Anda di halaman 1dari 8

BAB 9

PEMBUATAN KEPUTUSAN KOS FAEDAH

OBJEKTIF BAB
Setelah mempelajari bab ini pelajar seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan tentang maksud pembuatan kos faedah.
2.
Menjelaskan tentang jenis-jenis kos yang wujud dalam sesuatu
proses perundingan.
3.
Membincangkan penetapan kos faedah yang lebih efektif.
9.1

PENGENALAN

Perundingan merupakan suatu proses untuk mempengaruhi dan


menyelesaikan sebarang persengketaan dengan pihak lain. Sebelum
perundingan atau tawar-menawar diadakan adalah perlu seseorang
perunding untuk membuat persiapan yang rapi supaya ia boleh berjaya
dalam sesuatu proses perundingan. Dalam keadaan ini, seseorang
perunding itu perlu mempunyai kemahiran perundingan yang tinggi dan
bijak menggunakan strategi yang sesuai mengikut rentak sesuatu
perundingan itu. Apa yang kita katakan bahawa segala persiapan yang
dibuat untuk menghadapi sebarang perundingan akan melibatkan kos
tertentu. Di samping itu, kos tersebut bukan yang setakat penyediaan
perundingan, malah hasil perundingan juga akan mendatangkan kos
tertentu kepada pihak-pihak terlibat. Oleh itu, dalam bab ini kita akan
membincangkan beberapa jenis kos yang boleh dikaitkan sebagai
implikasi daripada sesuatu aktiviti perundingan. Antara kos-kos yang
akan dibincangkan ialah kertas cadangan, pelengkap atau tambahan,
masa perundingan dan tidak nyata.
9.2

KOS KERTAS CADANGAN (PROPOSAL COST)

Segala bentuk aktiviti yang memerlukan penganalisaan, penetapan


matlamat dan persediaan kertas cadangan sudah tentu akan melibatkan
masa dan wang ringgit terutama dalam sesuatu penyelidikan yang dibuat.
Semakin hebat saiz dan skop sesuatu kajian, maka semakin tinggi kos
persediaannya. Jika kita ingin mencari apa yang dijangkakan oleh
masyarakat, maka ia akan meningkatkan kos untuk melaksanakannya. Ini
kerana aktiviti-aktiviti seperti mengundi, mengadakan mesyuarat dan
93

membuat pilihanraya untuk mendapat persetujuan di kalangan


masyarakat akan menyebabkan kos dari segi kewangan dan masa. Di
samping itu, jumlah orang yang terlibat juga akan dilihat iaitu jika ramai ia
akan meningkatkan kos berbanding sedikit.
Mengumpul data dan maklumat untuk penyediaan sesuatu kertas
cadangan juga akan mengakibatkan kos masa dan wang. Contohnya
ramai di kalangan ibu bapa dan NGO berpendapat Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) adalah suatu pelaburan yang membazir oleh
pihak kerajaan. Oleh itu, kerajaan akan membelanjakan wang dan masa
untuk menjawab dakwaan dengan membuat penyelidikan tentang
keberkesanan program tersebut. Begitu juga, dengan penyelesaian
tentang sesuatu isu perkahwinan, di mana pihak-pihak yang berkaitan
akan menyediakan kertas tuntutan harta untuk berhujah di mahkamah.
Dengan itu, ia juga melibatkan masa dan wang untuk melantik peguam
yang layak mengendalikan kes tersebut. Oleh yang demikian, sesuatu
aktiviti perundingan yang melibatkan penyediaan kertas cadangan sudah
tentu akan mendatangkan suatu implikasi dari segi kewangan dan masa.
9.3

KOS PELENGKAP (ACCESSORIES COST)

