Anda di halaman 1dari 2

Gaya Hidup Sihat

Mohammad Muizzudin Bin Ramzi (2KRK)

Gaya hidup sihat dapat ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
yang positif kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat.Tamsilnya,kehidupan sihat boleh berlaku
apabila individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu.Sudah pasti dalam kehidupan era moden
yang begitu banyak tekanan ini,gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera
melalui pelbagai inisiatif.
Setiap individu seharusnya mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan
seharian.Piramid makanan merupakan satu penunjuk aras yang boleh menjadi panduan dalam
pengambilan makanan seharian bergantung kepada peringkat umur dan gaya hidup seseorang.Kita
seharusnya mengelakkan makanan ringan dan makanan segera yang mengandungi bahan kimia
pengawet dan perisa.Hal ini demikian kerana pengambilan makanan segera secara berterusan
dalam tempoh yang lama boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit
jantung,darah tinggi atau kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara
kita.Tuntasnya diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria
kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi permakanan yang seimbang.
Selain itu,kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu mampu menjadi lebih sihat dan
menceriakan sekiranya aktiviti senaman yang berkala diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat.Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,berekriasi,berjalan atau berlari
bersendirian mahupun bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.Aktiviti seumpama ini
mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta meningkatkan sistem
imiunisasi mereka.Lazimnya,seseorang yang aktif memiliki tubuh badan yang sihat dan minda
yang cergas berbanding mereka yang jarang bersukan.Oleh itu,semakin kerap senaman
dilakukan,maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu dan semakin tinggilah tahap
kecerdasan mereka kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Di samping itu,mengutamakan kesihatan diri pada setiap masa merupakan salah satu cara
gaya hidup sihat bagi memastikan kita terhindar daripada sebarang penyakit.Keperluan asas seperti
menggosok gigi,mandi,berpakaian bersih serta waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian.Kita sewajarnya mengamalkan budaya mendisiplinkan diri
dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas makan
serta menutup makanan dengan baik agar tidak dihurung lalat mahupun gerai atau tempat makan
yang bersih semasa menjamu selera.Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan sebegini harus
diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masayarakat.
Seterusnya,inisiatif yang wajar diamalkan adalah dengan melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala.Mereka yang kerap melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor
yang bertauliah bukan sahaja peka pada tahap kesihatan mereka malah mereka juga dapat
mengenal pasti simptom-simptom awal penyakit kronik,semestinya mereka dapat merawat
penyakit tersebut di peringkat awal sebelum menjadi parah.Tambahan juga,ibu bapa memainkan
peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya mempunyai kesedaran untuk membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala.Ibu bapa juga hendaklah sentiasa peka terhadap isu semasa
berkenaan penyakit-penyakit baharu yang kian menular dalam kalangan masyarakat
kini.Tuntasnya,membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala menurut nasihat pakar adalah
penting bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa pada paras maksima.
Kesimpulannya,gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat.Sikap sesetengah masyarakat yang
masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak.Semua pihak seharusnya berganding bahu dalam memastikan gaya
hidup sihat menjadi budaya dan jati diri setiap lapisan masyarakat.Justeru,kita semua perlulah
memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati.

Anda mungkin juga menyukai