Anda di halaman 1dari 50

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB
1

TAJUK FOKUS TINGKATAN 4 TAHUN 2015


KANDUNGAN
REFLEKSI KENDIRI
Kemunculan Tamadun Awal Manusia
- Tamadun Hwang Ho
Peningkatan Tamadun
- Perluasan Kuasa
- Pendidikan (Peperiksaan Awam di China &
Pendidikan di India)
- Ekonomi
- Agama dan kepercayaan utama dunia
Tamadun Awal Asia Tenggara
- Kerajaan Agraria (Angkor)
- Kepentingan Tasik Tonle Sap
- Pengaruh Hindu-Budha (Cara Kedatangan
dan Pengaruh dalam pemerintahan)
- Kepentingan Bahasa Sanskrit
Kemunculan Tamadun Islam dan
Perkembangannya di Makkah
- Keperibadian Nabi Muhammad SAW
- Kerasulan Nabi Muhammad SAW
- Penyebaran Islam di Makkah
Kerajaan Islam di Madinah
- Perjanjian Aqabah I dan II
- Peristiwa Hijrah
- Piagam Madinah
- Peperangan dalam Islam
Pembentukan Kerajaan Islam dan
Sumbangannya
- Kerajaan Bani Abbasiyah
- Kerajaan Turki Uthmaniyah

Islam di Asia Tenggara


- Teori Kedatangan Islam
- Pengaruh Islam di Asia Tenggara (Kesenian)

Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia


Sebelum Kedatangan Barat
- Pengaruh Islam terhadap Sosiobudaya
- Pengaruh Islam terhadap Ekonomi

Perkembangan di Eropah
- Zaman Renaissance
- Zaman Reformation
- Penjelajahan dan Penerokaan

10

Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi


Negara
- Institusi Kewangan dan Insurans
- Pendidikan Vernakular
- Masyarakat Majmuk
- Sektor Perkilangan
- Pengangkutan dan Perhubungan
- Perlombongan
- Perkhidmatan Kesihatan
1

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


TAMADUN MESIR PURBA
Mengapakah tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada sungai Nil?

Limpahan air sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya
menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran lanar dan subur.
Tanah lanar yang dibawanyapula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk
pertanian dan petempatan manusia.

Bagaimanakah Firaun Mesir mengekalkan kestabilan pemerintahannya?

Firaun [atas sekali] raja berkuasa mutlak, anggap suci diwarisi turun temurun
Firaun juga menjadi ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
Firaun dibantu bangsawan, rahib, tuan tanah, jurutulis.
Rakyat bebas berperanan sebagai petani, pedagang dan artisan.
Hamba [bawah sekali] menjadi orang suruhan.
Firaun yang dibantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga
keamanan, mengagih dan menguruskan hasil makanan.
Beliau juga dibantu oleh Rahib yang mentadbir hal keagamaan.
Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis [orang awam yang dilantik untuk
menulis rekod kerajaan].
Wanita juga pernah menjadi Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian
dan terusan.
Pemerintahan Firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan hingga ke Syria.

Namakan tuhan yang disembah oleh masyarakat tamadun Mesir Purba?

Re / tuhan matahari
Ra-Atum / tuhan langit
Amun / tuhan angin

Nyatakan kepentingan sistem tulisan hieroglif tamadun Mesir Purba.

Mencatat rekod aktiviti pertanian


Pengutipan cukai
Keagamaan
Amalan ritual kepercayaan

Apakah tujuan ilmu geometri, sains dan matematik diberi penekanan dalam sistem
pendidikan tamadun Mesir Purba?

Melahirkan golongan terlatih


Mengurus hal ehwal pertanian
Mengawal air sungai Nil
Pembinaan bangunan
Pembinaan piramid

2
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Jelaskan sistem pemerintahan Firaun dalam tamadun Mesir Purba.

Firaun mengetuai pentadbiran


Dibantu golongan bangsawan
Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat,
dan gabenor.
Rahib bertanggungjawab mentadbir hal keagamaan
Urusan pentadbiran dibantu oleh jurutulis
Jurutulis terdiri daripada orang awam

Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.

Seni bina piramid


Daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada
Firaun Djoser
Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata
Kemajuan pendidikan
Mencipta kertas daripada pokok papyrus
Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa
Rekod yang bertulis dan terpahat dalam sistem tulisanya ialah hieroglif
Kemajuan dalam proses memumiakan mayat
Tahap keilmuan dan kemahiran
Dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi
Digunakan untuk mengawal banjir di sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun
Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan
Menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
Firaun Senuusret III telah membina sebuah tembok pengairan
Menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik
Membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari
berdasarkan 12 bulan setahun

Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan Malaysia mewajibkan setiap kanakkanak menerima pendidikan?

Celik huruf
Pandai
Generasi wawasan
Moden
Teknologi
Inovatif
Kreatif

3
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Sebagai seorang pelajar berwawasan, cadangkan langkah-langkah


meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran sejarah?

untuk

Ada buku teks sejarah yang menarik


Ada buku rujukan sejarah
Menanam minat terhadap mata pelajaran sejarah
Rajin
Sering bertanya
Minggu sejarah
Persatuan sejarah

Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada kemajuan yang dicapai tamadun Mesir?

Pengkhususan kerja penting untuk kepesatan ekonomi seperti menenun, membuat


tembikar, melombong emas
Perdagangan antarabangsa dijalankan seperti eksport tekstil, kertas
Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut
Merah berlabuh di pelabuhan seperti Thebes, Memphis.
Percaya kepada agama dan tuhan
Mereka percaya hidup selepas mati
Sistem tulisan dikenali sebagai hieroglif untuk merekod
Mempunyai kemahiran seni bina piramid
Mampu membina bangunan menggunakan batu bata
Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus digunakan untuk menyimpan
khazanah bangsa
Pendidikan penting untuk kanak-kanak dan diberikan sejak umur rendah
Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat
Mereka memumiakan mayat atas kepercayaan orang Mesir
Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan
Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, air sungai Nil,
membina bangunan dan piramid
Mereka menggunakan ilmu ini umtuk mengawal banjir
Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan
pertanian hasil kemajuan pengairan
Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365
hari 12 bulan setahun

Warisan dunia amat rapuh dan mudah tercemar.


Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat memelihara warisan dunia daripada
musnah?

Warisan dunia di Malaysia seperti Bandar Bersejarah Melaka, Taman Negara Mulu di
Sarawak dan bangunan-bangunan di Pulau Pinang telah diiktiraf dunia
Penggubalan undang-undang yang berkaitan supaya warisan negara tidak diubah suai
atau dijual beli oleh pihak yang berkepentingan
Mesti dijaga rapi oleh pihak berkuasa tempatan dengan bantuan pakar-pakar arkeologi
Generasi muda harus diberi pendidikan supaya berkesedaran tinggi untuk memelihara
warisan dunia
Masyarakat juga perlu diberi kesedaran tentang kepentingan warisan dunia untuk
tatapan generasi akan datang
Kerajaan harus memperuntukan dana khas untuk memulihara warisan dunia
Warisan dunia menjadi kebanggaan dan mercu tanda negara
4

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

TAMADUN HWANG HO
Namakan dinasti yang pernah memerintah dalam tamadun Hwang Ho.

Dinasti Hsia
Dinasti Shang
Dinasti Han
Dinasti Chin
Dinasti Chou

Nyatakan ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho.

Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan


Terdapat istana
Kuil
Pusat pentadbiran
Tempat tinggal raja / pembesar / golongan agama
Dilengkapi tembok pertahanan menghalang pencerobohan musuh

Senaraikan golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.

Raja
Bangsawan
Pegawai Kerajaan
Petani
Artisan
Pedagang
Hamba

Jelaskan kemajuan yang telah dicapai oleh tamadun Hwang Ho dalam bidang
pertanian?

Pembinaan sistem pengairan / terusan


Kemajuan dalam teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul / sabit
Penggunaan batas tanaman
Menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi
Pengunaan tenggala untuk membuat batas
Penciptaan kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu
Sistem penanaman secara bergilir
Kawasan bukit diteres untuk kegiatan tanaman
Pembinaan terusan untuk mengawal banjir

5
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Apakah kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hwang Ho?

Animisme
Mandat daripada tuhan
Penyembahan roh nenek moyang
Raja yang adil: kerajaan dan rakyat hidup sejahtera kerana direstui tuhan
Raja zalim akan hilang mandat
Menyembah tuhan syurga [Shang-Ti]
Menyembah tuhan bumi [Tu]
Penyembahan sungai/bukit/gunung
Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik/tarian
Upacara korban
Politisme

Namakan pusat pentadbiran dalam Dinasti Shang.

Anyang

Jelaskan bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan dalam Dinasti Shang?

Pemerintahan beraja
Pengganti raja dilantik dalam kalangan saudara lelaki yang lebih muda/Anak lelaki
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
Raja-raja mempunyai kewibawaan politik/ekonomi/sosial/agama
Raja dianggap mendapat mandat daripada tuhan
Raja tidak perlu mendapat pengesahan politik
Mereka adalah daripda keturunan pemerintah agama
Pemerintah dibantu oleh golongan bangsawan

Apakah peranan pemerintah Dinasti Shang dalam memajukan bidang pertanian?

Pembinaan terusan untuk mengairi kawasan pertanian


Terusan bertujuan mengelakkan banjir
Kemajuan teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul/sabit
Batas untuk penanaman
Penggantian alatan pertanian daripada kayu kepada besi

Berikan ciri istimewa yang terdapat di bandar Anyang dalam Dinasti Shang?

Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan


Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani

6
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti


Chou?

Kezaliman pemerintah Raja Shang


Kebangkitan golongan hamba
Kepercayaan kepada mandat daripada tuhan

Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapatkan
sokongan daripada pembesar negara?

Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah


Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
Diminta melindungi Raja
Memberikan bantuan tentera pada masa perang
Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Jelaskan peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho?

Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja


Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
Bertanggungjawab memungut cukai
Menguruskan pertahanan
Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing

Jelaskan sumbangan Tamadun Hwang Ho bidang politik/pemerintahan.

Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hinggan ke zaman Dinasti Ching


Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
Amalan dinati diteruskan hingga abad ke-20
Raja dibantu oleh bangsawan
Raja dibantu oleh pegawai kerajaan

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi :

Pembinaan sistem pengairan


Mengairi pertanian dan mengelakkan banjir
Maju dalam teknologi pembajakan
Mencipta cangkul dan sabit
Membuat batas untuk penanaman
Membuat alat pertanian daripada besi menggantikan kayu
Mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman, senjata dan tembikar
Mahir teknologi gangsa dalam penciptaan senjata perisai

7
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Apakah ciri-ciri Sistem Tulisan Tamadun Hwang Ho?

Tulisan ideogram
Berbentuk simbol
Muncul daripada amalan menilik tulang oracle
Tulisan asal gambar kanak-kanak, matahari, bulan dan sungai
Diajar di sekolah China
Berkembang ke Korea dan Jepun

Bidang agama dan kepercayaan

Konsep Yin dan Yang


Yin ialah kuasa pasif
Yang ialah kuasa aktif
Percaya alam semesta terdiri daripada unsur Yin dan Yang yang saling melengkapi
Dipengaruhi oleh kepercayaan satu kuasa, Tien
Tien, kuasa tertinggi alam semesta / syurga

Feng Shui
Falsafah Taoisme
Berlandaskan falsafah alam semesta
Merujuk kepada hubungan antara manusia dengan alam semesta
Manusia hidup berharmoni dengan alam sekitar

Pemujaan roh nenek moyang


Amalan sejak zaman Shang
Diubahsuai mengikut kesesuaian masa
Unsur korban manusia dihentikan
Digantikan dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan

Sistem kalendar
Kalender dicipta semasa Dinasti Shang
30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun
Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan menuai
Untuk menjalankan aktiviti harian
Untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Berdasarkan kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat


meningkatkan pencapaian pertanian di negara ini?

Membina sistem pengairan yang baik


Memulihkan tanah-tanah terbiar
Menggunakan biji benih yang berkualiti
Menggunakan teknologi / peralatan pertanian yang moden
Penggunaan baja
Meluaskan pasaran pertanian
Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan
Menggunakan teknik penanaman moden
Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi / pakar pertanian
Mengkomersialkan produk pertanian
8

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada kemajuan tamadun Hwang Ho bagi
menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang.

Mempunyai pemimpin berwibawa


Pentingnya kestabilan politik
Mewujudkan pentadbiran yang licin
Mengutamakan ajaran agama
Memajukan bidang pertanian
Memelihara warisan negara
Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat
Hidup bersatu padu
Kekalkan keamanan
Setia kepada negara

9
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN


PERLUASAN KUASA
TAMADUN INDIA
Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa tamadun India?

Chandaragupta Maurya
Asoka
Bindusara

Huraikan perluasan kuasa dalam tamadun India.

bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya


mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera
berkuda dan 10000 infantri
menguasai seluruh India Utara
menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus dan sempadan India Barat
Bindusara anak kepada Chandragupta meluaskan empayar Maurya ke Mysore di
selatan India
cara perluasan kuasa berubah semasa Asoka
tidak menekankan kekuatan tentera
gunakan dasar lemah lembut dan terbuka
memberi penekanan kepada agama Buddha
semasa Asoka seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya
berlaku kerana kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga

TAMADUN CHINA
Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa tamadun China?

Shih Hwang Ti
Maharaja Ha Wu Ti

Huraikan perluasan kuasa yang dilaksanakan dalam tamadun China.

Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak )

kuasa bangsawan dihapuskan

melantik gabenor serta panglima tentera sebagai pentadbir wilayah

beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar

Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim,


Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung.

pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China
diwujudkan.

10
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Mengikut pandangan anda, mengapakah perluasan kuasa tidak harus digalakkan


pada masa ini?

Mengelakkan kematian / pengorbanan nyawa


Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan kemusnahan harta benda
Menjamin keamanan sejagat
Mewujudkan kesejahteraan hidup
Menghormati kedaulatan / kemerdekaan negara lain
Menghormati hak asasi manusia
Mengelakkan persaingan senjata

PENDIDIKAN
Jelaskan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Indus.

Peningkatan bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik


Pendidikan mementingkan keagamaan / tumpuan pendidikan adalah agama
Agama Hindu menjadi terasnya
Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki
Kaum wanita tiada peluang untuk menerima pendidikan
Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda
Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting
Menggunakan kaedah hafalan
Pendidikan berteraskan agama hindu dan buddha
Menyediakan manusia untuk menghadapi hari selepas mati
Hukum agama harus dipelajari
Supaya hidup sempurna dengan nilai-nilai agama yang diajar
Pendidikan tinggi diberi di Kolej Brahman
Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan di rumah
Abad ke-4, lahir universiti agama buddha, iaitu Nalanda
Untuk capai taraf sebagai brahmin, perlu hafal pelbagai buku agama / khususnya veda
Harus mempelajari karya saintifik dan falsafah
Pendidikan adalah untuk meningkatkan ilmu sains
Pendidikan bertujuan menambahkan ilmu
Mengatasi buta huruf
Mendapat jawatan dalam pemerintahan

Jelaskan tujuan pendidikan tamadun India.

Untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati


Mempelajari hukum agama
Untuk capai taraf sebagai brahmin
Untuk meningkatkan ilmu sains.
Untuk menambah ilmu
Mengatasi buta huruf
Untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

11
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Terangkan perkembangan pendidikan dalam tamadun China.

Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam


Peperiksaan dikendalikan dengan ketat
Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati
Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan di dalam bilik dengan makanan
disediakan
Mereka dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan
Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi
Peringkat rendah mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci
Peringkat menengah menumpukan karangan dan sastera
Peringkat tinggi menterjemah buku suci
Peperiksaan awam 3 tahap hsiu tai (ijazah pertama), chun jen (sarjana) dan chin
shih (doktor falsafah)
Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota
empayar diadakan di istana / di hadapan maharaja)
Peluang kerjaya ialah menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan
menjadi pendidik
Waktu peperiksaan tahap satu (3 tahun 2 kali), tahap dua dan tiga (3 tahun sekali)

EKONOMI
TAMADUN INDIA

Nyatakan dua jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat dalaman


tamadun India.

senjata

gading gajah

emas

berlian

mutiara
Apakah matlamat kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan di setiap
Bandar iaitu sresthin dalam tamadun India?

Mengawal harga
Mengawal kualiti barangan
Gaji pekerja

Apakah hasil yang diperolehi oleh pedagang India dari Alam Melayu pada zaman
Gupta?

rempah
bedak wangi
gading gajah
besi

12
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Apakah hasil yang diperolehi oleh pedagang India dari China pada zaman Gupta?

Tekstil
Tembikar
Barang kaca
Minyak wangi

Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India.

Melibatkan perdagangan dalaman


Perdagangan luaran
Pusat perdagangan penting Anga / Kalinga / Karusa
Menghasilkan senjata / gading gajah / emas / berlian / mutiara
Hubungan perdagangan dengan negara luar
Melalui hubungan antara kerajaan Maurya dengan Macedonia / Sri Langka / rantau
Asia Tengah / Asia Tenggara
Pelabuhan pentingnya termasuk Tamralipti / Ghantashala / Kadura / Broach / Chaul/
Kalyan dan Cambay
Perkembangan ekonomi pesat merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan
perusahaan / sresthin di setiap bandar
Termasuk persatuan tukang kayu / tukang logam / tukang kulit
Matlamat persatuan ialah mengawal harga
Kualiti barangan
Gaji pekerja
undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja
matawang digunakan sebagai medium jual beli
Zaman Gupta, mata wang emas digunakan
Melaksanakan dasar kewangan
Melaksanakan dasar ekonomi yang sistematik
Perkembangan sejak zaman Maurya sangat disokong oleh perkembangan dalam
sektor
Perusahaan terutamanya pengeluaran tekstil / kain kapas / sutera
Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares
Terdapat perusahaan berasaskan barangan emas / mutiara / batu permata
Sejak Zaman Maurya, pelbagai cukai dikenakan
Terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil pertanian / hasil buah-buahan
Cukai untuk menyara anggota tentera / para pentadbir / raja
Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang sejak tahun
100 M
pedagang India memperoleh hasil seperti rempah / bedak wangi / gading gajah / besi
dari Alam Melayu
tekstil / tembikar / barang kaca / minyak wangi dari China
perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka turut berkembang

13
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

TAMADUN CHINA
Nyatakan kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh tamadun China.

Penggunaan tenggala
Kereta kuda
Penanaman bergilir
Sistem teres
Sistem pengairan
Pembinaan terusan kawalan banjir

Mengapakah perusahaan logam dan tembikar berkembang dalam tamadun China?

Kegiatan perdagangan antara China dengan dunia luar


Dijalankan melalui Jalan Sutera Darat dan Jalan Laut
Penggunaan wang syiling
Kemunculan persatuan perdagangan
Perwujudan golongan peniaga yang kaya.

Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun China.

Sejak Dinasti Han, tenggala diperkenalkan


Untuk membuat batas
Kolar kuda digunakan untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong
beroda dan penyisir tanah
Selepas itu, penanaman secara bergilir diperkenalkan
Untuk menjaga kesuburan tanah
Kawasan bukit diteres
Pembinaan terusan untuk pengairan
Untuk kawalan banjir
Perkembangan perusahaan logam dan tembikar
Hasil perusahaan didagangkan ke kawasan luar China
Seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
Dibawa melalui jalan darat, Jalan Sutera Darat dan Jalan laut
Hasil perusahaan diperdagangkan di China
Muncul persatuan perdagangan
Menyebabkan kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar
Perkembangan ekonomi membawa kepada perkembangan sistem perhubungan
Contohnya pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta
kuda dan kereta lembu

14
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


KERAJAAN AGRARIA
Jelaskan faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kemajuan pertanian kerajaan
agrarian.

Sistem pengairan yang baik


Bersumber dari Tasik Tonle sap
Peranan raja membina sistem pengairan
Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam sistem pengairan yang baik
Raja Indravarman I membina sistem pengairan dan baray
Hasil padi dapat menampunag keperluan beras kerajaan Angkor
Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
Tanah yang subur
Iklim yang panas dan lembap
Sumber ikan air tawar dari Tonle Sap

Terangkan faktor yang menyebabkan Kerajaan Angkor mampu menjadi sebuah


kerajaan agraria yang kuat.

