5 169170386603212928 PDF

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 19

SJKTSM

Buku Rujukan Kata Kerja Dan Contoh Ayat Bahasa Melayu T6

DISEDIAKAN OLEH:

K.SHANMUGAM (GB)
K.YASOTHA (GURU ICT)
1 ) menuntun basikal 2) menatang dulang 3) mengandar bakul

4) mendukung anak 5) mengangkat kotak 6) menggalas beg sekolah

1. Raju menuntun basikalnya kerana rantai basikalnya terputus dalalm perjalanan.

2. Seorang pelayan menatang dulang berisi makanan sambil menuju ke meja pelanggan.

3. Seorang petani mengandar dua buah bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.

4. Puan Tan mendukung anaknya yang sedang menangis supaya dapat menenangkannya.

5. Encik Ramli membawa sebuah peti yang berisi barang-barang miliknya sambil berbual-bual

dengan rakannya.

6. Seorang murid menggalas beg sekolahnya sambil mengayuh basikal menuju ke sekolah.

1
7) memikul guni 8) mengepit fail 9) menjunjung bakul

menjinjing beg plastik

10) mengusung pesakit 11) memimpin anak 12) menyandang beg

7. Seorang pemuda memikul dua buah guni berisi beras sambil menuju ke rumahnya.

8. Seorang guru mengepit sekeping fail serta menjinjing beg tangannya sambil menuju ke

bilik guru.

9. Puan Salina menjunjung sebuah bakul sarat dengan sayur serta menjinjing dua buah beg

plastik berisi barang-barang dapur.

10. Dua orang kakitangan hospital mengusung seorang pasakit untuk dibawa masuk ke dalam

ambulans.

11. Puan Salmah memimpin tangan anaknya yang masih kecil sewaktu melintas jalan raya

dengan penuh berhati-hati.

12. Ravi menyandang sebuah beg serta menggalas sebuntil kain sambil meredah banjir menuju

ke tempat yang lebih selamat.


2
13) memandu kereta 14) menunggang basikal 15) mendayung sampan

16) membonceng motosikal 17) menaiki kereta api 18) menggonggong tulang

13. Encik Ravi bersama ahli keluarga memandu kereta pulang ke rumahnya selepas puas

berkelah di air terjun.

14. Ali dan kawan-kawannya menunggang basikal dengan berhati-berhati menuju ke rumah

masing-masing selepas sekolah tamat.

15. Raju mendayung sampan di sebuah sungai manakala kawannya menunjukkan arah yang

hendak ditujui.

16. Ramu membonceng motosikal ayahnya dengan mengalas raket badminton untuk menyertai

pertandingan badminton yang akan diadakan di sekolahnya.

17. Puan Ros dan anaknya bersiap sedia menaiki kereta api yang baru sahaja tiba di stesen

kereta api.

18. Seekor anjing menggonggong seketul tulang yang dijumpai di tepi jalan sambil berlari

menuju ke rumah tuannya.

3
19) mengelek segulung tikar 20)Mengukus 21)merebus

22) membakar 23) Menggoreng 24) Membakar

19. Seorang pemuda mengelek segulung tikar serta menjunjung sebuntil kain sambil meredah

air bah menuju ke tempat yang lebih tinggi.

20. Seorang wanita sibuk mengukus putu mayam untuk dijual di pasar malam.

21. Encik Ali dengan anak buahnya merebus beberapa ikat ketupat sebagai persediaan

menyambut Hari Raya Puasa nanti.

22. Pak Ali sedang membakar lemang untuk dijadikan hidangan khas pada Hari Raya Puasa kelak.

23. Puan Aminah menggoreng sayur di dapur untuk dihidangkan kepada ahli keluarganya sebagai

makan malam.

24. Seorang tukang masak mengeluarkan kek yang masih panas dari ketuhar dengan

berhati-berhati.

4
25) mencelur 26) menjerang 27) menyalai

28) memanggang 29) menanak 30) mereneh

25. Puan Siti mencelur beberapa ikat kangkung ke dalam air panas untuk menyediakan hidangan

khas.

26. Seorang wanita sedang menjerang air untuk memasak kopi sebagai minuman utama pada

waktu petang.

27. Beberapa ekor ikan sedang disalai di atas para-para oleh Enck Ali sebagai hidangan makan

malam.

28. Seekor ikan yang besar dipangggang di atas api yang sederhana.

29. Puan Siti menanak nasi menggunakan periuk elektrik di bilik dapur rumahnya dengan

berhati-hati.

30. Sup tulang hendaklah direneh untuk beberapa jam supaya rasanya lebih enak untuk

diminum.

