Anda di halaman 1dari 16

1

MODUL BERFOKUS TEMA 7 & 12, SPM SEJARAH TAHUN 2017

TINGKATAN 4
TEMA 7: TAMADUN AWAL MANUSIA
TAJUK: BAB 1 – PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN (TING.4)
TAMADUN MESIR PURBA:

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang membentuk delta yang subur
bagi pertanian dan bersesuaian bagi pembinaan petempatan kekal. Tamadun ini telah banyak memberikan
sumbangan yang besar kepada masyarakat dunia sehingga kini.

(a) Nyatakan proses pembentukan tamadun Mesir Purba. [4 markah]

Proses pembentukan tamadun Mesir Purba bermula di Lembah Sungai Nil. Sungai Nil mengalir dari
bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Sungai Nil berpunca dari Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih.
Sungai-sungai tersebut telah membawa tanah lanar yang subur ke padang pasir. Keadaan tersebut
menyebabkan sungai-sungai tersebut membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan
petempatan. Petempatan kekal di sepanjang lembah tersebut telah berkembang menjadi sebuah
perkampungan. Bandar-bandar pula digabungkan menjadi sebuah daerah/nome. Kesemua nome disatukan
menjadi pusat pentadbiran. Contohnya bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

(b) Bagaimanakah masyarakat Mesir Purba berkembang sehingga menjadi pusat tamadun awal dunia?
[6 markah]

Petempatan kekal berasaskan pertanian yang telah didirikan membolehkan masyarakat Mesir Purba
berkembang menjadi pusat tamadun awal dunia. Petempatan tersebut bergabung menjadi kampung,
kemudian menjadi bandar yang membentuk nome. Nome disatukan dengan bandar dan menjadi pusat
pentadbiran. Contohnya, seperti Thinis, Memphis dan Thebes. Seterusnya pembinaan terusan. Pembinaan
terusan telah menukarkan padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.

Selain daripada itu, masyarakat Mesir Purba juga berkembang melalui penciptaan sistem tulisan. Bentuk
tulisan tamadun Mesir Purba ialah hieroglif. Tulisan tersebut mempunyai kombinasi gambar dan simbol
berdasarkan bunyi. Dengan adanya sistem tulisan, aktiviti pertanian dan cukai telah dapat dicatatkan pada
masa itu.

(c) Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Mesir Purba [6 markah]

Sistem pemerintahan tamadun Mesir Purba diterajui oleh Firaun. Raja berkuasa mutlak dan dianggap
suci. Jawatannya diwarisi turun temurun. Firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan. Terdapat banyak tuhan
dalam tamadun Mesir seperti Tuhan Horus, Tuhan Matahari dan Amon Re. Firaun berperanan sebagai ketua
pendeta. Firaun merupakan pemilik tanah yang menjadi ketua hakim dan ketua pahlawan.

Seterusnya, Firaun dibantu oleh golongan bangsawan. Mereka menjalankan pentadbiran untuk
keamanan serta mengurus dan mengagihkan makanan dalam negara. Golongan bangsawan terdiri daripada
pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.

Rahib menjaga keagamaan. Golongan tersebut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam
dan dilantik merekod urusan kerajaan. Selain daripada itu, tamadun Mesir mengiktiraf wanita sebagai
pemimpin. Wanita dilantik firaun iaitu Firaun Hatshepsut. Era pemerintahannya berlaku perubahan terusan
dan penukaran padang pasir kepada kawasan pertanian. Bukti wanita mampu memerintah dan mempunyai
status yang tinggi.
3

(d) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal sehingga hari ini.
[8 markah]

Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal sehingga hari ini ialah dari segi
seni bina iaitu Piramid yang telah dibuat dengan menggunakan batu bata.

Tamadun Mesir telah memberikan sumbangan yang besar dalam sistem pendidikan. Kanak-kanak yang
berasal daripada keluarga atasan diberikan pendidikan sejak umur rendah yang diurus oleh rumah ibadat dan
kerajaan. Keadaan ini telah melahirkan jurutulis dan pegawai kerajaan yang dapat mengurus hal ehwal
pertanian, kawalan air sungai dan binaan bangunan.

Seterusnya, sumbangan penciptaan kertas. Tamadun Mesir telah mencipta kertas daripada pokok
papyrus yang digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa.

Penciptaan sistem tulisan juga merupakan sumbangan besar tamadun Mesir Purba terhadap masyarakat
dunia yang kekah sehingga hari ini. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba bebentuk hieroglif. Tujuan tulisan
tersebut adalah untuk mencatat aktiviti pertanian. Hal ini akan memudahkan mereka merekod segala
kutipan cukai dan merekod amalan dan ritual agama.

Sumbangan yang seterusnya ialah kemajuan dalam ilmu perubatan. Masyarakat tamadun Mesir sangat
mahir memumiakan mayat. Hal ini telah melahirkan pengamal perubatan yang mempunyai kemahiran dalam
bidang pembedahan.

Sistem kalendar juga merupakan sumbangan tamadun Mesir. Sistem kalender mempunyai 365 hari
setahun dan 12 bulan dalam setahun. Hal ini telah membolehkan pengetahuan ilmu astromi dan matematik
wujud pada masa tersebut.

(e) Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pencapaian Malaysia kini yang boleh menjadi kebanggaan
generasi akan datang. [6 markah]

Pencapaian Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan generasi akan datang ialah adanya persefahaman
antara pelbagai kaum. Hal ini kerana, meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina
namun mereka masih lagi boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Contohnya berlaku
kestabilan dalam sistem perintahan dan politik negara Malaysia.