Perkembangan pertanian iaitu padi sawah dan padi huma


Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
Sistem pengairan yang baik
Bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
Mengairi tanah yang luas/ seluas 12.5 juta ekar
Menampung keperluan beras untuk keperluan asas rakyatnya
Penglibatan raja membina sistem pengairan
Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan
Raja Indavarman I membina sistem pengairan/ baray
Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
Air tasik datang dari Sungai Mekong
Tanah di sekitarnya amat subur
Iklim panas lembab sepanjang tahun
Sesuai untuk pertanian padi
Punca air utama mengairi sawah
Menjadi punca bekalan air minum
Sumber ikan air tawar
Mampu menampung keperluan makanan penduduk

Sejauh manakah sumbangan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

Mengawal banjir
Menampung limpahan air banjir Sungai Mekong
Tanah yang subur
Mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau
Menampung keperluan makanan penduduk yang ramai
Membekalkan sumber protein/ ikan air tawar
Membekalkan sumber air minuman
Membekalkan air untuk terusan/ sistem pengairan
Punca air untuk mengairi sawah/ kawasan pertanian
15

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Industri pertanian mula dibangunkan secara lebih proaktif pada era pemerintahan Tun
Abdullah Ahmad Badawi melalui Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK-9).
Sejauh manakah kepentingan industri pertanian pada hari ini?

Meningkatkan pendapatan negara/ pengaliran wang masuk melalui eksport


Menambah peluang pekerjaan
Mengatasi masalah pengangguran
Penubuhan industri kecil sederhana (IKS)
Bekalan bahan mentah kepada ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan
Keperluan makanan dalam negara/ mengelakkan krisis makaan
Tidak bergantung import makanan/ keperluan sendiri
Mengekalkan keseimbangan alam sekitar
Dijadikan perniagaan melalui konsep agro-pelancongan

Kerajaan telah melakukan pelbagai transformasi sektor pertanian untuk menjadikan


sektor pertanian negara lebih moden, dinamik dan berdaya saing.
Buktikan kebenaran pernyataan di atas.

Transformasi ladang seperti projek kelompok/ pemuliharaan tanah terbiar secara estet/
kelompok
Skim Amalan Pertanian Baik (APB/ GAP) supaya keluaran pertanian berkualiti/
selamat dimakan
Program Plantation Integration Areas (TAC)
Pengrursan Ladang Moden / kemahiran teknikal dan teknologi
Mempelbagai pulangan pelaburan
Konsep jaminan kualiti / skim akreditasi
Pengezonan (zoning)
Insentif untuk Projek Pengeluaran Makanan
Kemudahan infrstrukur
Pemberian subsidi dan insentif pertanian/ Pemberian Subsidi Harga padi/ Subsidi
Benih Padi Sah
Dasar Agro Makanan Negara (DAN)
Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA)
Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) seperti di Gopeng, Perak / Wakaf
Che Yeh, Kelantan

Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan sektor
pertanian sebagai satu sumber ekonomi Malaysia?

Kekurangan tenaga buruh


Persaingan tenaga kerja dalam sektor perindustrian
Saiz ladang berskala kecil/ tidak ekonomik
Petani kurang berpendidikan/ kurang pengetahuan teknologi moden
Kekurangan modal / Sukar mendapat kemudahan kredit daripada institusi kewangan
Kekurangan benih di sektor-sektor kecil / diimport daripada luar negara
Kekurangan pelaburan swasta dalam sektor pertanian
Liberasi perdagangan oleh WTO dan AFTA

16
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MADINAH

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Terangkan sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dicontohi oleh semua pihak
masa ini.

Memiliki empat sifat terpuji utama


Sidddiq (berkata benar)
Amanah (dipercayai)
Tabliq(menyampaikan)
Fatanah (bijaksana)
Digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy
Kata-kata dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai
Tidak pernah berbohong
Sifat amanah menyebabkan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar
kepada baginda untuk diperniagakan
Menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi
rintangan
Tokoh pemimpin yang unggul
Menyelesaikan masalah pertelingkahan dalam kalangan kabilah Arab/ peristiwa
perletakan semula Hajar Aswad
Bijak menyelesaikan masalah
Termeterai Perjanjian Hudaiiyah
Kandungan Perjanjian diterima dengan penuh hikmah
Ketua keluarga yang patut dicontohi
Pengasih dan timbang rasa
Membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak dan
membersih rumah
Memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak
Menjadikan dirinya sebagai teladan kepada anak-anak
Mengamalkan cara hidup yang sederhana
Sentiasa merendah diri
Bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak
Sifat pemaaf iaitu semasa peristiwa pembukaan semula kota Makkah pada tahun
630 M
Mengampun dan membebaskan orang Arab Quraisy yang menyerah diri
Sering memikirkan kehidupan masyarakatdi sekeliling yang tidak bermoral dan taasub
dengan amalan jahiliah
Berusaha mencari cara untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat
sekeliling
Mengasingkan diri / bertahannuth kepada Allah di Gua Hirak

17
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Jelaskan faktor Nabi Muhammad s.a.w. bertahanuth di Gua Hirak

Memikirkan tentang kehidupan masyarakat


Mencari kaedah untuk mengubah nilai hidup masyarakat Arab Jahiliah
Memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy/ kepincangan hidup
masyarakat
Mengasingkan diri daripada masyarakat Arab Jahiliah
Beribadat kepada Allah
Mencari tempat beribadat yang sunyi dan tenang
Menyerah diri kepada Allah

Bagimanakah peristiwa Hajar Aswad menonjolkan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad


s.a.w.?

Baginda mempunyai sikap kepimpinan yang bijaksana


Hal ini dapat dibuktikan apabila menyelesaikan perbalahan di antara ketua-ketua kaum
mengenai perletakan batu suci Hajar Aswad ke tempat asalnya iaitu di penjuru timur
kaabah
Batu tersebut telah jatuh semasa banjir melanda kota Makkah
Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik sebagai hakim yang membuktikan kepercayaan
kabilah Arab terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda meletakkan batu Hajar Aswad di atas sehelai serban yang diangkat beramairamai oleh wakil setiap bani
Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya
Semua pihak telah berpuas hati dengan cara tersebut
Membuktikan kebijaksanaan dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimanakah pengamalan sifat keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. boleh


mengekalkan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

Amalan bijaksana dalam membuat keputusan demi kepentingan bangsa dan negara
Bergaul dengan lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama
Pengamalan sifat penyayang dalam masyarakat
Amalan semangat hormat-menghormati antara kaum
Sifat pemaaf penting dalam mengekalkan keharmonian
Mengamalkan cara hidup sederhana
Tidak pernah berbohong boleh mengekalkan kepercayaan antara kaum/ perasaan
selamat
Bersikap amanah dalam menjalankan tugas memastikan keadilan untuk semua kaum

18
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH

Terangkan cara Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan dakwah Islamiah di Makkah.

Secara tersembunyi/ rahsia


Secara rahsia selama tiga tahun
Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada keluarga baginda
Sahabat rapat dan kaum kerabat baginda
Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib,
Zaid in Harithah, Abu Bakar
Melalui sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy lain
memeluk Islam
Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam
untuk menyebarkan Islm
Ketinggian akhlak Nabi Muhammd s.a.w. dan kejujuran para sahabat telah
menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib iaitu kaum kerabat
baginda
Setelah turunnya ayat al-Quran
Nabi Muhammad s.a.w. bermusyawarah dengan para sahaba untuk melaksanakan
perintah ini
Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan Islam
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa, dihadiri
oleh semua pentadbir kota Makkah
Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi dengan Abu Lahab, bapa saudara
baginda
Secara terbuka berjalan selama sepuluh tahun

REAKSI MASYARAKAT ARAB TERHADAP ISLAM

Jelaskan faktor-faktor orang Arab Quraisy menentang penyebaran dakwah Islam oleh
Nabi Muhammad s.a.w.

Perbezaan kepercayaan dan amalan jahiliah


Islam berteraskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
Orang Arab Quraisy mengamalkan tradisi turun temurun iaitu mempercayai animisme
dn menyembah berhala
Prinsip persamaan taraf sesma manusia dalam Islam
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbezaan darjat golongan atasan dan
bawahan
Menolak konsep persaudaraan Islam yang bertentangan dengan konsep assabiah
yang menjadi pegangan mereka
Prinsip akhlak dalam Islam
Orang Arab Jahiliah berakhlak keji
Mencuri dan menindas menjadi kebiasaan mereka dilarang dalam Islam
Mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.
Bimbang terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Sejak dahlu sering bersaing untuk menjadi ketua/pemimpin Makkah
Bimbang pengaruh dan kedudukan tergugat
19

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan orang yang menguasai


kepimpinan kota Makkah
Menggugat ekonomi orang Arab Qurasy
Menjejaskan perusahaan mengukir patung kerana Islam mewajibkan menyembah
Allah s.w.t

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Islam mudah diterima sebahagian daripada


masyarakat Arab.

Layanan yang sama kepada semua manusia


Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah
Kemurnian ajaran Islam
Akhlak Nabi Muhammad s..w.
Pembelaan terhadap golongan bawahan/ wanita
Ajaran Islam mudah diamalkan
Ajaran Islam melarang penindasan
Tidak menggunakan paksaan dalam penyebaran Islam
Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah dengan cara lemah lembut
Berdakwah secara berhikmah
Memujuk dengan menggunakan akal untuk berfikir
Nabi menunjukkan teladan yang baik
Menggunakan pendekatan dengan membandingkan akhlak masyarakat Arab Jahiliah
dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam
Peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat mulia
Kesabaran yang tinggi dalam menyampaikan dakwah

Jelaskan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap
dakwah Islamiah.

Mengejek Islam melalui puisi


Tohmahan dan tuduhan terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Memujuk Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan dakwah Islamiah
Tawaran kedudukan/ wanita cantik/ harta kekayaan
Pemulauan terhadap nabi dan keluarga baginda selama tiga tahun
Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi
Muhammad s.a.w.
Tidak memberikan sebarang pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
Menulis pernyataan pemulauan
Menggantung pernyataan pemulauan di Kaabah
Diganggu semasa beribadat/ letakkan benda kotor di tengkuk nabi ketika baginda
bersolat
Ancaman bunuh terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

20
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Pelantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang besar
kepada masyarakat Arab Jahiliah dan masyarakat dunia umumnya.
Berikan pendapat anda.

