Anda di halaman 1dari 12

Laporan Amali 1:

1.0 TAJUK
Menentukan frekuensi asas dan frekuensi resonan bagi satu model petikan bertali.

2.0 PENGENALAN

Sonometer adalah alat yang digunakan untuk mendemonstrasikan hubungan antara


frekuensi bunyi yang dihasilkan daripada wayar, ketegangan, panjang dan jisim per panjang
wayar. Selain itu, sonometer adalah alat untuk prinsip resonan (Abhishek Singh, 2016). Alat
ini juga adalah untuk mengenalpasti laws of length pada sonometer apabila wayar pada
sonometer ditegangkan dan untuk mengukur frekuensi resonan dengan menetapkan berat
dan ketegangan wayar pada sonometer. Resonan berlaku apabila suatu sistem yang
bergetar dengan frekuensi yang sama dengan frekuensi aslinya menyebabkan suatu sistem
tersebut akan bergetar dengan amplitud yang maksimum. Frekuensi asli ialah frekuensi
satu sistem yang bergetar tanpa sebarang daya luar yang bertindak ke atasnya ( Khairul
Anuar, 2014). Secara tidak langsung, apabila frekuensi wayar pada sonomenter merupakan
frekuensi asli adalah sama dengan frekuensi tala bunyi akan menyebabkan wayar pada
sonometer akan berayun dengan amplitud yang maksimum. Hal ini akan menyebabkan
berlakunya resonan pada wayar sonometer dam kertas cebisan sebak akan jatuh pada
sonometer.
Kemudian, apabila wayar pada sonometer ditegangkan akan menghasilkan gelombang
melintang. Ini kerana, apabila wayar ditegangkan di antara dua titik di tengah sonometer
iaitu antara dua blok kayu yang berada di tengah sonometer akan menghasilkan getaran
dan getaran ini akan dikeluarkan pada arah yang bertentangan pada wayar (Amrita, 2015).
Secara tidak langsung, wayar pada sonometer akan menjadi medium untuk gelombang
melintang. Oleh kerana kedua-dua hujung wayar sonometer ditetapkan, maka akan terjadi
suatu gelombang pegun dengan panjang gelombang. Maka, rumus panjang gelombang
adalah

λ = 2l

di mana :-
l ialah panjang wayar sonometer

Kemudian, apabila wayar sonometer ditegangkan dengan daya tegangan (T), maka halaju
perambatan gelombang, (v) melintang sonometer dirumuskan sebagai,

V = √T/ μ

atau

V = √T/ m0

di mana:-
μ, m0 adalah jisim per unit panjang wayar.

Seterusnya, halaju, (v) juga boleh dihubungkan dengan panjang (l) dari wayar yang
berayun tersebut sebagai:
v = f λ = 2l f
di mana:-
λ = 2l ialah panjang gelombang di dalam wayar.

Oleh itu rumus untuk frekuensi resonans, f diberikan sebagai:

1 T
f,HZ= √
2 L m0

di mana :-

L= panjang wayar AB semasa resonan, m

T= Ketegangan wayar AB, N

m0= berat wayar AB, kg


3.0 TUJUAN:

Untuk menentukan frekuensi resonan bagi wayar AB pada sonometer.

4.0 PERALATAN / ALAT RADAS:

Tala bunyi, sonometer, meja dan cebisan kertas sebak.

5.0 HIPOTESIS:

Semakin berkurang frekuensi tala bunyi, semakin bertambah panjang wayar AB semasa
resonan.

6.0 INFERENS:

Kertas sebak jatuh daripada wayar AB apabila tala bunyi diletakkan berhampiran
dengan wayar AB kerana wayar AB berayun pada amplitud yang maksimum. Hal ini
menyebabkan frekuensi tala bunyi sama dengan frekuensi asli wayar dan resonan berlaku.

7.0 Pemboleh ubah:

a) Dimanipulasi : Frekuensi tala bunyi, Hz.


b) Bergerak balas : Panjang wayar AB semasa resonan, m.
c) Dimalarkan : Ketegangan wayar, N

SUSUNAN ALAT RADAS: Cebisan kertas sebak

Dua blok kayu

Spring
Newton
Tala
bunyi
PROSEDUR:

1. Susunan alat radas disusun seperti Rajah 1.


2. Wayar AB pada sonometer diregangkan dengan melaraskan pemberat pada nilai 2 kg.
3. Dua blok kayu pada sonometer dilaraskan pada nilai tertentu untuk menentukan panjang
wayar AB semasa frekuensi resonans.
4. Kemudian, cebisan kertas sebak diletakkan di atas wayar AB di bahagian tengah antara
dua blok kayu pada sonometer.
5. Tala bunyi frekuensi 512 HZ di ketuk pada tepi meja dan selepas diketuk tali bunyi
diletakkan pada bahagian tengah antara dua blok kayu wayar AB yang berhampiran
dengan cebisan kertas sebak pada sonometer.
6. Panjang wayar AB direkod pada Jadual 1 semasa cebisan kertas sebak jatuh di atas
permukaan sonometer.
7. Langkah 3 hingga 6 diulang dengan menggunakan frekuensi tali bunyi yang berbeza
iaitu 480 HZ, 384 HZ dan 288 HZ.