Malaysia juga turut mencapai kejayaan dalam sektor ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kemajuan
yang telah dicapai oleh kerajaan dalam bidang kejayaan penciptaan kereta nasional iaitu Proton. Lapangan
Terbang Antarabangsa Kualau Lumpur dan monorail juga merupakan kejayaan dari aspek ekonomi yang
boleh dibanggakan oleh generasi pada hari ini.

Selain daripada itu, Malaysia juga telah memberikan pencapaian yang membanggakan dalam bidang
sukan di peringkat antarabangsa. Hal ini membuktikan masyarakat Malaysia juga mampu bersaing di
peringkat antarabangsa setanding dengan atlet-atlet luar negara seperti Dato Nicol Ann David yang
merupakan pemain nombor satu dunia dalam sukan skuasy. Datuk Lee Chong Wei juga telah mengharumkan
nama negara kerana pernah merangkul gelaran pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton.

(f) Nyatakan peranan yang dapat anda lakukan bagi menjamin Malaysia terus maju di masa hadapan
[6 markah]

Peranan yang dapat saya lakukan bagi menjamin kemajuan Malaysia di masa hadapan ialah,
meningkatkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana, melalui pengetahuan kita akan dapat merancang kemajuan
negara dari peringkat awal lagi. Contohnya ialah, melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran dalam teknologi moden dan terkini.
4

Selain itu, peranan yang dapat dilakukan ialah, memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan dapat melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan sentiasa
mempunyai wawasan jangka panjang dan jangka pendek. Contohnya, sentiasa bersikap gigih untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan.

(g) Berikan cadangan anda untuk menjadikan negara kita sebagai pusat perubatan antarabangsa
[6 markah]

Cadangan saya untuk menjadikan negara kita sebagai pusat perubatan antarabangsa ialah, mewujudkan
pusat penyelidikan perubatan. Hal ini kerana, dengan adanya pertambahan institusi perubatan, prasarana
perubatan akan dapat menjadi asas perkembangan perubatan negara. Contohnya seperti, institut
penyelidikan perubatan PPUM dan HUKM.

Selain itu, memupuk minat rakyat dalam bidang perubatan dengan cara memberi pendedahan
pendidikan asas perubatan diperingkat usia muda lagi agar dapat mencungkil minat pelajar semenjak di
bangku sekolah lagi dengan cara memberikan maklumat awal di peringkat sekolah. Contohnya Kelab Doktor
Muda/BSMM.

Kerjasama serantau juga merupakan cara untuk menjadikan negara kita sebagai pusat perubatan
antarabangsa. Hal ini kerana, kerjasama serantau secara tidak langsung akan dapat mewujudkan perkongsian
teknologi. Sebagai contohnya seperti program pertukaran pelajar akan dapat melahirkan pelajar perubatan
yang bertaraf antarabangsa dan mendapat pengiktirafan luar negara.

TAMADUN HWANG HO
(a) Jelaskan proses pembentukan tamadun Hwang Ho [4 markah]

Proses pembentukan tamadun Hwang Ho bermula di lembangan Hwang Ho yang subur. Keadaan ini menarik
penduduk nomad untuk tinggal menetap di kawasan tersebut. Contohnya, Tapak Banpo merupakan petempatan awal
penduduk Hwang Ho. Penduduknya menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Selain itu, mereka mengumpul
hasil hutan dan memburu.

Bermula dari petempatan ini maka wujudlah beberapa buah Bandar seperti Anyang yang merupakan pusat
kerajaan Dinasti Shang. Dinasti Shang membawa banyak kemajuan seperti perluasan wilayah dan penyebaran
budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.

(b) Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho berdasarkan dinasti di bawah ini. [4 markah]
(i) Dinasti Shang
(ii) Dinasti Chou

(i) Sistem pemerintahan semasa Dinasti Shang ialah sistem pemerintahan beraja dan,pengganti raja adalah
daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja.

Selain itu, raja-raja berkuasa di kawasan pusat pentadbirannya dan masyarakatnya percaya kuasa raja
merupakan mandat daripada tuhan. Raja-raja tidak perlukan pengesahan politik kerana mereka adalah
keturunan pemerintah agama.

Seterusnya Raja yang adil mewujudkan kemakmuran. Dalam hal ini, Dinasti Shang hilang mandate
kerana zalim.
5

(ii) Sistem pemerintahan semasa Dinasti Chou diketuai oleh raja yang dibantu oleh Ketua Menteri dan enam
badan yang mengurus soal pertanian, tentera dan undang-undang.

Selain itu, raja-rajanya membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah yang
dikendalikan pembesar-pembesar tempatan. Dalam hal ini, raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar
tempatan melalui ikrar taat setia selain memberi hadiah seperti kereta kuda dan hamba. Pembesar-pembesar
juga perlu melindungi raja dan memberi bantuan tentera semasa perang.

(c) Jelaskan ciri-ciri tamadun Hwang Ho . [6 markah]

Ciri-ciri tamadun Hwang Ho yang pertama ialah dalam aspek Negara kotanya iaitu Anyang. Bandar Anyang terletak
di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di dalam terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran.