Kos pelengkap merupakan nilai tambahan yang perlu dibayar oleh


seseorang walaupun sesuatu perjanjian atau perundingan telah hampir
mencapai kata putus. Kos pelengkap ini boleh berlaku sama ada dalam
bentuk wang atau bukan wang. Pengubahsuaian dan pelaksanaan sesuatu
perjanjian akan menlibatkan kos tertentu kepada kedua-dua pihak.
Implikasi daripada Perjanjian Bersama (Collective Agreement) di antara
pihak kesatuan sekerja dan majikan akan menyebabkan majikan terpaksa
menaikan gaji pekerja dan pekerja diminta untuk bekerja lebih masa.
Senario ini merupakan implikasi kepada kedua-dua pihak hasil daripada
Perjanjian Bersama yang ditandatangani. Matlamat utama perundingan
adalah mencapai persetujuan berdasarkan kehendak kedua-dua belah
pihak. Oleh itu, implikasi yang berlaku selepas proses perundingan masih
ditanggung oleh pihak-pihak terbabit. Contohnya, jika seseorang
bersetuju untuk membeli sesebuah kereta dan harga kereta tersebut tidak
boleh dianggap sebagai kos muktamad. Ini kerana ia perlu melihat
keperluan seseorang ke atas kereta yang baru dibeli. Mungkin pembeli
tersebut ingin membuat pengubahsuaian atau menukar beberapa
peralatan kereta itu seperti sistem audio, enjin kereta, kusyen, tayar dan
sebagainya. Oleh itu, kos yang perlu dibayar oleh seseorang pembeli
bukan sahaja di atas transaksi harga kereta malah pengubahsuaian kereta
tersebut juga perlu dikira sebagai kos tambahan.

94

9.4

KOS MASA PERUNDINGAN (NEGOTIATING TIME


COST)

Masa juga dianggap sebagai suatu kos dalam proses perundingan. Ia


bukan sahaja dari aspek masa yang diluangkan dalam sesuatu proses
perundingan tetapi ia juga perlu diambil kira persiapan atau persediaan
yang dijalankan oleh seseorang perunding sebelum rundingan tersebut
diadakan. Jika proses perundingan itu melibatkan ramai orang,
kemungkinan masa yang perlu diluangkan adalah lebih tinggi berbanding
jumlah yang sedikit. Ramai di kalangan orang yang turut serta dalam
proses perundingan tidak sedar bahawa masa merupakan kos yang perlu
diambil perhatian. Kebanyakan perunding hanya memikirkan tentang
keinginan dan objektif mereka tercapai. Oleh itu, sesuatu proses
perundingan itu dianggap kurang berkesan jika ia mengambil masa yang
terlalu lama. Ini kerana dalam tempoh perundingan yang lama itu,
kemungkinan banyak kerja-kerja di pejabat tidak dapat diselesaikan
kerana terlibat dengan proses perundingan tersebut. Contohnya, jika
sesuatu perundingan bersama di antara pihak pengurusan atau majikan
dengan kesatuan sekerja dilaksanakan dalam tempoh dua bulan, maka
sudah tentu banyak tugas dan tanggungjawab di pejabat terpaksa
diabaikan.
Terdapat keadaan di mana perunding sangat mengambil berat tentang
masa. Sehinggakan proses perundingan terpaksa dijalankan secara
tergesa-gesa. Akibatnya hasil perundingan tidak dapat mencapai objektif
bagi kedua-dua pihak. Kemungkinan perunding tersebut membuat
pendekatan yang agresif dengan tidak memberi peluang kepada pihak lain
untuk menjana idea semasa proses perundingan. Kos masa ini juga boleh
disebabkan beberapa keadaan yang berlaku semasa proses perundingan
diadakan seperti menyediakan jamuan makan/minum dan
membincangkan perkara-perkara yang tidak menjadi agenda perundingan
tersebut. Oleh itu, orang-orang yang terlibat dengan proses tersebut akan
banyak menghabiskan masa dengan bersembang dan makan sahaja. Di
samping itu, jika sesuatu perundingan yang kompleks seperti
perundingan di antara negara dengan negara yang melibatkan perselisihan
terhadap pegangan hak terhadap sesuatu kawasan, maka faktor masa
tidak dapat dielakkan. Ini kerana isu tersebut melibatkan maruah dan
kedaulatan sesebuah negara, maka persediaan untuk terlibat dalam proses
tersebut akan dibuat dengan teliti dan mengambil masa yang lama.
9.5