DAPATAN DATA

Jadual 1: Dapatan data frekuensi resonan wayar AB.

Ketegangan Frekuens Panjang wayar AB Min Min Frekuensi 1 per unit


wayar, AB i tala semasa resonan, l Panjang Panjang resonan panjang
T = mg (N) bunyi, Hz (cm) wayar AB wayar wayar AB, wayar AB
semasa AB Hz semasa
resonan, semasa resonan,
l (cm) resonan 1/l (m-1)
, l (m)
Berat wayar, 512 10.0 11.5 10.75 10.75 0.1075 14.56 9.3023
m = 2 kg
T = mg 480 12.0 11.8 11.90 11.90 0.1190 13.16 8.4034
T = 2 (9.81)
= 19.62 N 384 15.0 15.5 15.25 15.25 0.1525 10.26 6.5574

288 19.0 19.5 19.25 19.25 0.1925 8.14 5.1948

PENGIRAAN FREKUENSI RESONAN WAYAR AB, Hz


FORMULA:

1 T
f,HZ= 2 L √ m
0

di mana :-

L= panjang wayar AB semasa resonan, m

T= Ketegangan wayar AB, N

m0= berat wayar AB, kg

1. L= 0.1075 m 3. L= 0.1525 m
T= 19.62 N T= 19.62 N
m0= 2 kg m0= 2 kg
1 19.62 N 1 19.62 N
maka, f = √
2 kg maka, f = √
2 kg
2(0.1075 m) 2(0.1525 m)
= 14.56 HZ = 10.26 HZ

2. L= 0.1190 m 4. L= 0.1925 m
T= 19.62 N T= 19.62 N
m0= 2 kg m0= 2 kg
1 19.62 N 1 19.62 N
maka, f = √ maka, f = √
2(0.1190 m) 2 kg 2(0.1925 m) 2 kg
= 13.16 HZ = 8.14 HZ

PERBINCANGAN

Resonan adalah fenomena yan berlaku apabila suatu sistem bergetar dengan frekuensi
yang sama dengan frekuensi aslinya akan menghasilkan getaran dengan amplitud maksimum (
James Wren, 2007). Berdasakan eksperimen yang telah dijalankan, ketegangan wayar, T
dimalarkan dengan melaraskan berat, m = 2 kg. Berdasarkan rumus ketegangan iaitu T = mg,
maka, T = 2 (9.81). Oleh itu, ketegangan wayar AB pada sonometer ialah 19.62 N. Kemudian,
dua blok kayu dilaraskan di bahagian tengah wayar pada sonometer untuk menghasilkan
gelombang pegun dan cebisan kertas sebak diletakkan pada wayar AB di bahagian tengah.

Seterunya, panjang wayar AB dilaraskan dengan min panjang wayar AB iaitu 0.1075 m.
Kemudian, tala bunyi yang berfrekuensi 512 Hz diketuk pada meja dan diletakkan pada
sonometer yang berhampiran dengan cebisan kertas sebak pada wayar AB. Cebisan kertas
sebak jatuh ke permukaan sonometer. Ini menunjukkan min panjang wayar AB iaitu pada nilai
0.1075 m telah berlakunya resonan. Ini kerana, panjang wayar AB telah berayun dengan
amplitud yang maksimum kerana frekuensi asli iaitu frekuensi resonan wayar AB pada
sonometer adalah sama dengan frekuensi tala bunyi. Hal ini menyebabkan berlakunya resonan.
Frekuensi resonan telah ditentukan berdasarkan rumus:-

1 T
f,HZ= √
2 L m0

Oleh itu, frekuensi resonan wayar AB adalah 14.56 H z sewaktu min panjang wayar AB semasa
resonan adalah 0.1075 m. Maka, frekuensi resonan wayar AB pada 14.56 H z dengan frekuensi
tala bunyi iaitu pada 512 Hz telah menyebabkan wayar AB berayun pada amplitud yang
maksimum menyebakan cebisan kertas sebak jatuh pada permukaan sonometer.

Seterusnya, eksperimen diulang dengan menggunakan frekuensi tala bunyi yang berbeza –
beza iaitu 480 Hz, 384 Hz dan 288 Hz dan frekuensi resonan wayar AB yang dihasilkan adalah
berbeza – beza mengikut min panjang wayar AB seperti Jadual 2.