Ciri yang kedua ialah organisasi sosial masyarakat tamadun Hwang Ho. Dalam hal ini, ianya terbahagi kepada dua
golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan.Golongan atasan terdiri daripada raja dan pembesar
manakala golongan bawahan terdiri daripada golongan petani.

Ciri yang ketiga ialah berkaitan agama dan kepercayaan tamadun Hwang Ho. Masyarakat tamadun Hwang Ho
mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politisme. Masyarakat Shang pula mengamalkan
penyembahan roh nenek moyang termasuk menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi. Mereka juga menyembah
sungai, bukit dan gunung.

Ciri yang terakhir ialah sistem tulisan. Sistem tulisan tamadun Hwang Ho bermula dari rekahan-rekahan pada
tulang oracle. Tulisan China ini berbentuk ideogram iaitu simbol .

(d) Sejauh manakah tamadun Hwang Ho menyumbang kepada peradaban dunia? [8 markah]

Diantara sumbangan tamadun Hwang Ho ialah dalam aspek politik tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi
sistem pemerintahan China Kuno. Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.Selain itu
gelaran raja ditukar kepada maharaja

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam aspek ekonomi pula ialah pembinaan sistem pengairan yang digunakan
untuk mengairi kawasan pertanian dan mengelakkan banjir. Selain itu, terdapat juga kemajuan dalam teknologi
pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.

Sumbangan tamadun Hwang Ho yang seterusnya ialah sistem tulisan. Sistem tulisannya berkembang secara
evolusi dan digunakan sehingga hari ini. Selain itu, penggunaan tulisan ini adalah meluas dalam bidang penulisan dan
percetakan.Ianya diajar disekolah-sekolah China dan turut digunakan orang Jepun dan Korea.

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam aspek kepercayaan pula ialah pemujaan roh nenek moyang. Unsur
pemujaan diteruskan mengikut kesesuaian masa. Misalnya, korban manusia digantikan dengan makanan, duit
kertas dan barang perhiasan. Selain itu terdapat juga konsep Yin dan Yang serta Feng Shui.

Tamadun Hwang Ho juga menyumbang kepada penciptaan sistem Kalendar iaitu 30 hari dalam sebulan dan 360
hari dalam setahun. Kalender digunakan untuk menentukan musim menanam dan menuai serta menjalankan aktiviti
harian seperti upacara perkahwinan , perburuan atau pengebumian.

Sumbangan yang terakhir ialah pengamalan falsafah perang Sun Tzu iaitu the Art of War. Karya ini membicarakan
selok belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan.
6

(e) Pada pandangan anda, apakah nilai yang dapat diteladani daripada masyarakat Tamadun Hwang Ho untuk
membina tamadun masa kini? [6 markah]

Pada pandangan saya, diantara nilai yang dapat diteladani daripada masyarakat Tamadun Hwang Ho untuk membina
tamadun masa kini ialah kecekalan. Nilai kecekalan ini dapat dilihat daripada sikap para pemimpin dan masyarakat di
dalam Tamadun Hwang Ho yang berjaya mengawal aliran sungai . Masyarakat hari ini juga seharusnya cekal menghadapi
pelbagai situasi yang berlaku di dalam dan luar Negara kita. Contohnya mengatasi masalah-masalah sperti kejatuhan mata
wang Negara di pasaran dunia.
Nilai yang kedua ialah Kreatif dan Inovatif. Ini terbukti kerana mereka berjaya menghasilkan ciptaan baru seperti
cangkul dan sabit. Justeru rakyat dinegara kita juga haruslah kreatif dan inovatif agar dapat menyumbang sesuatu
kepada Negara .Contohnya dalam bidang automobil, negara kita berjaya menghasilkan kereta jenama tempatan seperti
Proton dan Produa.

Nilai yang terakhir ialah nilai berusaha . Masyarakat tamadun Hwang Ho berusaha dengan gigih untuk memajukan
ekonomi negara mereka. Nilai ini seharusnya kita teladani dengan sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan yang
menyumbang kepada kemajuan ekonomi Negara .Contohnya, Dasar Ekonomi Baru .

(f) Bagaimanakah generasi hari ini boleh mengekalkan kegemilangan tamadun Negara? [4 markah]

Generasi hari ini boleh mengekalkan kegemilangan tamadun Negara dengan menguasai ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang seperti Sains dan teknologi . Ini akan dapat membantu mereka menghasilkan pelbagai ciptaaan baru
yang bermanfaat dan menyumbang kepada kegemilangan Negara.

Selain itu, berani menghadapi cabaran. Generasi yang berani menghadapi cabaran pasti mempunyai semangat
yang kental berhadapan dengan pelbagai situasi yang berlaku di sekeliling mereka dan mampu menanganinya dengan
baik.

Seterusnya matang dalam tindakan. Ini kerana generasi yang matang akan berfikir dengan rasional dan berhati-
hati dalam setiap yang dilakukan bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan nama
baik dan kegemilangan Negara . Contohnya tidak terlibat dengan demosntrasi dan pertubuhan haram.

TAJUK: BAB 2 – PENDIDIKAN (TING.4)


TAMADUN YUNANI:

1. Jelaskan tujuan pendidikan di Yunani? [4 markah]

Tujuan pendidikan di Yunani ialah melahirkan manusia yang seimbang dalam pencapaian rohani dan
jasmani. Selain itu, untuk melahirkan manusia yang cemerlang dengan memenuhi tuntutan mental dan
fizikal. Seterusnya, dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan manusia. Akhir sekali, dapat
melahirkan warganegara yang sempurna, gagah dan setia.