5
31) terjelepok 32) tersembam 33) tersungkur

34) petik 35) kait 36) cop

31. Seorang tua terjelepok ketika berjalan di atas lantai yang licin namun tidak mengalami

apa-apa kecederaan.

32. Seorang kanak-kanak hampir tersembam sewaktu melalui kawasan air bertakung.

33. Seorang pemuda tersungkur ke dalam sungai kerana tersepak seketul batu besar ketika

hendak menangkap ikan.

34. Pak Ahmad sedang memetik beberapa biji rambutan yang telah masak dari pokok rambutan

di halaman rumahnya.

35. Pak Cik Ahmad mengait beberapa biji mangga yang telah masak menggunakan sebatang

galah yang panjang manakala cucunya berada di sisinya.

36. Pak Mat bekerja keras mengecop tandan kelapa sawit di kebunnya menggunakan sebatang

galah yang terpasang sebilah pisau khas.

6
37) sabit 38) kail 39) paut

40) kukur 41) ambil 42) cedok

37. Dua orang pesawah menyabit padi di bendang.

38. Encik Roslan mengail ikan bersama dua orang anaknya.

39. Rajan berpaut pada akar pokok semasa menyelamatkan kawannya dari lemas.

40. Kakak mengukur kelapa menggunakan alat kukur untuk membuat kuih kuaci.

41. Vijay membantu ibunya mengambilkan kain jemuran dari ampaian.

42. Encik Maniam menyedok gulai ikan di restoran sambil menatang sepinggan nasi.

7
43) kaut 44) tarik 45) pungut

46) mengapak 47) menyabit 48) mencantas

43. Jentera kaut digunakan untuk menimbus tayar – tayar yang terpakai.

44. Dua orang nelayan menarik jala bersama – sama dari kapal itu.

45. Seekor anjing liar memungut sisa makanan dari tong sampah yang dipenuhi dengan sampah

sarap itu.

46. Kumaran mengapak pokok kelapa dengan kapak untuk memudahkan memanjatnya.

47. Pekebun sedang menyabit rumput – rumput yang sudah tumbuh tinggi dengan sabit.

48. Encik Bala mencantas pokok – pokok yang sudah tumbuh tinggi di halaman rumahnya supaya

menjadi cantik.

8
49) menggergaji 50) mengerat 51) mengupas

52) membelah 53) memotong 54) memotong

49. Seorang tukang kayu sedang menggergaji sebatang papan yang panjang.

50. Ibu mengerat ubi kentang menggunakan pisau yang tajam.

51. Opah sedang mengupas ubi kentang dengan pisau di dapur.

52. Puan Anita membelah sebiji buah tembikai untuk dihidangkan semasa makan malam.

53. Pakcik Ramli memotong rebung yang tumbuh di belakang rumahnya.

54. Encik Tan memotong daging dengan pisau pemotong daging yang tajam.

9
55) meraut 56) membelah 57) memesin

58) menenun 59) menjahit 60) menganyam

55. Encik Muthu meraut sebatang buluh untuk dijadikan batang satey.

56. Ayah Susmitha membelah sebatang buluh menggunakan parang yang tajam.

57. Seorang pemuda memesin rumput yang tumbuh di sekeliling rumahnya.

58. Puan Rosmah menenun kain songket menggunakan alat menenun.

59. Nenek sedang menjahit baju yang ditempah oleh Rita.

60. Puan Halimah menganyam tikar dengan daun mengkuang.

10
61) mengait 62) menyulam 63) menganyam

64) menggulung tikar 65) menguli tepung 66) menggobek sirih

61. Puan Hasmah mengait alas meja menggunakan jarum dan benang sambil duduk di atas sofa.

62. Puan Aimi mengulam gambar bunga pada sapu tangan anak perempuannya.

63. Encik Lim menganyam bakul dan raga untuk menambah pendapatan keluargannya.

64. Encik Ahmad menggulang tikar selepas semua barangnya habis dijual.

65. Puan teoh sedang menguling tepung di dapur untuk membuat kuih sakoi.

66. Nenek menggobek sirih sambil duduk bersila di anjang rumah.

11
67) menggesek biola 68) mengelecek bola 69) menggubah bunga

70) merenjis air mawar 71) menjirus air mawar 72) membela diri

67. Ramli menggesek biola dengan merujuk nota muzik itu.

68. Ravin mengelecek bola dari pasukan lawannya dengan lincah sekali.

69. Pada masa lapang, Kumaresh suka menggubah bunga untuk dijadikan hiasan rumah.

70. Makcik Tipah merenjis air mawar semasa upacara bersanding anak buahnya.

71. Pak Leman menjirus air mawar di atas kubur isterinya yang telah meninggal dunia bulan lalu.

72. Seorang perompak membela diri bahawa dia tidak bersalah semasa perbicaraan di

mahkamah.