Jadual 2: Nilai frekuensi resonan wayar AB, Hz yang dihasilkan berdasarkan min
panjang wayar AB semasa resonan dan frekuensi tala bunyi

Frekuensi tala bunyi, Hz Min Panjang wayar AB Frekuensi resonan wayar


semasa resonan, l (m) AB, Hz

480 0.1190 13.16


384 0.1525 10.26
288 0.1925 8.14

Berdasarkan hasil dapatan pada jadual 2 dapat menunjukkan, semakin berkurang nilai
frekuensi tala bunyi, semakin bertambah min panjang wayar AB semasa resonan. Ini juga dapat
ditunjukkan iaitu frekuensi resonan wayar AB adalah semakin berkurang, min panjang wayar
AB semasa resonan adalah semakin meningkat. Ini dapat dibuktikkan dalam Law of length
yang merupakan laws bagi getaran melintang apabila wayar ditegangakan. Rumus, Law of
length adalah

1
f∝ L

Law of length menyatakan bahawa frekuensi yang bergetar pada wayar adalah berkadar
songsang dengan panjang wayar semasa resonan sekiranya ketegangan dan berat per unit
panjang wayar dimalarkan (Amrita, 2015). Maka, berdasarkan daripada rumus ini dapat
disimpulkan bahawa, frekuensi resonan wayar AB adalah berkadar songsang dengan min
panjang wayar AB. Berdasakan dapatan daripada eksperimen yang dijalankan, semakin
berkurang, frekuensi resonan wayar AB, semakin bertambah min panjang wayar AB semasa
resonan, Akhir sekali, berdasarkan graf f (Hz) melawan 1/L (m-1) telah diplotkan pada kertas
graf untuk mengenalpasti hubungan antara frekuensi resonan wayar AB, Hz dengan 1 per unit
panjang wayar AB semasa resonan, m-1. Maka, plot graf menunjukkan frekuensi resonan wayar
AB adalah berkadar terus 1 per unit panjang wayar AB semasa resonan, m-1 berdasarkan
lampiran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semakin berkurang frekuensi tala bunyi, HZ, Semakin bertambah panjang
wayar AB semasa resonan. Hipotesis diterima.

SOALAN PERBINCANGAN.

1. Bahaskan kekuatan dan kelemahan frekuensi resonan dengan memberikan contoh


frekuensi resonan dalam kehidupan seharian
 Kekuatan frekuensi resonan dengan memberikan contoh frekuensi resonan dalam
kehidupan seharian.

Antara kekuatan frekuensi resonan dalam kehidupan seharian adalah pada alat muzik
seperti violin dan tali gitar. Ini kerana, resonan dapat meningkatkan keamatan bunyi pada alat
muzik [ CITATION Leh07 \l 1033 ]. Contohnya, violin atau tali gitar yang bergetar di udara
menghasilkan bunyi yang perlahan. Namun, apabila getaran pada violin dan tali gitar menjadi
getaran resonan akan menghasilkan bunyi yang dapat didengar di seluruh dewan. Ini kerana,
tali gitar bergetar pada amplitud yang maksimum menghasilkan bunyi yang kuat kerana ahli
muzik menalakan frekuensi tali gitar atau tali violin yang sama dengan frekuensi asli violin dan
gitar. Maka, resonan berlaku. Tali pada gitar dan violin merupakan sumber resonan. Tubuh
badan gitar dan violin telah direka bentuk dengan mempunyai pelbagai mod getaran resonan
yang dapat mengambil dan menghantar frekuensi secara meluas. Oleh itu, reka bentuk tubuh
badan violin dan gitar atau dikenali sebagaI papan bunyi adalah kritikal untuk bunyi instrument
kerana ia menyediakan sebahagian besar bunyi yang disampaikan oleh instrument ini.

Seterusnya, pada microwave kerana gelombang yang dihasilkan oleh microwave


mempunyai panjang gelombang 12 cm dan frekuensi 3450 MHz (What are some Examples of
Resonance in Physics, 2020). Frekuensi microwave ini adalah hampir sama dengan frekuensi
asli getaran molekul air pada makanan. Ini menjadikan molekul air bergetar dengan amplitud
yang maksimum dan mengalami resonan dalam makanan. Secara tidak langsung, molekul air
pada makanan tersebut telah mengambil tenaga daripada oven menyebabkan makanan
menjadi panas kerana haba yang digunakan dapat memasak makanan dalam microwave
dengan cepat.

 Kelemahan frekuensi resonan dengan memberikan contoh frekuensi resonan


dalam kehidupan seharian.