2. Bagaimanakah sistem pendidikan dijalankan di Sparta? [4 markah]

Sistem pendidikan dijalankan di Sparta dengan membentuk warganegara tentera. Hal ini dengan
mendidik tentera menjadi sempurna, gagah dan setia kepada negara kota. Selain itu, mementingkan latihan
fizikal dan tidak mementingkan pendidikan mental. Hal ini dengan mengutamakan kemahiran
menggunakan senjata.
7

TAMADUN INDIA:

1. Pada pandangan anda, jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun India pada
Zaman Vedik. [6 markah]

Pada pandangan saya, perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ialah
mementingkan keagamaan. Ini kerana agama Hindu dianggap sebagai teras pendidikan. Hal ini menyebabkan
pendidikan didominasikan kaum lelaki manakala wanita tiada ruang dalam menerima pendidikan.

Di samping itu, memberikan perhatian dalam pengajian kitab-kitab Veda. Bahasa Sanskrit sebagai
medium pengajaran. Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.

Seterusnya, tujuan pendidikan adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Ini
kerana, pendidikan mementingkan pembelajaran hukum agama supaya masyarakat dapat hidup sempurna
dengan nilai-nilai murni.

Selain itu, pendidikan bermula di istana dan kuil. Pendidikan tinggi bermula di Kolej Brahman. Abad ke-
empat, lahir universiti agama Buddha/Nalanda. Tujuan pendidikan untuk menjadi Brahmin yang
berpendidikan, menambahkan ilmu, mengatasi buta huruf dan mendapatkan jawatan dalam pemerintahan.

TAMADUN CHINA:

1. Tamadun China telah membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan masyarakat hingga ke hari ini.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong pandangan tersebut. [4 markah]

Tamadun China telah membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan masyarakat hingga ke hari ini
dengan memperkenalkan sistem pendidikan awam. Sistem pendidikan ini berasaskan tiga peringkat iaitu
peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Selain itu, tamadun China menjadikan pencapaian dalam pendidikan untuk melayakkan seseorang
dilantik menjadi pegawai kerajaan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kerjaya kepada semua golongan.

Seterusnya, tamadun China memperkenalkan sistem peperiksaan awam. Peperiksaan ini mengandungi
tiga tahap iaitu Hsiu Tai, Chun-Jen dan Chin Shih. Hal ini menyebabkan tamadun China telah
memperkenalkan peraturan yang ketat dalam peperiksaan. Contohnya mereka yang didapati meniru
dikenakan hukuman mati.

SOALAN KBAT:
1. Adakah peningkatan dalam bidang pendidikan boleh membantu meningkatkan kemajuan ekonomi
negara ? Berikan penjelasan anda. [6 markah]

Ya, peningkatan dalam bidang pendidikan boleh membantu meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Ini
kerana pendidikan dapat melahirkan tenaga mahir untuk meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, pendidikan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini membolehkan para
penyelidik mencipta teknologi baharu dalam pelbagai bidang. Contohnya telekomunikasi.

Seterusnya, dapat mempercepatkan proses pemindahan teknologi dari luar. Ini kerana pelajar-pelajar
Malaysia yang belajar di luar negara boleh memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk kemajuan negara.

Di samping itu, pendidikan meningkatkan penguasaan dalam ilmu perdagangan. Ini bertujuan untuk
melicinkan hubungan perdagangan antarabangsa.
8

2. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menghasilkan tenaga kerja berpendidikan yang
boleh memajukan negara. Berikan penjelasan anda. [4 markah]

Langkah tersebut telah mencapai kejayaan dengan menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar
negara Hal demikian berjaya menghasilkan tenaga kerja mahir yang berpendidikan tinggi.

Selain itu, menambahkan bilangan institusi pendidikan tinggi dalam negara. Hal ini dapat membuka
lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk menimba ilmu pengetahuan.

Di samping itu, menghantar pekerja Malaysia mengikuti kursus dalam bidang industri di negara luar. Ini
bertujuan untuk meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang tersebut.

Akhir sekali, melakukan transformasi dalam pendidikan negara. Ini penting untuk memberi penekanan
kepada dua bidang yang penting iaitu akademik dan kemahiran. Ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar
yang mahir dan berpendidikan.

3. Pendidikan bercirikan keagamaan amat penting kepada masyarakat masa kini. Berikan komen anda.
[6 markah]

Pendidikan bercirikan keagamaan amat penting kepada masyarakat masa kini untuk memantapkan
pengetahuan ilmu agama. Ini kerana ilmu agama dapat membentuk akhlak yang mulia supaya nilai-nilai
murni mudah diterapkan ke dalam jiwa individu. Contohnya bertanggungjawab dan jujur.

Seterusnya, mengurangkan tingkah laku tidak sopan dan jenayah dapat dibendung. Ini dapat
membentuk sahsiah diri yang positifi pelajar sama ada di sekolah atau di rumah.

Selain itu, masyarakat bertamadun dapat dilahirkan iaitu masyarakat yang mementingkan ilmu
pengetahuan yang dapat merealisasikan masyarakat madani di negara kita.

Akhir sekali, dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam negara dengan mengelakkan gejala
rasuah dalam anggota masyarakat.

