Anda di halaman 1dari 10

BAB 12

ANALIS KHI KUASADUA

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Memahami konsep asas analisis data kategori.
2.
Menjelaskan metode analisis data kategori.
3.
Membincangkan langkah-langkah pengujian hipotesis dengan
menggunakan analisis Khi Kuasadua
4.
Menerangkan keputusan analisis statistik Khi Kuasadua dengan
tepat.
12.1

PENGENALAN

Bab-bab sebelum ini telah membincangkan analisis statistik kepada data


jenis selanjar. Apabila data yang kita perolehi datangnya daripada pemboleh
ubah kategori seperti bangsa, jantina, jenis darah, kelas sosial, jenis minuman
dan lain-lain, maka data ini dikatakan juga sebagai data kualitatif dan
menunjukkan kategori. Jika kita ingin menguji hubungan atau kaitan
pemboleh ubah data kategori, metode analisis Khi Kuasadua (Chi Square:
2) sesuai digunakan. Bab ini akan membincangkan metode analisis ini.
12.2

PERNYATAAN DAN TUJUAN KAJIAN

Kelas sosial sering didakwa mempengaruhi pola tingkah laku termasuk jenis
makanan dan minuman mereka. Kita berminat untuk menguji sama ada
terdapat atau tidak hubungan antara kelas sosial dengan jenis minuman yang
mereka selalu minum di rumah di kalangan penduduk di satu kawasan
pinggir bandar. Tiga jenis minuman yang ingin dikaji ialah kopi, teh dan
milo, manakala kelas sosial pula terdiri dari kelas menengah dan kelas
bawah. Tujuan khusus kajian ini ialah untuk menguji kaitan atau pengaruh
kelas sosial terhadap jenis minuman di rumah.
12.3

SUMBER DATA
Jadual 12.1
Bilangan Subjek Mengikut Kelas Sosial dan Jenis Minuman
Kelas Sosial
Menengah
Bawahan
Jumlah

Kopi
41
19
60

Jenis Minuman
Teh
Milo
32
47
38
23
70
70
159

Jumlah
120
80
200

Data diperoleh daripada 200 orang subjek dan ia dinyatakan dalam bentuk
jadual kontigensi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 12.1.
12.4

HIPOTESIS

Untuk tujuan pembelajaran kita nyatakan hipotesis nul dan hipotesis pilihan.
Hipotesis nul (Ho): Kelas sosial tidak mempunyai kaitan dengan
jenis minuman yang mereka minum.
Hipotesis pilihan (H1): Kelas sosial mempunyai kaitan dengan jenis
minuman yang mereka minum.
12.5

METODE ANALISIS

Hipotesis yang dinyatakan di atas secara langsung boleh menguji sama ada
kedua-dua pemboleh ubah kelas sosial dan jenis minuman bebas antara satu
dengan yang lain ataupun tidak. Metode analisis Khi Kuasadua boleh
menguji bebas atau tidaknya pemboleh ubah yang dikaji (test of independence).
12.6

PENGIRAAN STATISTIK

Nilai Khi Kuasadua dikira dengan menggunakan kekerapan yang diperolehi


dan kekerapan yang dijangka.
12.7

KEKERAPAN DIPEROLEH DAN KEKERAPAN DIJANGKA

Data yang ditunjukkan dalam Jadual 12.1 adalah kekerapan yang diperolehi
dalam kajian. Kekerapan yang diperolehi diberikan simbol Kp, manakala
kekerapan yang dijangka atau kekerapan jangkaan diberi symbol Kj. Dalam
buku statistik berbahasa Inggeris, Kp diberi simbol Fo iaitu observed
frequencies, manakala Kj diberi simbol Fe iaitu sebagai expected frequencies.
Kj dikira bagi setiap sel dengan cara berikut:
Kj = (Jumlah Baris) (Jumlah Lajur)/Jumlah Keseluruhan
Formula mengira 2 ialah
2 = (Kp Kj)2/ Kj
Pengiraan Kj ditunjukkan dalam Jadual 12.2 berikut:

160

Jadual 12.2
Penggiraan Kekerapan Dijangka (Kj)
Sel
Menengah, Kopi
Menengah, Teh
Menengah, Milo
Bawah, Kopi
Bawah, Teh
Bawah, Milo

Pengiraan
(120 x 60 )/200
(120 x 70 )/200
(120 x 70 )/200
(80 x 60 )/200
(80 x 70 )/200
(80 x 70 )/200

Kj
36
42
42
24
28
28

Pengiraan 2 ditunjukkan dalam Jadual 12.3.


