Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1 – Format Surat Tidak Rasmi

8, Jalan SU4,

Taman
Sutera,

70400
Seremban,

Negeri
Sembilan.

19 Mei 2017

Menemui sahabatku, Aaron yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah. Semoga
saudara dan keluarga saudara sentiasa sihat sejahtera.

Saudara,

Saya telah menerima surat saudara tiga hari yang lalu. Dalam lembaran ini,
saya akan berkongsi pengalaman saya menyertai perkhemahan pengakap pada cuti
sekolah yang lepas seperti yang diminta oleh saudara. Perkhemahan pengakap yang
diadakan di Ulu Bendul itu disertai oleh 50 orang ahli pengakap. Tujuannya adalah
untuk melatih ahli pengakap menjadi seorang yang berdikari.

Kami berkumpul di sekolah pada pukul 7.30 pagi. Tepat pada pukul 8.00 pagi,
kami bertolak ke tapak perkhemahan dengan menaiki bas yang disewa. Apabila
sampai di tapak perkhemahan, Cikgu Ong mengagihkan tugas kepada kami seperti
mendirikan khemah dan memasak makanan. Kami bekerjasama menjalankan tugas
yang diagihkan.

Pada sebelah malam, kami mendirikan unggun api. Persembahan kebudayaan


dijalankan selepas makan malam. Kami juga bernyanyi sambil mengelilingi unggun
api. Pada hari yang kedua, Cikgu Wong membawa kami meredah hutan. Kami telah
melihat pelbagai flora dan fauna yang terdapat dalam hutan itu. Kami juga mengambil
gambar sebagai kenangan.

Saya berasa gembira kerana berpeluang menyertai perkhemahan ini. Walaupun


agak keletihan, namun saya amat bersyukur kerana telah memperolehi pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang baharu.

Sampai di sinilah coretan saya pada kali ini. Saya berharap akan mendapat
balasan surat saudara tidak lama lagi. Sekian.

1
Yang benar,

Amaria

2
Soalan 2 – Karangan Jenis Fakta

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktiviti
yang berfaedah ialah aktiviti berkebun.

Aktiviti berkebun mempunyai banyak faedah. Aktiviti berkebun boleh


menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan
berpeluh. Keadaaninibaikuntukkesihatan mental danfizikal.

Di samping itu, aktiviti berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada


melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti aktiviti melepak, menagih dadah,
berpeleseran dan sebagainya.

Pengetahuan dan pengalaman kita juga akan bertambah dengan aktiviti


berkebun. Kita akan mengetahui pelbagai ilmu dalam bidang pertanian. Sebagai
contoh, kita dapat mengetahui cara-cara membuat batas, menabur baja dan
menanam anak benih.

Aktiviti berkebun juga dapat menjimatkan wang. Hasil tanaman seperti sayur-
sayuran dapat mengurangkan belanja hariank ita kerana kita tidak perlu lagi membeli
sayur dari pasar.

Sebagai kesimpulannya, berkebun memang mendatangkan banyak faedah.


Oleh yang demikian, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah satu cara mengisi
masa lapang.

Anda mungkin juga menyukai