TAJUK: BAB 2 – SENI BINA (TING.4)

1. Apakah faktor yang mendorong peningkatan seni bina dalam tamadun awal? [6 markah]

Antara faktor yang mendorong peningkatan seni bina dalam tamadun awal ialah menunjukkan
ketahanan masyarakat tamadun awal. Ini kerana mereka sanggup menghadapi cabaran untuk menghasilkan
monumen. Ini bertujuan untuk mengabadikan pencapaian agung demi bangsa, agama dan rajanya. Contohnya
Acropolis pusat pentadbiran di Athens.

Selain itu, dipengaruhi oleh kepimpinan yang berwibawa. Ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat.
Di samping itu, untuk meningkatkan jati diri bahawa setiap usaha akan mencapai kejayaan. Contohnya
Pantheon merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia.

Seterusnya, keunikan reka bentuk yang berlainan. Contohnya, Tembok Besar China. Ini kerana tembok
ini dibina sepanjang 1500 batu dengan rekaan yang mempunyai tembok batu. Selain tembok batu, terdapat
juga gerbang yang dikeliling parit besar dan menara untuk mengukuhkan benteng pertahanan.
9

2. Mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara seni bina yang berunsur sejarah?
Berikan penjelasan anda. [6 markah]

Sebab kita perlu menjaga dan memelihara seni bina yang berunsur sejarah kerana ia merupakan warisan
peninggalan sejarah yang bernilai. Hal ini akan menarik pelancong sekaligus meningkatkan ekonomi Negara.
Contohnya, Istana Lama Seri Menanti dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selain itu, menjadi rujukan dan warisan kepada generasi pada masa akan datang. Hal ini supaya
mengingatkan generasi pada masa akan datang agar terus mempertahankan kemerdekaan negara dan
memastikan kita tidak dijajah lagi. Misalnya, kubu kota A Famosa mengingatkan tentang penaklukan Portugis
ke atas Melaka.

3. Jelaskan kepentingan pembinaan bangunan di bawah ini pada masa kini. [6 markah]

Antara kepentingan pembinaan bangunan Parlimen Malaysia ialah merupakan simbol demokrasi
berpalimen di negara kita. Selain itu, simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Ia juga menempatkan
dewan rakyat / dewan Negara

Manakala kepentingan Menara Berkembar Petronas ialah mercu tanda utama bandaraya Kuala Lumpur.
Selan itu, sebagai tarikan pelancong luar. Ia juga adalah pusat membeli belah yang menarik.

Seterusnya ialah pusat pameran penerokaan sains dan petroleum, Pusat konvensyen, Pusat pameran
rekacipta dan inovasi antarabangsa, Pusat pameran dan penerokaan alam Aquaria dan Pendidikan tentang
binatang/ hidupan marin
10

TINGKATAN 5
TEMA 12: MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

TAJUK: BAB 9 – DASAR LUAR MALAYSIA (TING.5)

Malaysia mengamalkan dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar
luar negara.

(a) Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia. [4 markah]

Bentuk hubungan luar Malaysia yang pertama ialah bentuk hubungan bilateral. Hubungan bilateral
merujuk pada hubungan secara terus dengan negara tertentu. Contohnya Malaysia menjalinkan hubungan
dengan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Selain itu, hubungan luar Malaysia yang kedua adalah hubungan multilateral. Hubungan multilateral
merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Pertubuhan serantau iaitu ASEAN
dan pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan Komanwel.

(b) Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia [6 markah]

Faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia yang pertama adalah faktor sejarah. Hal ini
kerana, Malaysia adalah sebahagian daripada negara kesultanan Melayu Melaka yang menjalinkan
hubungan dengan negara lain melalui hubungan perdagangan dengan China dan Arab.

Selain itu, faktor ekonomi juga merupakan asas penggubalan dasar luar Malaysia. Hal ini kerana,
Malaysia merupakan negara pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajah British lagi.
Justeru, pada masa kini terjalinlah hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Britain dan Amerika Syarikat.

Disamping itu, faktor ketiga adalah faktor politik. Hal ini kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan
sistem demokrasi berparlimen. Oleh itu, Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara yang mengamalkan
demokrasi seperti Thailand dan indonesia.

Seterusnya, faktor keempat adalah faktor geografi. Hal ini kerana, Malaysia berkedudukan strategik dan
bersempadan dengan kebanyakan negara serantau seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

Faktor terakhir adalah faktor demografi. Hal ini kerana, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik yang
baik dengan negara-negara Islam seperti dengan Arab Saudi dan Mesir sejajar dengan penduduk Malaysia
majoriti beragama Islam.

(c) Terangkan perkembangan dasar luar negara pada tahap pertama yang bersifat pro-barat? [6 markah]

Dasar luar negara pada tahap pertama bersifat pro-barat kerana disebabkan faktor politik. Hal ini kerana,
negara menerima ancaman komunis khususnya daripada Parti komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia
memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel seperti Britain, Australia dan New
Zealand. Bagi menyekat pengaruh komunis, Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-
Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956.

Selain itu, disebabkan oleh faktor ekonomi. Hal ini demikian, Malaysia masih memberikan tumpuan
kepada dua hasil utamanya iaitu bijih timah dan getah. Justeru Malaysia masih mengharapkan sepenuhnya
permintaan daripada negara barat seperti Britain.
11

Disamping itu, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
terutamanya dalam bidang perladangan dan perindustrian. Oleh itu, Malaysia perlu mencari pasaran baru
bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain.