Pelantikan ini dianggap sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam


Nabi Muhammad s.a.w. terus menerus menerima wahyu dan baginda telah
menyampaikan seruan kepada semua orang Quraisy
Baginda mengasaskan tamadun Islam
Diangap sebagai penyinar sebuah tamadun
Agama Islam yang disebarkan oleh baginda adalah kesinambungan dengan agama
yang disebarkan oleh nabi-nabi sebelum ini
Perkara terawal yang ditekankan ialah usaha untuk membetulkan akidah masarakat
Arab
Menanam keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.
Menggesa umatnya mennggalkan amalan keji seperti menindas sesama manusia,
membunuh dan mencuri
Titik tolak dalam perkembangan Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya
Pengetahuan membaca dan menulis sangat penting dan asas dalam pendididkn Islam.

Terdpat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pendakwah dalam menyampaikan


dakwah Islamiah pada masa ini.
Nyatakan cabaran-cabaran tersebut.

Islamophobia/ takut kepada ajaran Islam


Hedonisme/ budaya bertuhankan kepada hiburan dan bernafsu kebendaan
Pengaruh media Barat
Orang Islam tidak menunjukkan contoh yang baik
Islam dikaitkan dengan keganasan dan militan Islam
Ajaran sesat/ ajaran bertentangan dengan dasar Islam
Murtad/ berpaling dari agama Islam
Globalisasi/ ledakan teknologi maklumat
Perpecahan antara umat Islam/ tiada semangat persaudaraan Islam yang sebenar
Kurang maklumat berkaitan dengan agama Islam dan tidak membuat kajian
Kemunculan pelbagai cabang fahaman/ wahabi/ syiah

21
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA

Perjanjian Aqabah Pertama

Perjanjian Aqabah Kedua

Berlaku antara Nabi


Muhammad s.a.w dengan
suku kaum Aus dan Khazraj

Nyatakan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama.

Suku Aus dan KHazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, berzina, minum arak

Nyatakan tiga isi penting Perjanjian Aqabah Kedua.

Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad SAW.


Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah
Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal
Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah
Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam

Namakan seorang tokoh pendakwah yang dihantar ke Madinah selepas Perjanjian


Aqabah Pertama.

Musab bin Umair

Berikan sebab mengapa keadaan Madinah tidak aman sebelum penghijrahan


Nabi Muhammad s.a.w

pergeseran berlaku dalam kalangan suku Arab


penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi

Apakah kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua terhadap perkembangan


Islam?

Islam tersebar ke Madinah


Umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah
Madinah menjadi tapak penyebaran Islam yang baru
Suku Aus dan Khazraj telah memeluk Islam
Taat setia orang Islam kepada Nabi Muhammad SAW bertambah kukuh
Kesediaan suku Aus dan Khazraj mempertahankan Islam
Pembentukan kerajaan Islam Madinah
Perpaduan antara golongan Muhajirin dan Ansar
Pembinaan masjid Nabawi
Pengukuhan sistem ekonomi Islam
Pelaksanaan sistem perundangan Islam
22

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua?

Kesetiaan kepada pemimpin


Menepati janji
Perpaduan
Ikhlas
Berani
Tabah
Sabar
Kebijaksanaan
Berwawasan

HIJRAH
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan tiga konsep hijrah menurut Islam.

perkataan Arab yang bermakna perpindahan


berlaku dari satu tempat ke tempat yang lain
konteks Islam, perpindahan orang Islam Makkah ke Madinah
Perpindahan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam
merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam
perjuangan untuk menegakkan kebenaran
meninggalkan keburukan dan kejahatan.
Hijrah merupakan lambang semangat ingin berubah.
perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

Jelaskan hujah yang boleh mematahkan hujah orientalis Barat yang mengatakan
hijrah sebagai suatu pelarian.

Berdasarkan jemputan dan persetujuan penduduk Madinah


disambut dengan rela dan meriah oleh orang-orang Madinah.
Mereka juga telah diberi tempat tinggal
Dijamin keselamatan
Nabi Muhammad SAW sendiri telah dilantik sebagai pemimpin Madinah
baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah

Nyatakan sebab dan tujuan hijrah.

Bagi meneruskan dakwah Islamiah


Perintah Allah SWT menerusi wahyu
meneruskan penyebaran Islam kerana sewaktu di Makkah, ancaman, dan tentangan
daripada orang Quraisy telah menjejaskan penyebaran agama Islam.
strategi baru untuk mengukuhkan dan mengembangkan agama Islam.
jemputan penduduk Madinah dalam perjanjian Aqabah pertama dan kedua

23
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Apakah kepentingan hijrah kepada umat Islam?

titik permulaan perkembangan agama Islam secara meluas dan pesat


kegiatan dakwah Islam dapat dilakukan secara aman tanpa halangan.
membentuk perpaduan masyarakat Islam
disatukan dibawah satu akidah
mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Ansar
menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam
Madinah Pembentukan negara Islam yang pertama
melahirkan sebuah pemerintahan masyarakat Islam yang adil, stabil, dan maju.
Hijrah juga telah memulakan satu kalendar baru bagi umat Islam
telah dijadikan sebagai kalendar umat Islam
menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau yang bermaksud Kota
yang Bercahaya.
Hijrah juga telah menunjukkan sikap toleransi kaum dan semangat tolong menolong
Kesanggupan penduduk Madinah membantu golongan Muhajirin
sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Abu
Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Talib, dan Abdul Rahman bin Auf.
Peranan kaum wanita
Hijrah juga telah menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad
SAW
sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan
Islam
tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan.
menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW mengatur strategi perjuangan
merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamakan Piagam
Madinah

Pada pendapat anda, mengapakah penghijrahan yang berlaku pada hari ini berbeza
daripada penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.

Faktor politik
Akibat peperangan
Keselamatan
Dianggap pelarian
Pendatang tanpa izin
Dihantar pulang ke tempat asal
Faktor ekonomi
Mencari pekerjaan
Faktor sosial
Peluang menyambung pelajaran
Kemiskinan di tempat asal
(mana-mana jawapan yang munasabah)

24
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat menerapkan semangat hijrah


dalam kehidupan seharian?

Bersikap rajin
Berbuat baik
Berfikiran positif
Menambah berilmu
Menepati masa
bervisi / berwawasan
belajar bersungguh-sungguh
(mana-mana jawapan yang munasabah)

PIAGAM MADINAH

Apakah Piagam Madinah?

Perlembagaan bertulis pertama di dunia.


Dirangka oleh Nabi Muhammad S.A.W
Berpandukan wahyu Allah.
Asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah.
Mencatatkan peraturan, tanggungjawab ketua Negara dan rakyatnya.
Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam.
mengandungi 47 fasal
23 fasal tentang tanggungjawab orang Islam
24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam
termasuk orang Yahudi

Terangkan perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah.


Politik

Nabi Muhammad S.A.W ketua Negara Madinah


Ketua hakim

Agama

Masyarakat Madinah bebas memilih agama


Menghormati agama lain

Sosial

Masyarakat Madinah dianggap ummah


Hidup bersatu padu, bekerjasama tanpa mengira bangsa

Perundangan

Undang-undang lslam dipakai secara menyeluruh.


Hukuman dikenakan dengan adil.

25
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Ekonomi

Tiada diskriminasi
Melarang riba, penipuan dan penindasan
Kerjasama masyarakat Madinah

Pertahanan Madinah

Semua masyarakat wajib mempertahankan Madinah


kedudukan orang Yahudi
akui sebagai rakyat Madinah
hak sama
menikmati keselamatan dan kebebasan

Terangkan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan Islam.


Politik

Model kerajaan lslam yang unggul


Panduan pemerintahan lslam
Merangkumi peraturan dunia dan akhirat

Ekonomi

Amalan riba / penipuan / rasuah / penindasan tidak dibenarkan


Sifat bertimbang rasa
Amalan bersedekah
Mementingkan keadilan dalam perniagaan

Perundangan

Lengkap dan sempurna


Syariah lslam adalah adil

Sosial

Masyarakat bersatu padu


Hidup aman
Konsep keadilan social dipraktikkan
Menekankan persamaan hak
Persaudaraan lslam
(mana-manajawapan yang munasabah)

26
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

PEPERANGAN DALAM ISLAM

Berikan siri-siri peperangan yang melibatkan orang Quraisy Makkah dengan


orang Islam Madinah.

Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Tabuk

Nyatakan dua prinsip peperangan yang digariskan oleh Islam.

Allah SWT membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh
musuh.
Allah SWT juga membenarkan berperang untuk mencari keamanan supaya tempat
ibadat mereka terjaga.
Setiap pertempuran adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri

Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.

Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah.


tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan tanaman.
dilarang memusnahkan rumah ibadat agama lain.

Senaraikan golongan orang yang lemah mengikut prinsip peperangan dalam


Islam.

orang tua
kanak-kanak
kaum wanita
orang sakit
orang yang menyerah diri

Apakah sifat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Badar?

mengampunkan tawanan Arab Quraisy, wanita dan kanak-kanak telah dibebaskan.


Sementara tawanan lelaki diberi syarat untuk membebas diri mereka.
Tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca
dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan.

Nyatakan bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.

Nabi Muhammad SAW mengampunkan tawanan Perang Badar


Tawanan wanita dankanak-kanak dibebaskan
Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar
Sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai
27

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Apakah pandangan anda peperangan yang berlaku pada hari ini?

Membunuh golongan yang tak berdosa.


Merosakkan harta benda awam.
Merosakkan rumah ibadat.
Kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa.

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan daripada


berlaku?

Mengamalkan akhlak yang mulia


Saling bertolak ansur
Menunjukkan teladan yang baik
Menghormati hak asasi
Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi beraja

28
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Bagaimanakah Kerajaan Bani Abbasiyah mula terbentuk?

Perkara ini berlaku kerana Kerajaan Bani Umaiyah mula menghadapi tentangan
Kerajaan Bani Umaiyah mula menghadapi tentangan pada akhir pemerintahan dari
dalam dan luar negeri.

Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penetangan tersebut?

Orang Islam berbangsa Parsi dan Barbar (golongan Mawali) menganggap mereka
telah didiskriminasikan oleh Kerajaan Bani Umaiyah
Hal ini berlaku kerana mereka tidak dapat memegang jawatan yang selayaknya
diberikan kepada mereka.
Mereka juga telah dikenakan kadar cukai yang tinggi.
Golongan Mawali juga telah memberi sokongan kepada gerakan Abbasiyah bagi
menentang Kerajaan Bani Umaiyah.
Khalifah pada akhir pemerintahan Bani Umaiyah juga telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
Khalifah juga telah mengabaikan ajaran Islam.
Pemilihan Khalifah berpandukan sistem warisan pada masa itu telah ditentang
golongan Khawarij dan Syiah.

Galurkan pembentukan Kerajaan Bani Abbasiyah secara kronologi?

Gerakan Abbasiyah ditaja oleh Ali bin Abdullah dan bergerak secara sulit.
Mula bergerak secara terbuka semasa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz untuk
menumpaskan Kerajaan Bani Umaiyah.
Melancarkan kempen dengan menggunakan nama Ahlul Bait.
Ahlul Bait bermaksud menggunakan nama keluarga Nabi Muhammad s.a.w. untuk
mendapatkan sokongan.
Kufah, Khurasan dan Humaimah dijadikan pusat operasi gerakan ini.
Gerakan ini dikuatkan lagi dengan penyertaan dua pahlawan iaitu Abu Salamah alKhallal yang mengetuai gerakan di Kufah.
Abu Muslimah al-Khurasani pula mengetuai gerakan di Khurasan.
Pada 750 M Revolusi Abbasiyah telah berjaya menggulingkan kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Abbasiyah diasaskan sempena nama al-Abbas iaitu bapa saudara Nabi
Muhammad s.a.w.
Pusat pemerintahan pertama terletak di Damsyik.
Semasa pemerintahan Abu Jaafar pusat pemerintahan telah berpindah ke Baghdad.
Kerajaan ini mengamalkan pemerintahan secara warisan dan pemerintahan bercorak
sistem monarki.
Kerajaan ini runtuh akibat serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

29
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Senaraikan sumbangan-sumbangan Kerajaan Abbasiyah?

Mencapai kegemilangan pada abad ke-9 semasa pemerintahan Khalifah Harun alRasyid dan anaknya Al-Makmum.
Kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual dan perkembangan ilmu
pengetahuan.
Kegiatan penulisan seperti penterjemahan karya asing ke bahasa Arab berlaku.
Baitulhikmah telah ditubuhkan dan berkembang luas semasa al-Makmum memerintah.
Antara kegiatan yang dijalankan ialah menterjemah karya falsafah dan sains tamadun
Yunani kepada bahasa Arab
Kegiatan penulisan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu mencatat idea atau
percakapan, mengumpul idea yang serupa dan mengumpul hadis Nabi Muhammad
s.a.w. ke dalam sebuah buku.
Golongan ulama terlibat dalam kegiatan penulisan dan mengarang buku.
Mereka menyusun hadis, menulis buku tentang fikah, tafsir, sejarah dan sebagainya.
Wujud juga ulama-ulama terkenal ketika itu.
Imam Malik menyusun buku Al-Muwatta.
Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
Abu Hanifah menyusun buku fikah dan pendapat ijtihad.
Berlaku kegiatan penterjemahan daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani.
Hal ini telah mengembangkan bidang intelektual orang Arab.
Mereka juga mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah ke
bahasa Arab.
Membuat huraian dan penambahbaikan dalam karya mereka.
Juga membuat ulasan dan keterangan yang tinggi nilainya.
Usaha ini telah berjaya memelihara warisan ilmu zaman lampau melalui kegiatan
penterjemahan.
Pusat pengajian tinggi yang didirikan telah dapat meningkatkan kegiatan penyelidikan
dan kajian sarjana Islam.
Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan membawa kepada Zaman
Renaissance di Eropah.
Penulisan para ilmuan dan ulama telah meningkatkan pengetahuan manusia
sezaman.
Dari segi warisan pula telah meninggalkan nilai yang tinggi kepada generasi
kemudiannya.

Sebagai pelajar bagaimanakah kita dapat memajukan lagi bidang pendidikan di


negara kita.
Berikan pendapat anda?

Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Bersama-sama memartabatkan bidang ilmu.
Meletakkan ilmu sebagai keutamaan dalam apa sahaja yang dibuat.
Ilmu dijadikan panduan dalam melakukan sesuatu perkara.
Memastikan perkembangan ilmu sentiasa berlaku secara berterusan.

30
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Terangkan apa yang sepatutnya anda lakukan sekiranya anda memimpin sesuatu
masyarakat?

Mengutamakan ilmu dalam segala bidang.


Menggalakan penterjemahan sebagai hobi mengisi masa lapang.
Menghormati golongan cerdik pandai dan golongan agama.
Sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.
Menggalakkan rakyat memberikan sumbangan yang bernas dalam bidang ilmu.

KERAJAAN TURKI UTHMNIYAH

Nyatakan latar belakang Kerajaan Turki Uthmaniyah?

Kerajaan ini bermula sebagai sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat
Anatolia (Turki)
Pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dari segi pemerintahan dan
pentadbiran.
Walaupun kecil kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan lain dan membentuk kerajaan
Uthmaniyah.

Bagaimanakah Kerajaan Turki Uthmaniyah di bentuk?

Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Uthrugul dari keturunan suku
Qayi.
Pada peringkat awal Uthman merupakan amir atau gabenor Saljuk di kawasan barat
Anatolia yang bersempadan dengan empayar Bayzentine atau Rome Timur.
Pada tahun 1301 Uthman telah mengalahkan tentera Byzantine dan telah
menyebabkan Gazi atau pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu.
Berlaku perluasan jajahan takluk di bawah pimpinan Uthman.
Kawasan disekitar Anatolia di takluk oleh Uthman dan bandar Bursa dijadikan ibu
negeri.
Setelah Uthman meninggal dunia pada 1326 usaha perluasan kuasa telah diteruskan
oleh anaknya.
Orhan I dan pemerintah lain telah meneruskan perluasan kuasa.
Kawasan-kawasan yang ditakluki pada 1336 sehingga 1354 oleh Orhan I adalah
kawasan seperti Marmara, Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli.
Murad I dan Bayezid I berjaya menguasai Balkan Selatan dan Utara Bulgaria.
Antaranya Philipopolis, Sofea, Salonika, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.
Semasa Mehmed II, Istanbul telah berjaya ditawan.
Empayar Uthmaniyah mengalami pengukuhan semasa Mehmed II pada tahun 1451
sehingg 1481.
Berakhir apabila Sulaiman I meninggal dunia.
Empayar Turki Uthmaniyah berlanjutan sehingga Abad ke 20.
Sejak awal abad ke-20 empayar ini mulai mengalami kemerosotan.
Faktor kemerosan Kerajaan Turki disebabkan perkara seperti kelemahan pemimpin.
Masalah lain seperti pungutan cukai dan pemberontakan.
Kesukaran mengawal penduduk yang bertambah dengan pesat juga merupakan satu
faktor.

31
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Nyatakan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah?

Berjaya membentuk sebuah empayar yang luas.


Merupakan kesatuan Islam di dunia.
Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran dunia Islam.
Selepas Sultan Selim I menguasai Makkah pada 1517 kerajaan Uthmaniyah dianggap
sebagai pelindung umat Islam di dunia.
Sistem perundangan yang dikenali Kanun Sulaiman yang diperkenalkan oleh Sulaiman
I.
Kanun ini menekankan tentang mempertahankan serta membela nyawa.
Harta dan kehormatan individu juga ditekankan dalam kanun ini tanpa mengira bangsa
dan agama.
Dalam pentadbiran Islam jawatan kadi dan mufti diperkenalkan.
Sheikhul Islam iaitu ulama juga diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa.
Koleksi fatwa tersebut memberi sumbangan dalam agama dan sains.
Undang-undang tersebut juga digunakan sehingga kini.
Dalam bidang sosial ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan
penterjemahan telah berkembang dengan pesat.
Wujud sistem madrasah dan sekolah akademik.
Terdapat sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
Sumbangan golongan intelektual pula adalah seperti menghasilkan ensiklopedia.
Mehmed al-Fanari dan Molla Lutfi menghasilakan ensiklopedia sains Islam yang
menjadi rujukan bagi keperluan praktikal.
Manakala Katip Celebi menghasilkan ensiklopedia yang masih menjadi rujukan
sehingga kini.
Masjid, hospital dan rumah terbina hasil daripada perkembangan ilmu.
Seni bina Masjid Biru kekal sehingga hari ini.

Bagaimanakah kita dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di


persada dunia?

Menghantar pelajar Malaysia belajar ke luar negara.


Mengadakan program yang melibatkan pelajar Malaysia dengan pelajar luar.
Memartabatkan IPTA dan IPTS.
Mengadakan jalinan kerjasama dalam pendidikan yang berterusan.
Menganjurkan simposium dan seminar yang melibatkan negara luar di Malaysia.

32
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA


TEORI KEDATANGAN ISLAM

Nyatakan latar belakang bagaimanakah Islam dapat disebarkan ke Asia Tenggara.

Sebelum kedatang Islam masyarakat di Asia Tenggara menganut agama Hindu dan
Buddha.
Asia Tenggara merupakan kawasan perdagangan yang terkenal dalam kalangan
pedagang Arab, India dan China sebelum kemunculan Islam di Makkah.
Perkembangan Islam di Makkah sekitar abad ke-7 Masihi menyebabkan para
pedagang Arab telah berdakwah di Asia Tenggara.
Sejaran telah membuktikan bahawa Islam disebarkan melalui Semenanjung Tanah
Arab, China dan India.

Kemukakan teori berserta bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah tersebar ke
Asia Tenggara melalui Semenanjung Tanah Arab ?

Dikemukakan oleh John Crowford.


