Anda di halaman 1dari 10

BAB 12

ANALIS KHI KUASADUA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami konsep asas analisis data kategori.
2. Menjelaskan metode analisis data kategori.
3. Membincangkan langkah-langkah pengujian hipotesis dengan
menggunakan analisis Khi Kuasadua
4. Menerangkan keputusan analisis statistik Khi Kuasadua dengan
tepat.

12.1 PENGENALAN

Bab-bab sebelum ini telah membincangkan analisis statistik kepada data


jenis selanjar. Apabila data yang kita perolehi datangnya daripada pemboleh
ubah kategori seperti bangsa, jantina, jenis darah, kelas sosial, jenis minuman
dan lain-lain, maka data ini dikatakan juga sebagai data kualitatif dan
menunjukkan kategori. Jika kita ingin menguji hubungan atau kaitan
pemboleh ubah data kategori, metode analisis Khi Kuasadua (Chi Square:
χ2) sesuai digunakan. Bab ini akan membincangkan metode analisis ini.

12.2 PERNYATAAN DAN TUJUAN KAJIAN

Kelas sosial sering didakwa mempengaruhi pola tingkah laku termasuk jenis
makanan dan minuman mereka. Kita berminat untuk menguji sama ada
terdapat atau tidak hubungan antara kelas sosial dengan jenis minuman yang
mereka selalu minum di rumah di kalangan penduduk di satu kawasan
pinggir bandar. Tiga jenis minuman yang ingin dikaji ialah kopi, teh dan
milo, manakala kelas sosial pula terdiri dari kelas menengah dan kelas
bawah. Tujuan khusus kajian ini ialah untuk menguji kaitan atau pengaruh
kelas sosial terhadap jenis minuman di rumah.

12.3 SUMBER DATA

Jadual 12.1
Bilangan Subjek Mengikut Kelas Sosial dan Jenis Minuman

Kelas Sosial Jenis Minuman


Kopi Teh Milo Jumlah
Menengah 41 32 47 120
Bawahan 19 38 23 80
Jumlah 60 70 70 200

159
Data diperoleh daripada 200 orang subjek dan ia dinyatakan dalam bentuk
jadual kontigensi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.1.

12.4 HIPOTESIS

Untuk tujuan pembelajaran kita nyatakan hipotesis nul dan hipotesis pilihan.

Hipotesis nul (Ho): Kelas sosial tidak mempunyai kaitan dengan


jenis minuman yang mereka minum.

Hipotesis pilihan (H1): Kelas sosial mempunyai kaitan dengan jenis


minuman yang mereka minum.

12.5 METODE ANALISIS

Hipotesis yang dinyatakan di atas secara langsung boleh menguji sama ada
kedua-dua pemboleh ubah kelas sosial dan jenis minuman bebas antara satu
dengan yang lain ataupun tidak. Metode analisis Khi Kuasadua boleh
menguji bebas atau tidaknya pemboleh ubah yang dikaji (test of independence).

12.6 PENGIRAAN STATISTIK

Nilai Khi Kuasadua dikira dengan menggunakan kekerapan yang diperolehi


dan kekerapan yang dijangka.

12.7 KEKERAPAN DIPEROLEH DAN KEKERAPAN DIJANGKA

Data yang ditunjukkan dalam Jadual 12.1 adalah kekerapan yang diperolehi
dalam kajian. Kekerapan yang diperolehi diberikan simbol Kp, manakala
kekerapan yang dijangka atau kekerapan jangkaan diberi symbol Kj. Dalam
buku statistik berbahasa Inggeris, Kp diberi simbol Fo iaitu observed
frequencies, manakala Kj diberi simbol Fe iaitu sebagai expected frequencies.