Jadual 12.3
Pengiraan Berdasarkan Kekerapan yang Diperoleh (Kp) dan kekerapan Dijangka (Kj)
Sel
Menengah, Kopi
Menengah, Teh
Menengah, Milo
Bawah, Kopi
Bawah, The
Bawah, Milo
Jumlah

Kp
41
32
47
19
38
23
200

Kj
36
42
42
24
28
28
200

Pengiraan
(41-36 )2 /36 = 0.69
(32-42 )2 /42 = 2.38
(47-42 )2 /42 = 0.60
(19-24 )2 /24 = 1.04
(38-28 )2 /28 = 3.57
(23-28 )2 /28 = 0.89
2 = 9.17

Nilai Khi Kuasadua (2 ) ialah 9.17. Untuk menguji kaitan antara kelas sosial
dengan jenis minuman maka tata cara yang dibincangkan dalam bab-bab
sebelum ini digunakan.
12.8

DARJAH KEBEBASAN DAN NILAI KRITIKAL

Nilai darjah beberapa (dk) untuk mendapat nilai kritikal 2 dikira seperti
berikut:
dk = (Kategori Baris - 1) (Kategori Lajur - 1)
= (B - l)(L - 1)
Data yang dianalisis dalam Jadual 12.1 mempunyai 2 baris dan 3 lajur. Jadi
dk = (2 - 1)(3 - 1) = 2.
Jika kita menggunakan aras pengujian signifikan 0.05, nilai kritikal 2 yang
dirujuk dalam Jadual 11.4 Nilai Kritikal Chi Square ialah 5.99.

161

Jadual 12.4
Nilai Kritikal Taburan Khi Kuasadua (2 )
dk

= 0.05

= 0.01

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

3.84
5.99
7.81
9.49
11.1
12.6
14.1
155
16.9
18.3
19.7
21.0
22.4
23.7
25.0
26.3
27.6
28.9
30.1
31.4
32.7
33.9
35.2
36.4
37.7
38.9
40.1
41.3
42.6
43.8

6.63
9.21
11.3
13.3
15.1
16.8
18.5
20.1
21.7
23.2
24.7
26.2
27.7
29.1
30.6
32.0
33.4
34.8
36.2
37.6
38.9
40.3
41.6
43.0
44.3
45.6
47.0
48.3
49.6
50.9

Sumber: Table VI, Percentage Point, Chi-Square Distribution, CRC handbook of


probability and statistics (2nd ed.). CRC Press Inc., Florida.

12.9

KEPUTUSAN ANALISIS

Nilai 2 yang dikira 9.17 lebih besar daripada nilai kritikal 2 = 5.99.
Keputusan ini menunjukkan hipotesis nul ditolak. Ini menunjukkan kelas
sosial mempunyai kaitan dengan jenis minuman secara signifikan (2(2) =
5.99, p < 0.05). Merujuk kepada data dalam Jadual 12.1, mereka yang berada
dalam kelas menengah lebih ramai yang minum milo iaitu 47 orang
berbanding dengan teh iaitu seramai 41 orang dan yang meminum kopi pula
ialah seramai 32 orang. Sebaliknya di kalangan kelas bawahan pula, lebih
ramai yang minum kopi iaitu 38 orang berbanding dengan teh seramai 19
orang dan milo 23 orang.
12.10