(d) Terangkan perkembangan dasar luar negara pada tahap kedua? [6 markah]

Dasar luar Malaysia mula berubah kepada Dasar Berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara
semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Hal ini kerana kurangnya
peranan yang dimainkan oleh Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence
Treaty (AMDA) dan kurangnya peranan Britain di Timur.

Selain itu, ianya juga disebabkan pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar
iaitu Amerika Syarikat dan China.

Disamping itu, keinginan Malaysia untuk menjalinkan persahabatan dengan semua negara khususnya
dengan negara jiran seperti Vietnam. Hal ini bertujuan untuk mengatasi masalah perlarian Vietnam di
Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama dengan negara tersebut.

(e) Terangkan perkembangan dasar luar negara pada tahap ketiga? [6 markah]

Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar tahap kedua namun memberi penekanan
kepada kepentingan ekonomi. Hal ini kerana, ianya berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan
pembangunan. Oleh itu, malaysia telah menjalinkan hubungan yang lebih erat kepada negara-negara
ASEAN.

Disamping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982. Dasar ini bertujuan untuk
menggalakkan rakyat Malaysia mengambil nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara dan
etika pengurusan kerja yang baik.

Selain itu, mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain contohnya menerusi lawatan
yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad ke negara Afrika, Amerika selatan
dan Carribean. Hal ini kerana Malaysia perlu juga menjalinkan hubungan politik dan perdagangan dengan
negara dunia ketiga.

(f) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar? [4 markah]
(g) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan luar? [4 markah]
(h) Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luar negaranya? [4 markah]
(i) Cadangkan langkah-langkah bagi mengeratkan hubungan dengan negara-negara luar [4 markah]
(Soalan yang berbeza tetapi jawapan hampir sama. Apa yang penting ialah penggunaan pangkal ayat bagi
setiap soalan)

Pada pendapat saya, sebab negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar adalah untuk menjamin
keselamatan rakyat dan negara. Selain itu adalah untuk mengekalkan kedaulatan negara.

Disamping itu, untuk mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Seterusnya,
adalah untuk mengukuhkan pertahanan negara daripada ancaman komunis.

Selain itu, sebabnya adalah menggalakkan kemajuan ekonomi negara melalui kemasukan pelabur asing
dan meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan. Akhir sekali adalah disebabkan membina rangkaian
perdagangan melalui pengamalan pasaran bebas.
12

Seterusnya ialah mewujudkan kerjasama dua hala. Hal demikian supaya kedua-dua negara saling bantu-
membantu dan berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang. Contohnya, Malaysia berkerjasama dengan
Syarikat Mitsubishi Jepun dalam automobil, iaitu proton

(j) Andaikan anda seorang pemimpin, apakah usaha anda untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara-negara luar? [6 markah]

Sekiranya saya seorang pemimpin, usaha yang saya lakukan untuk mengekalkan hubungan baik dengan
negara luar adalah mengelakkan persaingan senjata. Ini bertujuan supaya tidak timbul permusuhan yang
boleh mencetuskan peperangan.

Selain itu, saya akan menghormati kedaulatan negara lain. Ini dapat dicapai melalui amalan semangat
setiakawan melalui pengamalan prinsip keamanan sejagat.

Seterusnya, saya akan menyelesaikan krisis antara negara melalui rundingan. Ini kerana rundingan
dapat mengelakkan berlaku konflik dan pertumpahan darah.

Usaha seterusnya adalah dengan menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi. Akhir sekali, saya akan
mengukuhkan hubungan diplomatik dengan menganggotai pertubuhan gerakan serantau dan
antarabangsa.

(j) Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Bagaimanakah anda memainkan
peranan duta kecil Malaysia yang sentiasa menjaga hubungan baik negara kita dengan negara luar?
[4 markah]

Cara saya memainkan peranan duta kecil Malaysia adalah dengan sentiasa menjaga pertuturan dan
tingkah laku. Ini bertujuan supaya tidak timbul rasa tidak puas hati atau salah faham akibat perbezaan
budaya.

Selain itu, saya cuba memahami budaya dan cara hidup masyarakat setempat. Ini kerana cara hidup
masyarakat setempat adalah berbeza dengan cara hidup kita. Oleh itu, mereka akan menghormati kita kerana
kita turut menghormati budaya mereka.

Akhir sekali, tidak menimbulkan isu sensitif yang bertentang dengan budaya mereka. Ini bertujuan
supaya kita menyinggung perasaan sehingga menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap kita.

(k) Apakah tanggungjawab anda untuk mewujudkan keamanan sejagat [4 markah]

Tanggungjawab saya untuk mewujudkan keamanan sejagat ialah saya perlu sentiasa membawa mesej-
mesej keamanan. Ini penting untuk memberi kesedaran kepada semua pihak tentang pentingnya keamanan
untuk kesejahteraan dan kelangsungan hidup.

Disamping itu, saya akan mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Ini bertujuan untuk
memastikan masyarakat dapat hidup dalam keadaaan harmoni.