KOS SECARA TIDAK LANGSUNG (INTANGIBLE


COST)

Sesuatu proses perundingan boleh menyebabkan beberapa kesan


sampingan atau secara tidak langsung kepada seseorang perunding.
95

Kesan-kesan tersebut boleh dianggap sebagai kos secara tidak langsung


daripada sesuatu proses perundingan. Kos-kos tersebut adalah bukan
dalam bentuk wang atau masa seperti yang telah dibincangkan sebelum
ini. Namun, ia masih boleh membawa implikasi yang besar kepada
seseorang perunding jika tidak diberikan perhatian yang serius. Imej dan
reputasi seseorang perunding boleh menjadi risiko yang besar. Ini kerana
gaya dan kaedah perundingan yang digunakan oleh seseorang perunding
boleh menimbulkan persepsi yang berlainan di kalangan pihak-pihak
yang terlibat dengan sesuatu proses perundingan. Jika seseorang
perunding itu menggunakan pendekatan yang agresif, maka ia akan
dilabelkan sebagai seorang yang biadap, bengis dan gelojoh. Walau
bagaimanapun, jika seseorang menggunakan pendekatan yang lembut
mungkin ia akan dilabelkan sebagai seorang tak ada pendirian, lembap
dan sukar membuat keputusan. Akibatnya, jika dalam organisasi pekerja
akan takut pada majikan yang tegas dan berani kepada majikan yang
menggunakan pendekatan lembut.
Proses perundingan juga boleh mengakibatkan tekanan atau stres di
kalangan mereka yang terlibat. Seseorang perunding akan rasa tertekan
jika objektif atau keinginan tidak dapat dicapai. Tekanan juga akan
mengakibatkan perunding menarik diri daripada proses perunding
walaupun ia masih berjalan dan belum mendapat kata sepakat. Menurut
Shaw dan Riskind (1987) antara jenis-jenis pekerjaan yang memberikan
tekanan yang tinggi ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Penyelesaian masalah;
Mengawasi sesuatu secara berterusan;
Pertukaran maklumat antara satu sama lain dengan cepat;
Persekitaran fizikal yang kurang baik; dan
Sesuatu pekerjaan itu tidak mempunyai struktur yang jelas.

Oleh itu, adalah jelas bahawa elemen tekanan ini juga akan memberikan
kesan sampingan atau secara tidak nyata akibat daripada proses
perundingan.
Di samping itu, proses perundingan juga boleh membuatkan seseorang
perunding tidak mempunyai masa lapang bersama keluarga, melakukan
aktiviti riadah dan mengancam kesihatan. Keadaan ini berlaku jika
seseorang perunding itu terlalu memberikan komitmen yang tinggi dalam
proses sesuatu perundingan sehingga mengabaikan tanggungjawab
keluarga, sosial dan kesihatan. Oleh itu, seseorang perunding itu perlu
mengimbangi keperluan perundingan dengan keperluan kesihatan,
keluarga dan sosial supaya hasil perundingan yang diperoleh lebih
bermakna dan bermanfaat.
96

SOALAN DALAM TEKS

1.
2.
3.

Apakah bentuk-bentuk kos yang terdapat dalam


sesuatu perundingan?
Apakah yang dimaksudkan dengan kos kertas
cadangan?
Nyatakan bentuk-bentuk keadaan yang boleh
dikaitkan dengan kos tidak nyata.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


9.6

PENETAPAN KEPUTUSAN KOS FAEDAH

Seseorang perunding yang berkesan ialah bijak membuat keputusan dan


mencari jalan untuk mengurangkan kos dalam sesuatu proses
perundingan. Oleh itu, setiap keputusan yang dibuat dalam proses
perundingan akan memberi kesan kepada kos yang akan ditanggung. Kos
tersebut boleh berlaku sama ada secara langsung atau tidak. Menurut
Johnson (1993), terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh
seseorang perunding untuk meminimumkan kos semasa perundingan
dilakukan. Antaranya ialah
1.