12
73) menebar jala 74) meniti jambatan gantung 75) menampan bola

76) mengisar lada 77) mengacau gulai 78) menjulang piala

73. Suren menebar serawan jala di kolam untuk menangkap ikan.

74. Pengembara itu meniti jambatan gantung sambil menghayati keindahan alam semulajadi.

75. Pasukan sepak takraw Malaysia berjaya menampan bola yang dibalas daripada pasukan

lawan.

76. Kakak menolong ibu untuk mengisar lada menggunakan mesin pengisar.

77. Pak Mat dan akanknya mengacau gulai ayam untuk dihidangkan di jamuan perkhawinan.

78. Mukesh berjaya menjulang piala dengan mendapat tempat pertama dalam acara larian 100

meter.

13
79) menelaah pelajaran 80) membalut hadiah 81) meraung-raung

82) berucap 83) berbahas 84) berlakon

79. Kavin menelaah pelajaran dengan bersungguh – sungguh untuk mencapai keputusan yang

cemerlang.

80. Rani membalut hadiah hari lahir abangnya dengan kertas pembalut yang cantik.

81. Seorang budak lelaki yang kehilangan ibu bapoanya sedang meraung – raung.

82. Guru Besar berucap pada Hari Sambutan Hari Guru di atas pentas.

83. Rina dan pasukan perbahasannya berbahas dengan penuh yakin dengan idea – idea yang

bernas.

84. Murid - mujrid SJK(T) Simpang Morib mendapat peluang untuk berlakon dalam

Pertandingan Drama antara Sekolah – Sekolah Negeri Selangor.

14
85) berkelah 86) berkhemah 87) berlumba

88) hinggap 89) mengeram 90) mengesot

85. Pada hujung minggu yang lalu, keluarga Anita telah berkelah di tepi pantai Morib.

86. Pasukan Pengakap Sekolah SJK ( T ) Simpang Morib berkhemah di atas bukit Jugra.

87. Murid – murid lelaki sedang berlumba lari di Stadium Jugra.

88. Seekor burung terkukur sedang hinggap di atas dahan pokok.

89. Seekor ayam betina sedang mengeram telur – telurnya di dalam reban.

90. Seekor siput babi mengesot di atas busut dengan perlahan.

15
91) kemarau 92) tengkujuh 93) bah

94) terperosok 95) tergelincir 96) tergeluncur

91. Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tumbuh – tumbuhan dan haiwan mati di

kawasan pedalaman itu.

92. Musim tengkujuh telah menyebabkan kampung itu dilanda banjir.

93. Hujan yang berpanjangan selama seminggu telah memyebabkan bah di negeri Kelantan.

94. Sebuah kereta pacuan empat roda telah terperosok di dalam anak sungai.

95. Seorang murid lelaki terpijak kulit pisang lalu tergelincir.

96. Sebuah bas telah tergeluncur dari jalan raya menyebabkan kesesatan lalu lintas.

16
97) terduduk 98) tercekik 99) terjatuh

100) tercemar 101) terlentang 102) terdedah

97. Makcik Rosmah terduduk di tepi jalan kerana kaki kanannya tercedera.

98. Vinesh minum air dengan segera apabila dia tercekik semasa makan ayam goreng.

99. Steven terjatuh dari pokok apabila dia terpijak dahan yang reput.

100. Sungai di kampung itu tercemar kerana pembuangan sampah – sarap oleh penduduk yang

tidak bertanggunjawab.

101. Adik Aiman yang baru berusia dua bulan sedang baring terlentang.

102. Makanan dan minuman di atas meja makan tidak selamat dimakan kerana telah terdedah

kepada lalat.

17
103) tersandung 104) tercegat 105) terkurung

106) terlucut 107) terpijak 108) terawang-awang

103. Deva tersandung pada batu lalu terjatuh di tepi sungai semasa dia pergi menangkap ikan.

104. Kabilan tercegat melihat alat muzik tradisional di Muzium Negara.

105. Seekor burung merbak terkurung di dalam sangkar burung.

106. Tulang yang digonggong oleh seekor anjing terlucut dari mulutnya lalu jatuh ke dalam

sungai.

107. Samuel terpijak tahi lembu di jalan raya semasa dia berjoging.

108. Angkasawan terawang – rawng di udara semasa berada di atas bulan.

18

Anda mungkin juga menyukai