Data D1
kepada entiti luaran IPT. Storan data tidak boleh dihubungkan terus
kepada atau daripada entiti.
 Perhatikan Proses 3. Tiada entiti luaran atau proses lain yang
meletuskannya. Proses 3 perlu diletuskan oleh sama ada proses lain atau
entiti luaran. Storan data tidak boleh meletuskan proses.
 Penamaan bagi proses 3 tidak sesuai. Adalah dicadangkan tukar
namanya kepada ‘Jana Laporan’.

ISBN 978-983-41293-6-1 105


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Rajah 4.9: Rajah Kes Guna

Ulasan bagi Rajah 4.9:


 Rajah Kes Guna bukan alat pemodelan berstruktur. Pelajar tidak
sepatutnya menggunakan notasi yang bukan dalam metod yang
digunakan.

Analisis Bilangan Elemen

Tiga entiti iaitu:


PELAJAR, IPT dan
SUBJEK.

Satu entiti hubungan-storan


iaitu:
Keputusan Peperiksaan.

Dua hubungan iaitu:


menuntut dan tawar.

Rajah 4.10: Rajah Hubungan Entiti

ISBN 978-983-41293-6-1 106


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Ulasan Rajah 4.10:


 Secara berasingan, rajah ERD tersebut nampaknya baik.

Rajah 4.11: Rajah Dekomposisi Modul Pengguna

Analisis Bilangan Elemen

Dua modul paras pertama iaitu:


PENGGUNA dan ADMIN.

Lima submodul bagi modul PENGGUNA iaitu:


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, MUATNAIK, MAKLUMAT PELAJAR, CARIAN dan
LOGOUT.

Ulasan Rajah 4.11:


 Secara berasingan, rajah tersebut nampaknya baik.

ISBN 978-983-41293-6-1 107


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Rajah 4.12: Rajah Dekomposisi Modul Admin

Analisis Bilangan Elemen

Tujuh submodul bagi modul ADMIN iaitu:


MAKLUMAT PELAJAR, KEPUTUSAN PELAJAR, MUATNAIK, CARIAN,
PENGGUNA, BERITA dan LOGOUT.

Ulasan Rajah 4.12:


 Secara berasingan, rajah tersebut nampaknya baik.

ISBN 978-983-41293-6-1 108


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Data dihantar
dari IPMA Transkrip pelajar
dalam format
Excel

IPMA

Data dalam format


Excel ditukar ke
Kemasukan data
format text file
melalui skrin
menggunakan
fungsi upload

Proses
pemindahan data
dari fail ke
pangkalan data

DB Keputusan
Peperiksaan

Laporan analisa

Skrin
pertanyaan
BPP

Rajah 4.13: Carta Alir

Ulasan Rajah 4.13:


 Pelajar ini menamakan rajah tersebut sebagai Carta Alir. Pelajar ini tidak
mengendahkan peraturan melukis Carta Alir. Rajah tersebut tidak
memenuhi ciri-ciri Carta Alir. Ini adalah contoh pelajar yang telah
membina notasi sendiri.
 Selain itu, carta alir tidak digunakan sebagai pemodelan bagi senibina
perisian, sebaliknya ia mewakili implementasi perisian, seperti juga kod-
pesudo.
 Sebenarnya pelajar ini ingin mengilustrasikan aliran data dan proses yang
berlaku. Sama ada untuk mewakili proses bisnes atau sistem yang ingin
dibina, beliau boleh menggunakan DFD, dengan paras yang lebih
terperinci.

Setelah kita melihat satu persatu rajah di atas, sekarang kita akan lihat pula
keseimbangan antara rajah-rajah yang telah dilukis itu.

Analisis Keseimbangan Model

Setelah meneliti Rajah 4.8 hingga Rajah 4.13 secara teliti, kita semak pula
ketidakseimbangan antara rajah tersebut.

ISBN 978-983-41293-6-1 109


Bab Keempat: Panduan Notasi Bagi Kaedah Berstruktur

Ulasan keseimbangan antara Rajah Aliran Data (Rajah 4.8) dengan Rajah
Dekomposisi (Rajah 4.11 dan Rajah 4.12):
 DFD hanya mempunyai tiga proses pada paras pertama, manakala Rajah
Dekomposisi memaparkan dua proses pada paras utama. Selain daripada
bilangan tersebut berbeza, proses-proses itu juga mempunyai nama yang
berbeza.
 Sepatutnya Rajah Dekomposisi memaparkan tiga proses utama yang ada
pada DFD iaitu Proses 1, 2 dan 3.

Ulasan keseimbangan antara Rajah Aliran Data (Rajah 4.8) dengan Rajah
Hubungan Entiti (Rajah 4.10):
 Terdapat hanya dua storan data dalam DFD iaitu IPT dan Pelajar. Namun
pada ERD terdapat empat storan data iaitu IPT, PELAJAR, SUBJEK dan
Keputusan Peperiksaan.

Jelas sekali rajah-rajah yang di atas tidak seimbang.

Alatan Pemodelan Data

Terdapat banyak alatan pemodelan data di pasaran yang boleh anda gunakan
bagi membantu menyediakan rajah pemodelan perisian anda. Sebahagian
alatan yang ada di pasaran ada disenaraikan dalam Lampiran A.

ISBN 978-983-41293-6-1 110

Anda mungkin juga menyukai