Kj dikira bagi setiap sel dengan cara berikut:

Kj = (Jumlah Baris) (Jumlah Lajur)/Jumlah Keseluruhan

Formula mengira χ2 ialah

χ2 = ∑(Kp – Kj)2/ Kj

Pengiraan Kj ditunjukkan dalam Jadual 12.2 berikut:

160
Jadual 12.2
Penggiraan Kekerapan Dijangka (Kj)

Sel Pengiraan Kj
Menengah, Kopi (120 x 60 )/200 36
Menengah, Teh (120 x 70 )/200 42
Menengah, Milo (120 x 70 )/200 42
Bawah, Kopi (80 x 60 )/200 24
Bawah, Teh (80 x 70 )/200 28
Bawah, Milo (80 x 70 )/200 28

Pengiraan χ2 ditunjukkan dalam Jadual 12.3.

Jadual 12.3
Pengiraan Berdasarkan Kekerapan yang Diperoleh (Kp) dan kekerapan Dijangka (Kj)

Sel Kp Kj Pengiraan
Menengah, Kopi 41 36 (41-36 )2 /36 = 0.69
Menengah, Teh 32 42 (32-42 )2 /42 = 2.38
Menengah, Milo 47 42 (47-42 )2 /42 = 0.60
Bawah, Kopi 19 24 (19-24 )2 /24 = 1.04
Bawah, The 38 28 (38-28 )2 /28 = 3.57
Bawah, Milo 23 28 (23-28 )2 /28 = 0.89
Jumlah 200 200 χ2 = 9.17

Nilai Khi Kuasadua (χ2 ) ialah 9.17. Untuk menguji kaitan antara kelas sosial
dengan jenis minuman maka tata cara yang dibincangkan dalam bab-bab
sebelum ini digunakan.

12.8 DARJAH KEBEBASAN DAN NILAI KRITIKAL

Nilai darjah beberapa (dk) untuk mendapat nilai kritikal χ2 dikira seperti
berikut:

dk = (Kategori Baris - 1) (Kategori Lajur - 1)


= (B - l)(L - 1)

Data yang dianalisis dalam Jadual 12.1 mempunyai 2 baris dan 3 lajur. Jadi
dk = (2 - 1)(3 - 1) = 2.

Jika kita menggunakan aras pengujian signifikan 0.05, nilai kritikal χ2 yang
dirujuk dalam Jadual 11.4 Nilai Kritikal Chi Square ialah 5.99.

161
Jadual 12.4
Nilai Kritikal Taburan Khi Kuasadua (Х2 )

dk α = 0.05 α = 0.01

1 3.84 6.63
2 5.99 9.21
3 7.81 11.3
4 9.49 13.3
5 11.1 15.1
6 12.6 16.8
7 14.1 18.5
8 155 20.1
9 16.9 21.7
10 18.3 23.2
11 19.7 24.7
12 21.0 26.2
13 22.4 27.7
14 23.7 29.1
15 . 25.0 30.6
16 26.3 32.0
17 27.6 33.4
18 28.9 34.8
19 30.1 36.2
20 31.4 37.6
21 32.7 38.9
22 33.9 40.3
23 35.2 41.6
24 36.4 43.0
25 37.7 44.3
26 38.9 45.6
27 40.1 47.0
28 41.3 48.3
29 42.6 49.6
30 43.8 50.9

Sumber: Table VI, Percentage Point, Chi-Square Distribution, CRC handbook of


probability and statistics (2nd ed.). CRC Press Inc., Florida.

12.9 KEPUTUSAN ANALISIS

Nilai χ2 yang dikira 9.17 lebih besar daripada nilai kritikal χ2 = 5.99.
Keputusan ini menunjukkan hipotesis nul ditolak. Ini menunjukkan kelas
sosial mempunyai kaitan dengan jenis minuman secara signifikan (χ2(2) =
5.99, p < 0.05). Merujuk kepada data dalam Jadual 12.1, mereka yang berada
dalam kelas menengah lebih ramai yang minum milo iaitu 47 orang
berbanding dengan teh iaitu seramai 41 orang dan yang meminum kopi pula
ialah seramai 32 orang. Sebaliknya di kalangan kelas bawahan pula, lebih
ramai yang minum kopi iaitu 38 orang berbanding dengan teh seramai 19
orang dan milo 23 orang.