Antara kelemahan frekuensi resonan dalam kehidupan seharian adalah askar-askar


yang berbaris tidak boleh menghentak kaki secara serentak semasa merentas jambatan. Ini
adalah untuk mencegah jambatan itu daripada bergetar pada frekuensi aslinya yang mungkin
merosakkan jambatan itu. Ini kerana, apabila askar berkawad pada jambatan secara serentak,
ritma yang dihasilkan daripada kawad mereka akan menghasilkan ayunan pada amplitud yang
maksimum pada jambatan dan menyebabkan jambatan runtuh kerana frekuensi yang
dihasilkan oleh kawad mereka sama dengan frekuensi asli jambatan tersebut ( Elizabeth
Howell, 2013). Ini menyebabkan jambatan berayun pada amplitud yang maksimum
menyebabkan jambatan runtuh kerana resonan berlaku. Ini dapat dibuktikkan apabila berlaku
kerjadian jambatan runtuh pada april tahun 1831, pasukan kawad kaki telah berkawad secara
serentak di England's Broughton Suspension Bridge yang telah mengakibatkan jambatan
tersebut runtuh dan menjatuh tentera lelaki ke dalam air ( Elizabeth Howell, 2013).

Seterusnya, jambatan gantung boleh bergetar dalam resonans kerana apabila jambatan
gantung ditiupkan oleh angin yang kuat menyebabkan jambatan bergetar dengan frekuensi
yang sama dengan frekuensi asli jambatan itu menyebakan jambatan tersebut runtuh.
Contohnya, Takoma Narrow Bridge di Amerika Syarikat runtuh pada tahun 1940 akibat
daripada kesan resonans. Hal ini kerana, frekuensi asli jambatan tersebut sama dengan
frekuensi angin menyebabkan jambatan ini bergetar dengan amplitud yang sangat besar ( Ajay
Harish, 2020). Secara tidak langsung, Takoma Narrow Bridge runtuh kerana mengalami
resonan.

Takoma Narrow Bridge runtuh

Akhir sekali adalah apabila seorang penyanyi soprano menyanyi dengan nada yang
tinggi, menghasilkan frekuensi tertentu. Kemudian, frekuensi yang dihasilkan oleh penyanyi
adalah sama dengan frekuensi asli gelas wain menyebabkan gelas wain tersebut bergetar
dengan amplitude yang maksimum [ CITATION Kar07 \l 1033 ]. Secara tidak langsung, gelas wain
tersebut pecah kerana resonans berlaku kerana gelas bergetar dengan amplitud yang cukup
besar sehingga pecah sendiri serta pemindahan tenaga yang berlaku kepada gelas kaca
tersebut .
Rujukan:
Amrita. (2015). Sonometer. Diakses pada 27 Februari 2020 daripada amrita.olabs.edu.in:
https://amrita.olabs.edu.in/?brch=5&cnt=1&sim=227&sub=1

Khairul Anuar. (2014). Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5. Diakses pada 27 Februari 2020
daripada https://www.slideshare.net/ryanko1612/bab-1-gelombang

Ajay Harish. (2020, January 27). Why the Tacoma Narrows Bridge Collapsed: An Engineering
Analysis. Diakses pada 28 Februari 2020 daripada Sim Scale:
https://www.simscale.com/blog/2018/07/tacoma-narrows-bridge-collapse/

Elizabeth Howell. (2013, May 22). Why Do Soldiers Break Stride On A Bridge? Diakses pada 27
Februari 2020 daripada LIve Science: https://www.livescience.com/34608-break-stride-
frequency-of-vibration.html

Lehman. (2007). Resonance in sound. Diakses pada 28 Februari 2020 daripada Physics of
sound: https://www.lehman.edu/faculty/dgaranin/Physics_of_Sound/PHY140-Spring-
2007-05-Resonance.pdf

Schrock, K. (2007, August 23). Fact or Fiction?: An Opera Singer's Piercing Voice Can Shatter
Glass. Retrieved from Scientific American:
https://www.scientificamerican.com/article/fact-or-fiction-opera-singer-can-shatter-glass/

Abhishek Singh. (2016, February 3). On what principle does sonometer work. Diakses pada 23
Februari 2020 daripada Quora: https://www.quora.com/On-what-principle-does-
sonometer-work

What are some Examples of Resonance in Physics? (2020). Diakses pada 1 March 2020
daripada Physics About: https://physicsabout.com/resonance/

James Wren. (2007, May 23). What Is Resonance. Diakses pada 24 Februari 2020 daripada
Prosig Noise: http://blog.prosig.com/2007/05/23/what-is-resonance/
Lampiran:

Gambar 1: Alat radas disediakan sebelum memulakan eksperimen.

Gambar 2 : Tala bunyi diketukkan pada kerusi

Gambar 3 : Tala bunyi yang sudah diketuk diletakkan bersebelah dengan cebisan kertas sebak
pada sonometer

Gambar 4 : Cebisan kertas sebak jatuh kerana resonans.

Anda mungkin juga menyukai