Seterusnya, saya akan menolak perlumbaan senjata. Ini kerana perlumbaan senjata boleh
mengakibatkan berlakunya peperangan sehingga merosakkan harta benda mengorbankan ramai manusia
yang tidak berdosa. Contohnya, seperti bom atom yang digugur di Hiroshima mengorbankan banyak nyawa.
13

TEMA 12 : PERTUBUHAN ISLAM SEDUNIA ( OIC )

1. Nyatakan latar belakang penubuhan OIC ? [4 markah ]

Pertubuhan Persidangan Islam OIC ( organisation of Islamic Cooperation ) ialah pertubuhan antara
bangsa di kalangan negara-negara islam yang mempunyai delegasi tetap ke pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu ( PBB ). Pertubuhan ini terdiri daripada gabungan 57 negara islam seluruh dunia yang
kebanyakkannya dari negara-negara Timur tengah, Utara Afrikan, Balkan dan Asia Selatan. Ditubuhkan pada
tahun 1971 daripada idea Tunku Abdul Rahman. Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Jeddah, Arab Saudi.

2. Matlamat penubuhan pertubuhan Islam Sedunia ( OIC). [6 Markah]

Malamat penubuhan OIC ialah mengeratkan hubungan antara negara-negara islam di seluruh dunia. Hal
ini kerana hubungan yang erat dapat melahirkan kerjasama dalam semua bidang. Contohnya kerjasama
dalam bidang ekonomi yang mampu menbantu negara -negara yang miskin atau sedang bergolak. Matlamat
pertubuhan ini juga memastikan tempat-tempat suci islam dihormati dan tidak dicemari.

Selain itu, matlamat penubuhan OIC sebagai wakil suara masyarakat islam diseluruh dunia. Hal ini kerana
pertubuhan OIC menjadi saluran untuk menyatakan kepentingan atau permasalahan umat islam sejagat.
Contohnya kesengsaraan masyarakat islam di Palastine, Iraq dan Syria.

Seterusnya, matlamat penubuhan OIC untuk mendamaikan persengketaan antara negara islam. Hal ini
disebabkan negara -negara islam diserata dunia menghadapi peperangan atau persengketaan di dalam negara
sendiri, contohnya peperangan yang berlaku di Syria.

3. Huraikan peranan Malaysia dalam pertubuhan OIC? [6 markah]

Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman
diberikan penghormatan menjadi Setiausaha agung OIC yang pertama. Hal ini kerana Malaysia menjadi
perantara dalam menyeselaikan konflik negara islam. Contohnya perang Iraq dan Iran serta menyokong
perjuangan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada
Israel.

Peranan Malaysia juga sebagai tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003. Persidangan
tersebut menjadi medan untuk Malaysia menunjukkan komitmen dalam pertubuhan ini. Selain itu, Malaysia
juga menganjurkan persidangan menentang pengganas pada tahun 2002.

Seterusnya, Malaysia turut berperanan menyuarakan pendapat dalam bidang ekonomi. Hal ini demikian
kerana, Malaysia telah mencadangkan penggunaan mata wang lain untuk perdagangan dalam kalangan
anggota OIC. Contohnya dalam urusan perdagangan menggunakan dinar emas.

4. Sejauh manakah Malaysia mendapat manfaat selaku negara anggota OIC? [6 markah]

Malaysia mendapat manfaat apabila menyertai perubuhan islam OIC di antaranya ialah mendapat
pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam. Keadaan ini dapat membantu Malaysia untuk memgukuhkan
pembangunan dalam negara. Contohnya pembinanaan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

Selain itu, malaysia turut mendapat sumbangan untuk penubuhan Universiti Islam antarabangsa (UIAM).
Melalui pembukaan universiti ini menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf dunia. Contohnya,
14

pelajar dari serata tempat datang belajar di UIAM. Malah pelajar dari negara OIC diberikan tawaran biasiswa
sekiranya belajar di UIAM.

Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam OIC mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota
yang lain. Hal ini kerana kebijaksanaan Malaysia membantu permasalahan dan pergolakan yang dialami oleh
negara-negara islam di dunia. Contohnya perperangan etnik di Bosnia Herzegovinia.

5. Sebagai negara anggota OIC, berikan cadangan anda yang membolehkan OIC lebih berperanan
membantu negara-negara Islam. [6 markah]

Sebagai negara anggota OIC, saya mencadangkan agar pertubuhan ini bebas daripada pengaruh negara
besar dunia. Hal ini kerana apabila negara besar dan berpengaruh terlibat dalam pertubuhan ini boleh
menyebabkan keputusan yang diambil akan berat sebelah dan berkepentingan. Contohnya negara kuasa
besar dunia iaitu Amerika syarikat, china, Rusia dan lain-lain.

Cadangan saya yang seterusnya, negara-negara OIC hendaklah bersatu bersatu padu. Hal ini demikian
kerana hendak menjadikan OIC sebuah pertubuhan yang berpengaruh dan disegani oleh dunia. Contohnya
bersatu padu kemanan sejagat dan mengenepikan kepentingan sendiri.

Seterusnya, saya mencadangkan agar pertubuhan OIC dapat memperjuangkan penindasan terhadap
umat Islam di seluruh dunia. Hal ini disebabkan umat islam disseluruh dunia diseksa, dihina dan dinafikan hak-
hak mereka seperti orang islam di syria, palestin, afghanistan dan sebagainya.

Cadangan saya dari aspek ekonomi,OIC menubuhkan Bank Pembangunan. Hal ini kerana melalui bank
tersebut dapat menyediakan dana atau pinjaman untuk negara islam memajukan negara mereka selepas
berlakukan peperangan atau pergolakan. contohnya di Palestin, Syria dan sebagainya.