12.10 PEMBETULAN YATE

Pengguna kepada metode Khi Kuasadua diingatkan supaya mengelakkan


daripada menganalisis data yang kekerapan jangkaan kurang daripada 5. Hal

162
ini dapat dielakkan jika menggunakan sampel yang besar ataupun
menggabungkan sel atau kategori yang mempunyai kekerapan jangkaan yang
kecil.

Apabila menggunakan data dalam jadual kontigensi 2 x 2 kerana pemboleh


ubah mempunyai dua aras kategori, dan terdapat kekerapan jangkaan kurang
daripada 5, formula pembetulan Yate (Yate, 19xx) perlu digunakan.

Satu daripada andaian asas apabila menggunakan χ2 ialah berkait dengan


keadaan subjek. Ia mestilah bebas antara satu subjek dengan yang lain bagi
menghasilkan data kekerapan.

12.11 HASIL CETAK ANALISIS KOMPUTER

Jadual 12.5 menunjukkan hasil cetak analisis Khi Kuasadua yang dibuat
melalui pakej SPSS for Windows. Di bawah jadual terdapat catitan bahawa ada
16 sel yang mengandungi kekerapan yang dijangka kurang dari 5 dan yang
paling minimum ialah 0.02. Keseluruhan sample (N) ialah 110.

Nilai dk ialah 12 dan nilai χ2 ialah 8.698. Nilai kebarangkalian χ2 ialah 0.728
iaitu lebih besar daripada aras pengujian signifikan 0.05. Ini menunjukkkan
dua pemboleh ubah yang dikaji bebas antara satu sama lain dan tidak ada
kaitan secara signifikan
Jadual 12.5
Hasil Cetak Komputer Analisis Chi Kuasadua

Asymp. Sig.
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square 8.698(a) 12 .728
Likelihood Ratio 9.912 12 .624
Linear-by-Linear
6.003 1 .014
Association
N of Valid Cases
110
a 16 cells (76.2%) have expected count less than 5.
The minimum expected count is .02.

12.12 ANGGARAN KASAR DARJAH KAITAN

Apabila nilai χ2 yang dikira signifikan, timbul persoalan bagaimanakah


kuatnya kaitan dua pemboleh ubah yang diuji? Persoalan ini mirip seperti
interpretasi kepada pekali korelasi yang dibincangkan sebelum ini. Ahli
statistik mencadangkan supaya menggunakan kuasadua pekali Phi Cramer.
Simbol yang digunakan ialah Фc. Formula untuk mengira kuasadua pekali
Phi Cramer ialah dengan menggunakan χ2..

Фc = χ2 / N (K - l)

163
N ialah saiz sampel dan K ialah bilangan kategori sama ada baris atau lajur
yang paling kecil. Dalam Jadual 12.1 bilangan kategori baris ialah 2,
manakala lajur ialah 3. Jadi K ialah bilangan baris iaitu 2. Pengiraan bagi Фc
ialah

Фc = 9.17/ 200 (2-1) = 0.05

Nilai ini jika diinterpritasi secara rule of thumb seperti yang dicadangkan oleh
Cohen (1988) adalah seperti Jadual 12.6 berikut:
Jadual 12.6
Interpritasi Nilai Phi Cramer

Фc Interpritasi
0.01 Kaitan atau hubungannya rendah
0.09 Kaitan atau hubungannya sederhana
0.25 Kaitan atau hubungannya tinggi

Jadual 12.7 berikut memaparkan hasil cetak analisis komputer dengan


statistik Cramer V data yang dianalisis dengan metode Khi Kuasadua yang
ditunjukkan dalam Jadual 12.5 di atas. Nilainya 0.119 dan juga tidak
signifikan dengan nilai kebarangkalian lebih besar daripada 0.05. Secara rule
of thumb kaitan dua pemboleh ubah yang dianalisis tidak tinggi.
Jadual 12.7
Hasil Cetak Komputer Analisis Cramer V

Value Approx. Sig.