PEMBETULAN YATE

Pengguna kepada metode Khi Kuasadua diingatkan supaya mengelakkan


daripada menganalisis data yang kekerapan jangkaan kurang daripada 5. Hal
162

ini dapat dielakkan jika menggunakan sampel yang besar ataupun


menggabungkan sel atau kategori yang mempunyai kekerapan jangkaan yang
kecil.
Apabila menggunakan data dalam jadual kontigensi 2 x 2 kerana pemboleh
ubah mempunyai dua aras kategori, dan terdapat kekerapan jangkaan kurang
daripada 5, formula pembetulan Yate (Yate, 19xx) perlu digunakan.
Satu daripada andaian asas apabila menggunakan 2 ialah berkait dengan
keadaan subjek. Ia mestilah bebas antara satu subjek dengan yang lain bagi
menghasilkan data kekerapan.
12.11

HASIL CETAK ANALISIS KOMPUTER

Jadual 12.5 menunjukkan hasil cetak analisis Khi Kuasadua yang dibuat
melalui pakej SPSS for Windows. Di bawah jadual terdapat catitan bahawa ada
16 sel yang mengandungi kekerapan yang dijangka kurang dari 5 dan yang
paling minimum ialah 0.02. Keseluruhan sample (N) ialah 110.
Nilai dk ialah 12 dan nilai 2 ialah 8.698. Nilai kebarangkalian 2 ialah 0.728
iaitu lebih besar daripada aras pengujian signifikan 0.05. Ini menunjukkkan
dua pemboleh ubah yang dikaji bebas antara satu sama lain dan tidak ada
kaitan secara signifikan
Jadual 12.5
Hasil Cetak Komputer Analisis Chi Kuasadua

Pearson Chi-Square
Likelihood Ratio
Linear-by-Linear
Association
N of Valid Cases

Value
8.698(a)
9.912

df
12
12

Asymp. Sig.
(2-sided)
.728
.624

6.003

.014

110

a 16 cells (76.2%) have expected count less than 5.


The minimum expected count is .02.

12.12

ANGGARAN KASAR DARJAH KAITAN

Apabila nilai 2 yang dikira signifikan, timbul persoalan bagaimanakah


kuatnya kaitan dua pemboleh ubah yang diuji? Persoalan ini mirip seperti
interpretasi kepada pekali korelasi yang dibincangkan sebelum ini. Ahli
statistik mencadangkan supaya menggunakan kuasadua pekali Phi Cramer.
Simbol yang digunakan ialah c. Formula untuk mengira kuasadua pekali
Phi Cramer ialah dengan menggunakan 2..
c = 2 / N (K - l)

163

N ialah saiz sampel dan K ialah bilangan kategori sama ada baris atau lajur
yang paling kecil. Dalam Jadual 12.1 bilangan kategori baris ialah 2,
manakala lajur ialah 3. Jadi K ialah bilangan baris iaitu 2. Pengiraan bagi c
ialah
c = 9.17/ 200 (2-1) = 0.05
Nilai ini jika diinterpritasi secara rule of thumb seperti yang dicadangkan oleh
Cohen (1988) adalah seperti Jadual 12.6 berikut:
Jadual 12.6
Interpritasi Nilai Phi Cramer
c
0.01
0.09
0.25

Interpritasi
Kaitan atau hubungannya rendah
Kaitan atau hubungannya sederhana
Kaitan atau hubungannya tinggi

Jadual 12.7 berikut memaparkan hasil cetak analisis komputer dengan


statistik Cramer V data yang dianalisis dengan metode Khi Kuasadua yang
ditunjukkan dalam Jadual 12.5 di atas. Nilainya 0.119 dan juga tidak
signifikan dengan nilai kebarangkalian lebih besar daripada 0.05. Secara rule
of thumb kaitan dua pemboleh ubah yang dianalisis tidak tinggi.
Jadual 12.7
Hasil Cetak Komputer Analisis Cramer V

Nominal by
Nominal

Cramer's V

N of Valid Cases

Value

Approx. Sig.