Disokong oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas.
John Crowford telah mengemukan beberapa bukti bagi menyokong kenyataan beliau.
Islam berkembang melalui para pedagang yang datang berdagang di Asia Tenggara.
Catatan China menyatakan pedagang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat
perniagaan dan petempatan di Canton sejak tahun 300 M.
Pedagang telah menguasai laluan laut dari Pelabuhan Iskandariah sehinggalah ke
China.

Setelah kemunculan Islam di Makkah mereka masih menguasai aktiviti perdagangan.


Mereka singgah di pelabuhan-pelabuhan utama sebelum sampai ke China.
Mereka singgah kerana menunggu perubahan angin monsoon sebelum ke China.
Kebanyakkan mereka menetap dan membina perkampungan di sini.
Mereka juga turut berkahwin dengan penduduk tempatan.
Mereka turut menyebar Islam kepada pedagang tempatan.
Masyarakat dan pedagang tempatan memeluk Islam kerana tertarik dengan tingkah
laku pedagang Arab.

Catatan Islam pula menyatakan wujudnya perkampungan Islam seperti Ta Shih di


Sumatera.
Antara bukti yang dinyatakan separti bahan penulisan dan kesusasteraan yang
terdapat di Asia Tenggara sama seperti di Semenjung Tanah Arab.
Perkataan Arab terdapat dalam tulisan Jawi berasal daripada Arab.
Kebudayaan dan adat resam di pengaruhi budaya Arab.
Kebanyakan karya menyatakan raja-raja di Asia Tenggara di Islamkan oleh ulama
Arab.

Terdapat bukti menyatakan Hikayat Raja-Raja Pasai di mana Raja Pasai berjaya di
Islamkan iaitu Merah Silu atau Malik al-Salih.
Sheikh Said mengislamkan Raja Patani iaitu Phaya Tu Nakpa.
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula Syeikh Adullah Al-Yamani mengislamkan
Raja Kedah.

33
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Kemukakan teori dan bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah tersebar ke Asia
Tenggara melalui China ?

Dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia.


Disokong oleh S.Q. Fatimi.
Emanuel Gadinho Eredia telah mengemukan beberapa bukti.
Canton merupakan pusat perdagangan sejak abad ke-9 M.
Canton merupakan pusat perdagangan utama bagi pedagang Arab yang beragama
Islam.

Mereka menyebarkan Islam kepada pedagang China.


Pedagang China yang menjalankan perniagaan ke Asia Tenggara pula telah terlibat
menyebarkan Islam kepada masyarakat tempatan.
S.Q. Fatimi memberikan bukti seperti perpindahan beramai-ramai pedagang China
dari Canton ke Asia Tenggara sekitar 876 M.
Penemuan Batu Bersurat Terangganu di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang,
Terangganu.
Terangganu merupakan sebuah kerajaan tua yang menjalankan aktiviti perdagangan
sejak dahulu lagi.

Terdapat juga bukti seperti unsur seni bina pada masjid di Nusantara sama seperti di
China.
Bentuk bumbung juga dipengaruhi seni bina China.
Bentuk lain seperti pagoda dan hujung perabung atap yang melentik.

Nyatakan teori beserta bukti yang menunjukkan Islam datang daripada India?

Teori dikemukakan oleh Snouck Hurgronje.


Seorang sejarawan Belanda yang menyatakan bahawa Islam berkembang melalui
India.
Gujerat dan Pantai Koromandel sejak abad ke-13 merupakan pusat persinggah utama.
Bukti beliau disokong oleh Snouck Hurgronje.
Antara bukti adalah hubungan perdaganan yang telah lama wujud.
Gujerat merupakan pelabuahan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India.
Pedagang lain yang beragama Islam telah menyebarkan Islam melalui aktiviti
perdagangan.
Batu marmar pada batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa.
Batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India.
Unsur kebudayaan India telah wujud di Asia Tenggara yang membuktikan adanya
hubungan rapat sejak dahulu lagi.

Bagi mengaplikasikan pengetahuan anda berkaitan kesenian dan perdagangan sejak


dahulu lagi.
Apakah contoh-contoh lain yang dapat anda kemukakan tentang ini?

Pemakaian inai oleh masyarakat Melayu menjadi trend apabila tibanya musim
perayaan.
Adat bersanding merupakan acara kemuncak dalam majlis perkahwinan masyarakat
Melayu.
Kenduri kendara diadakan majlis tepung tawar.
Kegiatan perdagangan terus mendapat tempat baik oleh orang Melayu mahupun India.
34

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Sebagai pelajar, terangkan apa yang berlaku di Asia Tenggara selepas kegiatan
perdagangan pada masa dahulu mencapai kemuncaknya?

Aktiviti perdagangan dua hala terus berlaku sehingga kini.


Kegiatan perdagangan turut membawa kepada hubungan baik dalam aspek politik
juga sosial.
Kegiatan perdagangan hari ini masih menerapkan nilai baik seperti yang dibawa
pedagang Islam suatu ketika dulu.
Perkembangan ekonomi turut meningkatkan ekonomi negara Asia dari segi lain.

PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA

Bagaimanakah pengaruh Islam di Asia Tenggara turut mempengaruhi bidang


kesenian?

Kesenian telah mempengaruhi masyarakat Asia Tenggara.


Seni khat, seni ukir dan seni bina turut dipengaruhi unsur-unsur Islam.
Seni khat digunakan pada batu nisan dan ukiran kayu.
Juga terdapat penggunaan tulisan jawi.
Abjad Arab turut digunakan pada batu nisan.

Kreativiti masyarakat menjadikan tulisan pada batu nisan lebih menarik.


Batu nisan Malik Ibrahim dibawa dari Gujerat.
Batu nisan tersebut berbentuk kapal terbalik dan menunjukkan pengaruh dari Parsi.
Batu nisan Naina Hisham al-Din mempunyai pengaruh seni Islam dari Parsi.
Tulisan Syair Parsi dan pola hiasan daun yang sama dengan hiasan permaidani Parsi.
Ayat suci Al-Quran, hadis dan catatan sesebuah kerajaan dirakamkan melalui seni
khat.
Seni khat juga terdapat pada bilah mata keris.
Ayat suci Al-Quran ditatahkan dengan emas, perak dan permata untuk menjadikannya
lebih menarik.

Batu bersurat Terangganu merupakan seni khat tertua.


Dijumpai pada 1303M dan ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan
jawi.
Seni khat islam turut mempengaruhi seni ukiran kayu.
Seni kaligrafi mencontohi huruf Arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi.
Unsur seni dicantumkan dengan unsur tumbuh-tumbuhan.
Seni khat menjadi hiasan utama di masjid, surau dan rumah kediaman.
Unsur Islam turut mempengaruhi binaan bangunan.
Masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan menerima pengaruh seni bina Islam.

35
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Bagaimanakah kesenian Islam dapat memberikan kemakmuran kepada masyarakat


Malaysia?
Beri pandangan anda.

Kesenian Islam seperti nasyid dapat meningkatkan martabat bangsa.


Penggunaan alatan muzik Islam seperti gabus lebih memberikan ketenagan.
Pertandingan diperingkat sekolah dapat merapatkan hubungan silaturrahim.
Kesenian Islam seperti corak gometri semakin banyak digunakan dalam pembinaan
bangunan
Pelajar sekolah dapat mengasah bakat mereka apabila menyertai pertandingan tulisan
khat.
Kaligrafi dan seni khat menuntut kesabaran dan disiplin yang tinggi.

36
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA

Nyatakan dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu?

Pendidikan formal
Pendidikan tidak formal

Jelaskan fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Sebagai pusat pengajian agama.


Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar
Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Muaulana Sadar Jahan
Perkembangan pesat dalam pendidikan dipengaruhi oleh ramai ulama dan pendakwah
asing yang menetap di Melaka. Cth dari Arab dan Parsi
Minat pemerintah terhadap ilmu pengetahuan menjadi penarik fungsi istana
sebagai pusat ilmu pengetahuan
Kitab al-Dur al-Manzum (Mutiara Tersusun), diarak hingga ke balairung istana Melaka
Istana sebagai tempat menyimpan buku hikayat. Cth: Hikayat Amir Hamzah
Pendidikan diistana bukan sahaja melibatkan soal keagamaan tetapi juga hal
pentadbiran negara dan politik

Jelaskan pengaruh Islam dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.

Kedatangan Islam telah memperkenalkan huruf Arab dan ini telah disesuaikan dengan
tulisan Melayu yang dikenali sebagai tulisan jawi
Perbendahaean kata Bahasa Melayu bertambah, adat, adil, daulat, hakim dan hukum
Istilah-istilah dalam cabang ilmu Islam seperti fikah, tauhid dan tafsir
Dalam bidang kesusasteraan, penulisan karya telah berkembang
Karya yang dihasilkan berbentuk prosa dan puisi
Cth: Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
Hikayat-hikayat tentang nabi-nabi lain, cth: Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa
a.s
Cerita tentang para sahabat cth: Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah
Terhasilnya hikayat-hikayat saduran seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan
Damsyik

37
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Nyatakan kesan pengaruh Islam dalam gaya hidup masyarakat Melayu.

Perubahan prinsip kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak


Amalan protokol ( hijabah) menunjukkan pengaruh bani Umaiyah
Kandungan pembacaan ciri dalam upacara pertabalan dimansuhkan
Adat pertabalan seperti lafaz ikrar (sama seperti baiah) dalam Islam diamalkan
Pengganti sultan yang mangkat dilantik sebelum pemakaman. Ini ditiru daripad
khalifah pada zaman Bani Umaiyah
Hubungan antara individu dan kekeluargaan menjadi lebih rapat
Orang yang lebih tua dihormati
Jiran dianggap sebagai anggota keluarga sendiri
Panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua
Bercakap dengan suara yang lebih rendah dengan orang yang lebih tua
Tetamu dilayan dengan baik. Dihidang makanan dan minuman
Memberi salam dan menjawab salam
Bersalam-salaman
Kanak-kanak mencium tangan orang yang lebih tua
Ungkapan bismillah dibaca sebelum makan dan minum
Majlis perkahwinan dijalankan secara Islam.
Majlis berkhatan
Majlis berkhatam
Amalan gotong royong diamalkan

PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI

Namakan pusat perdagangan di Tanah Melayu pada kurun ke-17 dan ke-18.