Nominal by
Nominal
Cramer's V .199 .728
N of Valid Cases 110
a Not assuming the null hypothesis.
b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

12.13 KESIMPULAN

Untuk menguji kaitan atau hubungan pemboleh ubah yang mempunyai data
jenis kategori ialah dengan menggunakan metode analisis Khi Kuasadua.
Analisis ini dikelompokkan dalam kategori statistik bukan parametrik kerana
taburan pemboleh ubah kategori mempunyai taburan yang tidak normal.
Khi Kuasadua juga mampu menguji bebas atau tidaknya pemboleh ubah
yang dikaji. Satu daripada keadaan yang dikehendaki oleh analisis ini untuk
mendapat keputusan yang baik, iaitu nilai kekerapan yang dijangka bagi
setiap sel dalam jadual kotigensi hendaklah lebih daripada 5. Jika tidak,
pembetulan kepada nilai χ2 perlu dibuat berdasarkan formula tertentu.

164
SOALAN DALAM TEKS

1. Data berikut menunjukkan prestasi akademik di


kalangan 455 orang pelajar universiti yang ditunjukkan
melalui PMK mengikut semester pengajian mereka.
Dengan menggunakan data ini, ada diminta menjawab
soalan-soalan yang dikemukan di bawah.

PMK
Semester Bawah 2.1 hingga 3.1 ke Jumlah
2.0 3.0 atas
1.00 6 201 97 304
2.00 1 23 12 36
3.00 3 76 36 115
Jumlah 10 300 145 455

(a) Terangkan secara deskriptif prestasi pelajar


mengikut semester pengajian mereka.
(b) Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.
(c) Sekiranya anda ingin menganalaisis data ini
dengan analisis Khi Kuasadua bina hipotesis
yang sesuai.
(d) Kira darjah kebebasan. Tentukan nilai kritikan
dengan menggunakan aras pengujian signifikan
0.05.
(e) Kira nilai χ2 dan terangkan keputusan
pengujian hipotesis yang anda bina di atas.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Data berikut ialah pendapat pelajar sekolah berasrama penuh


terhadap isu penggunaan telefon bimbit sepanjang masa di kawasan
sekolah. Sebanyak 200 orang pelajar sebuah sekolah berasrama
penuh yang berasal dari kawasan bandar dan luar bandar ditemu
bual untuk mengetahui pandangan mereka. Dengan menggunakan
data ini, anda diminta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
berikut:

165
Penggunaan Telefon Bimbit
Tempat Tinggal Setuju Tidak Setuju Jumlah
Bandar 86 19 105
Luar Bandar 82 13 95

(a) Terangkan secara deskriptif bagaimana pandangan pelajar


terhadap penggunaan telefon bimbit mengikut tempat tinggal
(b) Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.
(c) Sekiranya anda ingin menganalisis data ini dengan analisis Khi
Kuasadua, bina hipotesis yang sesuai.
(d) Kira darjah kebebasan. Tentukan nilai kritikal dengan
menggunakan aras pengujian signifikan 0.05.
(e) Kira nilai Khi Kuasadua dan terangkan keputusan analisis
dengan merujuk kepada hipotesis yang anda bina.
(f) Kira pekali Phi Cramer dan jelaskan keputusannya.

2. Berikut ialah hasil cetak analisis komputer Khi Kuasadua. Berdasarkan


dua jadual ini anda diminta menjawab soalan-soalan yang diberikan di
bawah.
Count

Kategori Pendapatan
Bawah RM1001 - RM2001 - RM3001 Jumlah
RM1,000 RM2,000 RM3000 Ke Atas
Kategori Bawah 2.0
11 6 1 4 22
PMK
2.1 Hingga 3.0 256 84 32 39 411
3.1 Hingga 4.0 92 49 17 15 173
Jumlah 359 139 50 58 606

Chi-Square Tests

Asymp. Sig.
Value df (2-sided)
Pearson Chi-Square 8.370(a) 6 .212
Likelihood Ratio 7.984 6 .239
Linear-by-Linear
.172 1 .678
Association
N of Valid Cases
606

a 2 cells (16.7%) have expected count less than 5.