.199
110

.728

a Not assuming the null hypothesis.


b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

12.13

KESIMPULAN

Untuk menguji kaitan atau hubungan pemboleh ubah yang mempunyai data
jenis kategori ialah dengan menggunakan metode analisis Khi Kuasadua.
Analisis ini dikelompokkan dalam kategori statistik bukan parametrik kerana
taburan pemboleh ubah kategori mempunyai taburan yang tidak normal.
Khi Kuasadua juga mampu menguji bebas atau tidaknya pemboleh ubah
yang dikaji. Satu daripada keadaan yang dikehendaki oleh analisis ini untuk
mendapat keputusan yang baik, iaitu nilai kekerapan yang dijangka bagi
setiap sel dalam jadual kotigensi hendaklah lebih daripada 5. Jika tidak,
pembetulan kepada nilai 2 perlu dibuat berdasarkan formula tertentu.

164

SOALAN DALAM TEKS

1. Data berikut menunjukkan prestasi akademik di


kalangan 455 orang pelajar universiti yang ditunjukkan
melalui PMK mengikut semester pengajian mereka.
Dengan menggunakan data ini, ada diminta menjawab
soalan-soalan yang dikemukan di bawah.
Semester
1.00
2.00
3.00
Jumlah

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Bawah
2.0
6
1
3
10

PMK
2.1 hingga
3.0
201
23
76
300

3.1 ke
atas
97
12
36
145

Jumlah
304
36
115
455

Terangkan secara deskriptif prestasi pelajar


mengikut semester pengajian mereka.
Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.
Sekiranya anda ingin menganalaisis data ini
dengan analisis Khi Kuasadua bina hipotesis
yang sesuai.
Kira darjah kebebasan. Tentukan nilai kritikan
dengan menggunakan aras pengujian signifikan
0.05.
Kira nilai 2 dan terangkan keputusan
pengujian hipotesis yang anda bina di atas.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1.

Data berikut ialah pendapat pelajar sekolah berasrama penuh


terhadap isu penggunaan telefon bimbit sepanjang masa di kawasan
sekolah. Sebanyak 200 orang pelajar sebuah sekolah berasrama
penuh yang berasal dari kawasan bandar dan luar bandar ditemu
bual untuk mengetahui pandangan mereka. Dengan menggunakan
data ini, anda diminta menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
berikut:
165

Penggunaan Telefon Bimbit


Tempat Tinggal

Setuju

Tidak Setuju

Jumlah

Bandar
Luar Bandar

86
82

19
13

105
95

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
2.

Terangkan secara deskriptif bagaimana pandangan pelajar


terhadap penggunaan telefon bimbit mengikut tempat tinggal
Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.
Sekiranya anda ingin menganalisis data ini dengan analisis Khi
Kuasadua, bina hipotesis yang sesuai.
Kira darjah kebebasan. Tentukan nilai kritikal dengan
menggunakan aras pengujian signifikan 0.05.
Kira nilai Khi Kuasadua dan terangkan keputusan analisis
dengan merujuk kepada hipotesis yang anda bina.
Kira pekali Phi Cramer dan jelaskan keputusannya.

Berikut ialah hasil cetak analisis komputer Khi Kuasadua. Berdasarkan


dua jadual ini anda diminta menjawab soalan-soalan yang diberikan di
bawah.
Count
Bawah
RM1,000

Kategori
PMK

Bawah 2.0

Kategori Pendapatan
RM1001 RM2001 RM2,000
RM3000

RM3001
Ke Atas

Jumlah

11

22

2.1 Hingga 3.0

256

84

32

39

411

3.1 Hingga 4.0

92

49

17

15

173

359

139

50

58

606

Jumlah

Chi-Square Tests

Pearson Chi-Square
Likelihood Ratio
Linear-by-Linear
Association
N of Valid Cases

Value
8.370(a)
7.984

6
6

Asymp. Sig.
(2-sided)
.212
.239

.678

df

.172
606

a 2 cells (16.7%) have expected count less than 5.


The minimum expected count is 1.82.

