Anda di halaman 1dari 4

Tutorial 2a

1. Berapa kali lebih kuat bagi bunyi dari perpustakaan yang sunyi (40 dB) berbanding
dengan bisikan yang perlahan (20 dB)?

2. Jarak titik A dan B dari satu sumber yang memancarkan bunyi adalah 10 m dan 20
m masing-masing. Jika keamatan gelombang menerusi A ialah 8.0 x 10 -3 W m-2,
tentukan keamatan di B

3. Aras keamatan suatu bunyi ialah 80dB manakala aras keamatan bagi bunyi yang
satu lagi ialah 20 dB. Hitungkan nisbah keamatan bunyi pertama kepada yang
kedua.

4. Hingar (Noise) daripada suatu enjin jet diberikan 500.0 kW. Garis panduan
keselamatan negara (National safety guideline) menepatkan aras keamatan bunyi
yang selamat sebagai 100 dB. Dianggapkan penyerapan tenaga bunyi oleh udara
dapat diabaikan, tentukan
(a) aras keamatan bunyi yang dihasilkan oleh jet enjin pada jarak sejauh 200m
(b) jarak minimum dari jet enjin untuk aras keamatan bunyi yang selamat
(ambang pendengaran/hearing threshold, I o = 10-12 Wm-2)

5. Satu sumber bunyi yang kecil memancarkan tenaga secara sekata ke semua arah.
Untuk frekuensi tertentu, keamatan bunyi pada jarak 1.0 m dari sumber adalah
1.0 x 10-5 Wm-2, dan sepadan dengan amplitud ayunan molekul udara sebanyak 70
μm . Anggapkan bunyi merambat tanpa kehilangan tenaga, cari
(a) keamatan bunyi
(b) amplitud ayunan molekul udara
pada jarak 5.0m dari sumber

6. Rajah di atas menunjukkan pembesar suara yang disambung kepada penjana


frekuensi. Bunyi dengan frekuensi yang tetap dipancarkan dari pembesar suara.
Suatu zarah udara P berada di depan pembesar suara itu.
(a) Dengan bantuan satu gambarajah, huraikan gerakan zarah P.
(b) Huraikan perubahan gerakan zarah P apabila
(i) amplitud
(ii) frekuensi
gelombang bunyi itu meningkat.

1
7. Dalam satu eksperimen interferens gelombang, dua pembesar suara diletakkan
pada jarak 1.5 m antara satu sama lain. Ia disambungkan kepada penjana isyarat
audio untuk menghasilkan gelombang bunyi yang koheren pada frekuensi 0.5 kHz.
Hitung
a) panjang gelombang gelombang bunyi jika kelajuan bunyi ialah 300 ms -1
b) jarak antara dua bunyi lemah yang berturutan pada jarak serenjang 5 m dari
sumber bunyi.

2.4 m

8. Dalam rajah di atas, A dan B ialah dua pembesar suara yang sedang mengeluarkan
bunyi yang berfrekuensi 500 Hz. Pembesar suara A dan B boleh dianggap sebagai
dua sumber koheren.
(a) Terangkan erti sumber-sumber koheren.
(b) Seorang budak berjalan di sepanjang garis lurus XYZ pada jarak 2.4 m daripada
pembesar suara A dan B. Pada titik X dan Z, budak itu mendengar suatu bunyi
yang paling kuat dan pada titik Y, ia mendengar suatu bunyi paling lemah.
Nyatakan apa yang terjadi kepada gelombang bunyi
(i) pada titik X
(ii) pada titik Y
(c) Lakarkan corak gelombang bunyi yang dikeluarkan dari pembesar suara A dan B.
Tandakan pada lakaran kamu, satu garis nod dan satu garis antinod
(d) Halaju bunyi di dalam udara adalah 340 ms -1 dan jarak pemisahan di antara A dan B
adalah 1.5 m. Cari
(i) panjang gelombang bunyi
(ii) jarak pemisahan di antara X dan Z

2
9. Rajah di atas menunjukkan dua buah pembesar suara yang serupa diletakkan pada
jarak 1.5 m di antara satu sama lain di atas satu padang yang lapang. Kedua-dua
pembesar suara itu disambungkan kepada sebuah pengayun audio dengan frekuensi
200 Hz supaya kedua-dua sumber gelombang bunyi adalah koheren.
(a) Apakah jenis penerimaan bunyi yang akan diperoleh sepanjang lintasan AB?
(b) Huraikan jawapan di bahagian (b) di atas.
(c) Jika frekuensi pengayun audio ditambah kepada 300 Hz, terangkan sebarang
perubahan yang akan berlaku berbanding dengan jawapan (b) di atas.
(d) Apakah pemerhatian yang akan diperoleh jika satu pembesar suara dimatikan?

10. Sumber
pegun
laju gelombang laju
bunyi pemerhati

Adakah pemerhati mendengar frekuensi bunyi yang sama dengan frekuensi bunyi
dari sumber radio? Jelaskan/

11. Sebuah wisel memancarkan bunyi dengan frekuensi 440 Hz. Jika laju bunyi ialah
340 ms-1, apakah frekuensi bunyi yang dapat dikesan oleh pemerhati dalam sebuah
kereta yang bergerak dengan laju 20 ms-1.
(a) ke arah wisel itu
(b) menjauhi wisel itu

3
12. Satu sumber bunyi boleh menghasilkan bunyi di udara dengan frekuensi 300 Hz.
Sumber bunyi dan pemerhati adalah dalam satu garis lurus. Pemerhati berada
dalam keadaan pegun manakala sumber bunyi bergerak dengan laju tetap 100 km
sejam di sepanjang garisan. Laju gelombang bunyi ialah 330 m/s.
Tentukan frekuensi bunyi yang didengari oleh pemerhati jika sumber bunyi bergerak
(a) ke arah pemerhati
(b) menjauhi pemerhati

13. Sebuah kereta polis yang dipasang dengan siren bergerak dengan 30 ms -1 menuju
sebuah kereta pegun. Frekuensi siren adalah 100 Hz. Apakah
(a) frekuensi ketara siren yang didengar oleh pemandu dalam kereta pegun itu
(b) frekuensi ketara apabila kereta polis bergerak menjauhi kereta pegun itu.
(Laju bunyi = 330 ms-1)

14. Sebuah kereta polis yang diletakkan ( parked) di tepi jalan memasangkan sirennya.
Frekuensi siren itu adalah 1000Hz.
(a) Sebuah kereta bergerak pada laju 20 ms -1 di atas jalan yang sama. Apakah
frekuensi ketara siren yang didengar oleh pemandu apabila
(i) kereta menghampiri kereta polis
(ii) kereta menjauhi dari kereta polis

(b) Kereta polis itu kemudiannya mengejar kereta itu dengan laju 25 ms -1. Apakah
frekuensi kereta siren yang didengar oleh pemandu kereta apabila
(i) kereta polis berada di belakangnya
(ii) kereta polis telah mendahuluinya (has overtaken him)
(Laju bunyi = 330 ms-1)

15. Sebuah wisel menghasilkan bunyi berfrekuensi 100 Hz bergerak dengan halaju 50
ms-1. Seorang pemerhati juga bergerak dalam arah yang sama dengan halaju 25
ms-1. Jika laju bunyi di udara ialah 350 ms-1, apakah frekuensi bunyi yang didengari
oleh pemerhati.

Anda mungkin juga menyukai