The minimum expected count is 1.82.

(a) Terangkan secara deskriptif bagaimana kedudukan PMK


pelajar mengikut kategori pendapatan keluarga.
(b) Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.
(c) Bina hipotesis yang sesuai.

166
(d) Kira darjah kebebasan. Tentukan nilai kritikal dengan
menggunakan aras pengujian signifikan 0.01.
(e) Kira nilai Khi Kuasadua dan terangkan keputusan analisis
dengan merujuk kepada hipotesis yang anda bina.
(f) Kira pekali Phi Cramer dan jelaskan keputusannya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Data PMK di kalangan 455 orang pelajar universiti mengikut


semester pengajian digunakan. Bilangan pelajar boleh dijadikan
peratus. Dalam contoh ini kita gunakan peratus mengikut semester
pengajian.

PMK
Semester Jumlah
Bawah 2.0 2.1 hingga 3.0 3.1 ke atas
Bawah 4 6 201 97 304
(2.0) (66.0) (31.9) (100.0)
5 1 23 12 36
(2.8) (63.9) (33.3) (100.0)
6 ke atas 3 76 36 115
(2.6) (66.1) (31.3) (100.0)
Jumlah 10 300 145 455

(a) Secara deskriptif prestasi majoroti pelajar semester 4 ke


bawah iaitu sebanyak 201 daripada 304 orang pelajar atau
66.0 peratus mempunyai PMK yang sederhana iaitu 2.1
hingga 3.0. Seramai 97 orang atau 31.9 peratus orang
mendapat PMK 3.1 ke atas. Pelajar semester 5 pula,
peratusnya juga tinggi yang mendapat PMK 2.1 hingga 3.0
iaitu 23 daripada 36 orang pelajar atau 63.9 peratus. Begitu
juga dengan pelajar yang berada dalam semester 6 ke atas
iaitu sebanyak 66.1 peratus. Di kalangan pelajar yang
prestasinya tinggi dengan PMK 3.1 ke atas, pelajar semester
5 agak ramai sedikit iaitu sebanyak 33.3 peratus berbanding
dengan pelajar semester-semester yang lain.

(b) Kekerapan yang dijangka Kj bagi setiap sel.

167
PMK
Semester Bawah 2.0 2.1 hingga 3.0 3.1 ke atas Jumlah
Bawah 4 (10 *
(300 * 304)/ 455 (145 * 304)/455 304
304)/455
6.7 200.4 96.9
5 (10 * 36)/455 (300 * 36)/ 455 (145 * 36)/455 36
0.8 23.7 11.5
6 ke atas (10 *
(300 * 115)/ 455 (145 * 115)/455 115
115)/455
2.5 75.8 36.6
Jumlah 455
10 300 145

(c) Hipotesis pilihan: Prestasi akademik pelajar yang


ditunjukkan melalui PMK mempunyai kaitan dengan
semester pengajian.

(d) Darjah kebebasan = (B - 1)(L – 1) = (3 - 1)(3 – 1) = 4.

Nilai kritikal dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05 =


9.49.

(e) Nilai χ2 = ∑(Kp – Kj)2/ Kj

Semester Bawah 2.0 2.1 hingga 3.0 3.1 ke atas

(201 – 200.4)
Bawah 4 (6 – 6.7)2/6.7 2/200.4 (97 – 96.9) 2/96.9

5 (1 – 0.8) 2/0.8 (23 – 23.7) 2/23.7 (12 – 11.5) 2/11.5

6 ke atas (3 – 2.5) 2/2.5 (76 – 75.8) 2/75.8 (36 – 36.6) 2/36.6

χ2 = 0.274

Nilai χ2 = 0.274 dan ia lebih kecil daripada nilai krikal χ2 = 9.49.


Keputusan ini menunjukkan bahawa prestasi akademik dalam
bentuk PMK tidak mempunyai kaitan secara signifikan dengan
semester pengajian (χ2(4) = 0.274, p > 0.05).

168

Anda mungkin juga menyukai