Mengetahui semua kos yang berkaitan dalam sesuatu


perundingan

Dalam keadaan ini seseorang perunding perlu mengetahui atau


menjangkakan kos yang akan dialami dalam sesuatu proses perundingan.
Perunding perlu mengambil kira kos tersebut sama ada ia berbentuk
wang atau bukan wang. Dengan cara ini perunding boleh menggunakan
pendekatan yang sesuai supaya tidak melibatkan kos perundingan yang
tinggi. Contohnya, seseorang perunding boleh mengetahui berapa jumlah
dan siapa orang yang terlibat dalam sesuatu proses perundingan. Semakin
ramai jumlah orang yang terlibat dalam sesuatu proses, semakin tinggi
kos yang mungkin dihadapi oleh pihak-pihak yang berkaitan.
2.

Mencari kaedah untuk mengurangkan kos

Seseorang perunding yang bijak akan cuba sedaya upaya untuk mencari
mekanisma yang sesuai supaya mereka boleh mengurangkan sebarang
kos yang melibatkan proses perundingan. Ini kerana sebarang
peningkatan kos perundingan mungkin akan menjejaskan peluang
97

mereka untuk berjaya dalam sesuatu perundingan. Contohnya, sebelum


sesebuah kesatuan sekerja membuat sebarang perundingan formal
dengan pihak majikan, adalah lebih baik mereka memberi maklumat awal
(pre-information) kepada pihak majikan dan melihat respon mereka
terhadap sesuatu cadangan. Jika mereka melihat tiada peluang untuk
majikan bertolak ansur terhadap perkara yang dicadangkan, kemungkinan
mereka tidak membawa perkara tersebut dalam perundingan yang
formal. Ini kerana kesan yang mereka alami mungkin boleh dijangkakan
seperti pembaziran masa, peluang kenaikan pangkat terjejas,
pengurangan faedah pekerjaan dan sebagainya.
3.

Penilaian kos faedah yang akan diperoleh

Seseorang perunding yang bijak tidak semestinya menumpukan kos


sahaja tetapi ia juga perlu melihat kepada faedah yang akan diperoleh
dalam sesuatu perundingan. Apa yang lebih penting, seseorang perunding
perlu menilai kos tersebut berdasarkan faedah yang diperoleh daripada
perbelanjaan yang dibuat dan bukan hanya melihat kepada harga sahaja.
Contohnya, dua orang kawan telah pergi ke pekan untuk membeli
sepasang kasut bola. Seorang daripada mereka telah membeli kasut bola
berkualiti tinggi dengan harga RM45 dan seorang lagi membeli kasut
tersebut yang berkualiti rendah dengan harga RM25. Walau
bagaimanapun, selepas sebulan digunakan kasut bola yang dibeli dengan
harga RM25 telah koyak dan kakinya juga mengalami kesakitan. Oleh itu,
dia telah pergi ke klinik untuk mengambil kerana kecederaan kaki dan
pergi ke pekan membeli kasut bola yang lain. Daripada contoh di atas
boleh kita gambarkan bahawa penumpuan kepada kos sahaja tidak boleh
membantu seseorang perunding itu menjadi lebih berkesan tanpa melihat
faedah yang akan diperoleh. Kemungkinan faedah yang diperoleh dari
hasil sesuatu perundingan akan dapat memberi keuntungan kepada
perunding daripada perbelanjaan yang dikeluarkan. Perunding agresif
selalunya mempunyai keinginan untuk mengambil sesuatu faedah secara
banyak dan memberi kepada faedah yang sedikit sebagai balasan dalam
proses perundingan. Seseorang perunding juga perlu meletakkan
keutamaan diri dalam menilai sesuatu perkara. Ini kerana ditakuti pihak
lain akan mengambil kesempatan dan perunding tidak akan mendapat
keputusan yang positif daripada perundingan tersebut.
4.

Tidak membenarkan kos sebagai penyebab kepada


kelemahan dalam tawar-menawar

Tidak dinafikan bahawa kos dalam proses perundingan boleh memberi


kesan kepada hasil perundingan tersebut. Adalah perlu bagi seseorang
perunding memberi penumpuan kepada kos sesuatu perundingan supaya
ia tidak merugikan pihak-pihak berkaitan sama ada dari segi wang atau
98

bukan wang. Walau bagaimanapun, seseorang perunding tidak digalakkan


untuk memberikan tumpuan kepada aspek kos semata sehingga boleh
menjejaskan kedudukan dalam tawar menawar. Sifat ketelitian terhadap
kos (cost conscious) boleh membawa padah kepada seseorang jika hanya
memberi penumpuan dari segi harganya sahaja. Ini kerana pihak lain
boleh memanipulasikan dengan memberikan harga yang murah tetapi
barang tersebut tidak berkualiti dan menjadi keutamaan.
9.7

RUMUSAN

Jelaslah kepada kita bahawa dalam sesuatu perundingan terdapat kos-kos


tertentu yang boleh memberi kesan kepada hasil perundingan. Antara
kategori kos yang boleh wujud dalam sesuatu perundingan adalah seperti
kertas cadangan, masa, pelengkap dan tidak nyata. Setiap kos-kos ini
boleh mendatangkan kesan sama ada berbentuk kewangan atau bukan
kewangan. Walaupun peningkatan kos akan merugikan seseorang
perunding, namun penumpuan yang terlalu tinggi terhadap kos akan
mendatangkan risiko kepada seseorang jika tidak melihat faedah yang
akan diperoleh. Di samping itu, perunding tersebut juga boleh
dipermainkan oleh pihak lain kerana mereka telah mengetahui tentang
kelemahannya. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu keputusan dan
penetapan kos faedah lebih efektif, perunding perlu membuat analisa dan
perbandingan di antara kos dan faedah yang akan diperoleh supaya suatu
keputusan positif akan dicapai.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.

Bincangkan perbezaan di antara kos masa perundingan dengan


kos tidak nyata?

2.

Huraikan dengan memberi contoh-contoh tertentu terhadap


penetapan keputusan kos faedah?
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1.

Terdapat beberapa bentuk kos dalam perundingan iaitu


(i)
(ii)

kos keras kerja.


kos pelengkap.
99

(iii) kos masa.


(iv) kos tidak nyata.
2.

Apa nyata bahawa segala bentuk aktiviti yang memerlukan


penganalisaan, penetapan matlamat dan persediaan kertas
cadangan sudah tentu akan melibatkan masa dan wang ringgit
terutama dalam sesuatu penyelidikan yang dibuat. Semakin hebat
saiz dan skop sesuatu kajian, maka semakin tinggi kos
persediaannya. Jika kita ingin mencari apa yang dijangkakan oleh
masyarakat, maka ia akan meningkatkan kos untuk
melaksanakannya. Ini kerana aktiviti-aktiviti seperti mengundi,
mengadakan mesyuarat dan membuat pilihan raya untuk
mendapat
persetujuan di kalangan masyarakat akan
menyebabkan kos dari segi kewangan dan masa. Di samping itu,
jumlah orang yang terlibat juga akan dilihat iaitu jika ramai ia
akan meningkatkan kos berbanding sedikit.

3.

Imej dan reputasi seseorang perunding boleh menjadi risiko yang


besar. Ini kerana gaya dan kaedah perundingan yang digunakan
oleh seseorang perunding boleh menimbulkan persepsi yang
berlainan di kalangan pihak-pihak yang terlibat dengan sesuatu
proses perundingan. Jika seseorang perunding itu menggunakan
pendekatan yang agresif, maka ia akan dilabelkan sebagai seorang
yang biadap, bengis dan gelojoh. Proses perundingan juga boleh
mengakibatkan tekanan atau stres di kalangan mereka yang
terlibat. Seseorang peruding akan rasa tertekan jika objektif atau
keinginan tidak dapat dicapai. Tekanan juga akan mengakibatkan
perunding menarik diri daripada proses perunding walaupun ia
masih berjalan dan belum mendapat kata sepakat.

100

Anda mungkin juga menyukai