ASEAN
A) Latar belakang ASEAN

Keanggotaan ASEAN pada tahun 1967 terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia, Filipina,
Indonesia, Singapura dan Thailand.

Jumlah keanggotaan ASEAN bertambah kepada sepuluh buah negara dengan penyertaan Vietnam,
Brunei, Myanmar, Laos dan Kampuchea.

Logo ASEAN iaitu sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengasasan ASEAN iaitu sepuluh buah
negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan. Bulatan pula
membayangkan semangat bersatu padu dalam ASEAN. Moto ASEAN adalah seperti keamanan, kestabilan,

B) Matlamat ASEAN

Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Bekerjasama antara negara anggota dalam
bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian.

Mengadakan kerjasama dalam bidang latihan dan penyelidikan. Mengadakan hubungan yang erat
dengan Persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
15

C) Sumbangan ASEAN

Mewujudkan kawasan atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau ZOPHAN melalui Deklarasi Kuala
Lumpur hasil Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur.

Menteri-menteri Luar ASEAN mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dalam
mesyuarat menteri-menteri Luar ASEAN.

Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian seperti baja urea di Bintulu dan Acheh. Wujud
Kerjasama ekonomi melalui zon kawasan Perdagangan Bebas ASEAN AFTA.

Menyarankan penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) dan kerjasama ASEAN + 3 iaitu
kerjasama dengan negara-negara Timur.

Penubuhan Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN SEAMEO memberi tumpuan kerjasama


dalam bidang pendidikan seperti pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik RECSAM di Pulau
Pinang.

Mewujudkan kerjasama dalam kebudayaan dan kesukanan. Mengadakan festival kebudayaan dan sosial.
Sukan Sea merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.

D) KBAT: Apakah cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan
serantau.

Suasana politik tidak stabil dalam negara anggota. Pergaduhan kaum dan agama di Myanmar. Hal
demikian akan menggugat keselamatan rantau Asia Tenggara.

Masalah pendatang tanpa izin. Malaysia antara negara ASEAN yang menjadi tumpuan pendatang tanpa
izin. Menjejaskan hubungan baik dengan negara jiran.

Masalah isu alam sekitar seperti pembakaran hutan di Indonesia. Ruang udara malaysia dan Singapura
tercemar kerana jerebu.

Masalah penyeludupan dadah iaitu merentasi sempadan antara negara. Ianya mengancam keselamatan
dan kedaulatan.

E) KBAT: Sebagai seorang pemimpin pada masa depan cadangkan cara untuk meningkatkan peranan
ASEAN di peringkat global.

 Pemimpin ASEAN perlu bersatu padu menangani masalah bersama.

 Mengukuhkan kerjasama ekonomi antara negara anggota.

 Pertukaran tenaga pakar antara negara anggota.

 Mengeratkan kerjasama teknologi dan kebudayaan.

 Mengekalkan keselamatan dan keamanan rantau Asia Tenggara.

 Mengeratkan kerjasama pertahanan antara negara.

 Mengamalkan semangat toleransi dan hotmat-menghormati antara negara anggota.


16

CABARAN MASA DEPAN – k-ekonomi , k-masyarakat

1. Jelaskan konsep k-ekonomi dan k-masyarakat.

Konsep k-ekonomi merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan. K-ekonomi
juga dikaitkan dengan mencipta satu nilai baru yang membawa kemajuan. Manakala k-masyarakat pula
merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha memperkaya diri, meningkatkan pengetahuan agar terus
dapat bersaiang yang selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

2. Peranan anda untuk menjayakan k-ekonomi.


Peranan saya untuk menjayakan k-ekonomi ialah menigkatkan ilmu pengetahuan . Hal ini kerana dapat
menguasai kemahiran agar berdaya saing. Misalnya, melibatkan diri dalam program-progran anjuran
kerajaan.

Selain itu, sanggup menerima perubahan dengan mencontohi budaya kerja masyarakat timur. Ini kerana
mampu melahirkan tenaga kerja professional agar bersaing pada peringkat tinggi.

3. Pada pendapat anda, apakah tujuan warganegara Malaysia mencapai status k-ekonomi.
Pada pendapat saya,tujuan warganegara Malaysia mencapai k-ekonomi agar dapat mewujudkan
semangat dan daya saing yang tinggi. Hal ini kerana, untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan
perkhidmatan. Oleh itu,menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru.

Selain itu, tenaga kerja berpengetahuan . Hal ini bertujuan menggalakkan penciptaan baru melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Oleh itu, Malaysia perlu menyediakan peruntukan besar kepada R&D.

Seterusnya, modal intelek dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan. Hal ini kerana agar mampu
bersaing pada peringkat tinggi untuk kemajuan bangsa dan negara.

4. Pembangunan prasarana untuk pertumbuhan k-society dalam bidang pendidikan.


Antaranya pembangunannya ialah menyusun semula sistem pendidikan Malaysia. Selain itu, sekolah
wawasan bagi memupuk perpaduan melalaui interaksi pelajar pelbagai kaum yang dapat meningkatkan daya
saing.

Seterusnya mewujudkan sekolah bestari dengan prasarana teknologi maklumat (IT). Ini bertujuan untuk
memupuk rasa cinta terhadap IT.

Selain daripada itu, mengubahsuai kurikulum agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis serta
berfikiran kritis dan analitis. Dalam pada itu, melahirkan tenaga kerja berpendidikan tinggi bagi menyahut
cabaran globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai