Anda di halaman 1dari 8

SURAT PERJANJIAN

SEWAAN MESIN FOTOSTAT

Perjanjian ini dibuat pada 12.01.2018 di antara SJKT LADANG CASHWOOD beralamat 32400
Ayer Tawar, Perak bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA yang selepas ini dirujuk sebagai PENYEWA
dengan M.H.C ENTERPRISE di alamat No. L4 Fasa 1C1 Tingkat Bawah, Bandar Baru 32040 Seri
Manjung, Perak yang selepas ini dirujuk sebagai PEMBEKAL.

Pihak Penyewa telah bersetuju supaya pihak Pembekal membekalkan secara “SEWAAN” satu
(1) unit Mesin Fotostat Ricoh Aticio (Black&White) MP2851/2550 dengan kadar sebulan
sewaan sebanyak RM60.00, PERCUMA sebanyak 2000 salinan dan caj tambahan sebanyak
RM0.03 setiap salinan yang berikutnya bagi 1 unit mesin fotostat mulai 12.01.2018 hingga
12.01.2021 kepada SJKT Ladang Cashwood. Mesin ini ditempat di Jadual E.

1. Syarat-syarat kepada Pembekal :


i) Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pemeriksaan dan membaiki
peralatan yang disebut semasa waktu pejabat biasa;
ii) Menyediakan alat ganti yang bersesuaian secara PERCUMA termasuk “toner”
kecuali kertas.
iii) Bertanggung jawab terhadap kehilangan perniagaan atau keuntungan atau apa
apa kerugian lain yang timbul termasuk kelewatan atau kegagalan untuk
menyediakan penyelenggaraan
2. Syarat-syarat kepada Penyewa :
i) Menyimpan peralatan tersebut pada setiap masa ditempat yang sama semasa
ianya dipasang, sekiranya berlaku pemindahan peralatan, notis awal secara
bertulis hendaklah diberi kepada pembekal sekurang-kurangnya satu (1) minggu
sebelum. Pihak Pembekal berhak untuk menamatkan perjanjian atau
mengenakan caj dan / atau menaikkan caj setiap salinan sekiranya terdapat
kenaikkan / tambahan dalam menyelenggara peralatan akibat daripada
pemindahan lokasi tersebut.
ii) Membenarkan kakitangan Pembekal memasuki tempat dimana peralatan
disimpan untuk tujuan pemeriksaan, penyelenggaraan atau pembaikan;
iii) Tidak melakukan sebarang perubahan atau pengubahsuaian terhadap peralatan
yang disebut semasa penyewaan;
iv) Menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang baik dan cermat;
v) Tidak menjual, menyewakan atau menggunakan peralatan yang disebut untuk
tujuan lain kecuali yang dibenarkan dalam perjanjian ini;
vi) Apabila tamat tempoh perjanjian ini, Pembekal berhak memasuki tempat
dimana peralatan disimpan untuk tujuan mengambilnya semula. Penyewa
hendaklah memberi notis bertulis satu (1) bulan sebelum tamat tempoh
perjanjian;
vii) Penyewa mempunyai pilihan untuk melanjutkan perjanjian ini secara tahunan;
viii) Perjanjian ini tidak akan berkuatkuasa sehingga ianya ditandatangani oleh wakil
yang diberi kuasa bagi pihak Pembekal dan Penyewa.
3. Cara Pembayaran
i) Bayaran asas adalah RM60.00 sebulan, PERCUMA bagi setiap 2000 salinan dan
caj tambahan sebanyak RM0.03 bagi setiap salinan yang berikutnya.
4. Notis Penyewaan
i) Samada pihak Pembekal atau Penyewa masing-masing boleh menamatkan
kontrak penyewaan dan mengembalikan peralatan tersebut jika penyewa
melanggar mana-mana syarat perjanjian atau melakukan perbuatan yang tidak
konsisten dengan apa-apa syarat perjanjian. Penyewa dikehendaki membayar
secara penuh apa-apa amaun yang dikenakan oleh Pembekal sebelum
penamatan;
ii) Perjanjian ini tertakhluk dengan Undang-Undang Malaysia. Tiada pemindaan,
perubahan atau penambahan kepada terma dan syarat yang terdahulu adalah
sah kecuali dibuat selepas tarikh ini secara bertulis dan ditandatangani oleh wakil
yang diberikan kuasa oleh Pembekal dan terma serta syarat di atas akan
digunapakai mengikut perintah yang dikemukakan kepada Penyewa.
Perjanjian ini ditandatangan di antara :

Pihak Pembekal : Pihak Penyewa:

M.H.C Enterprise SJKT Ladang Cashwood


No.L4 Fasa 1C1, Tingkat Bawah, 32400 Ayer Tawar,
Bandar Baru, Perak.
32040 Seri Manjung, Perak.

………………………………………………… ……………………………………………
(Nama & Cop Rasmi Pembekal) (Nama & Cop Rasmi Penyewa)

……………………………………………….. …………………………………………….
(Tandatangan Saksi) (Tandatangan Saksi)
JADUAL A
BUTIRAN SYARIKAT

NAMA SYARIKAT M.H.C ENTERPRISE

NO. PENDAFTARAN SYARIKAT IPO106786-X

PENUBUHAN SYARIKAT (DI BAWAH AKTA


SYARIKAT 1965 [AKTA125] ATAU DI BAWAH
AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956
[197])

ALAMAT PENDAFTARAN SYARIKAT No.150, Taman Sejati II, Jalan Lumut, 32000
Sitiawan, Perak

ALAMAT PERNIAGAAN SYARIKAT JIKA No. L4 Fasa 1C1 Tingkat Bawah, Bandar Baru,
BERBEZA DARI ALAMAT PENDAFTARAN 32040 Seri Manjung, Perak

NO. TELEFON 05-688 2045

NO. FAKS 05-692 3675

EMEL SYARIKAT mhcenteprise@gmail.com

NAMA PEGAWAI ATAU PERKHIDMAT


SYARIKAT BERKENAAN DENGAN PERJANJIAN
INI

Nota : Nyatakan dengan perkataan “TIDAK BERKENAAN” atau “tiada” jika maklumat dalam
ruangan di Jadual Amadalah tidak berkenaan atau tiada.
JADUAL B

TEMPOH PERJANJIAN, TARIKH BERKUATKUASA DAN TARIKH PENAMATAN PERJANJIAN

BIL PERKARA TEMPOH / TARIKH

1 TEMPOH PERJANJIAN (jumlah dalam 36 bulan


bulan)

2 Tarikh Berkuatkuasa 12.01.2018

3 Tarikh Penamatan 12.01.2021


JADUAL C

NILAI PERJANJIAN

NILAI PERJANJIAN (dalam perkataan) RINGGIT MALAYSIA

NILAI PERJANJIAN (dalam angka) RM


JADUAL D

AKAUN BANK PEMBEKAL

NAMA BANK RHB BANK BERHAD

ALAMAT BANK SITIAWAN

NO. AKAUN 2080-34000-31586


JADUAL E

JADUAL TAWARAN MESIN FOTOSTAT

BIL NAMA PREMIS BIL. MESIN CAJ SALINAN NO.SIRI MESIN


YANG
DIKENAKAN
i)≤2000 HELAI :
1 SJKT LADANG 1 UNIT PERCUMA M6583801015
CASHWOOD
ii)>2000 HELAI :
-pejabat- RM0.03/helai

Anda mungkin juga menyukai