(a)
(b)
(c)

Terangkan secara deskriptif bagaimana kedudukan PMK


pelajar mengikut kategori pendapatan keluarga.
Kira kekerapan yang dijangka bagi setiap sel.
Bina hipotesis yang sesuai.

166

(d)
(e)
(f)

Kira darjah kebebasan. Tentukan nilai kritikal dengan


menggunakan aras pengujian signifikan 0.01.
Kira nilai Khi Kuasadua dan terangkan keputusan analisis
dengan merujuk kepada hipotesis yang anda bina.
Kira pekali Phi Cramer dan jelaskan keputusannya.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


1.

Data PMK di kalangan 455 orang pelajar universiti mengikut


semester pengajian digunakan. Bilangan pelajar boleh dijadikan
peratus. Dalam contoh ini kita gunakan peratus mengikut semester
pengajian.

Semester
Bawah 4
5
6 ke atas
Jumlah

PMK
Bawah 2.0
6
(2.0)
1
(2.8)
3
(2.6)
10

2.1 hingga 3.0


201
(66.0)
23
(63.9)
76
(66.1)
300

3.1 ke atas
97
(31.9)
12
(33.3)
36
(31.3)
145

Jumlah
304
(100.0)
36
(100.0)
115
(100.0)
455

(a)

Secara deskriptif prestasi majoroti pelajar semester 4 ke


bawah iaitu sebanyak 201 daripada 304 orang pelajar atau
66.0 peratus mempunyai PMK yang sederhana iaitu 2.1
hingga 3.0. Seramai 97 orang atau 31.9 peratus orang
mendapat PMK 3.1 ke atas. Pelajar semester 5 pula,
peratusnya juga tinggi yang mendapat PMK 2.1 hingga 3.0
iaitu 23 daripada 36 orang pelajar atau 63.9 peratus. Begitu
juga dengan pelajar yang berada dalam semester 6 ke atas
iaitu sebanyak 66.1 peratus. Di kalangan pelajar yang
prestasinya tinggi dengan PMK 3.1 ke atas, pelajar semester
5 agak ramai sedikit iaitu sebanyak 33.3 peratus berbanding
dengan pelajar semester-semester yang lain.

(b)

Kekerapan yang dijangka Kj bagi setiap sel.

167

Semester
Bawah 4

5
6 ke atas

Bawah 2.0
(10 *
304)/455
6.7
(10 * 36)/455
0.8
(10 *
115)/455
2.5

Jumlah

PMK
2.1 hingga 3.0

3.1 ke atas

Jumlah

(300 * 304)/ 455

(145 * 304)/455

304

200.4
(300 * 36)/ 455
23.7

96.9
(145 * 36)/455
11.5

36

(300 * 115)/ 455

(145 * 115)/455

115

75.8

36.6

300

145

10

455

(c)

Hipotesis pilihan: Prestasi akademik pelajar yang


ditunjukkan melalui PMK mempunyai kaitan dengan
semester pengajian.

(d)

Darjah kebebasan = (B - 1)(L 1) = (3 - 1)(3 1) = 4.

Nilai kritikal dengan menggunakan aras pengujian signifikan 0.05 =


9.49.
(e)

Nilai 2 = (Kp Kj)2/ Kj

Semester

Bawah 2.0

2.1 hingga 3.0

3.1 ke atas

Bawah 4

(6 6.7)2/6.7

(201 200.4)
2/200.4

(97 96.9) 2/96.9

(1 0.8) 2/0.8

(23 23.7) 2/23.7

(12 11.5) 2/11.5

6 ke atas

(3 2.5) 2/2.5

(76 75.8) 2/75.8

(36 36.6) 2/36.6

2 = 0.274
Nilai 2 = 0.274 dan ia lebih kecil daripada nilai krikal 2 = 9.49.
Keputusan ini menunjukkan bahawa prestasi akademik dalam
bentuk PMK tidak mempunyai kaitan secara signifikan dengan
semester pengajian (2(4) = 0.274, p > 0.05).

168

Anda mungkin juga menyukai