Johor
Kedah
Terengganu
Melaka

Apakah ciri-ciri Islam dalam mata wang?

Setiap mata wang tertera nama dan pangkat sultan yg memerintah


Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan spt Khalifatul Mukminin
Terdapat tarikh Islam dicatat
Bertulisan Jawi atau Arab spt Malik atau Sultan al-Adil

Mengapakah Melaka berkembang sebagai pusat perdagangan dunia?

Kedudukan strategik
Di laluan perdagangan antara China dan India
Terlindung daripada tiupan angin
Laut dalam
Kemudahan pelabuhan lengkap
Tempat membaiki kapal, gudang, tempat tinggal pedagang, bekalan makanan dan air
mencukupi serta buruh ramai
Pentadbiran pelabuhan cekap
38

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Mewujudkan jawatan laksamana bg menjaga urusan kelautan


Syahbandar sbg ketua pelabuhan
Undang-Undang Laut Melaka menjadi landasan bg tugas-tugas nakhoda dan juru mudi
Tumpuan persinggahan pedagang asing
Dibuktikan dgn terdapatnya 84 bahasa yg dipertuturkan
Dua kaedah digunakan dlm urusan perdagangan, iaitu secara tukar barang dan mata
wang/
jual beli
Sistem timbang dan sukat menggunakan sistem tahil, kati serta bahara
Sistem bahara dilakukan dgn menggunakan dacing

Nyatakan jenis cukai yang diperkenalkan oleh Melaka kepada pedagang.

Pedagang diwajibkan membayar cukai barang dagangan sblm urusan perdagangan


dilakukan
Cukai tetap(cukai import) jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah
Pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak
6%
Pedagang dari Jepun, dan China dikenakan cukai sebanyak 5%
Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
Setelah cukai dibayar, barulah urusan jual beli dilakukan di bazaar-bazar yg
disediakan
Orang asing yg menetap di Melaka juga dikenakan cukai
Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3%
Orang asing lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6%

Bagaimanakah anda boleh menerapkan nilai-nilai Islam dalam perdagangan?

Jujur/amanah
Mengamalkan unsur halal
Gigih
Tidak menindas
Bertolak ansur
Berjimat cermat
Menolak riba
Melakukan akad dalam urus niaga

Terangkan perkembangan mata wang selepas menerima pengaruh Islam

Mata wang perantaraan nilai


Memudahkan jual beli
Alternatif kpd sistem barter
Mata wang timah
Berbentuk bulat
Beratnya satu kati lapan tahil
Nama sultan yg memerintah serta tarikh Islam dicatat
Mata wang Kartun mata wang Johor
Berbentuk bulat atau segi enam
Tidak mempunyai tarikh
Bertulisan Jawi atau Arab spt Malik atau Sultan al-Adil
39

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Mata Wang timah negeri Kedah


Berbentuk seekor ayam jantan hinggap di atas beberapa bentuk cincin
Boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan
Mata wang emas
Digunakan di Kedah dan Johor pd abad ke-16
Di Kelantan dikenali sbg kijang krn terdapat gambar kijang
Di Johor digelar Kupang
Tertera nama dan gelaran sultan yg memerintah
Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan spt Khalifatul
Muslimin
Mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka
Pedagang Eropah menggunakan wang perak
Pedagang India, China dan Arab menggunakan emas

Jelaskan faktor kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka pada kurun ke-15.

Kedudukan strategik
Di laluan perdagangan antara China dan India
Terlindung daripada tiupan angin
Laut dalam
Kemudahan pelabuhan lengkap
Tempat membaiki kapal, gudang, tempat tinggal pedagang, bekalan makanan dan air
mencukupi serta buruh ramai
Pentadbiran pelabuhan cekap
Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan
Syahbandar sbg ketua pelabuhan
Undang-Undang Laut Melaka menjadi landasan bg tugas-tugas nakhoda dan juru mudi
Tumpuan persinggahan pedagang asing
Dibuktikan dgn terdapatnya 84 bahasa yg dipertuturkan
Dua kaedah digunakan dlm urusan perdagangan, iaitu secara tukar barang dan mata
wang/
jual beli
Sistem timbang dan sukat menggunakan sistem tahil, kati serta bahara
Sistem bahara dilakukan dgn menggunakan dacing

40
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH


ZAMAN RENAISSANCE
Berikan maksud zaman Renaissance

Renaissance bermaksud kelahiran semula


Berasal dari perkataan Itali Renisciment
Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah
Penghargaan semula ilmu dalam tamadun Rom dan Yunani
Renaissance bermula di Itali
Bapa Humanisme ialah Francesco Pertrarch
Tokoh lain Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio

Perkembangan Zaman Renaissance

Masyarakat zaman ini mempunyai semangat inkuiri yang kuat (semangat ingin tahu)
Abad ke 14 bermula di Itali dan berkembang ke Eropah Barat.

Muncul Bandar-bandar terkenal Venice, Genoa, Rom dan Milan di Itali yang menjadi
pusat perdagangan antarabangsa
Itali sangat strategik sebagai persimpangan utama dan pusat perdagangan
antarabangsa dikelilingi oleh Laut Mediterranean
Aktiviti perdagangan di Itali membawa kepada kemunculan pedagang kaya

Mereka gunakan kekayaan untuk mengindahkan Bandar


Pedagang kaya menjadi patron @ penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis
dan penulis
Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence
Patron berusaha menarik seniman dan cendiakawan yang terbaik ke Bandar mereka
sehingga berlaku persaingn antara Bandar
Terdapat juga seniman dan cendekiawan berkunjung dr Bandar ke Bandar
menyebarkan idea Renaissance ke suluruh Itali
Di Rom Paus menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
Penguasa gereja di Rom cemburu dgn pencapaian Bandar Florence yang cantik dan
menarik ( dibina oleh Keluarga Medici) dan ingin menandinginya.
Tetapi penguasa gereja berselisih faham dengan saintis yang mencabar fahaman
tradisi gereja seperti kes Galileo Galilei
Oleh itu, gereja memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir
Paus Julius II telah mengupah Leonardo da Vinci, Raphael dan Michalelangelo
mencantikkan dan menghiasi gereja dan katederal di Rom dengan ukiran dan lukisan.
Semangat dan amalan individualisme muncul apabila pelukis dan pengukir ingin
dikenali secara individu.
Mereka juga mahir dalam ilmu pengetahuan
Tokoh Renaissance di England Thomas More (1478 1535), Francis Bacon (1561
1626) dan William Shakespeare

41
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Berikan kesan kesan zaman Renaissance

Politik
Munculnya monarki baharu dengan kerajaan pusat yang kuat
Kekuasaan monarki diperkukuhkan dengan amalam pembayaran cukai secara
langsung kepada kerajaan pusat.
Kesannya, kuasa raja bertambah kukuh
Kuasa gereja dan bangsawan berkurangan

Ekonomi
Ekonomi sara diri semakin pupus dan perdagangan semakin berkembang
Kegiatan penjelajahan dan penerokaan berkembang seiring dengan kemajuan dalam
bidang geografi, kartografi, astronomi dan matematik

Sosial
Mereka lebih berani menzahirkan emosi melalui muzik, lukisan dan ukiran serta
membentuk budaya keyakinan diri.
Masyarakat mementingkan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik,
falsafah dan metafizik
Membentuk sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baharu bagi
mencapai kejayaan

Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Renaissance yang berlaku
di Eropah.

Semangat inkuiri.
Mendalami ilmu
Sedia berubah
Perubahan gaya hidup masyarakat
Perkembangan intelektual.
Yakin diri
Perdagangan maju
Ilmu baru diteroka
Mencari kebenaran
Mana-mana jawapan munasabah

REFORMATION
Maksud Zaman Reformation

Berasal daripada perkataan reform melaksanakan perubahan atau pembangunan


atau pembaharuan terhadap sesuatu yang baru
Berkaitan dengan agama Kristian

42
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Mengapakah gerakan Reformation berlaku di Eropah pada abad ke 16?

Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan .


Pihak gereja Rom telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan
Amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan kitab Bible
Masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katholik
Lebih cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah/ bangsawan yang tidak
mencerminkan
kehidupan keagamaan
Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences,/surat pengampunan
Penciptaan mesin cetak oleh Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan dalam
masa yang singkat dengan harga yang murah.
Tindakan Martin Luther menentang amalan Indulgences.
Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya
Mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi.
Pendirian dan ajaran MArthin Luther Mazhab Protestan

Jelaskan kesan gerakan Reformation di Eropah

Agama
Agama Kristian berpecah kepada Katholik dan Protestan.
Mazhab Protestan pimpinan Luther berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan
England
Di Switzerland, gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian
dipimpin pula oleh John Calvin
Berlaku perang keagamaan di Perancis dan Perang 30 tahun yang melibatkan
Sepanyol, German, Bohemia, Denmark dan Sweden
Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan
Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untuk
mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka
Kuasa gereja telah dicabar secara terbuka
Kuasa gereja terhadap monarki berkurangan
Raja membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom.

Pada pendapat anda, apakah iktibar yang diperolehi daripada Zaman Reformation
yang berlaku di Eropah kepada negara kita

Bersatu pendapat dalam semua perkara


Kesederhanaan dalam kehidupan
Kemusnahan akibat perang
Berpegang kepada ajaran agama
Mengelakkan rasuah dan penyelewengan
Sikap bertoleransi akan membawa kemajuan
Tidak bersikap fanatik
Mana-mana jawapan munasabah

43
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN


Nyatakan kuasa-kuasa
penerokaan.

Eropah

yang

unggul

pada

zaman

penjelajahan

dan

Portugal, Sepanyol, England, Perancis dan Belanda


Kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru di lautan luas bagi membolehkan
mereka menuju ke Timur.

Terangkan sebab-sebab utama berlakunya penjelajahan dan penerokaan orang


Eropah ke Timur.

Desakan ekonomi
Orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus
dari Timur
Keagamaan
Untuk sebarkan agama Kristian ke seberang laut tambahan Sepanyol pernah dikuasai
oleh orang Islam
Galakan pemerintah
Raja Sepanyol memberikan galakan kepada usaha ini
Perdagangan rempah
Mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka
Monarki baru
Galakan monarki baru di England, Perancis, dan Belanda untuk penjelajahan dan
penerokaan
Kebanggaan Bangsa
Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah menjelajah

Kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah

Politik

Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah melalui
Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)

Ekonomi

Daerah di luar Eropah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah

Pusat emporium dunia seperti Melaka dikuasai oleh Portugal

Jalan pelayan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugal

Sosial

Masyarakat tempatan mula terpengaruh denga gaya hidup orang Eropah

Agama Kristian diterima dan dianuti oleh masyarakat peribumi


Jelaskan iktibar yang dapat anda
penerokaan masyarakat Eropah.

Sikap berani

Semangat meneroka

Keyakinan diri

Semangat ingin tahu

Meluaskan pengetahuan

Suka meneroka ilmu

Semangat gigih berusaha

Sanggup menghadapi risiko

Kecekalan

Tidak mudah putus asa


Mana-mana jawapan munasabah

pelajari daripada aktiviti penjelajahan dan

44
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

PERLOMBONGAN
Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?

Kegiatan pertanian atau perlombongan


Melibatlan lebihan pengeluaran
Untuk tujuan pemasaran lebih luas
Skala yang besar
Tenaga buruh yang ramai
Modal yang besar
Teknologi yang lebih tinggi
Pengurusan cekap

Senaraikan hasil galian di Tanah Melayu.

Emas
Bijih timah
Arang batu
Bauksit
Antimoni
Bijih besi

Jelaskan peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu
sebelum kedatangan British.

Menjadi pemilik pelombong bijih timah


Memantau dan mengawal penglibatan orang-orang Cina dalam aktiviti perlombongan
bijih timah
Memberi kebenaran/persetujuan kepada pengusaha Cina
Mengawal dan menguasai kawasan perlombongan
Menjadi pembeli hasil bijih timah yang dilombong
Menentukan harga belian bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong bijih timah
kepada pengusaha Melayu

Apakah kelebihan pelombong


perlombongan bijih timah?

British berbanding pelombong Cina dalam sektor

Kemampuan menyediakan modal yang tinggi


Penggunaan teknologi kapal korek
Menjalankan aktiviti secara besar besaran
Penguasaan kerajaan British terhadap sistem politik
Penggubalan Enakmen dan Undang-undang yang berpihak kepada pelombong
Eropah.

45
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN


Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah
Melayu pada awal abad ke-20.

Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian


Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan
perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport
Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada 1885
Menghubungkan Taiping dengan Port Swettenham
Kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson
Tapah Road dengan Telok Anson (Teluk Intan)
Pada tahun 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak , Selangor dan
Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api
Jalan kereta api menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah
disiapkan pada tahun 1918
Pada tahun 1931, jalan kereta api di bahagian Timur menghubungkan Gemas ,Pahang
dan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina
Menjelang tahun 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke
Singapura
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan
pedalaman untuk penanaman getah
Di Johor , orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya
pembinaan jalan kereta api.
Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak
Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih
timah dan getah ke pengkalan sungai
Menjelang tahun 1895, Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400
kilometer.
Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor
pada tahun 1902
Jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan
perhubungan antara negeri-negeri di pantai Barat dengan negeri-negeri di pantai
Timur
Sistem perhubungan seperti telegraf, telefon, perkhidmatan, pos,radio dan
perkhidmatan udara turut diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi
Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan antara negara dapat dijalankan
dengan lebih cekap dan cepat.

Terangkan sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada


awal abad ke-20.

Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah


Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport
Jalan kereta api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,
Selangor dan Negeri Sembilan.
Menghubungkan bahagian Timur, Utara dan Selatan Tanah Melayu
Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah
Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah
46

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Kereta api dapat membawa muatan yang banyak


Hubungkan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap
Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dab bijih timah ke Eropah

PENDIDIKAN VERNAKULAR
Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada zaman penjajahan
British telah melahirkan sistem pendidikan vernakular.
Apakah maksud pendidikan vernakular ?

Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing


sebagai bahasa pengantar.

Nyatakan ciri umum pendidikan vernakular.

Berorientasikan kaum.
Menggunakan pengantar bahasa ibunda.
Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.
Guru-guru juga diambil dari negara asal.
Buku teks dibawa dari negara asal.

Jelaskan persamaan pendidikan vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu


semasa penjajahan British.

Dibiayai oleh pengusaha (taukeh lombong dan pengusaha ladang)


Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar.
Guru dibawa dari negara asal.
Buku dibawa dari negara asal.
Sukatan pelajaran berasaskan sistem pendidikan di negara asal.

Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan vernakular tidak mampu


memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu ?

Pendidikan ini berorientasikan kaum.


Murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan.
Murid tidak melalui sistem pendidikan yang sama.
Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
Sukatan pelajaran dan guru dibawa dari negara asal.
Tidak dilaksanakan hingga ke peringkat tinggi.

Bagaimanakah perpaduan kaum di negara kita boleh dipupuk melalui sistem


pendidikan ?

Menggunakan sukatan pelajaran yang sama.


Menggunakan pengantar Bahasa Melayu untuk pendidikan
Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
Mewujudkan Sekolah Kebangsaan
Mana-mana jawapan munasabah
47

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Rajah di bawah menunjukkan sistem pendidikan yang terdapat di Tanah Melayu pada
zaman penjajahan British.

SISTEM
PENDIDIKAN

Pendidikan Vernakular Cina

Pendidikan Vernakular Tamil

Sekolah Melayu

Sekolah Inggeris

Terangkan ciri pendidikan Vernakular Cina dan Tamil di Tanah Melayu semasa
penjajahan British.

Berorientasikan kaum.
Menggunakan pengantar bahasa ibunda.
Kurikulum yang digunakan adalah mengikut keperluan kaum masing-masing.
Sukatan pelajaran dibawa dari negara asal.
Guru-guru juga diambil dari negara asal.
Buku teks dibawa dari negara asal.

Jelaskan perkembangan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu semasa penjajahan


British.

Sekolah Inggeris ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.


Sekolah aliran Inggeris mula ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
Penang Free School (18160) di Pulau Pinang
Malacca Free School (1826) di Melaka.
Sekolah Inggeris juga didirikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
King Edward VII School (1883) di Taiping
Victoria Institution (1894) di Kuala Lumpur.
Sekolah Inggeris didirikan di bandar sahaja.
Pelajarnya terdiri daripada golongan atasan.
Kurikulum sekolah Inggeris sistem pendidikan di England.
Pihak British menubuhkan universiti sebagai institusi lanjutan
Universiti Malaya di Singapura.

Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah keadaan


vernakular Melayu di negara kita semasa penjajahan British?

sistem

pendidikan

Sekolah Melayu mula ditubuhkan di Negeri Selat.


Sekolah Melayu pertama didirikan di Teluk Belanga, Singapura pada 856 dan
seterusnya didirikan di Seberang Perai pada tahun 1871.
Sekolah Melayu didirikan di Negeri Melayu Bersekutu.
Didirikan di Perak iaitu di Kuala Kangsar dan Batu Gajah.
Sekolah Melayu didirikan untuk murid perempuan.
Hanya ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat pada 1885.
Sekolah Melayu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah sahaja.
Mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira shj.
Bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
Pendidikan Melayu menyediakan pendidikan lanjutan.
48

JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan.


Maktab ini melatih guru sekolah Melayu.
Pendidikan Melayu turut menyediakan sekolah untuk golongan elit.
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905) ditubuhkan.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan kita untuk memperkasakan sistem
pendidikan Melayu selepas negara mencapai kemerdekaan ?

Menggunakan pengantar Bahasa Melayu


Menyediakan peluang pendidikan ke pusat pengajian tinggi
Mewajibkan lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan
Melengkapkan prasarana pendidikan
Melengkapkan sekolah dengan kemudahan ICT
Mana-mana jawapan munasabah

PERBANDARAN
Pembandaran ialah proses perkembangan kampung atau pekan kecil menjadi bandar
akibat pertambahan fungsinya.
Terangkan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal
abad ke-19.

Kekayaan sumber semula jadi.


Faktor perlombongan bijih timah
Kesan pertambahan penduduk.
Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.
Terdapatnya kemudahan infrastruktur.
Kedudukan yang strategik.
Kemajuan dalam bidang perhubungan .
Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.
Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.
Dasar British yang membangunkan kawasan tertentu.

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah fungsi bandar-bandar baru di Tanah Melayu?

Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.


Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.
Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan, perbankan dsb.
Menjadi pusat petempatan.
Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.
Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.
Sebagai pelabuhan

49
JPN PP @ 2015

Modul Sukses Sejarah SPM 2015 ~ JPN PP

Pada pandangan anda, mengapakah proses pembandaran di kawasan Pantai


Barat Tanah Melayu lebih pesat berbanding di kawasan pantai timur ?

Pantai barat kaya dengan sumber semula jadinya.


Perlombongan bijih timah terdapat di pantai barat.
Pertanian komersil juga bertumpu di pantai barat.
Dasar penjajah memajukan kawasan pantai barat.
Pantai barat merupakan pusat pentadbiran penjajah.
Pantai Barat mempunyai kemudahan infrastruktur.
Pantai barat memilki pelabuhan.
Mana-mana jawapan munasabah

Bagaimanakah pemerintah negara kita berusaha untuk mewujudkan pembandaran


yang seimbang antara kedua-dua kawasan tersebut.

Memajukan kawasan luar bandar


Menggalakkan perindustrian di kawasan pantai Timur
Membina lebuh raya menghubungkan kawasan pantai Barat dengan pantai Timur
Menggalakkan pelaburan asing ke pantai Timur
Mewujudkan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan
Mana-mana jawapan munasabah

Anda merupakan menteri di Kementerian Pengangkutan Malaysia.


Apakah cadangan anda untuk menyelesaikan masalah

Cadangkan supaya transit aliran ringan (LRT) dan monorel ditingkatkan perkhidmatan
dan rangkaiannya
Menggalakkan warga Bandar menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan
kadar kenderaan di atas jalan raya
Memastikan Bandar yang sak disediakan perkhidmatan bas percuma
Bilangan bas mestilah mencukupi untuk menampung penumpang yang ramai
Konsep kongsi kereta mesti digalakkan

50
JPN PP @ 2015

Anda mungkin juga menyukai